Thursday, July 19, 2012

...kerana diriku masih remaja



Tahukah anda kajian menunjukkan hanya mereka yang masih remaja sahaja punya jerawat di wajah. Remaja di sini adalah remaja yang muda belia, wajah ceria dan mengundang kecemburuan rakan sebaya. Hahaha. Perasan cantik macam biasa dan silalah jangan buat page Kami Benci Blogger Picisan yang Perasan. Hahahaha


Kerana keremajaan masih lagi mendominasi diri maka tanpa dirancang jerawat telah muncul tanpa memberikan hint atau signal supaya aku lebih bersedia mengawal emosi tatkala bangun pagi dan melihat wajah dicermin. Ya, perkara pertama setelah celik mata adalah melihat wajah dicermin sambil sikat rambut. Hihihi.


Tetapi apabila jerawat muncul sungguh menyebabkan rasa tak best. Rasa tak best yang tak adalah macam nak maki. Sekadar kembang kempis hidung sebab geram. Geram yang boleh tahan banyaknya kerana jerawat tidak datang secara solo atau duo. Datang siap bawa geng dan berkonvoi seolah-olah kulit aku ini mereka yang punya. Mungkin mereka mengamalkan konsep tabligh, buat apa pun, buat secara berjemaah. Alang-alang nak datang, datang ramai-ramai.


Anda yang bergelar guru dan cikgu pasti sangat familiar dengan makhluk PPD dan Nazir. Ya, jerawat juga boleh diumpamakan seperti mereka. Datang terjah tak bagi salam dan kadang-kadang bagi kritikan yang boleh bernanah telinga tapi peduli apa aku. Kalau terrer sangat sila tunjuk ajarku sifu.


Bilangan jerawat semakin bertambah dan sungguh tidak dapat dikenalpasti apa puncanya. Nak amalkan konsep redha seperti tak sesuai kerana belum berjuang takkan sudah mahu menyerah. Maka berkat mengamalkan diet ikan secara tidak konsisten maka dapat mengingati satu produk yang pernah kupakai tujuh tahun yang lalu kali pertama jerawat datang menyerang dan cuba tawan pipi sebelah kiri.


Setelah berhempas pulas aku berusaha menentang mereka, akhirnya mereka menyerah diri. Aku ingatkan mereka sudah tidak akan datang tetapi mereka hanya bersetuju untuk genjatan senjata selama tujuh tahun dan kembali semejak lima hari yang lalu.


Tetapi krim ini telah menyelamatkan wajahku :')



Terima kasih temulawak.

Pesanan penaja: Aku pun tak ingat siapa yang ajar aku pakai krim ni. Tapi kalau tak salah aku kawan-kawan aku masa di UIA dulu. Krim ni lima ringgit saja dan aku cuma pakai waktu malam. Aku tak pakai satu muka sebab dia agak oily maka aku cuma sapu tang yang ada jerawat saja. Kalau ada yang try pakai tapi tak berkesan aku takdak kena mengena. Aku saja-saja nak habaq. Lagipun aku tak berapa nak ada modal nak update blog.


Ps - Sekiranya anda tak punya jerawat. Tahniah. Tapi tak usah nak bangga sangat. Tanpa jerawat di wajah, anda adalah remaja purba. Kahkahkah. Haram tak lawak langsung tapi pulun duk gelak. Takpa, tu tanda aku berdikari. Sendiri punya lawak, sendiri gelak.





9 comments:

Anak Kedah said...

diri ini mengamal pedulism terhadap jerawat. hanya satu solusi...pepak kacang

Hikaru Yui said...

serius ka berkesan? dok nampak jaaa benda ni kat rumah tp xpnah try la pulak

kisah hati said...

tgok kawan2 yg pakai bnda ni muka diorang putih melepak sangat, dh x putih natural beauty.tecer pakai camne lak ok x?

TecerWidad said...

@Anak Kedah apa kaitan pepak kacang dgn jerawat? mohon pencerahan.

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Untuk tecer, berkesan!

TecerWidad said...

@kisah hati Yang tu sebab depa buat foundation kot. Tecer setakat cuit sikit2 kat tempat ada jerawat saja. Tu pun pakai waktu nak tidoq. Takdak jerawat kalu memang tak pakai

Mak cik leez said...

salam..sorry menyampuk..tapi kannnn kiter penah terbaca yang temulawak ni tak leh pakai..dulu2 pon kiter penah pakai masa zaman muda remaja, tapi dulu la..bila dah kertu kiter tak pandang dh yng 4 5 ringgit..(ayat demand).. tak de lah..sekarang pon kite pakai brand murah je tapi yang kite nak kate kat sini bukan brand yng kita pakai, tapi kite nak kata yang kite penah baca temulawak ni tak leh pakai tak de kelulusan ke ape ntah kita pon tak sure.. try google tengok .. kalau silap kite pohon maapp..

FiZ said...

eh, berkesan eh?dah bape kali asyik nak beli tp xberani je.huhu

Kakchah Jelita said...

TIPS pemakaian produk selamat - cari yg tidak ada pantang larang contoh boleh pakai dicampur dgn produk lain. cari yg tidak ada kesan pengelupasan kulit atau boleh digunakan pada kulit bayi.
TIPS untuk wajah sentiasa cantik, mulus dan jelita... buat rawatan seminggu sekali atau sekurang-kurangnya dua kali sbulan.
Sekarang, anda boleh memilih rawatan spa ke rumah atau miliki sendiri spa mobail dgn rawatan produk berkualiti. kulit pasti berubah selepas sekali rawatan! jom lawat blog saya. atau like dan baca di page saya http://www.facebook.com/pages/Nuskin-hanijelita/379427282141718?ref=hl

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...