Saturday, July 28, 2012

Perkara-perkara yang aku benci mengenai perubahan sistem pendidikan



Memilih bidang perguruan bukanlah kerana pilihan terakhir tak ada kerja maka jadi cikgu mudah. Oh, sungguh bukan diriku. Kebanyakkannya memilih menjadi guru kerana sifat suka membantu dan suka mengajar dan aku pula mungkin kerana nak tunjuk pandai. Kahkahkah. Tipu saja. Tapi boleh jadi juga ada sekelumit kebenaran. Walaupun baru empat tahun menjadi guru, aku secara suka atau tidak suka telah melalui pelbagai perubahan di dalam sistem pendidikan yang sekarang ni turut menjadi mainan politik puak-puak yang dungu dan tak reti bahasa. Ada yang aku boleh bagi pujian melangit dan ada jugak yang aku rasa nak ludah di muka. Yang aku nak hambur di sini sudah pasti yang aku rasa nak ludah di muka.


1) Pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah
Bangang! Bangang! Bangang! Adjektif ni saja yang sesuai untuk describe usul benarkan bawa handphone ke sekolah. Kebanyakkan mak bapak setuju bila kementerian kata anak boleh bawa handphone. Bila aku kaji latar belakang pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini, rupanya anak mereka sekolah hebat. Sekolah yang gah macam Victoria Institution, sekolah asrama penuh, sekolah kluster kiranya sekolah yang kalau sapa sebut pun memang diketahui umum. Cuba kalau aku sebut SMK Kuala Pegang? SMK Bakai? SMK Chepir? Masa tu dan dan berasa, oh lemahnya pengetahuan geografi diri sendiri.



Ya, aku ni mengajar sekolah kampung. Sekolah kampung yang parentsnya bukan dari golongan banyak duit. Yang makan nasi lauk ikan masin saja pun ada. Dah kalau semua pakat bawa handphone, budak-budak yang tak mampu ni mula-mula memang dia pandang saja. Pastu lama-lama akan wujud inferiority. Inferiority bahasa melayu apa wei? Rendah diri? Tak sama standard? Bila dah ada inferiority ni la yang boleh menyebabkan kes curi mencuri. Nanti ada pula yang kata aku ni pandang rendah kat pelajar sendiri. Eh eh, aku ni cikgu depa. Cikgu ni kan macam mak ayah. Mak ayah memang kenal perangai anak-anak dia. Cikgu pun sama juga. Satu-satu aku boleh sebut perangai budak-budak aku.


Bila dah jadi kes curi siapa yang susah? Cikgu jugak. Nak kena buat spot check, nak kena buat interrogation, semua ni curi masa PnP atau TnL - sesi pengajaran dan pembelajaran. Kementerian dari dulu kata nak hantar pembantu guru sampai hari ni tak nampak pun batang hidung. Dengar-dengar sekolah yang dapat dia letak pembantu guru tu kat pejabat. Apa kejadahnya letak kat pejabat? Setakat guru besar, pengetua dan penolong kanan depa memang dah ada pembantu. Staf-staf kat ofis tu memang sedia ada duk menolong. Ni kami yang cikgu di bilik guru terkangkang-kangkang nak buat itu ini.


Ok, so point aku adalah masalah curi mencuri. Point yang kedua dalam kelas time cikgu mengajar dia sibuk nak berhandphone. Cikgu pompang pompang kat depan yang dia tangan bawah meja, takpun letak dalam laci sambil picit-picit main sms. Zaman aku mengaji takdak handphone pun aku selalu main pas-pas kertas dengan kawan sekolah. Tu cara aku bersms dengan kawan-kawan masa cikgu mengajar. Tapi at least dengan orang sebelah saja. Kalau dah ada handphone di tangan? Dengan pakwe kat depan, pakwe kat sebelah, skandal kat kampung, semua dia boleh sms. Sekali dua memang larat nak tegur. Tapi lama-lama memang rasa macam nak kata lantak pi lah sebab bila kita tegur, nasihat dia, benda tu ambil masa PnP. Dah tu, bilanya nak habis syllabus?


Itu belum masuk cerita yang rakam cikgu denda kawan dia, cikgu marah-marah dalam kelas. Pastu upload kat Youtube, kat FB, biasa memang orang nak cari peluang hentam cikgu. Aku bukan nak kata semua cikgu elok. Semua cikgu bagus. Memang ada yang pesen malas, pesen tak masuk kelas. Aku pun ada hari rasa demotivated nak mengajar tapi habis-habis malas pun aku bawa pi library suruh buat NILAM tak pun bagi latihan grammar. Tapi bila cikgu marah, cikgu denda, ada sebablah. Bukan suka-suka hati nak denda sebab meluat atau benci. Denda nak bagi pengajaran. Yang mak ayah bising-bising anak kena denda tu macamlah masa dia sekolah dia tak pernah kena denda???


Pada aku budak-budak hostel mungkin kot sesuai nak bawa handphone. Yang sekolah harian ni, tak berapa nak sesuai. Bukan selalu balik lambat. Public phone duk ada sedia di sekolah. Kadang-kadang nak pinjam telefon sekolah pun, staf ofis tak berkira. Aku yang cikgu ni pun kadang-kadang hulur handphone kat budak dah kalau emergency sangat nak guna. Kalau semua budak sekolah pakat bawa handphone, tak mustahil ada pula nakbuat 1Murid 1Telefon. Bunyi pun tak sedap!



2) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Aku suka bila peperiksaan kebangsaan dimansuhkan dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maksudnya pelajar sekolah akan ditaksir mengikut level masing-masing, akan ditaksir mengikut sejauh mana pengetahuan dan kebolehan pelajar tersebut. Makanya pelajar akan dikelaskan mengikut band. Band 1 paling cokia, Band 6 paling awesome. Mungkin ada pelajar yang Band 1 pun tak complete dah kalau umur 13 tapi tulis nama sendiri saja yang dia boleh. Semua subjek termasuklah seni, sivik dan PJK akan ditaksir mengikut band. Maksudnya, mana-mana yang duduk bawah kurikulum memang akan ditaksir ikut band.

Tapi yang aku jadi nak marah, jadi meluat, jadi benci, jadi-jadian sebab kementerian ni bila nak buat apa-apa, nak tiru apa-apa dia nak buat sekali harung. Jangan tak tau format PBS ni negara-negara maju macam Jepun, Singapore dan lama buat. Jepun sendiri ambil masa lima tahun nak betul-betul mantap format baru ni. Yang kita baru duk terhegeh-hegeh, terkial-kial ni dia nak buat sekaligus kurikulum dan kokurikulum. Awat? Tak bolehkah buat satu-satu? Tak bolehkah mantapkan dulu kurikulum dan kokurikulum ikut saja yang merit-merit tu dulu? Bila dah terrer kurikulum, lepas tu nak buat kokurikulum dan segala kulum-kulum tu boleh belaka. Bila cikgu-cikgu merungut dia kata pasaipa negara lain boleh, kata kita ni Malaysia Boleh

Ni nak habaq mai!

Negara-negara lain yang buat PBS tu cikgu-cikgu dia memang kerjanya mengajar sahaja. Aku ulang, mengajar SAHAJA. SAHAJA. Benda-benda lain yang kutip yuran, segala clerical work tu orang lain yang bukan guru buat. La ni zaman orang cari maklumat kat internet. Bukan dengar orang cakap pastu percaya bulat-bulat. Orang dungu, orang bodoh memanglah percaya saja orang kata.


Lagi satu, PBS untuk tingkatan satu start 2012 yakni tahun ini. Tapi nak buat training, nak buat kursus bagai pun semua buat tahun ni. Kalau aku kata kementerian ni bersikap recessive, marah pulak. Tapi memang itu yang benarnya. Tak bolehkah jadi proaktif. Nak buat 2012, 2010 atau 2011 dah panggil buat training workshop bagai. Barulah cikgu-cikgu lebih bersedia. 




Baru dua benda yang ulas dah panjang berjela. Lain kali aku sambung lagi. Nak pi mengurut badan bagi hilang stress. Siapa yang tak setuju, mai kita lawan mengulas secara berhikmah. Kata-kata kot belakang apa barang?







19 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

haha. bab bawak tel memang tak boleh bla.

ilhambrothers said...

sokong sediaaaa..hahhaa

Ckelat Blog's said...

tak relevan langsung... KPM dah xde peruntukan utk ICT skolah ke sampai membenarkan pelajar membawa gadget ke sekolah? ahahahah.... baik bg je kt pelajar ipad sorang satu, pastu buat 1 sistem menggantikan buku teks.. P&P melalui ipad.. ape pun tak bleh.. nk wujudkan garis panduan kawalan telefon bimbit disekolah? garis panduan lain yang sedia ada pn tak terlaksana..

#rules no. 2
- lps ni cikgu2 xleh nk pukul anak murid, kang kne record..

#rules no.3
- sediakan locker kepada pelajar untuk menyimpan telefon bimbit sewaktu P&P , abis waktu sekolah baru amik ...

#rules no.4
- nonsense!
- pelajar_sekolah_beromen.3gp

#conclusion
- "1Malaysia"

naga78 said...

Blog terbaik dari guru sekolah. Tarbaik

nurfauzi said...

PBS yang ade sekarang ini sememangnye memningkan cikgu-cikgu seMalaysia.

Serius.

Makan bertambah-tambah kerja cikgu yang tak sudah-sudah ni.

Sejujurnye, PBS ini buleh saje ditipu..kalau tak sempat nak buat, boleh mintak sorang saje murid pandai buat sebagai eviden. Sebelum pemantau datang, buat mesyuarat pelupusan eviden (tak buat mesyuarat, tapi buat minitnye saje).

Selesai...kan buleh mengelat juge begitu. Tapi untuk sekolah rendah yang kecik2 (SKM) senang benar nak buat begitu..

FARI said...

Are you sure being a teacher is as busy as you said?
What about going home early - before the end of working hour. ( I am not saying you are doing this every working day.)
What about putting some assignments on hold on purpose?
You doesn't seem so busy to me.
I guess all the thing that you do now, also done by our teachers back then.
Don't get mad at me, I want to express my points. That's all.

knini said...

aku mmg setuju gila dgn entry anda tecer. isu 1M1Handphone mmg bangang teramat la. aku pelik camna kpm boleh nak layan dan boleh p pertimbangkan jugak pasal ni. padahal skang telefon awam byk dah disediakan. plus kalo intak kbnran kat pejabat mmg boleh dpt guna gak. even kalo cakap elok2 dgn cikgu mmg cikgu huluq hp depa kot *aku pon pnh huluq gak*

1 lagi, kan lagi bijak if mak bapak belikan kad telefon so bebudak leh wat telefon gn public tu? xpyh susah nak bg anak hp. plus if mak bapak terdesak sgt nk ckp ngn anak depa, depa leh call skolah je. sng.
mcm aku, aku cikgu skolah rendah, so aku duk bygkan budak darjah 1 bwk handphone, pastu gadoh dgn kawan, terus call mak ngadu *bebudak sekolah rendah kan suka ngadu2 ni*...isu handphone aku mmg xsokong!

isu PBS plak.. benda ni mmg bgs, tp mcm yg ko cakap, KPM nak benda ni mesti samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dengan apa yg depa bygkan. dan tu semua cikgu kena buat! tapi pendedahan mak aihhhh lmbt benor nk bg, *mcm aku guru baru lagi r blur sotong kann* plus kite cikgu ni mmg sume bnde kena buat. keje2 pengkeranian, kutip duit, cat kelas, beli hadiah n mcm2 lg sume kite yg buat. mane nak menang tangan? pastu org yg xjadi cikgu ni igt cikgu senang lenang. fuhhh xke stress?

nurfauzi said...

Fari:
Adakah anda seorang guru yang berkhidmat dengan KPM? Tak kiralah di sekolah menengah mahupun sekolah rendah.

Jika ya, tahniah. Anda seorang guru yang amat cekap.

Jika bukan, cubalah jadi cikgu. Baru tahu macam mana rasanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Setiap pekerjaan ada keistimewaannya sendiri.

TecerWidad said...

@Rapunzeel Cikilolo Payah kalau menteri berasa dia yang paling pandai...

TecerWidad said...

@ilhambrothers Bagoih la ada student yg sedia duk menyokong nih

TecerWidad said...

@Ckelat Blog's Nama pun garis panduan..rasa boleh pandu sendiri, kita buat cara kitalah...

TecerWidad said...

@naga78 Boleh dah berangan mintak GC pasni...

TecerWidad said...

@nurfauzi Bukat syarat nak lupus eveiden lepas enam bulan ka?

TecerWidad said...

@FARI Thanks for expressing your thoughts. Today's teachers are not the same with those old days teachers. I even asked my colleague who has been working for more than 30 years. She said, back in 1990s, she could concentrate in teaching and educating the students. But today, she said, she has no time to come out with good ABM (teaching tools), no more one-to-one tuition, and the list goes on. You can't simply put yourself in our shoes, you have to come and experience by yourself...at least a year...then only u know how tough it is...

TecerWidad said...

@knini Orang yang bukan cikgu memang selalu dengki dgn cikgu...selalu kata kerja kita ni mudah...

TecerWidad said...

@nurfauzi Sedih ada lagi org yg underestimate kerja cikgu..

Jue Jaynee said...

kcian tecer.. Memang manusia... Ada2 saja.. Xbersyukur. Apa2 pun Ikhlaskan saja.

myfreeminded said...

....ini baru betul cikgu yang hendak mendidik.......

Anonymous said...

Fari..kalau anda bukan guru, jangan buat andaian melulu. Tugas guru bukan setakat mengajar. Itu baru satu tugas. Selain mengajar, kami memikul berbelas-belas tugas rasmi yg lain yg perlu disempurnakan sepanjang tahun. Segala-galanya termasuk akademik, ko-kurikulum dan mcm2 lagi. Tugas itu belum termasuk pelbagai program sepanjang tahun yang menuntut tugas kami sebagai jawatankuasa pelaksana. Siapa kata guru balik awal? Kami bekerja dari jam 7.00 hingga 3.00 termasuk sabtu dgn kelas tambahan. Tugasan sering dibawa balik ke rumah kerana tidak cukup masa di sekolah. Dimaklumkan, tiada budaya melepak di kantin diamalkan di sekolah saya. Senang cerita, jemput datang dan ambilalih tugas sbg guru sekurang2nya setahun untuk menjiwainya..selepas itu anda boleh komen..terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...