Saturday, July 7, 2012

Senarai Kesyukuran: Edisi Zaman Belajar







Tahun depan aku bakal berusia 30 tahun. Kalau dihitung dari segi bulan hanya tinggal lebih kurang lapan bulan. Tak lama dah tu. Bimbang anda lupa atau mungkin tak tahu, aku lahir pada 20 Februari. Maka tahun depan jangan buat-buat lupa. Bagi pelajar-pelajar aku yang selalu claim rindu dan sayangkan aku, bolehlah menabung dari sekarang kumpul duit secara berjemaah dan beli hadiah untuk cikgu anda. Aku mengharapkan sebiji, atau sebuah atau sekeping Ipad. Jangan risau. Aku tak akan minta cincin harga juta-juta kerana kehendak itu hanya boleh dipenuhi sekiranya pelajar-pelajar aku menabung dari kecil.



Walaupun bakal berusia 30 tahun, aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebelum tahun 90-an. Memandangkan ini merupakan edisi zaman belajar, ayuh kita imbas bagaimana kehidupan zaman belajar aku yang sangat awesome.


1) Kelas tambahan
Zaman aku dulu memang dah ada kelas tambahan. Tapi aku berasa sangat cukup dengan kelas tambahan yang sekolah sediakan. Bayaran yang dikenakan ciput sahaja dan aku rasa Ustaz dan Bini Ustaz tidak terasa terbeban setakat nak keluar 30 ringgit. Kalau zaman sekarang jangan haraplah. Kelas tambahan sekolah, kelas tambahan luar, kem motivasi sana sini, teknik menjawab segala kurang-kurang dekat seribu mak bapak berhabis semata-mata nak bagi anak pandai. Masa tahun enam Bini Ustaz daftar aku tuition yang aku dah tak ingat namanya. Aku ambil subjek bahasa sahaja kerana aku memang manusia tak reti bahasa. Kalau tak salah aku cikgu yang mengajar Bahasa Melayu nama Cikgu Bazli. Orangnya tak tinggi sangat, dan agak berisi. Kalau aku tak silaplah.


Tapi zaman sekarang aku lihat budak tahun empat pun dah ada mak ayah hantar kelas tuition. Makanya bila dah masuk tahun enam seorang budak ada tuition du luar dan juga di sekolah. Gila kental. Kalau aku boleh diserang angin ahmar kerana otak aku sungguh tidak mampu bekerja secara serius dalam satu tempoh masa yang panjang. 






2) Lebih berdikari
Wah. Kemain statement aku. Tapi sungguhlah aku rasa zaman aku kanak-kanaknya lebih berdikari bila belajar. Seperti yang sedia maklum aku tinggal di asrama semenjak dari tingkatan satu walaupun pada awalnya menangis memanjang sibuk nak balik rumah padahal jarak sekolah dengan rumah cuma 10km. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia. Dah naik tingkatan dua terus cinta duduk asrama sebab ada kawan-kawan yang best. Okay, tipu sahaja. Tak adalah cinta sangat. Tapi sayang tu ada. Hihihi. Aku gelak bukan sebab lucu. Tapi gelak nak cover tipu sunat. Nampaknya dah ke laut aku punya penerangan. Apa boleh buat. Kebanyakkan cikgu memang macam ni. Masuk kelas mengajar benda lain tapi tiba-tiba melalut cerita bab anak, suami dan kisah zaman belajar.



Aku merasakan budak-budak zaman aku lebih berdikari kerana kami banyak buat sendiri berbanding nak harapkan cikgu secara total. Zaman aku, kalau nak kertas soalan percubaan negeri lain, sibuk telefon kawan-kawan minta tolong pos. Kalau yang ada sepupu, dua pupu, tiga pupu, bau-bau bacang, masa tahun nak ambil periksalah hubungan menjadi rapat secara tiba-tiba ibarat isi dengan kuku tetapi mungkin ada sekam antara mereka kerana bila dah habis exam masing-masing diam. Bila dah dapat kertas soalan, share dengan kawan-kawan atau beri pada cikgu untuk dikongsi bersama. Nampak tak berdikarinya kami dahulu?

Budak zaman sekarang semua cikgu suap. Bila dah kena suap ada juga yang tak reti nak kunyah sendiri. Kadang nak hadam pun tak reti jugak dan akibatnya berak tahi keras. Itu maksud literal. Figuratifnya time exam tak boleh jawab dengan lancar. Cikgu-cikgu zaman sekarang memang syok sendiri dan pulun lebih berbanding budak yang belajar. Lepas musim peperiksaan percubaan semua cikgu tiba-tiba jadi terrer dengan internet. Sebelum ni nak check email pun berpeluh ketiak tapi demi nak bagi anak murid pandai dan boleh score terus jadi handal cari kertas soalan percubaan negeri lain siap download save semua. Kalau tak cukup handal pun, bolehlah kalau nak kata jaguh kampung.



3) Handphone
Aku ketika di sekolah menengah tak pernah pun menunjukkan minat pada handphone apatah lagi nak rasa kagum melihat seorang hamba Allah pakai handphone. Zaman aku semua pakai telefon awam. Aku pun tak tahu datang dari mana kekuatan ajaib boleh pula berdiri berlama-lamaan demi nak menggunakan public phone. Itu kalau bab nak bergayut. Belum cerita bab menunggu. Ya, kebanyakkan telefon awam memang berpenunggu. Kalau zaman aku di Agama Baling ada seorang senior yang aku masih ingat namanya tapi tak bolehlah telus sangat dengan mendedahkan nama beliau di sini. Kelak mungkin perlu buat press statement mohon maaf macam artis dua orang tu ataupun tak kena gaya kakak senior ini akan menuntut royalti Nuffnangku yang bukanlah banyak mana. Berbalik kepada cerita penunggu telefon awam bawah tangga asrama, sumpahlah aku tak mahu ambil turn kalau si kakak senior yang sedang menggunakan telefon tersebut. Kalau aku diserang cirit birit dan sudah ke tandas lapan kali pun belum tentu dia dah habis bercakap.



Tapi budak zaman sekarang yang tahap mumayyiz plus huruf hijaiyah pun gagap lagi dah pandai pakai handphone, tab segala. Asal nampak mak ayah mulalah tersengeh-sengeh minta duit nak beli topup. Aku dulu tersengeh-sengeh juga kalau nak minta duit tapi bukan nak beli topup. Aku beli makanan tak pun majalah Ujang. Ujang zaman dulu best. Zaman sekarang lawak tak berzat mengalahkan rakyat Afrika yang tak cukup makan. Ok. Yang ni kita cerita lain kali. Aku dulu memang tidak dinafikan antara pengguna tegar telefon awam. Pelbagai teknik diaplikasi untuk menjimatkan penggunaan duit syiling seperti menebuk duit lima kupang dan meleperkan duit syiling dua kupang supaya jadi macam lima kupang maka dapat bergayut lebih lama. Hahaha.

Ketika belajar di UIA aku masih lagi meneruskan penggunaan telefon awam secara istiqamah. Hendak dijadikan cerita di samping memanjangkan entri, orang Telekom datang pasang telefon baru dalam asrama Kolej Aisyah. Kehandalan aku dan rakan-rakan menjimatkan penggunaan duit syiling berjaya dengan memasukkan syiling lima kupang dan tekan 994 nombor yang sangat akrab dengan abang-abang BOMBA seketika dulu. Bila operator abang-abang BOMBA dah jawab (cewah, nak abang-abang saja padahal kakak bomba pun ada) dan tekan # dan masukkan desired nombor dan teruslah berbual sampai pengsan dengan nilai lima kupang tadi. Ada juga yang extreme sampai bawa bantal selimut tilam toto segala berkhemah tepi public phone baru semata-mata nak bergayut dengan pakwe -____-

Tiba-tiba aku rasa macam dah terbabas topik entri aku. Sebenarnya yang aku nak sampaikan budak zaman sekarang kalau belajar mesti nak ada handphone. Tak ada handphone tak boleh belajar dengan aman. Ada juga yang menggunakan teknik mengugut kepada emak dan ayah demi mendapatkan handphone padahal tak sedar boleh jadi anak derhaka masuk neraka (rhyme).


4) Duit makan yang murah
Ap itu duit makan? Hanya yang duduk asrama sahaja tahu istilah duit makan yakni merujuk kepada duit bayaran dewan makan. Tahukah para pelajar hari ini duit makan zaman aku dan kakak aku cuma satu ringgit sehari. Ya, satu ringgit sahaja dan makan masih lima kali yang mana kelima-limanya aku jarang sekali tak makan sebab semuanya sedap belaka walaupun sekadar minum milo dan dorayaki. Budak-budak sekarang kalau himpun gaji mak ayah bawah lima ribu maka sehari tiga ringgit. Kalau lebih sehari lima ringgit. Ya kah? Aku pun tak berapa ingat sangat. Jangan keliru dengan wajah aku yang nampak seperti remaja sekolah sedangkan hakikatnya tahun depan dah three series. Kahkahkah.

Memandangkan aku tinggal di asrama makanya aku antara pelajar yang jarang makan di kantin. Makan di kantin bila lapar tahap dewa atau hujung minggu Bini Ustaz tak datang makanya tak ada menu enak dari rumah untuk anak yang jauh (lah sangat) di asrama. Kalau seminggu mungkin purata aku belanja sekitar sepuluh ringgit sahaja. Kalau budak zaman sekarang jangan ceritalah bab duit. Budak Kuala Pegang pun ada yang satu hari bawa lima ringgit datang dan balik sekolah dijemput bapa yang kerjanya menoreh getah dan adik-beradik semuanya lapan orang.



5) Aktiviti Kokurikulum yang tak memenatkan
Untungnya zaman aku belajar dulu kokurikulum ni bukanlah antara perkara utama yang dibebelkan oleh cikgu-cikgu secara istiqamah. Aku dulu zaman sekolah sumpahlah tak ada masuk apa-apa aktiviti kokurikulum yang dapat menyerlahkan diri sehingga ke peringkat zon, daerah dan negeri bagai. Nak masuk sukan aku setakat tahu berlari sahaja. Perkara-perkara melibatkan bola memanglah aku penakut dan belum diajak bermain aku dah angkat bendera putih. Walaupun boleh berlari tak adalah sangat handal dan berada di dalam daerah Baling apabila bertemu dengan pelajar-pelajar yang warnanya memang bukan kategori cerah dan banyaknya berasal dari Kuala Ketil, sumpahlah aku tak boleh menang kerana mereka sangat handal bab-bab berlari ni.

Badan Uniform pun tak aktif juga. Yang paling aku rasa lucu sekali zaman aku belajar boleh suka-suka tukar badan uniform. Agak dah bosan dalam Puteri Islam tahun berikutnya masuk pula Kadet Bomba. Agak Kadet Bomba macam hampeh boleh turut serta tepuk-tepuk Pengakap tahun berikutnya. Hahaha. Ya, aku tahu tak lawak mana pun. Jadi tak payah nak pura-pura gelak atau senyum perli depan screen laptop atau PC anda. La ikra hafiddin (selingan).

Tapi kalau dapat join Kadet Remaja Sekolah memang andalah yang paling aktif. Cikgu Nik Amli yang juga mengajar Bahasa Melayu dan Geografi sangat aktif buat aktiviti itu ini masuk hutan camping bagai. Aku pun mula-mula semangat berkobar-kobar nak masuk tapi rupanya sebelum masuk nak measure ketinggian dulu. Sengaja la tu nak menyindir aku ke apa tak tau maka tanpa menghadiri sesi mengukur ketinggian aku mengundur dari dan simbah air ke atas semangat yang berkobar-kobar itu. Sobs. Budak zaman sekarang jangan ceritalah. Kalau tak aktif nak masuk maktab pun belum tentu walaupun ada 6A di tangan. Kadang-kadang berebut-rebut nak masuk aktiviti dan pertandingan. Tak cukup lagi sukan pun hendak dicekau dan sudah pasti terselit pelajar-pelajar yang mengamalkan prinsip lupa kawan demi meraih markah kokurikulum. 



Makanya apabila dibandingkan dengan aku memanglah sangat bersyukur kerana tak perlu berebut-rebut ataupun inter-frame demi kokurikulum. Cikgu pula yang kena pujuk-pujuk suruh masuk itu ini sebab biasanya budak yang sama juga masuk aktiviti-aktiviti yang ada. Tapi aku tak nafikanlah kalau yang aktif kokurikulum zaman aku memang ada advantage dibandingkan dengan aku yang hidup segan mati tak mau kalau suruh berkokurikulum. Kena juga sebut benda ni nanti ada pula yang bantai aku sampai buat page Kami Benci Tecer Widad. Kahkahkah. Bajet retis konon glamer padahal diri sendu macam blog sendiri.





Zaman aku belajar di sekolah menengah dan sekolah rendah memang awesome. Tak ada pressure (sangat) berbanding budak zaman sekarang yang kecil-kecil dah kena attend extra class belum campur dengan parents kaya raya panggil tutor datang ajar anak kat rumah. Aku dulu petang-petang sekadar pi kelas mengaji dan petang-petang boleh kayuh basikal keliling kampung atau main rounders dan masak-masak dengan kanak-kanak Taman Baiduri dan Taman Sepakat. Kadang-kadang kalau Ustaz tak ada dan Bini Ustaz di rumah pula mood baik maka boleh mandi sungai bersama sepupu-sepupu atau sesiapa sahaja yang tiba-tiba mandi di port yang sama. Walaupun aku dulu belajar tak pandai mana tapi aku rasa aku boleh dikatakan yang boleh berdikari walaupun umur baru sekolah menengah dan fizikal serta wajah macam sekolah rendah. Kehkehkeh. Aku dulu reti pos surat. Aku dulu reti beratur dan masukkan duit di bank. Aku dulu reti isi borang sendiri tak harap Ustaz atau Bini Ustaz. Habis-habis bebal sangat aku tak reti aku tanya kakak-kakak aku. Budak zaman sekarang walaupun pakai handphone canggih dari aku, tapi dah umur 17 tak reti nak kirim surat. Pigidah. Konon teknologi sangat la tu email dengan Facebook bagai. Eh eh, teremo pula. Hihihi.



Sebelum aku teremo lagi, senang cerita aku memang bersyukur aku lahir 1983 dan tamat sekolah tahun 2000. My school days are going to be legend, wait for it... dary. LEGENDARY!


















14 comments:

Izuan Kunang-Kunang said...

Salam. Kau ni mesti satu batch dengan Ruhaifi, Farah Norasilah segala tu kan??

TecerWidad said...

@Izuan Kunang-Kunang Ya, tepat sekali. Tapi maaf tak ada hadiah untuk anda kerana anda bukan pengomen ketujuh yang aku cari. Kehkehkeh


Oh ya, salam.

Izuan Kunang-Kunang said...

Hahaha. Aku budak SMK Baling, batch SPM 2000. So sekapal la kita ni, walaupun sekolah kau tu tempat jin buat forum.. *mula dah*

Hikaru Yui said...

hahah ada jejak kasih...

kami dulu masuk dua kupang laju2 nanti dia jadi seringgit.. kalau xjadi boleh letak tepon dan duit turun semua dan boleh cuba lagi sampai jadi =p=p=p

1983? saya dulu mengata kakak saya sbb lahir tahun bab bab.. sekali dia jawab habis tu? satu batch lahir tahun tu.. hehe iykwim =p

eh panjangnya komen sila beri penghargaan

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Junior hampa pakat bawa henfon mai sekolah. Tambah pulak kat kantin ada public phone yg boleh boh simcard pastu boleh la baca message segala.

Yang pasai tahun babi tu kadang-kadang pelik pun ada. Awat yang lahir tahun anjing orang tak kata padahal sama ja haramnya. Kira sekapal la. Kahkahkah

*Hadiahnya tecer balas komen dengan panjang dan ditaip dengan penuh kasih sayang*

Hikaru Yui said...

xpa tecer... taon tu kat kalendar cina jaa kita melayu so semua halal dan suci lagi tak perlu disamak

*komen ada unsur rasis.. hehe*

khairul_bariyyah said...

tahun khairul berskolah pun awesome jugaaakkkk.. hee

ilhambrothers said...

masa kecik,saya selalu jugak teman kakak saya pergi bergayut dgn pakwe dia kt public walaupun kami bukan keturunan mony*t.. :p dah selalu tgk mony*t2 lain beratur dan bersesak2 di public phone..btw, tecer habis sekolah time saya start masuk darjah satu..sama umur dgn kakak saya!

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Kalau masuk GE tobat aih kalah melainkan pakai undi hantu

TecerWidad said...

@khairul_bariyyah Tak sangat sebab adik dah bernafsu dengan handphone. kehkehkeh

TecerWidad said...

@ilhambrothers walaupun tecer habeh sekolah time anda darjah satu, wajah tecer kini menampakkan kita seperti sebaya. kehkehkeh

Sang Rembulan said...

Tecer widad...hehee..trimbas nostalgia bc post hg yg ni..cm leh agk ja sapa senior tu...heheheh...

TecerWidad said...

@Sang Rembulan Ya TQ, zman kita mengaji memang super awesome kan? Pasal senior tu biaq kita2 saja la yang tahu...hehehe

shidaidris said...

yeay, high five. shida pun lahir tahun 80an.

semua yang ko cakap tu mmg pernah rasa lah
1) kelas tambahan -pergghh, lagi legend, aku ambik tuition tahun pmr dan spm je. yang lain, malas

2) hp - ye, aku adalah peminat num 1 public. boleh gayut ngan laki aku sekarang (sbb dia curi line) sampai berasap phone...haha

3)korikulum - aku langsung x masuk apa-apa. sebab mmg sangat x best, yang aku ingat msk pbsm je...kehkeh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...