Sunday, August 12, 2012

Sungguh mendengar kata




Semenjak bulan lalu, tak tahu kenapa jerawat datang menyerang tanpa belas kasihan. Sudahlah tak beri sebarang petanda sedar-sedar di waktu pagi sudah ada dua tiga biji. Bini Ustaz selalu pesan kalau nak bagi pokok bunga cepat putik kembang bunganya, kena cakap dengan mereka. Maka berdasarkan pesanan yang disampaikan aku mengaplikasikan teknik yang sama kepada semua perkara.



Nak rambut tidak bercabang maka sesi potong memotong rambut aku diisi dengan sesi menasihati supaya rambut yang bakal panjang kelak biarlah elok seperti yang diidamkan.



Ketika wajah diserang jerawat, sambil sapu temulawak pada cik-cik jerawat, aku nasihati mereka supaya tak perlulah datang secara berjemaah. Aku masih bujang dan tak ada pengalaman menjaga anak sendiri. Makanya bagaimana nak layan jerawat yang datang secara berjemaah? Sungguh mendengar kata team jerawat di wajah ini. Datang secara solo tapi setiap hari datang sebiji demi sebiji. Nak keluar berfoya-foya pun segan kerana walaupun kulit tak adalah putih melepak macam tepung gomak, tapi dari jauh sudah pasti boleh nampak merah-merah di sekitar wajah.



Oleh kerana terasa tak best dengan kemunculan jerawat, maka aku nasihatkan cik-cik jerawat yang datang ini supaya kalau nak muncul di wajahku, janganlah pilih tempat yang obvious semua boleh nampak.




Mungkin kecil hati dengan nasihat aku kerana ibaratnya aku menghalau mereka. Tiga minggu mereka tak datang. Sunyi sepi.






Sehinggalah aku bangun sahur pagi tadi....







Cik jerawat membuat comeback ke wajahku....








Kali ni pandai dia pilih tempat....









Memang tak obvious tak ada yang nampak...









Jerawat tumbuh dalam hidung....









Tsk..








24 comments:

shizansyafik said...

wow, sakit tu...

Dearie's Couple said...

Hahaha..terbaik dr dlm hidung..tpmbaik2 bulan pose xleh korek picit jerawat dlm idung..BATAL...

Anak Kedah said...

Mereka sungguh mendengar kata. Simpanlah sebutir didalam hidung tanda ingatan kita pada depa...Osem!

TecerWidad said...

@shizansyafik Sakit dan tak selesa. Nafas rasa macam tersekat2. harap2 tak ada yg ambil kesempatan nak buat CPR. kahkahkah

TecerWidad said...

@Dearie's Couple Bolek korek. Jgn dlm2 saja. Tapi tak muat nk korek sebab jerawat jadi penghalang.

TecerWidad said...

@Anak Kedah Tak cukupkah parut yang ditinggalkan tanda ingatan....?

Jue Jaynee said...

haha..camtu pula petua dia...nak cuba la..agar rambut ku ini cepat panjang

norinaomar said...

Paling tak suka kalau jerawat dalam hidung tapi lagi tak suka kalau kat dahi..dah macam flowerhorn, dahla sakit bila nak sujud

O'gosh said...

Bahaha....MGM GDR kata sungguh!

shidaidris said...

haha, sakit woo

Nazrul Ashraff said...

hahahaa,, kelakar la weh. kau patut buat novel!!!!!!!!!

Hisham said...

apa lagi! korek la! hahaha (hanya boleh jika tidak berpuasa)

faizal abd fathi said...

kalau atas hidung kompom geng badak....hahhahahaha

Cik Eka said...

jerawat dalam hidung

jerawat dekat kening

jerawat dekat bibir

*sangat sakit..lagi-lagi dalam hidung tu..pehhh...

TecerWidad said...

@Jue Jaynee Itu pun kalau da dengar kata

TecerWidad said...

@norinaomar Flowerhorn tauke cina sayang la.

TecerWidad said...

@O'gosh Tapi tak kena gaya cara dia dengar..

TecerWidad said...

@shidaidris Mesti penah ada jugak? Berapa biji dah penah naik? hehehe

TecerWidad said...

@faizal abd fathi Badak pun tak pa. Tak jejas kecomelan wajah. Kahkahkah

TecerWidad said...

@Nazrul Ashraff Aku takut kehidupan glamer...hehehe

TecerWidad said...

@Hisham Buat-buat tak sengaja korek...boleh?

TecerWidad said...

@Cik Eka Setakat ni penah ada yg dlm hidung saja. Lepas ni boleh nasihat jerawat2 ni supaya tak muncul di hidung dan kening.

faizal abd fathi said...

@TecerWidad tuuuudiiiaaaa....jangan bangun tidur muka macam badak sudah...heheheheh

Sue Unnie.. said...

haha..xbole blah ar jerawat tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...