Friday, September 28, 2012

Ros






Aku tak ingat bila kelas aku ada budak baru dari rumah anak yatim yang tak jauh sangat dari sekolah aku. Memandangkan usia yang sudah mahu masuk three series, maka mengingati setiap nama pelajar aku memang perkara terakhir aku akan buat. Yang penting aku cam muka dan tahu dari kelas mana.



Maka anak yatim itu duduklah dalam kelas aku dan kerjanya hanya tidur, tidur dan tidur. Mula-mula memang aku angin lama-lama aku letih dah nak marah sebab 10 kali aku kejut dia bangun, 9 kali dia bangun dan kemudiannya 10 kali dia tidur. Tidur yang kesepuluh tu dah tak kuasa aku nak kejut sampai dia bangun. Sakit hati dan buang masa saja yang aku dapat.



Satu hari ada diagnostic test untuk bahasa Inggeris. Aku pun masuk kelas dan edar kertas dan bagi penerangan macam mana nak jawab. Sebelum tu dah ingatkan supaya tulis nama, tulis nama, dan tulis nama. Budak kelas belakang memang kena sebut banyak kali sebab kalau kelas lain mungkin masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tapi kalau kelas belakang, apa-apa yang kita cakap, lalu tepi telinga dia pun belum tentu. Bukanlah semuanya begitu, tapi banyaknya begitulah.



Tak sampai sejam dah habis jawab. Bukan sebab terer, bukan sebab handal tapi sebab tak reti. Ada la dua tiga budak yang buat tapi aci kerat jari yang boleh buat tu pun takkan boleh buat semua soalan. Sebabnya ini kelas belakang. Majoritinya tak jawab langsung walaupun aku ni kadang-kadang ada jugak bagi-bagi clue macam mana nak jawab. Tak reti tambah dengan malas memang pakej lengkap yang lepas lima minit waktu periksa terus angkat tangan hantar kertas.



Lepas satu jam aku pun mula tanda kertas. Waktu rehat dah siap segala aku mula nak tulis markah dalam buku rekod. Sambil kira markah, sambil tulis markah dalam buku rekod. Satu-satu aku buat takut silap key-in tiba-tiba budak kelas aku yang tercorot ni boleh dapat markah lagi hebat dari budak kelas depan. Kalau soalan objektif, mungkin. Tapi ini semua soalan sturuktur open-ended bagai.



Tiba-tiba sampai pada satu kertas yang tulis nama Ros. 
Ros? 
Ros mana? 
Sejak bila kelas aku ada budak nama Ros? 
Ros?


Puas aku fikir sampai berkerut-kerut dahi cuba imagine budak kelas aku yang nama Ros. Walaupun aku tak ingat nama, tapi bila senarai nama ada depan mata, secara tiba-tiba jadi terer boleh bayang muka-muka dalam senarai nama tu walaupun bila dalam kelas aku hentam saja panggil apa asalkan tak ada yang bawa maksud yang buruk.



Ros?
Siapa Ros?



Tulisan memang jujurnya huduh Ya Rabbi! Huruf kecil besar suka-suka hati dia nak tulis. Biasanya aku memang cam tulisan budak-budak dalam kelas aku. Tapi yang bernama Ros ni memang aku fail.




Sebab tak puas hati tak ingat atau mungkin aku tak kenal siapa si Ros ni, terus aku panjat tangga di blok belakang yang sumpahlah, kelas ini adalah kelas yang paling jauh. Sudahlah blok yang paling belakang, kelas pulak di tingkat tiga dan kelas yang paling hujung. Gigih aku berjalan semata-mata kerana Ros.



Sampai saja dalam kelas terus aku tanya siapa yang ambil diagnostic test tadi. Semua angkat tangan dan aku kira satu-satu. Bilangan yang angkat tangan sama dengan bilangan kertas yang aku tanda. Maknanya memang Ros wujud dalam kelas aku.



Oleh kerana aku tak mahu tunjuk yang aku tak tahu ada nama Ros dalam kelas aku, maka aku pun bagi kertas-kertas soalan tadi suruh semak markah. Bila sampai nama Ros, aku tiba-tiba jadi berdebar-debar. Hak tuih berdebar konon. Tak ada rasa apa pun padahalnya.



'ROS!!!!!


Kuat aku panggil nama dan sekali budak laki yang bangun datang ambil kertas sambil tersengeh-sengeh.
Satu kelas gelakkan budak laki tu. 
Ya, budak lelaki! 
Budak lelaki dari rumah anak yatim yang selalu aku letih dah nak marah sebab 10 kali aku kejut dia bangun, sembilan kali dia bangun dan kemudiannya 10 kali dia tidur balik itu.



"Ros??? Nama penuh apa?"



ROSfarizal


"Takkan kawan-kawan panggil hang Ros???? Pasaipa tak tulis nama penuh????"




"Tak reti"














Tsk














Ya, anak yatim yang masuk kelas aku tu lelaki dan namanya Rosfarizal. Mampu, tulis Ros saja? Gila kentang! Dekat 10 minit aku berletiaq. Tapi hari ni dah boleh tulis nama penuh. Maka satu pencapaian yang membanggakan untuk aku dan cikgu-cikgu yang lain.







:')


14 comments:

Miss Yaty said...

tahniah..sy pun terharu..besarnya jasa jadi seorang guru. :)

linda isabell said...

Oh Ros..!

::NureeN:: said...

kahkahakhahhhh....
mmg ramai laki ada nama ros kat dpn, mcm kwn aku rostamizi..
kwn aku plak laki dia mawar tau, mawardi hahhaa

faizal abd fathi said...

ros? ingat perempuan....apapun nama budak tu memang pelik...Rosfarizal... gabungan nama mak dan ayah dia kot

Hidayah Ahmad said...

Mesti seronok tanda jawapan murid kelas hujung ni. Letak pangkah besar2 tak pun tanda soal.. Lagi satu tak payah susah-susah nak kira markah byk2 .. Haha

Hidayah Ahmad said...

Mesti senang semak jawapan murid2 kelas hujung ni. Letak anda pangkah besar2 tak pun tanda soal. Lagi satu tak payah susah2 kira markah byk2.. Haha

Wawa Amran said...

Alahai, kesian lar plak.. Ok dah bleh tulis nama penuh, xde lar cikgu panggil ros dah.. Form brpe nie tecer?

TecerWidad said...

@Miss Yaty Mohon sediakan hadiah untuk cikgu ini.

TecerWidad said...

@linda isabell Oh ooh oohh

TecerWidad said...

@::NureeN:: haha. kerani sekolah aku ada nama che ros. selalu kena bahan

TecerWidad said...

@faizal abd fathi pak dia nama mt samsudin. memang mt ya, bukan typo. hehe

TecerWidad said...

@Hidayah Ahmad tapi kadang2 ada gak yang betul. kena tgk elok2 sebab ada yang rajin bila ajaq dia fokus, time exam bleh jawab dua tiga soalan. takleh jugak bantai pangkah saja

TecerWidad said...

@Wawa Amran form 1 sayang

selamat pengantin baru babe (better late than never)

faizal abd fathi said...

mt samsudin? mountain ke apa??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...