Sunday, October 28, 2012

Kisah persahabatan zaman sekolah: Edisi sekolah rendah



Dilahir dan dibesarkan di Malaysia bermaksud aku masuk sekolah pada usia tujuh tahun. Ya, tujuh tahun. Macam biasa sengaja ulang supaya entri menjadi lebih panjang. tahun pertama aku di Pulau Pinang dan ingatan aku tidak cukup handal untuk mengingati rakan-rakan sekolah rendah. Yang ada dalam kepala aku cuma empat orang. Sumpah sadis gila kalau betul sepanjang bersekolah di Pulau Pinang cuma empat orang kawan. Mereka yang sungguh bertuah kerana nama mereka kekal di dalam ingatan adalah Faridah Mansor, Sharifah Hanan, Azri Fikri dan Sherina Halhana.


Faridah Mansor adalah pelajar paling pandai time tu. Sekarang dah jadi doktor rasanya. Aku pun dah memang lost contact. Awal-awal sahaja semangat tulis surat tidak rasmi sehingga terjadinya episod yang boleh tahanlah malunya. Bila dah masuk tingkatan satu sudah menjadi malas menghantar surat. Sherina Halhana pula orangnya kecil molek dan sesungguhnya aku hentam saja nama beliau. Ingatan yang hampir menuju 30an sungguh sadis kerana tidak dapat mengingat nama rakan dengan baik.


Sharifah Hanan dan Azri Fikri pula antara kanak-kanak sebaya aku ketika itu yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Sharifah Hanan mak dia bukan orang Malaysia makanya bila ada konsep kacuk begitu sudah pasti sangat cantik dan tinggi menawan. Azri Fikri pula anak tunggal secara fizikalnya sangat tinggi dan rupa macam omputeh. Kecil-kecil lagi sudah menunjukkan tanda akan membesar menjadi lelaki kacak. Kami yang tinggal di kuarters USM sangat cintakan alam sekitar maka mengamalkan konsep carpool (padahal masing-masing mak ayah sibuk maka kena buat jadual siapa ambil siapa hantar). Paling aku ingat setiap hari Selasa akan balik dengan emak Azri Fikri dan emaknya yang baik hati akan membawa kami ke pasar malam. Jangan sebut makanan yang anda teringin kerana emaknya akan terus membeli tanpa bertanyakan tuan badan. Ada juga sekali dua aku sebut makanan yang aku memang teringin dan sungguh bahagia kerana terus ada depan mata. Hihihi.




Setelah Ustaz berpencen, kami sekeluarga berpindah ke Kedah dan aku didaftarkan ke SRK Tunku Putra. Hari pertama di sana oleh kerana tak ada tempat kosong atau mungkin mereka tak sudi nak kawan dengan aku maka aku duduk bersama-sama budak siam - Prak Yun, Somphong, Vichit, Charis, Aphiwat dan lagi seorang budak perempuan yang aku tak ingat namanya tapi sekarang beliau bekerja di pasaraya Aneka. Buruk betul perangai sebab yang aku tak jumpa aku ingat nama mereka. Yang aku duk nampak haram tak ingat nama. Sehinggalah peristiwa Vichit membawa kucing goreng dan sup babi ke sekolah dan menyebabkan aku trauma, barulah aku dapat duduk bersama budak-budak Melayu. Kalau aku tahu awal-awal lagi aku buat-buat trauma. Hahahaha.



Antara nama-nama yang masih segar dalam ingatan aku adalah Nurul Izyani, Ahlam Nabihah, Zatul Ayuni, Mas Nasyida, Rabiatul Adawiyah, Azizurrahman, Dzulqarnain, Husni, Azzah Afzan, Muzaffairus, Asmidar, Zairul Azizi dan ramai lagi yang aku ingat nama mereka tapi bila difikir dua tiga kali tak perlulah aku nak senaraikan semua sebab kalau aku tipu dua tiga nama pun bukan anda tau. Kehkehkeh.







Nurul Izyani happened to be my anak saudara. Long story makes short, ayahnya dua pupu dengan aku dan rumahnya pula betul-betul depan rumah aku. Masa aku mula-mula pindah sungguh samseng kampung dusun dia kepadaku. Teruk juga aku kena buli sampai menangis-nangis aku mengadu dengan mak aku. Hahaha. Bila di sekolah sangat bersyukur dia tak sekelas dengan aku sebab aku takut aku bakal berterusan menjadi mangsa buli. Tapi time rehat ada juga sekali dua dia paksa-paksa aku suruh beratur beli air untuk dia. Sungguh aku tak sangka aku rupanya mangsa buli dahulu. Kahkahkah. Tapi bila dah lama-lama jadi baik pula dan sampai hari ini masih baik. Kalau aku nampak sahaja dia balik dan ada bersidai di buaian rumah tok dia cepat-cepat aku pakai tudung supaya dapat berjumpa dan bergosip sambil menghapdet cerita-cerita terkini.










Ahlam Nabihah adalah nama yang sangat aku ingat sebab pada aku namanya sangat unik. Zaman sekolah rendah semua pakat panggil Kak Lam tapi aku tetap panggil Ahlam. Orangnya kecil-kecil juga tapi lebih kurus dari aku. Zaman sekolah rendah aku selalu bertandang ke rumahnya main masak-masak, jual-jual dan anak patung. Bila dah besar sikit main rounders dengan kanak-kanak lain di Taman Baiduri. Ahlam juga kawan yang mengajar aku makan jeruk Ah Seng dan setiap kali sebelum pergi kelas mengaji mesti singgah dulu kedai Ah Seng beli jeruk kelubi. Tiap kali raya aku ketagih nak pergi rumah beliau kerana biskut sarang semut rumahnya laziz jiddan. Aku kalau teringat Ahlam mesti rasa, wahhh hidupnya sangat smooth sailing kerana sungguhlah sangat pandai dan cemerlang dari zaman sekolah rendah sampai universiti.










Dari kecil aku memanglah bukan kanak-kanak yang rajin. Aku masih ingat Sir Kumar yang mengajar Bahasa Inggeris. Selalu bagi homework suruh cari maksud perkataan. Awal-awal memang rajin tapi bila dah malas aku tiru sahaja. Kahkahkah. Keji perangai. Pelajar-pelajar sekalian, sila jangan tiru. Ambil baca dan buat pedoman jadikan sempadan. Makanya Rabiatul Adawiyah anak Pakcik Adnan sangat tidak lokek meminjamkan bukunya. Dan aku memang tak buang masa tiru sahaja. Kahkahkah. Terkenal dengan panggilan Wiyah dan orangnya sangat lurus. Wiyah juga antara kawan main rounders di Taman Baiduri. Lagi satu main zero point (lompat getah). Sekarang dah jadi cikgu dan hari-hari homesick sebab posting di Sarawak. Hehehe







Mas Nasyida juga antara budak baru yang masuk bersama-sama sepupunya. Aku selalu juga bertandang rumah Mas Nasyida sebab dia duduk dengan tok dan tokwannya. Toknya pula sangat rajin memasak dan kalau tak silap ada seorang budak perempuan yang tua tak banyak sangat dari kami nama Mahani. Aku pun ingat-ingat lupa. Sekarang dah kahwin anak dua. Zaman aku di universiti dulu pernah sekali aku bermalam di rumahnya kerana UIA tak ada air. UIA tak ada air terus bagi cuti. Bahagia sungguh.








Sepupu Mas Nasyida, Azizzurrahman yang aku hentam saja spellingnya tapi semua panggil Ijoe atau Joe. Masa darjah empat aku kena denda duduk di antara budak lelaki sebab mulut bising. Sebelah kiri, Husni dan sebelah kanan, Ijoe. Kenapa aku sangat ingat dengan Ijoe? Sebab dia pernah cium pipi aku secara tidak sengaja. Kahkahkah. Dan sampai sekarang aku dengan dia masih ingat peristiwa aku dicium dan dia tercium. Biasa la budak-budak. Tak reti duduk diam dalam kelas sampai ada aksi-aksi begitu. Kahkahkah. La ni dah glamer beliau. Kerja ambil gambaq pun boleh glamer wehhh.






Azzah Afzan anak Cikgu Aisyah juga antara kawan sekolah rendah yang aku ingat. Muka macam anak Jepun dan mata memang sepet. Time rehat aku selalu keluar makan dia sebab kami adalah penggemar bihun sup kantin kuah kaler merah yang harganya cuma tiga kupang. Cuma ada bihun, sup dan sambal semata tapi macam kena ganja sebab hari-hari nak. Kalau Bini Ustaz sediakan bekal Azzah akan turut serta dan favourite beliau adalah scrambled eggs Bini Ustaz yang ala-ala Timur Tengah.







Masa kenduri kahwin kakak aku dulu, aku kemas-kemas rumah dan jumpa gelang manik dan gelang tali tangsi yang sungguh glamer zaman aku sekolah dulu. Terus teringat Shafinaz Jusoh yang duduk Kampung Bawah Gunung sebab dialah tauke besar dan paling handal buat gelang rantai manik segala. Pernah sekali kami buat berniaga gelang yang dibuat dari tube plastic kemudian sumbat kain perca kat dalam. Masa tu rasa comel sangat kalau boleh pakai gelang macam tu. Kehkehkeh. Kawan aku yang ini pun jadi cikgu. Lepas grad kerja apa aku tak ingat tapi di amanah raya rasanya. Lepas tu berhenti jadi cikgu.








Tetiba aku rasa entri macam dah panjang sangat. Kalau cerita bab kawan memang sampai bila pun tak habis. Tambah pula masing-masing dah berjaya sekarang. Semua hebat-hebat termasuklah aku. Cewah. Mengaku diri sendiri hebat. Lain kali aku cerita lagi. Mungkin akan datang dengan edisi sekolah menengah. Masa tu otak dah ligat dan macam-macam benda aku buat. 















Segak-segak belaka kawan-kawan aku kan?





















Termasuklah aku...aku pun segak jugakkkk





11 comments:

faizal abd fathi said...

yeee..segak... segak ada makna tuuu...hehhehehe

Masni Osman said...

ahahahha... terhibur gila baca entry hg ni.. tp, klu terhibur2 pun esaimen yg aku dok ngadap dr subuh sapie ni siap xpa jugakk.. tp x larat la aku gelakk.. khahhaaha.. teruskan usaha anda! keh3

Masni Osman said...

hah! ada hadiah? sok aku komen lg.. hahaha

Izuan Kunang-Kunang said...

Semua ni aku kenai..ahaks!! Shafinaz sebijik macam Maria Farida!! And Mas Nasyida! Tak pasal aku kena gossip liar dengan dia masa gi Kem Ibu kat SM Batu Lima...and oh..dia sudah mengecut sekarang! *matilahhhhhhh

::NureeN:: said...

weh widad
berjaya jugak aku baca n3 hg ni smpi habis smbil cutik2 wat keja
amboiii berbahasa baku hg noooo
lawak la aku baca ayat hg ni mcm g takot org baca x paham ja ahhahaa
weh kita sama, aku mmg suka mkn biskut sarang semut umah ahlam, smpi mak dia pon tau sbb bila ank nk p raya kat umah dia ja aku tanya " mak hg buat x biskut sarang semut lam" hahahhaa

TecerWidad said...

@faizal abd fathi segak makna apa..?tak dak mana lain aihh..memang nak habaq kami semua segak segak belaka

TecerWidad said...

@Masni Osman teruih tak berapa nak teruih laa. pemalaih tambah hati duk ingat nak berjimba

TecerWidad said...

@Izuan Kunang-Kunang Ooooo hang la izuan yang kena gosip dengan mas tu. Baru aku tau. Dia anak dua dahhh. Nak masuk tiga dah pun

TecerWidad said...

@::NureeN:: Aku kan cikgu. Bahasa kena tertib. Hehehe. Tertib la sangatttt.

Aku duk cadang tahun ni nak pi mintak resepi kat mak ahlam. Buleh belajaq2 buat... *kononnnnn*

Cikgu Fatin said...

Salam perkenalan. Pertama kali blogwalking d sini terus suka. Mungkin sama2 cikgu kot. :-)

TecerWidad said...

@Cikgu Fatin Percayalah, walaupun saya bukan cikgu, anda akan tetap suka.. Sebab saya ni lovable..Hahaha


P.s Boleh kata saya perasan. Saya tak kisah. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...