Monday, December 24, 2012

Jawapan -jawapan Bini Ustaz yang tak tercapai dek akal




Umum mengetahui Bini Ustaz kerap difeaturekan di dalam entri-entri blog ini sama ada entri berilmiah atau pun entri merapu-rapu. Mujur Bini Ustaz bukan jenis mata duitan maka mahu minta royalti segala. Mujur juga beliau tidak buat demo duduk dan bantah. Oh ya, demo-demo ni memang budaya kami. Hihi



Umum juga mengetahui Bini Ustaz ini merujuk kepada emak aku. Emak aku masih cun walaupun umur sudah 63. Tak perlu collagen segala tapi sumpahlah semua kata Bini Ustaz masih cantik. Nampak muda. Maka ke mana lagi tumpahnya cantiknya itu kalau bukan untuk aku. Huahuahua. Mohon jangan maki. Seperti mana yang anda pernah baca aku dapat Anugerah Guru Paling Cantik *confirm tahun depan dah tak dapat*, Bini Ustaz juga pernah dapat award yang sama dari persatuan NGO yang disertainya. Bukan ketika umur remaja. Tetapi ketika umur 60-an begini. Makanya silalah jangan nafikan atau ragu-ragu tentang kecantikkan Bini Ustaz. Cantik tak cantik emaknya, lihat saja pada anaknya. Kahkahkah. Mati kena hempap gunung Baling sebab perasan.



Umum juga sedar semenjak pertengahan 2011 aku pulang menetap di kampung halaman. Bukan kerana mengikut suami tetapi sudah berjauh hati dengan tempat yang lama. Makanya aku memilih untuk tinggal bersama Bini Ustaz dan adik lelakiku yang tidak pernah aku featurekan tentang dirinya di dalam blog ini. Tinggal bersama Bini Ustaz ini bererti setiap hari aku dapat berbual dengannya dan sekali sekala keluar berjimba di Pulau Pinang. Berjimba secara makcik-makciklah. Tidak ada aktiviti menonton wayang. Cukup sekadar mengukur shopping complex dan makan secara marathon. Hehehe.



Ok, cukuplah tiga kali aku gunakan perkataan umum. Nampak sangat tangan aku ni dah tak sabar nak pangkah untuk pilihanraya umum yang akan datang. Itu yang menyebabkan penggunaannya secara kerap.



Bini Ustaz seorang yang pandai berlucu dan kadang-kala jawapannya sungguh tak tercapai dek akal. Aku tidak sedar semenjak bila beliau memperolehi kebolehan untuk memberi jawapan begini. Mari kita lihat fiil Bini Ustaz yakni emakku sendiri.



1) Hujan turun
Aku duduk di tingkat atas dan ketika hari bekerja, hanya sekali-sekala aku di tingkat bawah. Aku turun hanya untuk makan, tengok tv dan kadang-kala membuat rondaan ketika Bini Ustaz sedang tidur. Hendak memastikan beliau sihat dan 'ada'. Aktiviti seharian selepas pulang bekerja kebanyakkannya dilakukan di dalam bilik. Selain mandi, membasuh baju, menyidai kain, aku hanya meng-onlinekan diri dan kemudian tidur. Menyebut tentang aktiviti menyidai kain, Bini Ustaz dan adik lelakiku melakukan aktiviti tersebut di luar rumah.

Alkisah suatu hari hujan kucing-kucing dan anjing-anjing. Sungguh lebat sehingga menyebabkan aku terjaga dari tidur. Sebelum aku naik untuk tidur, Bini Ustaz juga sedang tidur dan aku terperasan kain baju penuh di ampai. Makanya kerana bimbangkan kain baju mungkin basah lencun kelak perlu basuh sekali lagi, pantas aku bingkas bangun dari katil... pergh, bingkas siut. Serupa novel Anis Ayuni dah. Kehkehkeh. Ok mari sambung.

Terus aku berlari-lari anak sambil turun tangga menjerit pada Bini Ustaz.


"Mak, hujan turun mak!!!"


Menjerit as memberitahu, Bukan menjerit marahkan Bini Ustaz. Tidakkkk. Lagi tiga anak tangga nak sampai bawah, aku lompat turun langkau ketiga-tiga anak tangga. Cewahhh. Bajet macam filem aksi. Sila jangan ungkit peristiwa aku jatuh tangga. Tidak ada kena mengena. Sekali lagi aku jerit,


"Makkkkk, hujan turunnn!!!"


Terus nampak kelibat Bini Ustaz keluar dari bilik tidur sambil gosok-gosok kepala. Terkejut barangkali aku terjerit-jerit memanggil beliau.


"Pasaipa? Ada apadia duk panggil, mak, mak..?"


"Dak...hujan turun...," indirectly aku harap mesejnya sampai. Aku nak bagitahu hujan turun dan kain di ampai sudah berangkat atau belum.


"Awatnya hujan turun? Biasa la hujan turun. Kot hujan naik baru la pelik."


Ok, mak. You win!





2) Naik atas
Rumah peninggalan arwah Ustaz ini adalah rumah kampung dua tingkat yang boleh tahan besarnya. Besar bukan kerana kaya. Tapi besar kerana anak-anaknya sembilan orang. Makanya kalau rumah yang kecil sudah pasti tidak selesa untuk kami adik-beradik tinggal secara rukun. Namun demikian, hari ini, rumah besar begini hanya didiami oleh tiga orang yakni Bini Ustaz, aku dan juga adik aku. Hanya kami bertiga sahaja. Bilik aku di tingkat atas dan Bini Ustaz dan adik lelaki di tingkat bawah.


Setiap malam, aku biasanya akan duduk di ruang menonton tv bersama Bini Ustaz dan menonton cerita-cerita pilihan Bini Ustaz. Ya, aku hanya mengikut saja. Apa yang Bini Ustaz tengok, aku bantai saja walaupun sekejap-sekejap akan dengar komen tak puas hati mengondem cerita pilihan beliau. Hahaha.


Seandainya aku tak dapat bertahan menonton cerita yang ntahapapa, aku biasanya akan meninggalkan ruang menonton tv dan naik ke bilik.


"Tak best pun cerita mak tengok ni...." sambil bangun dan buat muka tak best.

Bini Ustaz tak beri sebarang response.

"Tak pa lah mak...orang nak naik ataih (atas) lahhh."

"Nak naik sebut naik sudah la. Nak kata naik ataih buat apa? Memang naik tu naik pi ke ataih. Takdak naik ke bawah aihh."

Tudia sekali dia bagiiii.

Tsk





3) Tak masin
Sudah menjadi trend di rumah kenduri menghidangkan pelbagai jenis menu lain selain dari nasi. Dari teh tarik ke pelbagai bubur dan manisan termasuk laksa dan roti canai. Terjadi di satu majlis kenduri yang cukup gah dengan enam ribu jemputan ada dihidangkan laksa sebagai menu mencuci mulut. Makanya seorang makcik yang berkongsi meja dengan aku dan Bini Ustaz ingin turut sama makan laksa tersebut.


Umur makcik tersebut lebih kurang Bini Ustaz jugak. Dan di umur yang melebihi 60 pelbagai penyakit dari yang bersifat tinggi rendah dan manis datang bermastautin. Makcik ini sibuk bertanya perihal laksa bimbang sifatnya yang masin menyebabkan darah naik mencanak. Almaklumlah dalam badan dah ada kilang hihihi.

'Tak mau masin ambik laksa ngan ulam saja la. Kuah toksah ambik'


Ya, itu cadangan Bini Ustaz. 
Bernas tak? 
Bernas tak? 
Bernas gilaaaa.




4) Kurus
Aku memang ada tabiat suka tanya soalan yang ntahapapa dan kadang-kadang aku suka ulang tanya soalan yang sama. Zaman ada boyfriend hari-hari dia kena hadam soalan "Sayang dak?" dah aku pun sedar perbuatan aku memang annoying. Hihihi. Apabila di rumah, setiap kali aku masak aku secara gigih akan tanya sama ada menu yang dimasak sedap atau tidak. Begitu juga setiap kali aku balik dari berjogging. Nampak sahaja Bini Ustaz depan mata, terus tanya "Mak, orang kuruih (kurus) dak gi?"


"Kuruih dahhhh........






































*tersengih gumbira*








































...kat gigi.."






















Terima kasihlah mak. Jawapan mak sungguh menaikkan motivasi untuk terus lagi berjogging. Hari lain aku tanya, dia boleh jawab kurus kat kuku. Warghhh!! Terus takmau tanya dah. Takmau dah. 




















22 comments:

faizal abd fathi said...

kurus tang gigi ni yang rare tuh...hahahaha

Ribbon Clown said...

hahahha Kuruih tang gigi ja.. superb entry teacher widad, as always! kem Salam bini ustaz no :)

Hikaru Yui said...

yang kurus kat kuku tu rasanya pernah jugak dgr di rumah (jawapan mak jugak klu xsilap) adakah mmg mak2 akan develop skill itu bila anak dia tanya kuruih ka x?

mungkin tecer juga akan jawab sedemikian kat anak tecer.. hehe

Ai Rish said...

haha bestla mak tecer...*ade orang promote blog tecer kat buasir otak hehe

myfreeminded said...

Hehehe, sempoi betul bini ustaz ni. Seronok tul baca penulisan tecer ni.

TecerWidad said...

@faizal abd fathi Boleh jadi benar kerana gigiku memang besar2 belaka. hihi

TecerWidad said...

@Ribbon Clown Terima kasih. Bini Ustaz jawab waalaikum 'alaihassalam dan buat wajah puzzled. hihi

TecerWidad said...

@Ai Rish Anak dia best jugak. Hihi. Buasir otak tu hapakebenda sayang? Tecer tahu buasir di punggung saja. hihi

TecerWidad said...

@myfreeminded kalau la semua buku teks zaman belajar tulis begini sudah pasti tiap-tiap hari baca pun tak apa. hihi

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Boleh buat kajian lepas ni. Mohon mrs zainal abidin menjadi subjek kajian.

Ai Rish said...

http://buasirotak.blogspot.com/2013/01/segmen-blog-karier-3.html

Ai Rish said...

http://buasirotak.blogspot.com/2013/01/segmen-blog-karier-3.html

TecerWidad said...

@Ai Rish hahahahaha. berkerjayanya diriku ini. lepas ni harus privatekan blog. hehe

Diana said...

Salam.

widad, sekarang baru tau mana widad dapat genetik gila-gila itu.

hehehe..

eh, mohon jangan private blog okeh..

linda isabell said...

tecer, tecer... nnt buat entry psl sy. zohra jabeen dgn student kt UUM tu..

ana attaufu fa said...

habit kita sama la...
orang pun slalu tanya mak orang nampak kuruih ke x

tapi jawapan mak orang lain sket.
" nampak biasa ja..."

tia ji said...

seronok baca entry tecer pasal mak..teringat kat arwah mak saya..she's such a lovely and happy go lucky mother..suka buat kelakar and kadang2 jawapannya seperti jawapan mak tecer.. jaga mak elok-elok..kelak bila dia takde, cuma kenanganlah yang akan menemani kita sepanjang hayat.... =)

TecerWidad said...

@Diana Boleh jadi jugak meawarisi dari emak. Jangan waris jari hantu sudah lah. Hihi

TecerWidad said...

@linda isabell Tecer ni malas nak buat entri mengata orang. apatah lagi yg tak berapa cerdik. Huahuahua. Sempat mengata kot komen ni saja la

TecerWidad said...

@ana attaufu fa Lepas ni andaikata mak anda tanya, anda jawab macam Bini Ustaz, okeh?

TecerWidad said...

@tia ji Terima kasih. Mak saya pun kena jaga saya baik-baik. Buat baik baru dibalas baik. Hehe

Afifah Nur. said...

Tecer. Lawak sangat :D Kehkeh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...