Saturday, December 1, 2012

Perkara-perkara yang aku tak suka tentang Facebook



Dewasa ini, tidak dapat dinafikan Facebook memainkan peranan penting dalam kehidupan individu yang bernama manusia. Individu bernama syaiton, jangan guna Facebook (syaiton yang dikenali macam mana?). Umur kebersamaan aku dan Facebook baru setahun jagung. Dan aku baru sahaja reti mengeblok mereka yang aku tidak berkenan di hati. Buat masa ini, belum ada lagi. Habis-habis tak suka, aku unfriend saja.

Untuk pengetahuan umum, Facebook aku dimiliki oleh dua individu. Seorang hamba Allah yang merupakan peminat tegar blog aku yang semakin hari semakin sendu ini, telah dengan gigihnya meng-create sebuah akaun Facebook. Sungguh aku tak sangka kegigihannya kerana minat yang padu dan jitu. Dan aku baru sahaja melihat gambar beliau...kacak gila. Mujur umurnya yang lebih muda. Kalau tidak sudah pasti aku paksa dia meminang aku. Hahaha. Ok, tak lawak pun. Syok sendiri macam selalu.

Oleh kerana gagal menghapdet secara istiqamah, otak menjadi tepu maka gagal untuk memanjangkan intro entri kali ini. Ayuh baca secara berjemaah.



1) Penggunaan bahasa IQ rendah
Tahukah anda bahasa IQ rendah? Bahasa IQ rendah digunakan secara meluas di kalangan remaja hari ini terutamanya pakwe dan awek sekolah. Tidak kira mereka pakwe atau awek asrama penuh mahupun sekolah harian, latar belakang pendidikan tidak berkait dengan penggunaan bahasa IQ rendah kerana pada pendapat aku, mereka yang menggunakan bahasa begini yang memilih untuk berada dalam kumpulan dungu dan bebal.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Fadzilah Kamsah, mereka yang yang merosakkan ejaan seperti dengan menggunakan huruf E dan W secara tegar, atau menukar ejaan sesuka hati mereka seperti school menjadi skul, boring menjadi boink, saja dieja sajew, aku disingkatkan kepada ak ataupun aq dan banyak lagi contoh lain yang aku tak mahu buang masa dan tenaga nak mengingat kembali perkataan-perkataan terencat itu, merupakan mereka yang tergolong dalam kumpulan IQ rendah. Hahaha.

Mungkin mereka berperasaan sangat cool menghapdet status menggunakan bahasa yang rosak begini tetapi hakikatnya sumpahlah nampak sangat bangang dan sejujurnya aku biasanya lemah untuk menghadam ayat mereka. Apabila mata aku terpaksa menyaksikan kebodohan sebegini, secara tidak langsung memutuskan nafsu aku untuk melayari Facebook. Benci ahhh



2) Aplikasi yang belum mumayyiz
Ramai dikalangan Facebookers menge-like aplikasi mumayyiz yang akibatnya memenuhi wall Facebook aku. Apa kejadahnya mengelike aplikasi yang kononnya untuk melihat rumah apa yang sesuai untuk anda, kereta apa yang sesuai untuk dan konsep perkahwinan yang bagaimana sesuai untuk anda. Haruslah tanpa ragu-ragu aku mencarut secara live di dalam hati dan terus menekan option unsubscribe. Apabila aku melampiaskan rasa tidak sukaku dikatakan aku tidak sporting dan mereka bermain secara suka-suka. Ahhh tak dulik! Aku tetap tak suka kerana sebagai seorang yang independent, aku membuat keputusan untuk diri sendiri.


Aku tidak perlukan sebarang aplikasi untuk melihat kereta apa yang sesuai untuk aku. Aku hanya perlu melihat duit simpanan yang berjaya dikumpulkan dan memilih kereta yang aku suka. Aku tak perlu nak rujuk aplikasi tidak matang untuk melihat konsep perkahwinan yang sesuai untuk aku.


Antara aplikasi lain yang sungguh menipu adalah Who Viewed Your Profile. Tiba-tiba aku berada dalam top five padahal seingat aku dua kali saja aku view profile Facebook beliau. Ahhh. Sudahlah aku ditag, kemudian maklumat yang menipu pula.



3) Profile yang menipu
Ini bukan fake profile yang menambah aku sebagai rakan untuk mengskodeng kehidupan aku yang awesome dan dicemburui ramai pihak. Tetapi ada di antara pelajar aku yang meng-add aku di Facebook tetapi apabila aku mengeview profile mereka, sungguh terasa mahuku sugun kepala sorang-sorang. Ya, menggunakan terma sorang-sorang makna kata ramailah yang mahuku sugun dan ramailah yang menyatakan maklumat tidak tepat atau bahasa mudahnya, ta ya pa wau, tipu.





Yang atas ni contoh benar. Kemain duduk London..padahal duduk Selangor saja. Ada juga yang mengaku belajar di Harvard, padahal PMR pun belum lepas. Ni apa punya profile ni? Apa malukah duduk di Baling sampai nak kena jadikan Berlin. Tengok macam aku. Walaupun duduk di Baling, kulit putih berseri kalah orang Cina. Kahkahkah. Ala, macam tak biasa. Entri aku, kalau tak ada nak memuji diri sendiri, nampak sangat bukan aku yang taipnya.



4) Menge-like tak kena tempat.
Haaaa yang ni memang paling aku tak berkenan. Like bermaksud suka kalau bahasa melayunya. Kadang-kadang aku melihat status 'Ayahku telah kembali ke rahmatullah', ada 10 like. Aku ulang, like maksudnya suka. Adakah pengelike-pengelike ini suka dengan ayahnya yang telah meninggal dunia? Adakah pengelike-pengelike ini memang mengharapkan ayah si polan meninggal dunia dan wah akhirnya termakbul doa dan sembahyang hajatku? Adakah antara pengelike ini, jatuh cinta dengan emak si penghapdet status makanya bahagia kerana akhirnya ada peluang untuk merebut cinta si emak? Adakah...ahh terlalu banyak kebarangkalian yang semuanya negatif belaka. Jadi, mengapa perlu like? Mengapa?



Status seperti di atas wajar untuk di-like secara berjemaah. Status orang mati, orang sedih, orang kecewa, mohon jangan di-like. Ada yang memberi alasan, andai ia di-like, dapat dikongsi bersama rakan yang lain. Saudara saudari, itu maksudnya tekan butang share. Share maksudnya kongsi. Bukan like maksudnya kongsi. Nampak tak ayat aku yang jadi pendek-pendek. Itu tandanya macam nak marah. Ya, nak marah.

















































Bukan nak marah padahalnya pun. Dah tak ada idea nak taip apa. Hahaha. Ngek! Penutup bagi entri kali ini adalah sila tekan pangkah di sudut atas, yang paling kanan.




















11 comments:

Afifah Nur. said...

Ticer, awat pendek ja entry kali ni? Tak puassss! Panjang lagi yaa. Hee.

TecerWidad said...

@Afifah Nur. Dah tua sayang..sudah tidak handal berfikir. Sobs

Afifah Nur. said...

Ticer sila pergi jogging di Jambatan Pulau Pinang ya! Baru aktif sikit sel- sel otak. Jadi, boleh la berblog secara produktif! Hehe.

TecerWidad said...

@Afifah Nur. Minum enfagrow dah laaaa

Hikaru Yui said...

tecer kumpul status update jadi entry ea? brilliant idea..kahkah

Diana said...

Widad..

seperti biasa, entri yang begitu menggeletek ketiak.

lagi satu - tak suka ayat ni kat fesbuk fanpage - "berapa LIKE untuk gambar ni?" / "boleh dapat 1000 like untuk gambar ni?" ~ benci betul rasanya...

TecerWidad said...

@Hikaru Yui Otak dah tipu. Jenuh pikiaq nak buleh satu entri

faizal abd fathi said...

ringkas dan padat... ( nak like tak ada button like...hehehe )

TecerWidad said...

@Diana Betul. Like kalau anda sayang Islam. Like kalau anda mahu ke Mekah. Dah kalau like boleh bawa pi Mekah secara free kah? Like kalau itu, kalau ini. Ahhh memang bikin panas dalam hati!

Eh eh, teremo pulak. Hihi

TecerWidad said...

@faizal abd fathi Like dalam hati cukup dah. Hihi

Anonymous said...

nice. well said.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...