Tuesday, August 28, 2012

Jenis-jenis tetamu yang datang beraya



Assalamualaikum semua saudara sandari, cikibum cikibum. Bagaimana dengan sambutan hari raya anda? Adakah lebih meriah berbanding puasa anda ataupun anda rasa sama saja dengan hari-hari yang lain. Kepada yang rasa sama sahaja seperti hari-hari lain, mungkin anda tak berpuasa di bulan Ramadhan ataupun berkemungkinan juga kerana anda tak dapat bercuti dan pulang ke kampung di hari raya.


Hari ini sudah 10 Syawal dan aku episod menggantikan puasa dan berpuasa enam bakal dilakukan. Itupun kalau rajin dan tidak tergoda dengan menu-menu yang lazat dimasak oleh Bini Ustaz mahupun diri sendiri. Mengaku tu diri sendiri masak sedap. Sahabat-sahabat di sekolah, sila jangan buat open house terlalu awal kerana diriku yang imannya tak dapat diwarisi ini mudah tergoda dengan makanan free.


Sehingga hari raya kelima ramai tetamu yang hadir di rumah dan kerana kerajinan yang sememangnya ada dalam ini, aku secara sengaja telah membuat kajian terhadap tetamu-tetamu yang datang. Ayuh kita lihat jenis-jenis tetamu yang datang beraya.


1) Mata duitan
Ini biasanya budak-budak tak cukup umur yang datang rumah memang hadap duit raya saja. Rumah aku jenis rumah kampung ada halaman rumah dan porch bagai. Budak-budak yang hadap duit raya ni, nak jalan masuk ke pintu pun tak sudi. Mungkin mereka saban tahun cuba mengatasi rekod terdahulu dengan harapan kutipan duit raya lebih memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya. Ada juga yang muka tembok jenis bagi salam kemudian dengan tulus dan telus menyampaikan hajat di hati 'Kami datang nak duit raya saja'. Huiii. Anak siapa perangai begini. Tapi dalam hati tuan rumah yang pemalas seperti aku rasa bersyukur tak terhingga kerana tak perlu susah payah berpenat lelah buat air oren ketuk ais bagai tapi minum setakat seteguk sahaja.



Aku dulu kecil-kecil memang gigih berusaha kutip duit raya. Dapat lima kupang pun tak bising kerana bangsa reti bersyukur. Budak zaman sekarang kalau kita bagi seringgit sumpah tahun depan dia tak datang. Itu kalau yang jenis mata duitan. Kalau yang jenis otak singkat aku bagi duit lama dia tak mahu. Nak duit baru padahal tak sedar nilai duit tu sama sahaja. Harus aku bagi siku baru dia reti barangkali.




2) Merisik anak tuan rumah
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang ada anak dara atau anak teruna yang masih solo gemar mengambil kesempatan di hati raya merisik anak orang. Tak payah pergi cari contoh yang jauh-jauh. Aku dengan berbesar hatinya sudi menjadikan diri aku sebagai contoh. Ada juga yang pagi-pagi di hari raya kedua telefon Bini Ustaz tanyakan aku dan kakakku. Benarlah orang kata bangun pagi rezeki murah. Hehehe.


Tak reti pulak aku nak elaborate panjang-panjang. Biasa kalau cerita diri sendiri memang tak berapa nak handal. Cuba kalau cerita pasal nak mengutuk nak mengata tiba-tiba mulut petah berkata-kata dan tangan ni lancar saja nak menaip. Tsk




3) Ziarah sambil bergosip
Di hari raya, sebelum mulut mengungkapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, ada juga yang mengambil kesempatan membuat kunjungan ke rumah sanak saudara dan rakan taulan dengan menambah aktiviti bergosip sama ada secara sulit atau pun secara berjemaah. Aku pun termasuk juga dalam kumpulan ini. Macam biasa aku memang jenis sedar diri dan mengaku saja aku ni bukan lindungan kaabah bagai. Gosip-gosip adalah berkisar apa yang berlaku atau peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan diri sendiri.



Baru-baru ini ada aku bergosip tentang kawan aku yang telah menipu aku dan kawan aku serta melibatkan sejumlah wang yang besar. Bab menipu tu boleh nak maaf. Tapi yang bab duit tu memang ada rasa macam nak simbah asid pun ada. Melalui kunjungan hari raya sambil bergosip juga dapat aku menghapdet kisah-kisah terkini tentang rakan-rakan dan mungkin juga musuh-musuh yang ada. Hahaha. Dah macam orang main politik ada musuh segala. Kalau datang sepupu sepapat aku sakan juga kami bergosip. Waktu macam nilah boleh tahu sepupu mana yang dah ada boyfriend, anak buah mana yang dah nak menikah, siapa yang mengandung, siapa yang dapat transfer, siapa yang menganggur dan segala hapdet yang mungkin tidak terdapat di facebook.


Tapi ada juga sedara mara aku yang omega dalam kepala tak berapa banyak. Nama aku dan kakak aku asyik tertukar-tukar padahal nama kami jauh berbeza. Aku Widad, dia Affaf. Lagi satu dah beribu kali dah aku cerita aku sekarang di Kuala Pegang tapi masih ramai yang sangka aku di Bukit Kayu Hitam. Masa aku di Bukit Kayu Hitam mereka sangka aku di USM. Harus aku reka cerita aku dapat sekolah lain. Mungkin ketika itu dalam kepala mereka ada memori aku di Kuala Pegang.



4) Rehat dan Rawat
Bagi yang memandu jauh, gunakan kesempatan hari raya untuk menambah pahala dengan melawat kawan-kawan atau saudara mara anda. Di samping dapat beramas mesra dan meminta maaf kot-kot ada dosa yang dilakukan secara sedar atau tak sedar, anda juga dapat merehatkan badan dan jika langkah tak kengkang tuan rumah akan menjamu anda dengan hidangan yang boleh meningkatkan kolestrol dan menambah berat badan anda. Siapa-siapa pun suka makanan yang lazat tapi yang tambah berat badan tu walaupun tak suka boleh pejam mata.



Bagi emak-emak yang ada anak kecil kalau singgah rumah saudara atau kawan boleh tumpang bilik air nak tukar diapers segala. Untung sabut anda boleh lelap barang sejam dua sebelum meneruskan perjalanan jauh. Tapi biasanya kita sebagai tetamu akan pilih kawan yang rapat atau saudara kita yang boleh tahan akrab dan ramahnya untuk dijadikan tempat rehat dan rawat. Kalau kawan yang sekadar hai-hai bye-bye atau saudara yang kita jumpa time kenduri kahwin sahaja mungkin segan juga tiba-tiba buat ramah sampai tumpang tidur segala.




Kecederaan akibat jatuh tangga menyebabkan aku tidak dapat mengingat dengan cemerlang. Ditambah pula aircond dalam wad ni macam nak membunuh aku ke hapa makanya aku cuma dapat senaraikan setakat empat sahaja. Raya lain kali kita lihat barangkali ada pertambahan. Itupun kalau aku tak buat aksi stuntman hingga jatuh tangga seperti tahun ini -__-


Jadi bagaimana dengan anda? 
Tepuk dada, suluh cermin dan kaji anda jenis tetamu yang bagaimana? 






Sunday, August 26, 2012

Bahana mengejek




Aku, hari raya dan mengadakan pesta separa liar tatkala bergambar memang tak dapat dipisahkan. Ibarat isi dengan kuku dan tak ada cagu antara mereka.





Banyak lagi jenis posing yang ada tapi sebab perangai bukan lindungan kaabah maka aku telah mempengaruhi the sisters untuk menggayakan sore-eyes-five-days-of-mc.



Dan hari ini...




Kena tahan di Metro. Tak tahulah mc berapa hari tapi sebab nak kena buat physiotherapy bagai, lebih dari sehari itu sudah pasti. Di saat nak berbuka puasa semalam, nak turun tangga boleh terjatuh menggelungsur sampai ke bawah. Ambik aku, ini makan dia.




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Fitri. Maaf Zahir Batin.

Sunday, August 12, 2012

Sungguh mendengar kata




Semenjak bulan lalu, tak tahu kenapa jerawat datang menyerang tanpa belas kasihan. Sudahlah tak beri sebarang petanda sedar-sedar di waktu pagi sudah ada dua tiga biji. Bini Ustaz selalu pesan kalau nak bagi pokok bunga cepat putik kembang bunganya, kena cakap dengan mereka. Maka berdasarkan pesanan yang disampaikan aku mengaplikasikan teknik yang sama kepada semua perkara.



Nak rambut tidak bercabang maka sesi potong memotong rambut aku diisi dengan sesi menasihati supaya rambut yang bakal panjang kelak biarlah elok seperti yang diidamkan.



Ketika wajah diserang jerawat, sambil sapu temulawak pada cik-cik jerawat, aku nasihati mereka supaya tak perlulah datang secara berjemaah. Aku masih bujang dan tak ada pengalaman menjaga anak sendiri. Makanya bagaimana nak layan jerawat yang datang secara berjemaah? Sungguh mendengar kata team jerawat di wajah ini. Datang secara solo tapi setiap hari datang sebiji demi sebiji. Nak keluar berfoya-foya pun segan kerana walaupun kulit tak adalah putih melepak macam tepung gomak, tapi dari jauh sudah pasti boleh nampak merah-merah di sekitar wajah.



Oleh kerana terasa tak best dengan kemunculan jerawat, maka aku nasihatkan cik-cik jerawat yang datang ini supaya kalau nak muncul di wajahku, janganlah pilih tempat yang obvious semua boleh nampak.




Mungkin kecil hati dengan nasihat aku kerana ibaratnya aku menghalau mereka. Tiga minggu mereka tak datang. Sunyi sepi.






Sehinggalah aku bangun sahur pagi tadi....







Cik jerawat membuat comeback ke wajahku....








Kali ni pandai dia pilih tempat....









Memang tak obvious tak ada yang nampak...









Jerawat tumbuh dalam hidung....









Tsk..








Monday, August 6, 2012

Busy mending myself





Sudah-sudahlah kita mencari salah orang lain. Sudah-sudahlah kita menuduh sana sini. Masa untuk muhasabah diri.


PS - Intro yang buat aku terpaut dan terus tengok sampai habis walaupun esok sekolah, dah lewat malam dan boleh jadi PPD nak datang observe esok. 


Sunday, August 5, 2012

Terima kasih atas komen anda




Ini adalah komen yang aku terima dari orang yang mengaku student aku. Terima kasih. Tapi aku nak tanyalah beberapa soalan,

1. Aku telah memfitnah. Mana anda tahu ini fitnah? Aku sendiri yang kena, aku sendiri yang tahu. Orang yang dekat dengan aku memang tahu.

2. Apa kaitan menegakkan Islam dengan kutuk? Apa kaitan benci dengan hati selemah-lemah iman dengan apa yang aku post?

3. Sembang elok-elok? Ni nak habaq, dah kalau orang tu pandang muka aku pun tak sudi buat apa nak bincang? Lagipun buat apa nak bincang sebab aku dah maafkan semua.

Sepanjang aku di sekolah lama, tak pernah sekali kakak tu balas senyuman aku padahal aku memang boleh kata sangat pemurah dengan senyuman. Tak pernah balas.  Dan masa tu Allah saja yang tahu apa betapa terkilannya dalam hati. Maka kalau nak tegakkan agama, maniskanlah wajah, senyum pada semua.




Sejujurnya aku tak faham komen yang ditulis. Takdak mana-mana point yang berkaitan antara satu sama lain. Kalau betul student aku, esok-esok buat karangan toksah tulis lagu ni.

Updated:
To insan kerdil whatsoever you are;
Apa masalah anda sebenarnya nak mai komen-komen dua tiga kali? Buat apa aku nak takut nak approve komen atau apa. Kalau aku approve, orang lain mai baca orang tak kata kat aku, orang kata kat hang especially Izuan Kunang Kunang. Hahaha. And in fact aku ni bukan bangsa yang suka nak gaduh, suka nak argue, sebab benda-benda macam ni yang selalu buat hati jadi sakit, muka cepat tua, tak segak la pendek kata.

Nampak sangat baru mai baca kat blog aku. Entri lebih lima hari kena dapat approval aku dulu dan suka hati akulah nak approve ke tidak. Macam orang mai rumah kita, suka hatilah kita nak bagi masuk ke tidak. Takkkan tu pun nak kena ajar? Kalau aku approve semua komen-komen tak matang dari anda, sumpahlah pembaca-pembaca lain yang baca blog aku akan kata anda ni tak reti nak hormat cikgu sendiri.

By the way, kot ya nak kata aku ni penakut, cermin diri dululah. Berdegar-degar kata kat aku, tapi diri sendiri tak guna nama sebenar? Sorok diri sendiri belakang nama insan kerdil? What the what? Eh come on...grow up please. Tak perlu nak jadi balaci nak backup orang. If you really respect your teachers, you wont interfere in your teachers' business. Balik rumah, tanya your parents. Even your parents ada conflict of interest with their friends or siblings perhaps. Get a life please, and save the drama for your mama, loser!











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...