Sunday, January 27, 2013

Bercinta, tunang, dan kahwin



Hari ni aku nak jadi serius. Bukan hari ni. Cukuplah setakat dari entri ini ditaip, diedit dan dipublish. Itu saja tempoh aku serius. Lain tempoh aku serius bila perlu. Aku bukan jenis sembang serius. Aku orang yang banyak ketawa dan selalu senyum, Sebab tu dah umur 30 tapi nampak macam 20. Hahaha. Gagal nampaknya percubaan untuk serius. Tak apa. Lepas ni aku cuba lagi.


Bercinta? Banyak kali aku bercinta. Tapi tak ada jodoh nak ke nikah. Takkan ku sebut ke jinjang pelamin sebab pelamin tu pakai masa bersanding. Bersanding tak boleh. Mahu bangun Ustaz dari kubur kalau dia tahu aku bersanding. Kalau orang lain renjis, boleh jadi aku disiram sampai lencun secara halimunan. Aku saja yang nampak. Moralnya, tak payah bersanding. Jimat duit satu hal.


Bercinta zaman universiti aku dapat boyfriend yang dah bekerja. Kerja boleh tahan, banyak OT dan muka ala-ala Bollywood. Tapi mak dia tak suka kat aku. Hahaha. Sebab apa. Takyah lah aku sebut. Nanti anda jugak yang akan gelakkan maknya sebab alasan sungguh tak best. Tapi tak apa. Langsung aku tak kecik hati. Memang untung ada boyfriend yang dah bekerja time kita masih belajar. Nak keluar siap kereta tunggu.  Makan minum harap boyfriend. Nak pergi sana, pergi sini harapkan boyfriend. Nak suruh bayar itu, bayar ini harapkan boyfriend juga.


Tapi aku bukan macam tu sebab aku bukan mengada-ngada. Aku mengada-ngada juga. Perempuan mana tak mengada-ngada. Tapi mengada-ngada aku tak masuk bab duit. Mengada aku nak suruh dia sebut dia sayang aku dua tiga kali dalam sehari. Hahaha. Perempuan mengada memang semua kalau boleh nak harap boyfriend. Zaman universiti buat part-time. Tak cukup duit, SOS Bini Ustaz. SOS tu apa? Saya Orang Susah. Hahaha. Maka Bini Ustaz akan hulur. Tak cukup lain bulan aku cari kakak Petronasku. Terima kasih kerana banyak membantu dari wang ringgit terutamanya :')


Mintak duit dengan boyfriend? Pernah. Tapi tak banyak. Dan biasanya aku bayar balik sebab aku segan. Yang aku tak bayar kalau mintak dia tolong reload kredit handphone sebab maha leceh nak cari dari satu bilik ke satu bilik zaman mengaji dulu. Tapi sekali reload sepuluh hengget. Dan sebagai balasan aku belanja kehepsi. Aku tak cakaplah belanja kehepsi ganti duit topup tapi dah faham-faham sendirilah. Kata cintaaaa. Hehehe.


Tapi aku dah jumpa lelaki akal tak berapa panjang habis duit untuk girlfriend. Sungguh kecewa sehingga melebih-lebihkan sang girlfriend berbanding emak. Ya. Memang patut guna sang sebab gedik dah macam jenis-jenis sang jugak. Bayar broadband minta boyfriend dan boyfriend pun bagi. Nombor pin MUET tak sempat beli pun minta boyfriend. Itu belum masuk topup handphone yang bulanan lebih tiga puluh hengget. Lebih. Tak pernah kurang. Dan itu belum juga campur duit belanja yang dihulur. Ini boyfriend atau ayah? Ayah girlfriend masih ada. Masih sihat. Emaknya pun ada. Pun sihat. Tapi...tak apa. Kita tak payah cerita.


Moralnya, yang mana bercinta dengan yang bekerja janganlah nat jadi set mengada yang boleh ku bagi kaki mintak itu ini. Reti malu tak kiralah boyfriend anak raja atau Perdana Menteri sekalipun. Tambah kalau dapat anak menteri atau yang Perdana Menteri jenis korup sapu duit rakyat. Lagi mohon dijauhi. Bukan jauhi mintak duit. Jauhi terus jangan buat laki. Hahaha. Jahat mulut!




Tunang pula episod memang ke arah dah nak nikah. Katanya nk berkenal-kenalan tapi kalau dah kenal, tak payahlah berlama-lamaan. Aku tak pernah bertunang. Pada aku bertunang tempoh untuk bertenang. Aku pun tak reti nak explain. Jadinya dah kalau tak reti, tak payahlah explain. Sebab aku jadi cikgu sakit hati bila dapat jawapan tulis panjang berjela tapi content tak ada. Tapi aku hargai effort mencuba. Nanti ada pula yang jaki kutuk aku cikgu malas. Hehehe. Tak boleh kena kutuk. Nanti terasa, aku sedih. Bila sedih nanti kulit kedut. Lagi aku bertambah sedih. Nampak tak kesan jangka panjangnya? Makanya mohon jangan buat aku sedih.


Sekarang ni ada yang majlis bertunang buat gah sangat dah macam majlis nikah. Aku tengok dengan hantarannya, dengan nak beli cincin segala. Terpandang saja hantaran terus mata aku nampak syaitan. Hahaha. Keji. Sebenarnya aku nampak benda tu bazir. Itu saja. Bila dah kerja aku sangat menghargai nilai wang. Aku tak suka spend duit untuk benda yang pada aku tak ada faedah. Aku suka yang simple, jimat, jimat dan jimat. Ya. Jimat tu penting. Katalah aku kedekut. Tapi aku takkan tergamak lihat bakal suami habis duit beribu hanya untuk bertunang. Kan lagi baik simpan duit dan berjimat boleh holiday ke Istanbul. Hahaha. Nampak tak aku punya berangan padahal bayang calon pun tak ada.


Jadi kepada yang nak bertunang, kalau yang perempuan masih belajar tak payahlah tergedik sangat habiskan duit si bakal tunang mintak itu ini. Especially yang nak tunang time belajar dan dapat bakal tunang yang dah bekerja, Sedarlah dengan status diri yang masih belajar. Tak payah nak buat grand sangat. Hantaran nak bagi sembilan. Tak sedar semua yang sembilan minta duit boyfriend. Yang boyfriend pula orang jauh. Utara lawan selatan. Nah duit lagi kos perjalanan segala.



Kahwin. Aku pernah bagi tips menjimatkan kenduri kahwin. Kalau aku, memang nak jimat sungguh. Kadang-kadang rasa macam nak buat high-tea saja untuk wedding. Ada murtabak, roti canai, kuih muih, coklat, laksa, bihun sup.  Hidang teh tarik, kopi kampung dan make sure semua memang sedap. Sebab benda begini orang tak makan banyak-banyak. Tambah-tambah yang memang ada kilang gula dan garam dalam badan. Hehehe.


Dari segi tarikh aku tak kebulur nak kejar tarikh yang best. Aku rasa orang yang nak tarikh best-best ni sebab ada masalah ingatan. Tak ingat. Cepat lupa. Tarikh yang cantik bajet macam senang ingat tapi dah kalau pelupa tu, pelupalah jugak. Sungguh memandang rendah aku pada manusia begini. Mulut jahat tak ada insuran harap aku diampun.


Bila sebut kahwin terus nampak duit hantaran, mas kahwin segala. Emak ayah yang punya anak perempuan tak payahlah susahkan anak lelaki yang bakal jadi menantu. Kalau letak tinggi-tinggi, yang nak miskin, nak susah anak menantu anda juga. Tak payah nak ikut standard. Ukur standard anak pompuan anda dah la. Dan jangan lupa padankan dengan kehendak agama. Ecewah. Terasa sungguh ustazah menaip di perenggan ini.


Sebut cerita kahwin terus teringat bab nak beranak-pinak. Kalau ditanya aku. Aku takut nak ada anak. Kenapa? Sebab takut tak boleh jadi emak yang baik. Jadi setiap kali lepas sembahyang, antara doa aku, kalau aku boleh menjadi ibu yang baik, maka kurniakanlah anak kepadaku. Sebab Dia kan Maha Mengetahui. Senang. Biar Dia yang tentukan. Memang anak itu saham akhirat. Tapi kalau anak jadi tak ketahuan pun saham juga untuk mak ayah. Dan banyak lagi cara lain nak main saham akhirat. Antara jumud dengan tak jumud fikiran saja bezanya.



*************

Aku tak berani nak tulis panjang-panjang. Nanti orang kata, aku tak kahwin lagi sembang kencang serupa dah kahwin anak sepuluh dan anak pun dah ramai yang kahwin. Aku memang bujang dan tak ada boyfriend. Saja cakap dua tiga kali supaya tak ada yang syak entri begini tandanya tak lama lagi aku nak kahwin. Buat masa ni, tak nampak lagi bayang-bayangnya. Yang berminat nak jadikan kakak atau adik ipar, boleh tinggalkan di ruangan komen. Hahaha. Sejujurnya, bagaimana doa aku tentang anak, sama juga doa aku untuk mendapatkan suami. Hanya jika aku mampu jadi isteri yang baik, maka Kau jodohkanlah aku dengan lelaki yang baik.

















































p.s  Entri separa serius begini terasa sangat 30.








15 comments:

Afifah Nur. said...

Assalamualaikum tecer. Rasa sebak pulak baca entri ni.

Saya doakan, semoga tecer jumpa jodoh yang terbaik, semoga si dia akan menemani tecer hingga ke syurga.

semoga tecer akan menemui kebagiaan :)

Shida Idris said...

ticer widad - kamu jujur, saya doakan yang terbaik buat kamu :)

Rapunzeel Cikilolo said...

kite memang nak kawen simple tapi sampai kat org lain nanti nak beriya-iya.

susah jugak...

Afiqah Hani Bt Baharom said...

nice entry. in shaa Allah :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

faizal abd fathi said...

steady!

Wawa Amran said...

Nie kena atas batang hidung sapa nie hehe.. Bertunang pada Wawa masa yang diambil untuk menyediakan diri nak jadi isteri.. Dari segi agama, penampilan diri,kemahiran memasak bagai2 tue.. Kalau dah rasa cukup bersedia, cpt2 kan kawen bagus.. Wawa aritu pihak lelaki yang tentukan bulan berapa kawen sebab kekangan tarikh.. ramai sgt relative belah lelaki kawen masa tue & orang keje kat laut, kena susun jadual keje elok2.. Satu pengalaman wawa masa kawen, wawa duduk Melaka adat macam2.. Ade yang Wawa taknak buat macam renjis2,ade bunga api lps nikah tapi adat Melaka buat, ikutkn jugak buat sbb makcik2 bising.. serius pening & sakit hati sbb kite yg kawen, org lain lbh2.. duit yg keluar duit kite.. kalau die sponsor xkesah lar kan huhuhu..

::NureeN:: said...

:)
pjg lebar no skali hg mengarang...

org kata jgn juai anak, jd mcm abah aku, aku x mau kawin sbb rasa x ready ja lg dr segi kewangan, dia siap ckp 3k ckup la x yah byk2.. hahhaa....
tp abah aku x letak pon, semua pihak laki yg letak hehehe.. abah aku stuju ja.. cuma dia pesan yg letak terlampau tinggi sudah hehee...

in shaa ALLAH, jodoh hg ngan kekasih gelap aku aminkan :)

TecerWidad said...

@Afifah Nur. Laaa jangan la sebak. Tecer tak pandai pujuk. Pandai mengena org saja. Hihi

TecerWidad said...

@Shida Idris Terima kasih. Saya doakan anda mendapat zuriat yang soleh/solehah :)

TecerWidad said...

@Rapunzeel Cikilolo I live to please Allah and myself. Not others :)

TecerWidad said...

@Afiqah Hani Bt Baharom Thank you

TecerWidad said...

@faizal abd fathi Bereh boh

TecerWidad said...

@Wawa Amran *Bunyi cengkerik* hehe

TecerWidad said...

@::NureeN:: Wahhh kekasih gelappppp. Hehe. Terima kasih.

Semoga rumahtangga hang kekal ke syurga :)

akuntukku said...

In shaa Allah, jodoh tu ada...cepat ke lambat, itu rahsia Allah...doakan yg baik2 utk tecer...peaceee...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...