Hari ini mengajar Tingkatan 2 Tekun. Kelas paling belakang. Walaupun paling belakang aku suka kelas ni sebab budak-budaknya dengar kata dan jarang buat aku sakit hati. Aktiviti hari ini aku minta mereka fill in Johan's weekly planner. Mula-mula sudah pasti baca extract secara berjemaah. Baca tiga kali. Ada yang cuma reti tulis nama sendiri tapi bila baca text Bahasa Inggeris secara berjemaah sengih macam kena loteri.
Seronok boleh baca dalam Bahasa Inggeris walaupun hanya burung kakak tua. Tak apa. Yang penting mereka mahu. Effort tu yang penting dari yang berlagak pandai tapi pemalas apa pun malas buat.
Sampai perenggan akhir, aktiviti Johan di hujung minggu adalah membeli belah di pasar malam. Terus tanya soalan pasal pasar malam. Masing-masing sebut pasal makanan. Dari rangka ayam sampai nasi ayam semua disebut.
Ketua kelas, nama Zainurul tanya aku, 'Teacher suka dak pi night market?'
'Boleh laaa. I rarely go to night market except bila teacher craving for specific food.'
(cakap campur-campur supaya dia faham)
'Craving tu apadia teacher?'
'Teringin.'
'Teacher selalu teringin apa?'
'Cakoi' (char kway)
Lepas tu ramai-ramai bising sebut cakoi dan ada yang berkerut dahi tak tahu cakoi.
'Kamu tau dak cakoi tu apa?'
'Tau teacher, tau! Char kuey teow!'
Confident dua budak aku jawab. Zainurul dan Aina. Memang nama sebenar.
Hahahaha.
Kenapa budak-budak ni naive sangat? Comel!
8 comments:
Tecer. Rinduuu nak baca blog tecer. :/ Jarang sangat update sekarang. Sibuk sangat ke?
kadang2 jawapan dorang tu melucukan. seronoknya dapat masuk sekolah balik..
samakan cakoi dengan char kuey tiau???
huhu.
tak apa..lama lama diaorang faham le tu....
hahaha.. sy selalu tersebut kocoi
Ohhh kalau ajar kelas paling hujung ni semangat kena kental.. sangat2 kental...adakalanya diaorang ni nampak sangat innocent tapi untuk form 1 & 2 lah.
Pernah ajar kelas hujung form 5, yang 80% tak tahu membaca, 20% tu merangkak2 membaca, so tak tahu lah apa purpose dia ke sekolah, adus memang boleh sakit jiwa.
Afifah: Terima kasih. Terharu ada jugak yang rindu blog sendu. Tecer sibuk sayang. Nanti tecer update tahap kesibukkan tecer.
Haryz: Ya, memang selalu buat cikgu tergelak besaq.
Rapunzeel: Depa bukan samakan. Depa tak tau.
Faizal: Kena byk membaca. Baru tahu.
Linda: Practise sebut cakoi 10 kali sehari
myfreeminded: Sakit jiwa tapi ada jugak seronok.
Hehe baca kisah ni teringat kenangan akak penah jadi cikgu dulu....penah jugak mengajaq kelas belakang,mmg kdg2 benda yg depa xfaham tu buat kita rasa lucu
Post a Comment