Wednesday, February 27, 2013

Cerita Kelas Belakang #3





Aku guru kelas 5 Tekun. Juga kelas paling belakang. Memang biasanya kelas belakang guru kelasnya perempuan. jarang sangat lelaki melainkan dikenalpasti sebagai cikgu lelaki yang rajin.


Awal persekolahan aku di hospital. Hospital yang sama, Metro Specialist. Jadi bila aku dah balik ke sekolah budak-budak sibuk tanya pengalaman tinggal di wad. Kelas 5 Tekun cuma 14 orang. 12 lelaki dan dua perempuan. Budak lelakinya seribu kali rajin banding dengan minah dua orang tu. Macam melampau pulak banding dengan seribu. Sepuluh kali dah la. Tapi sungguhlah yang lelaki ni senang buat kerja. Suruh sikit mesti dia buat. Tapi kena cakap baik-baik. Kena panggil abang hensem atau sayang laju buat kerja.


Budak perempuan malas tahap tak tercapai dek akal. Menjadi penolong setiausaha ko-kurikulum, aku kena cantikkan board ko-kurikulum. Bila mintak tolong budak laki, selepas menanam tebu di pinggir bibir terus sukarela tolong. Tapi dalam tolong tu, mainnya memang banyak. Budak perempuan yang sorang tu bagi alasan dah tiga hari tak tidur.

'Tak tidoq pasaipa sayang? Mengasuh anak ka?'

Tarik mucung sedepa boleh ikat buat penyangkut baju. 'Teacher tau dak saya sakit gigi. Memang takleh lena.'

Sakit gigi tapi sebelum tu aku tengok duk usung teh ais ikat tepi. Tak apalah. Aku malas nak soal-siasat lebih-lebih. Aku suruh dia duduk dalam kelas elok-elok. Yang kawan lagi seorang dah buat iklan colgate. Nak teman katanya. Nampak sangat beralasan takmau tolong aku buat kerja.


Sambil buat kerja bersihkan papan kenyataan, Hafifi budak lelaki yang suara serak-serak basah dan paling rajin bersembang dalam kelas bersembang peristiwa aku di hospital. Peristiwalah sangat. Lemah vocab aku bila dah lama tak menaip entri. Balasan.


'Teacher duk kat Metro syok dak?'

'Syok sebab boleh rehat. Lepas tu depa urut-urut. Tapi makan tak sedap.'

'Kita ada hospital Metro ja ka teacher?'

'Hospital Pantai, KMC, PMC, ada banyak lagi. Pasaipa?'

'Dak la, Metro tu suratkhabar Metro yang punyakan? Berita Harian dengan Utusan depa takdak hospital ka?'


Hahahaha. Memang aku gelak besar. Aku tak boleh nak jawab soalan tu sebab asal tengok muka Hafifi aku nak tergelak. Dia tak berapa cerdik, tapi dia rajin berfikir
 :')
Lain kali teacher jawab na sayang.











5 comments:

faizal abd fathi said...

tudia..... betapa naifnya...

akuntukku said...

betoi tecer...budak hak tak pandai mmg rajin pikirr...sbb tu depa tak pandai kot...byk pikir...hehehe

Ai Rish said...

xpela, budak tak berapa nak cerdik tapi reti hormat orang dan tak kurang ajar inshaallah tetap berguna kepada orang.itulah, pelajar yg duk klas belakang2 ni xsemuanya jahat2 cuma kurang cerdik sikit ja.kena banyak sabaq pandai ambik hati murid.kalau semua cikgu kat malaysia ni cam tecer kan bagus :)

hayati hashim said...

sungguh haihhh.. tgk nk bg tdoq anak pn ank terkejut dengaq mak gelak ni.. sungguh naif..

TecerWidad said...

Faizal: Sangat.

Akuntukku: Depa pandai kot lain. Hihi

Ai Rish: Teacher ni pun bukan baik sangat. Time hangin naik segala tangan buku pembaris. Hihi

hayati hashim: Anak terjaga takpa sebab dah selalu dia terjagakan mak dia. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...