Wednesday, April 10, 2013

Saya ada kanser hati



Budak perempuan tingkatan satu sekolah aku ramai yang stok gedik terhegeh-hegeh gatai belaka. Sehari dua puluh kali pergi toilet. Pergi toilet boleh lalu Block D, block abang-abang tingkatan tiga. Hati berbunga abang tingkatan tiga peewit-peewit padahal yang duk mengorat tu baca pun tak pandai. Nama sendiri pun gagal tulis dengan betul. Ada hati jugak budak-budak tingkatan satu nak buat boyfriend. Kelapaq jugak nak buat abang angkat. Geli! Geli!


Hari ni memebebel sekandaq kat budak perempuan ni. Mintak pergi toliet sambil pegang dada. Kali pertama tak bising. Kali dua aku dah tak berapa nak suka. Kali tiga aku hangin terus jadi mulut naga.


"Ni yang nak pi toilet dua tiga kali ni pasaipa? Tak kena tang mana?"


"Saya tak sihat teacher..." Muka sedih tak mau-mau.


"Tak sihat celah mana?" Setakat tayang muka sekupang depan aku ingat aku nak percaya?


"Saya sakit teacher...saya ada kanser hati..." sambil tangan pegang dada.


Ni pengaruh lagu Melayu la ni. Bila lirik ada sebut hati, penyanyi pegang tang jantung. Lagu orang puteh sebut heart tak apa la pegang dada.


Lagi satu nak marah sebab main sebut kanser hati serupa kanser hati tu sakit perut, pening kepala. Confirm nak menipu aku tu. Sanggup demi abang-abang tingkatan tiga yang tak reti baca.

















10 comments:

Siti Zulaikha Shuib said...

ahahaha budak2 ni la.. xboleh thn btol. haha

Ai Artkid said...

Hehehe...kelakar lah student kamu.
Kadang2 nak tergelak sebenarnya melayan kerenah student.
Beru terasa kenapa lah dulu dkt sekolah, cikgu selalu mengamuk2.
Btw, saya memang enjoy bca posted kamu.

linda isabell said...

err...? (kelu @-@)

faizal abd fathi said...

tudiaaa.... trend baru budak sekolah sekarang...

Izuan Kunang-Kunang said...

Hahaha. Fail lah anak murid kau. Kalau aku, SIAPPPP! Dah la ramai kawan-kawan aku mati muda sebab kanser! Ish!

TecerWidad said...

Siti Zulakiha Shuib: Lelaki didahulukan, cikgu ditipu-tipukan.


Ai Artkid: Lawak menyakit hati pun banyak. Hahaha. Tapi blog ni sendu. Tak ada masa sungguh nak update. Huhu


Linda Isabell: Kelu dimulut, carut di hati. Hahaha.


Faizal Abd Fathi: Semua bajet trend-setter.


Izuan: Mohon mai buat pair teaching dengan aku. Teringin gak aku nak dengaq kelazeran mulut hang. Haha

MOHAMMAD IKRAM SARIFF said...

YEAY HARI NIE ADA ENTRY BARU , JENGUK BLOG TECER WIDAD NIE CONFIRM KETAWA ... AYAT2 IKHLAS DAN SELAMBA DARI TECER WIDAD.... SALUTE TECER .

MOHAMMAD IKRAM SARIFF said...

YEAY ADER ENTRY BARU,

LAMA TUNGGU ENTRY BARU DARI TECER WIDAD... KONFIRM KETAWA KALAU BACA ENTRY TECER WIDAD ,.. AYAT2 YANG SELAMBA DAN IKHLAS DARI TECER WIDAD

TecerWidad said...

Mohamad Ikram Sariff: Ewah puji melambung. Tecer takdak duit nak belanja.

ina khairina said...

demi abg ting 3 yg x reti membaca ittew,cheq rela dikanser hatikan....dasat sungguh noo budak2 lani,seb baik zaman kak ton dulu tak gedik mcm ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...