Friday, August 15, 2014

Aku dan Shampoo



Masa kecik-kecik dulu pakai shampoo Johnson Baby. Yang iklan dia 'Tak pedihkannnn mataaa" dan kanak-kanak ketawa riang. Tapi rasa macam tipu sebab mata aku pedih jugak.

Ada satu hari, masa umur sekolah rendah nak mandi dan shampoo bagai. Atas para dalam bilik air nampak shampoo Head n Shoulders. Ada dua botol. Ambil. Buka penutup. Bau. MasyaAllah wangi. 

Sebab dua-dua pun wangi, maka buat ujian bau. Yang mana paling wangi.

Dah dapat hasil, yang paling wangi tu dipilih. Tuang atas tangan, gosok kulit kepala. Gosok-gosok kulit kepala, tak berbuih. Tuang lagi. Tak berbuih jugak. Tuang tuang dan tuang pun tak berbuih. Tapi rambut makin lembut. Lembut gilaaaa.

Buat keputusan terus bilas. Dah siap mandi, buka pintu bilik air satu rumah tegur, "Amboiiiii wanginyaaaaa!!!"

Tapi lepas dua minit aku pening kepala. Kepala rasa pusing. Mengadu kat mak.

Mak pegang kepala. Mak kata rambut lembut mulus sangat kenapa. Lepas tu wanginya rambut duk sebatu pun berbau. Siasat punya siasat baru mak tahu.

Anak mak yang ni shampoo rambut pakai conditioner. Mana aku tahu. Ingat sama saja dua-dua botol tu. 

Tu laaaa. Malas lagi baca label.

Tapi aku rasa kalau aku baca dulu pun labelnya, umur belum pun dua angka, agak-agak aku tahu conditioner tu maksud apa?????

Wednesday, February 26, 2014

Bestpreng dan cinta




Pelajar lelaki Tingkatan 4 kelas paling belakang tak pandai menulis dan membaca tapi ada girlfriend. Kalau datang sekolah waktu petang, handphone di tangan berpisah tiada. Kadang-kadang ada kawan di sebelah guna taip mesej segala. Ingatkan si kawan pinjam nak mesej untuk diri sendiri, rupanya jadi PA tolong taip mesej cintan untuk tuan telefon yang buta huruf. Bila mesej dibalas, gigih baca untuk kawannya pulak.



Yang si buta huruf percaya benar dengan kawannya tak taip yang bukan2. 
Sahabat sejati kekdahnyaaa. 



Yang si girlfriend tu pun nakkkk jugak walaupun boyfriend buta huruf.
Cinta itu buta kekdahnyaaa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...