Sunday, April 17, 2016

Naimah


Di kampung saya ada sorang budak perempuan nama Naimah. Naimah ni anak-anak remaja pangkat anak menakan. Naimah tak berapa sihat. Walaupun umur dah remaja tapi perangai masih macam budak-budak.

Naimah ada satu tabiat. Tiap kali nampak saya dia akan tanya, "Kak tu kawen dak lagi?"

Tapi dia tak pernah tanya kat saya. Dia akan tanya kat orang-orang yang duduk dekat-dekat dengan saya. Kat semua orang dia akan tanya.

"Kak tu kawen dak lagi?"

Satu hari saya makan kenduri dengan Bini Ustaz. Naimah duduk selang satu meja dan macam biasa akan pandang-pandang. Tu kira hint nak tanya soalan tu lah tuuuu.

Naimah panggil Tok kat Bini Ustaz. Naimah bangun duduk kat kerusi dekat dengan Bini Ustaz.

"Tok, kak tu kawen dak lagi?"

"Kawen dah"

Saya tergelak dengar jawapan Bini Ustaz.

"Kawen dengan orang mana?"

"Dengan orang sini jugak"

"Laki dia mana?"
Sambil Naimah pandang-pandang sekeliling.

"Laki dia takdak. Pi perang."

AHAHAHAHA

BESTTTT

2 comments:

Anna Rumaisa said...

saya follow blog ticer few months ago. lambat kan. but better late than never dok. melalui penulisan ticer, saya suka sangat dengan realiti yang berlaku dalam dunia guru tu dan isu-isu lain yang ticer tulis. tulis la lagi ticer.

MOHAMMAD IKRAM SARIFF said...

Hahahaha

"Laki dia mana

Laki dia takdak , gie perang".

Jawapan Bini ustaz memang winnnn ...hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...