Showing posts with label Empirical. Show all posts
Showing posts with label Empirical. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Sebab-sebab pelajar sekolah bergaduh



Profession sebagai pendidik sedikit sebanyak menjadikan diri sebagai polis. Berbekalkan vokal yang halus tetapi lantang suara aku mampu mengalahkan pelajar-pelajar Akademi Fantasia yang tak ada satu pun kemenjadiannya. Kalau polis menggunakan cota dan pistol sebagai senjata, guru di sekolah hanya menggunakan suara, pembaris atau rotan. Aku guna suara dan pembaris. Pembaris besi. Aku pernah gunakan rotan sekali saja. Guna rotan tak practise dan malang memang tak ada bau macam kentut. Sewaktu menggunakan rotan aku tertibai diri sendiri. Sebab aku pendek dan rotan tu boleh tahan panjang. Rotan dah makan tuan maka aku humban rotan jauh-jauh. Pembaris besi lebih banyak digunakan ketuk meja berbanding tibai budak-budak degil di sekolah. Aku tibai tangan saja.


Bila baca perenggan pertama dengan tajuk entri haram tak ada kena mengena. Tapi tak apa. Haram yang ini kalau buat tak termasuk dosa besar. Dosa kecil pun tidak. Kali ini aku ingin bawakan kepada andasebab-sebab pelajar sekolah bergaduh. Mengajar di sekolah harian yang masing-masing nak tunjuk hero memang hari-hari boleh lihat bergaduh kecil sehinggalah yang besar.



1. Pergaduhan senior-junior
Ini merupakan pergaduhan yang tidak asing lagi. Tak kira yang lelaki mahupun perempuan yang mana ada gen pembuli di dalam badan biasanya memang mencari kesempatan membuli. Kebiasaannya kes bergaduh di antara senior dan junior mencakupi hal remeh temeh tetapi dibesar-besarkan macamlah serius sangat.


Contoh paling hampeh yang aku ingin kongsikan di sini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah sekolah berasrama. Sekolah berasrama sudah pasti menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelajar seperti dewan makan, padang dan surau. Bagi yang tidak pernah tinggal di asrama boleh jadi tidak tahu bahawa surau juga dijadikan tempat melepak dan menculas. Bagi yang tinggal di asrama tapi tak tahu sungguhlah anda memang naif tetapi naif yang tidak comel.. Hehehe. Kebiasaannya port-port di surau seperti sudah ditanda oleh kumpulan-kumpulan pelajar. sebagai contoh, tiang nombor lima dan enam dalam surau tempat pelajar tingkatan dua duduk, maka pelajar tingkatan satu yang baru masuk jangan mengada nak labuh punggung kalau takmau kena terajang di asrama kelak. Yang berlagak otai dan seniorlah sangat biasanya suka duduk di luar, di koridor surau. Ada satu hari pelajar tingkatan empat yang tak adalah ramai sangat duduk melepak di koridor luar surau yang biasanya port pelajar senior yang bajet abang besar maka perlu dihormati dan sekaligus mempromosi tagline jangan usik kawasan kami. Dek kerana tingkatan empat duduk tempat si kumpulan senior maka balik asrama terus jadi kes sepak terajang. Kalau dah berasa hebat dan kuat hendak saja aku poskan budak-budak begini ke Palestine. Lawanlah dengan Zionis. Kurang-kurang dapat pahala mati Insyaallah ke syurga.

Taken from here

Yang perempuan juga bergaduh antara senior dan junior. Motif-motif pergaduhan juga biasanya tidak matang seperti menggunakan ampai pelajar senior, menggunakan bilik air pelajar senior dan macam-macam lagi yang sungguh tidak berbaloi untuk digaduhkan. Namun demikian pelajar perempuan jarang berlaku bergaduh sehingga melibatkan fizikal. Pergaduhan lebih kepada memboikot atau yang perasan besar dan hebat akan kenakan team junior dengan objektif memalukan mereka di khalayak ramai.




2. Kata-mengata dan ejek-mengejek
Ini memang berlaku especially kalau dari rumah antara adik-beradik memang sudah jadi tabiat ejek mengejek dan kata mengata. Kadang-kadang siap ada lagu khas tapi sungguhlah tidak layak untuk ke Juara Lagu. Lagu paling glamour zaman sekolah 'Lan lan tak, lan pala (kepala) botak' dan siapa yang nama bunyi ada lan tak kira awalan atau hujung memang selalu jadi mangsa dituju lagu tak best begini. Bila bergaduh putus kawan lagu favourite 'Tak mau kawan sudah, namanya Dolah, teteknya sebelah'. Memang tak tercapai dek akal kerana entah siapa yang tak mahu dikawan disabitkan dengan Dolah. Dan terus sebut tetek sebelah. Ini kes kanser payudara atau macam mana?


Pernah sewaktu Hari Kokurikulum di sekolah budak perempuan bergaduh dan siap bertumbuk. Puncanya budak yang ditumbuk sebarkan cerita dia anak angkat. Budak yang menumbuk ajak geng tabuh secara berjemaah dan ikut hati aku rasa hendak aku tabuhkan saja budak yang menumbuk itu. Apa yang nak terasa hati sangat kalau anak angkat? Lainlah direka cerita anak tidak sah taraf. Yang itu aku pun join sekaki. Hehehe. Bukan tumbuklah. Join sekaki menasihati. Bunyi sahaja kaki. Tapi aku yang tak cukup tinggi dan badan tak besar mana memang tak berani nak gaduh-gaduh melibatkan fizikal melainkan dengan anak-anak saudaraku yang masih tak cukup inci. Itu memang lawan aunty. Hihihi




3. Nak tolong cikgu
Menjadi guru yang pandai melawak, selalu tersenyum memang untung sebab budak sekolah memang berebut nak tolong. Kadang-kadang datang kelas aku cuma bawa buku rekod dan pencil case tetapi bila terserempak di tengah jalan berebut nak tolong bawa. Pernah sekali berebut nak bawa jatuh pencil case aku. Tapi sebab baik hati aku tak marah. Ecewahhh nak jugak puji diri sendiri. Ya, setakut jatuh pencil case tak marah. Cuba jatuhkan handphone aku. Mahu aku berkicau sepanjang hari. Mahu boleh dengar suara halilintar aku serupa sudah ada build-in microphone di anak tekak. Bergaduh berebut nak tolong cikgu nampak comel di mata aku. Sebab terasa diri disayangi especially macam aku yang terang-terang garang macam mak tiri.





4. Berebut kawan
Dari zaman tadika, masuk sekolah rendah sehingga sekolah menengah bergaduh berebut kawan memang betul-betul terjadi. Aku pun tak faham kenapa berebut nak berkawan? Apa yang best sangat dengan kawan seorang tu pun aku kurang pasti. Boleh jadi yang seorang itu hari-hari belanja dia makan maka bila tak ada dia rabaklah poket sendiri. Boleh jadi juga kawan budak pandai dan rajin. Boleh tiru buat kerja rumah. Hahaha. Pada pengamatan aku kes berebut kawan berlaku di kalangan pelajar perempuan sahaja. Kaum adam tak kisah dan langsung tak peduli lantak sahaja nak kawan dengan siapa. Biasa yang suka berebut kawan hati jenis lembut. Dipukul angin pun menangis barangkali. Leceh. Aku memang tak suka jenis kawan nak geng lepas tu dia seorang saja nak bolot. Ini kalau mak ayah meninggal sudah pasti semua harta nak bolot.



5. Berebut jantan/betina
Yang ini memang rasa nak bagi kaki. Kejadahan apa nak berebut jantan sehingga sanggup bergaduh bertumbuk bagai. Di mata mereka pakwe sekolah yang gagah perkasa gentleman jalan terjengket-jengket adalah bidadara dunia. Makanya harus dipertahankan dengan bergaduh bertumbuk dan mencerca kaum sendiri. Bila bosan kadang aku layan Youtube cari pasal budak sekolah bergaduh. Dahsyat. Ini kalau buat bini hari-hari bergusti makanya yang si lelaki elakkanlah dari dapat bini sebegini. Ada yang pendek akal dua budak perempuan yang boleh tahan cerdik bergaduh berebut jantan kelas belakang. Kes begini afdhal ditampar dahulu dengan harapan dapat keluar dari kegelapan dan memperoleh kewarasan, kemudian barulah dinasihat.

Pakwe sekolah juga bergaduh berebut betina. Hahaha. Sungguh aku tidak faham kenapa nak rebut. Adakah betina yang direbutkan tolong basuh baju, tolong masak, tolong sedia makan sehingga nak rebut dengan bertumbuk bagai. Terjadi juga pergaduhan sehingga melarat ke luar sekolah. Yang betina tepuk tangan berasa gah menjadi rebutan padahal kalau setakat budak kelas paling hujung yang kalau suruh tulis nama tercabut segala bulu, memang buang masa tak ada faedah nak rasa bangga.







Setiap hari manusia bergaduh. Macam aku bergaduh melawan nafsu. Bangun pagi bergaduh dengan nafsu tidur. Kadang kala berlanjutan berperang dengan syaiton kerana liat nak bangun subuh. Amacam? Ada unsur keustazahan tak? Hahaha. Waktu makan bergaduh dengan lemak-lemak yang degil tak mahu keluar sewaktu beristinjak. Pendek kata memang sehari lebih lima kali aku bergaduh. Budak sekolah kanak-kanak ribena tak cukup matang apatah lagi. Macam-macam perkara hendak dijadikan sebab bergaduh. Bergaduh melawan nafsu, itu jihad paling besar. Tapi yang mana bergaduh berebut jantan, berebut betina, dua perkataan aku nak bagi...bangang abadi.











Monday, December 24, 2012

Jawapan -jawapan Bini Ustaz yang tak tercapai dek akal




Umum mengetahui Bini Ustaz kerap difeaturekan di dalam entri-entri blog ini sama ada entri berilmiah atau pun entri merapu-rapu. Mujur Bini Ustaz bukan jenis mata duitan maka mahu minta royalti segala. Mujur juga beliau tidak buat demo duduk dan bantah. Oh ya, demo-demo ni memang budaya kami. Hihi



Umum juga mengetahui Bini Ustaz ini merujuk kepada emak aku. Emak aku masih cun walaupun umur sudah 63. Tak perlu collagen segala tapi sumpahlah semua kata Bini Ustaz masih cantik. Nampak muda. Maka ke mana lagi tumpahnya cantiknya itu kalau bukan untuk aku. Huahuahua. Mohon jangan maki. Seperti mana yang anda pernah baca aku dapat Anugerah Guru Paling Cantik *confirm tahun depan dah tak dapat*, Bini Ustaz juga pernah dapat award yang sama dari persatuan NGO yang disertainya. Bukan ketika umur remaja. Tetapi ketika umur 60-an begini. Makanya silalah jangan nafikan atau ragu-ragu tentang kecantikkan Bini Ustaz. Cantik tak cantik emaknya, lihat saja pada anaknya. Kahkahkah. Mati kena hempap gunung Baling sebab perasan.



Umum juga sedar semenjak pertengahan 2011 aku pulang menetap di kampung halaman. Bukan kerana mengikut suami tetapi sudah berjauh hati dengan tempat yang lama. Makanya aku memilih untuk tinggal bersama Bini Ustaz dan adik lelakiku yang tidak pernah aku featurekan tentang dirinya di dalam blog ini. Tinggal bersama Bini Ustaz ini bererti setiap hari aku dapat berbual dengannya dan sekali sekala keluar berjimba di Pulau Pinang. Berjimba secara makcik-makciklah. Tidak ada aktiviti menonton wayang. Cukup sekadar mengukur shopping complex dan makan secara marathon. Hehehe.



Ok, cukuplah tiga kali aku gunakan perkataan umum. Nampak sangat tangan aku ni dah tak sabar nak pangkah untuk pilihanraya umum yang akan datang. Itu yang menyebabkan penggunaannya secara kerap.



Bini Ustaz seorang yang pandai berlucu dan kadang-kala jawapannya sungguh tak tercapai dek akal. Aku tidak sedar semenjak bila beliau memperolehi kebolehan untuk memberi jawapan begini. Mari kita lihat fiil Bini Ustaz yakni emakku sendiri.



1) Hujan turun
Aku duduk di tingkat atas dan ketika hari bekerja, hanya sekali-sekala aku di tingkat bawah. Aku turun hanya untuk makan, tengok tv dan kadang-kala membuat rondaan ketika Bini Ustaz sedang tidur. Hendak memastikan beliau sihat dan 'ada'. Aktiviti seharian selepas pulang bekerja kebanyakkannya dilakukan di dalam bilik. Selain mandi, membasuh baju, menyidai kain, aku hanya meng-onlinekan diri dan kemudian tidur. Menyebut tentang aktiviti menyidai kain, Bini Ustaz dan adik lelakiku melakukan aktiviti tersebut di luar rumah.

Alkisah suatu hari hujan kucing-kucing dan anjing-anjing. Sungguh lebat sehingga menyebabkan aku terjaga dari tidur. Sebelum aku naik untuk tidur, Bini Ustaz juga sedang tidur dan aku terperasan kain baju penuh di ampai. Makanya kerana bimbangkan kain baju mungkin basah lencun kelak perlu basuh sekali lagi, pantas aku bingkas bangun dari katil... pergh, bingkas siut. Serupa novel Anis Ayuni dah. Kehkehkeh. Ok mari sambung.

Terus aku berlari-lari anak sambil turun tangga menjerit pada Bini Ustaz.


"Mak, hujan turun mak!!!"


Menjerit as memberitahu, Bukan menjerit marahkan Bini Ustaz. Tidakkkk. Lagi tiga anak tangga nak sampai bawah, aku lompat turun langkau ketiga-tiga anak tangga. Cewahhh. Bajet macam filem aksi. Sila jangan ungkit peristiwa aku jatuh tangga. Tidak ada kena mengena. Sekali lagi aku jerit,


"Makkkkk, hujan turunnn!!!"


Terus nampak kelibat Bini Ustaz keluar dari bilik tidur sambil gosok-gosok kepala. Terkejut barangkali aku terjerit-jerit memanggil beliau.


"Pasaipa? Ada apadia duk panggil, mak, mak..?"


"Dak...hujan turun...," indirectly aku harap mesejnya sampai. Aku nak bagitahu hujan turun dan kain di ampai sudah berangkat atau belum.


"Awatnya hujan turun? Biasa la hujan turun. Kot hujan naik baru la pelik."


Ok, mak. You win!





2) Naik atas
Rumah peninggalan arwah Ustaz ini adalah rumah kampung dua tingkat yang boleh tahan besarnya. Besar bukan kerana kaya. Tapi besar kerana anak-anaknya sembilan orang. Makanya kalau rumah yang kecil sudah pasti tidak selesa untuk kami adik-beradik tinggal secara rukun. Namun demikian, hari ini, rumah besar begini hanya didiami oleh tiga orang yakni Bini Ustaz, aku dan juga adik aku. Hanya kami bertiga sahaja. Bilik aku di tingkat atas dan Bini Ustaz dan adik lelaki di tingkat bawah.


Setiap malam, aku biasanya akan duduk di ruang menonton tv bersama Bini Ustaz dan menonton cerita-cerita pilihan Bini Ustaz. Ya, aku hanya mengikut saja. Apa yang Bini Ustaz tengok, aku bantai saja walaupun sekejap-sekejap akan dengar komen tak puas hati mengondem cerita pilihan beliau. Hahaha.


Seandainya aku tak dapat bertahan menonton cerita yang ntahapapa, aku biasanya akan meninggalkan ruang menonton tv dan naik ke bilik.


"Tak best pun cerita mak tengok ni...." sambil bangun dan buat muka tak best.

Bini Ustaz tak beri sebarang response.

"Tak pa lah mak...orang nak naik ataih (atas) lahhh."

"Nak naik sebut naik sudah la. Nak kata naik ataih buat apa? Memang naik tu naik pi ke ataih. Takdak naik ke bawah aihh."

Tudia sekali dia bagiiii.

Tsk





3) Tak masin
Sudah menjadi trend di rumah kenduri menghidangkan pelbagai jenis menu lain selain dari nasi. Dari teh tarik ke pelbagai bubur dan manisan termasuk laksa dan roti canai. Terjadi di satu majlis kenduri yang cukup gah dengan enam ribu jemputan ada dihidangkan laksa sebagai menu mencuci mulut. Makanya seorang makcik yang berkongsi meja dengan aku dan Bini Ustaz ingin turut sama makan laksa tersebut.


Umur makcik tersebut lebih kurang Bini Ustaz jugak. Dan di umur yang melebihi 60 pelbagai penyakit dari yang bersifat tinggi rendah dan manis datang bermastautin. Makcik ini sibuk bertanya perihal laksa bimbang sifatnya yang masin menyebabkan darah naik mencanak. Almaklumlah dalam badan dah ada kilang hihihi.

'Tak mau masin ambik laksa ngan ulam saja la. Kuah toksah ambik'


Ya, itu cadangan Bini Ustaz. 
Bernas tak? 
Bernas tak? 
Bernas gilaaaa.




4) Kurus
Aku memang ada tabiat suka tanya soalan yang ntahapapa dan kadang-kadang aku suka ulang tanya soalan yang sama. Zaman ada boyfriend hari-hari dia kena hadam soalan "Sayang dak?" dah aku pun sedar perbuatan aku memang annoying. Hihihi. Apabila di rumah, setiap kali aku masak aku secara gigih akan tanya sama ada menu yang dimasak sedap atau tidak. Begitu juga setiap kali aku balik dari berjogging. Nampak sahaja Bini Ustaz depan mata, terus tanya "Mak, orang kuruih (kurus) dak gi?"


"Kuruih dahhhh........






































*tersengih gumbira*








































...kat gigi.."






















Terima kasihlah mak. Jawapan mak sungguh menaikkan motivasi untuk terus lagi berjogging. Hari lain aku tanya, dia boleh jawab kurus kat kuku. Warghhh!! Terus takmau tanya dah. Takmau dah. 




















Thursday, December 6, 2012

Jenis-jenis pelajar yang dapat dilihat di dalam dewan peperiksaan




Memilih pekerjaan sebagai guru, anda tidak mengelak mahupun menepis daripada menjadi pengawas peperiksaan. Sekurang-kurangnya sekali seumur pekerjaan, anda akan menjadi pengawas untuk peperiksaan-peperiksaan umum yang terdapat di Malaysia seperti UPSR, PMR, SPM, MUET dan STPM. Tahun ini merupakan kali keempat aku mengawas peperiksaan dan kali pertama untuk peperiksaan SPM. Sungguh bahagia apabila aku hanya perlu mengawas selama enam hari. Empat kali mengawas peperiksaan, aku dapat mengklasifikasikan jenis-jenis pelajar yang terdapat di dalam peperiksaan.





1) Pelajar masa depan gemilang
Pelajar yang masa depannya gemilang dapat dilihat dari sebelum bermulanya satu-satu kertas. Sebelum melangkah masuk ke dewan, tangan diangkat memohon doa. Doanya sudah pasti panjang dan boleh jadi qunut nazilah juga dibaca. Melangkah masuk ke dalam dewan menggunakan kaki kanan. Kalau tersalah rela berundur walaupun tahu belakangnya ramai yang sedang menyerbu dan diri tak ada side mirror. Sewaktu berjalan masuk, mulut terkumat-kamit. Terkumat-kamit membaca doa ataupun menghafal nota-nota penting. Nak duduk doa. Tatkala ketua pengawas mengumumkan boleh mula menjawab soalan, ditadahnya tangan sekali lagi berdoa. Menjawab pula dengan khusyuk. Sekali sekala tengok jam bimbang tak cukup masa. Masa menjawab digunakan sepenuhnya. Agak tak cukup kertas, laju angkat tangan. Aku yang mengawas pun jalan laju macam penguin nampak ikan dalam air jernih tak sabar nak terjun laut. Dah cukup masa, kadang tak henti menulis. Kalau dah habis, semak dua tiga kali. Bila pengawas dah kutip, baca doa lagi. Nak keluar dewan, ucap terima kasih, senyum dan lagi ada doa. Huiiii. Kagum aku. Macam-macam doa boleh ingat. Cerah hati. Tahniah. Terus aku nampak bayang A lurus untuk pelajar begini.




2) Pelajar PJJ
Bagi anda yang bersekolah di asrama penuh, atau sekolah budak-budaknya pandai belaka, pasti tidak tahu pelajar sekolah menengah ramai yang belajar secara PJJ. Bulan Januari datang sekolah, mendaftar dan ambil buku teks. Yuran PIBG belum tentu dia bayar. Tak apa. Itu boleh kutip hari nak ambil keputusan. Masa setiausaha peperiksaan minta guru kelas kutip duit yuran SPM, dia pun bayar dan semangat isi borang fotostat kad pengenalan segala. Bulan berikutnya, 20 hari sekolah, 15 hari sahaja dia muncul. Bulan berikutnya 10 hari dan semakin bertambah bulan semakin kurang hari kedatangannya. Bulan 7, bulan 8 terus hilang seperti disorok bunian. Tapi kalau disorok bunian petang dan malamnya yang kita tak nampak. Tapi pelajar PJJ, petang dan malamnya berpesta muda mudi tak ingat mati.


Tiba di hari peperiksaan, boleh muncul tanpa rasa malu dan datang bergelak ketawa seperti sudah berkurun dia bersedia. Padahal sekolah haram tak datang dan biasanya guru-guru menggelarkan mereka PJJ. Nama saja PJJ, tapi jangan haraplah mereka di rumah membaca dan mengulangkaji secara maya. Mungkin lebih banyak membuta dari mencelik. Mereka ini di dalam dewan peperiksaan datang sekadar menyakitkan hati guru di sekolah dan guru yang mengawas. Sudahlah tak mahu menjawab soalan. Di dalam dewan usik mengusik rakan yang ada dan ada yang perasan kacak dimengoratnya pengawas yang comel seperti aku. Huahuahua. Akhirnya jumpa point untuk aku perasankan diri. Kahkahkah dan sila jangan carutkan aku. Baiklah, mari kita sambung. Biasanya aku selalu memaksa mereka keluar dari dewan peperiksaan. Bukanlah aku memaksa dengan menghalau atau menggunakan teknik mengugut atau yang sewaktu dengannya. Sebaliknya aku akan mengulang tanpa jemu yang mereka dibenarkan keluar selepas 30 minit masa peperiksaan berlalu. Di samping itu aku juga meracuni fikiran mereka dengan kelazatan makanan di kantin atau keempukkan tilam di rumah. Hihihi




3) Pelajar ganjil
Pelajar ganjil bukanlah pelajar yang mempunyai angka giliran yang ganjil di dalam dewan peperiksaan. Tetapi terma ini merujuk kepada pelajar yang bersikap ganjil seolah-olah dia berada di dalam dunianya sendiri. Sewaktu pelajar lain gigih menjawab mahupun menghentam jawapan, dia sibuk membelek benang yang diberi. Benang yang sepatutnya diikat pada kertas dipusing-pusing pada hujung pen atau pensel dan kemudian tersengeh sendiri. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran beliau tetapi biasanya aku akan berjalan menghampiri pelajar begini dan memberi pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan dan aku sendiri pun tak tahu bagaimana hendak mengekspresikan pandanganku itu dengan kata-kata.


Lihat dunia pelajar ini. Wajahnya tampan tapi stokin yang dipakai....nahaiiii


Pesanan penaja: Muka yang nampak kental jangan disangka gagah. Mungkin punggungnya longgar

Senang cerita, biasanya selepas menerima pandangan begitu, pelajar begini akan mengamalkan konsep tomma'ninah. Makna kata berhenti seketika dan sejurus aku berlalu pergi, dia menyambungnya lagi seolah-olah tidak terkesan dengan pandangan aku tadi. Cis!





4) Pelajar taqlid
Sebagai bekas pelajar sekolah agama disamping diberi jolokkan anak ustaz...hahaha. Tetiba aku rasa macam tak berapa nak kena perkataan jolokkan tu. Tak apa. Tak penting. Makanya aku rasa wajar aku menggunakan terma berunsurkan bahasa arab. Biasalah, bajet handal serupa hebat sangat tak lain tak bukan akulah.


Makanya pelajar taqlid adalah pelajar yang mengikut perbuatan rakan-rakannya yang lain secara mengkhinzir buta. Sebagai contoh, kawannya angkat tangan mohon ke tandas, dia juga sibuk cerita pundinya size XS maka mahu turut serta ke tandas. Dilihat kawan yang lain angkat tangan minta kertas, dia juga sibuk mahu kertas padahal kertas yang diberi awalnya guna bahagian atasnya sahaja. Ya, bahagian atas yang perlu ditulis nombor kad pengenalan, angka giliran, nama matapelajaran dan kod kertas. Itu sahaja tetapi dek kerana nak mengikut kawan dan konon tak mahu ketinggalan, gigih angkat tangan minta itu ini.





5) Trend-setter
Yang trend-setter begini setiap kelas atau dewan peperiksaan seorang sahaja. Biasanya muka yang sama dan pakwe sekolah yang akan jadi trend-setter. Maksud aku di sini, ini adalah pelajar pertama yang angkat tangan untuk meninggalkan dewan peperiksaan. Pelajar-pelajar lain sebenarnya tak tahan juga berlama-lamaan di dalam dewan bimbang punggung mereka berakar barangkali. Tetapi masing-masing tidak mahu jadi yang pertama walaupun mendapat isyarat dari rakan seperjuangan untuk bangun secara serentak tetapi masih tidak bangun-bangun dan keluar dari dewan peperiksaan. Aku kadangkala mahu sikukan sahaja pelajar begini kerana sesungguhnya mata aku rimas melihat aksi mereka. Dan secara tiba-tiba sewaktu aku hampir melampiaskan marah aku, akan ada penyelamat di mana tanpa ragu-ragu dan mempamerkan wajah kental tangan diangkat dan mohon untuk keluar. Dan tak tunggu lama, pelajar-pelajar taqlid tadi akan turut akan tangan dan keluar secara berjemaah.




6) Pelajar buaih
Buaih ini adalah dialek utara yang kata dasarnya adalah buas. Tetapi buas ini bukan bererti liar seperti buaya di dalam sungai Amazon mahupun amazon dot kom. Buaih boleh didefinisikan sebagai tak boleh duduk diam. Pelajar buaih di dalam dewan peperiksaan merujuk kepada pelajar yang peralatan menulisnya kerap kali jatuh. Kalau bukan tudung pen, boleh jadi kad pengenalan atau slip peperiksaannya jatuh. Sebagai pengawas sudah pasti aku perlu mengutip barang yang jatuh dan dengan tertib meletakkannya semula di atas meja pelajar begini. Tunggu lagi barang 10 minit benda lain pula yang dijatuhkan. Sesungguhnya pelajar yang sama yang akan jatuh segala benda yang ada di atas mejanya. Mujur anggota badan yang lain memang bersambung sejak azali. Kalau semua boleh main tanggal, tak mustahil benda dalam seluar pun tertinggal atau terjatuh tengah jalan.






Ada juga pelajar-pelajar yang tanpa rasa malu angkat tangan tanya jawapan pada pengawas. Kalau peperiksaan Bahasa Inggeris, ada yang tanpa ragu-ragu mohon aku berikan maksud perkataan. Ada juga jenis yang angkat tangan dan bila pengawas tanya ada apa dijawabnya dia sedang mengeliat. Yang ini memang tunggu hari nak makan kaki aku! Mengawas peperiksaan sebenarnya sangat menjemukan dan meletihkan. Perlu berkawad, tak boleh bersembang, perlu sentiasa peka membuatkan aku pengsan di atas katil tatkala sampai di rumah. Dan akhir kata, pengawas peperiksaan tak sama dengan pengawas sekolah. Pengawas peperiksaan baik hati dan comel. Contoh mudah sudah pastilah diriku. Pengawas sekolah...malas aku nak cerita.













Tuesday, December 4, 2012

Lagi perkara yang aku tak suka tentang Facebook


Mula-mula letak status in relationship. Tengok wall semua status cinta.



I love you sayang

Semoga hubungan kita berpanjangan hingga ke jinjang pelamin


Rindu awak. Nite cayunk 
(contoh yang berIQ rendah)


Baby dah sihat? Take care sayang. Rindu awak selalu.


Tetapi tatkala hubungan dilanda ribut, status pun bertukar complicated


Hapa jadahnya ni? 
Kalaulah Facebook ada status hubungan dengan emak bapak, 
contoh anak kandung, anak angkat, anak pungut dan jenis-jenis anak yang lain..
...mahu seminggu sekali tukas status.
Asal berbalah dengan mak ayah, terus status anak angkat. 



Gedik aih!!!!!!!!!






Saturday, December 1, 2012

Perkara-perkara yang aku tak suka tentang Facebook



Dewasa ini, tidak dapat dinafikan Facebook memainkan peranan penting dalam kehidupan individu yang bernama manusia. Individu bernama syaiton, jangan guna Facebook (syaiton yang dikenali macam mana?). Umur kebersamaan aku dan Facebook baru setahun jagung. Dan aku baru sahaja reti mengeblok mereka yang aku tidak berkenan di hati. Buat masa ini, belum ada lagi. Habis-habis tak suka, aku unfriend saja.

Untuk pengetahuan umum, Facebook aku dimiliki oleh dua individu. Seorang hamba Allah yang merupakan peminat tegar blog aku yang semakin hari semakin sendu ini, telah dengan gigihnya meng-create sebuah akaun Facebook. Sungguh aku tak sangka kegigihannya kerana minat yang padu dan jitu. Dan aku baru sahaja melihat gambar beliau...kacak gila. Mujur umurnya yang lebih muda. Kalau tidak sudah pasti aku paksa dia meminang aku. Hahaha. Ok, tak lawak pun. Syok sendiri macam selalu.

Oleh kerana gagal menghapdet secara istiqamah, otak menjadi tepu maka gagal untuk memanjangkan intro entri kali ini. Ayuh baca secara berjemaah.



1) Penggunaan bahasa IQ rendah
Tahukah anda bahasa IQ rendah? Bahasa IQ rendah digunakan secara meluas di kalangan remaja hari ini terutamanya pakwe dan awek sekolah. Tidak kira mereka pakwe atau awek asrama penuh mahupun sekolah harian, latar belakang pendidikan tidak berkait dengan penggunaan bahasa IQ rendah kerana pada pendapat aku, mereka yang menggunakan bahasa begini yang memilih untuk berada dalam kumpulan dungu dan bebal.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Fadzilah Kamsah, mereka yang yang merosakkan ejaan seperti dengan menggunakan huruf E dan W secara tegar, atau menukar ejaan sesuka hati mereka seperti school menjadi skul, boring menjadi boink, saja dieja sajew, aku disingkatkan kepada ak ataupun aq dan banyak lagi contoh lain yang aku tak mahu buang masa dan tenaga nak mengingat kembali perkataan-perkataan terencat itu, merupakan mereka yang tergolong dalam kumpulan IQ rendah. Hahaha.

Mungkin mereka berperasaan sangat cool menghapdet status menggunakan bahasa yang rosak begini tetapi hakikatnya sumpahlah nampak sangat bangang dan sejujurnya aku biasanya lemah untuk menghadam ayat mereka. Apabila mata aku terpaksa menyaksikan kebodohan sebegini, secara tidak langsung memutuskan nafsu aku untuk melayari Facebook. Benci ahhh



2) Aplikasi yang belum mumayyiz
Ramai dikalangan Facebookers menge-like aplikasi mumayyiz yang akibatnya memenuhi wall Facebook aku. Apa kejadahnya mengelike aplikasi yang kononnya untuk melihat rumah apa yang sesuai untuk anda, kereta apa yang sesuai untuk dan konsep perkahwinan yang bagaimana sesuai untuk anda. Haruslah tanpa ragu-ragu aku mencarut secara live di dalam hati dan terus menekan option unsubscribe. Apabila aku melampiaskan rasa tidak sukaku dikatakan aku tidak sporting dan mereka bermain secara suka-suka. Ahhh tak dulik! Aku tetap tak suka kerana sebagai seorang yang independent, aku membuat keputusan untuk diri sendiri.


Aku tidak perlukan sebarang aplikasi untuk melihat kereta apa yang sesuai untuk aku. Aku hanya perlu melihat duit simpanan yang berjaya dikumpulkan dan memilih kereta yang aku suka. Aku tak perlu nak rujuk aplikasi tidak matang untuk melihat konsep perkahwinan yang sesuai untuk aku.


Antara aplikasi lain yang sungguh menipu adalah Who Viewed Your Profile. Tiba-tiba aku berada dalam top five padahal seingat aku dua kali saja aku view profile Facebook beliau. Ahhh. Sudahlah aku ditag, kemudian maklumat yang menipu pula.



3) Profile yang menipu
Ini bukan fake profile yang menambah aku sebagai rakan untuk mengskodeng kehidupan aku yang awesome dan dicemburui ramai pihak. Tetapi ada di antara pelajar aku yang meng-add aku di Facebook tetapi apabila aku mengeview profile mereka, sungguh terasa mahuku sugun kepala sorang-sorang. Ya, menggunakan terma sorang-sorang makna kata ramailah yang mahuku sugun dan ramailah yang menyatakan maklumat tidak tepat atau bahasa mudahnya, ta ya pa wau, tipu.





Yang atas ni contoh benar. Kemain duduk London..padahal duduk Selangor saja. Ada juga yang mengaku belajar di Harvard, padahal PMR pun belum lepas. Ni apa punya profile ni? Apa malukah duduk di Baling sampai nak kena jadikan Berlin. Tengok macam aku. Walaupun duduk di Baling, kulit putih berseri kalah orang Cina. Kahkahkah. Ala, macam tak biasa. Entri aku, kalau tak ada nak memuji diri sendiri, nampak sangat bukan aku yang taipnya.



4) Menge-like tak kena tempat.
Haaaa yang ni memang paling aku tak berkenan. Like bermaksud suka kalau bahasa melayunya. Kadang-kadang aku melihat status 'Ayahku telah kembali ke rahmatullah', ada 10 like. Aku ulang, like maksudnya suka. Adakah pengelike-pengelike ini suka dengan ayahnya yang telah meninggal dunia? Adakah pengelike-pengelike ini memang mengharapkan ayah si polan meninggal dunia dan wah akhirnya termakbul doa dan sembahyang hajatku? Adakah antara pengelike ini, jatuh cinta dengan emak si penghapdet status makanya bahagia kerana akhirnya ada peluang untuk merebut cinta si emak? Adakah...ahh terlalu banyak kebarangkalian yang semuanya negatif belaka. Jadi, mengapa perlu like? Mengapa?



Status seperti di atas wajar untuk di-like secara berjemaah. Status orang mati, orang sedih, orang kecewa, mohon jangan di-like. Ada yang memberi alasan, andai ia di-like, dapat dikongsi bersama rakan yang lain. Saudara saudari, itu maksudnya tekan butang share. Share maksudnya kongsi. Bukan like maksudnya kongsi. Nampak tak ayat aku yang jadi pendek-pendek. Itu tandanya macam nak marah. Ya, nak marah.

















































Bukan nak marah padahalnya pun. Dah tak ada idea nak taip apa. Hahaha. Ngek! Penutup bagi entri kali ini adalah sila tekan pangkah di sudut atas, yang paling kanan.




















Thursday, October 25, 2012

Jenis-jenis pemandu tatkala nak raya




Asal nampak simpang, dia brake. Tak dia brake, dia slow. Sebelum tu bukan main laju serupa tahi ada di hujung punggung.


Nampak lagi simpang dia brake gaya macam nak masuk simpang tapi sekadar memainkan perasaan driver di belakang.



Geram aih!



Nampak lagi simpang lain, confident bagi signal. Tekan brake memang tunggu nak pulas steering saja. Tup tup tak jadi jugak masuk.




Nampak sangat lama tak balik kampung. Simpang nak pi rumah sendiri pun tak ketahuan hala.

























Satu jenis tu ja pun. Takdan aih nak kaji semua.

Tuesday, August 28, 2012

Jenis-jenis tetamu yang datang beraya



Assalamualaikum semua saudara sandari, cikibum cikibum. Bagaimana dengan sambutan hari raya anda? Adakah lebih meriah berbanding puasa anda ataupun anda rasa sama saja dengan hari-hari yang lain. Kepada yang rasa sama sahaja seperti hari-hari lain, mungkin anda tak berpuasa di bulan Ramadhan ataupun berkemungkinan juga kerana anda tak dapat bercuti dan pulang ke kampung di hari raya.


Hari ini sudah 10 Syawal dan aku episod menggantikan puasa dan berpuasa enam bakal dilakukan. Itupun kalau rajin dan tidak tergoda dengan menu-menu yang lazat dimasak oleh Bini Ustaz mahupun diri sendiri. Mengaku tu diri sendiri masak sedap. Sahabat-sahabat di sekolah, sila jangan buat open house terlalu awal kerana diriku yang imannya tak dapat diwarisi ini mudah tergoda dengan makanan free.


Sehingga hari raya kelima ramai tetamu yang hadir di rumah dan kerana kerajinan yang sememangnya ada dalam ini, aku secara sengaja telah membuat kajian terhadap tetamu-tetamu yang datang. Ayuh kita lihat jenis-jenis tetamu yang datang beraya.


1) Mata duitan
Ini biasanya budak-budak tak cukup umur yang datang rumah memang hadap duit raya saja. Rumah aku jenis rumah kampung ada halaman rumah dan porch bagai. Budak-budak yang hadap duit raya ni, nak jalan masuk ke pintu pun tak sudi. Mungkin mereka saban tahun cuba mengatasi rekod terdahulu dengan harapan kutipan duit raya lebih memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya. Ada juga yang muka tembok jenis bagi salam kemudian dengan tulus dan telus menyampaikan hajat di hati 'Kami datang nak duit raya saja'. Huiii. Anak siapa perangai begini. Tapi dalam hati tuan rumah yang pemalas seperti aku rasa bersyukur tak terhingga kerana tak perlu susah payah berpenat lelah buat air oren ketuk ais bagai tapi minum setakat seteguk sahaja.



Aku dulu kecil-kecil memang gigih berusaha kutip duit raya. Dapat lima kupang pun tak bising kerana bangsa reti bersyukur. Budak zaman sekarang kalau kita bagi seringgit sumpah tahun depan dia tak datang. Itu kalau yang jenis mata duitan. Kalau yang jenis otak singkat aku bagi duit lama dia tak mahu. Nak duit baru padahal tak sedar nilai duit tu sama sahaja. Harus aku bagi siku baru dia reti barangkali.




2) Merisik anak tuan rumah
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang ada anak dara atau anak teruna yang masih solo gemar mengambil kesempatan di hati raya merisik anak orang. Tak payah pergi cari contoh yang jauh-jauh. Aku dengan berbesar hatinya sudi menjadikan diri aku sebagai contoh. Ada juga yang pagi-pagi di hari raya kedua telefon Bini Ustaz tanyakan aku dan kakakku. Benarlah orang kata bangun pagi rezeki murah. Hehehe.


Tak reti pulak aku nak elaborate panjang-panjang. Biasa kalau cerita diri sendiri memang tak berapa nak handal. Cuba kalau cerita pasal nak mengutuk nak mengata tiba-tiba mulut petah berkata-kata dan tangan ni lancar saja nak menaip. Tsk




3) Ziarah sambil bergosip
Di hari raya, sebelum mulut mengungkapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, ada juga yang mengambil kesempatan membuat kunjungan ke rumah sanak saudara dan rakan taulan dengan menambah aktiviti bergosip sama ada secara sulit atau pun secara berjemaah. Aku pun termasuk juga dalam kumpulan ini. Macam biasa aku memang jenis sedar diri dan mengaku saja aku ni bukan lindungan kaabah bagai. Gosip-gosip adalah berkisar apa yang berlaku atau peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan diri sendiri.



Baru-baru ini ada aku bergosip tentang kawan aku yang telah menipu aku dan kawan aku serta melibatkan sejumlah wang yang besar. Bab menipu tu boleh nak maaf. Tapi yang bab duit tu memang ada rasa macam nak simbah asid pun ada. Melalui kunjungan hari raya sambil bergosip juga dapat aku menghapdet kisah-kisah terkini tentang rakan-rakan dan mungkin juga musuh-musuh yang ada. Hahaha. Dah macam orang main politik ada musuh segala. Kalau datang sepupu sepapat aku sakan juga kami bergosip. Waktu macam nilah boleh tahu sepupu mana yang dah ada boyfriend, anak buah mana yang dah nak menikah, siapa yang mengandung, siapa yang dapat transfer, siapa yang menganggur dan segala hapdet yang mungkin tidak terdapat di facebook.


Tapi ada juga sedara mara aku yang omega dalam kepala tak berapa banyak. Nama aku dan kakak aku asyik tertukar-tukar padahal nama kami jauh berbeza. Aku Widad, dia Affaf. Lagi satu dah beribu kali dah aku cerita aku sekarang di Kuala Pegang tapi masih ramai yang sangka aku di Bukit Kayu Hitam. Masa aku di Bukit Kayu Hitam mereka sangka aku di USM. Harus aku reka cerita aku dapat sekolah lain. Mungkin ketika itu dalam kepala mereka ada memori aku di Kuala Pegang.



4) Rehat dan Rawat
Bagi yang memandu jauh, gunakan kesempatan hari raya untuk menambah pahala dengan melawat kawan-kawan atau saudara mara anda. Di samping dapat beramas mesra dan meminta maaf kot-kot ada dosa yang dilakukan secara sedar atau tak sedar, anda juga dapat merehatkan badan dan jika langkah tak kengkang tuan rumah akan menjamu anda dengan hidangan yang boleh meningkatkan kolestrol dan menambah berat badan anda. Siapa-siapa pun suka makanan yang lazat tapi yang tambah berat badan tu walaupun tak suka boleh pejam mata.



Bagi emak-emak yang ada anak kecil kalau singgah rumah saudara atau kawan boleh tumpang bilik air nak tukar diapers segala. Untung sabut anda boleh lelap barang sejam dua sebelum meneruskan perjalanan jauh. Tapi biasanya kita sebagai tetamu akan pilih kawan yang rapat atau saudara kita yang boleh tahan akrab dan ramahnya untuk dijadikan tempat rehat dan rawat. Kalau kawan yang sekadar hai-hai bye-bye atau saudara yang kita jumpa time kenduri kahwin sahaja mungkin segan juga tiba-tiba buat ramah sampai tumpang tidur segala.




Kecederaan akibat jatuh tangga menyebabkan aku tidak dapat mengingat dengan cemerlang. Ditambah pula aircond dalam wad ni macam nak membunuh aku ke hapa makanya aku cuma dapat senaraikan setakat empat sahaja. Raya lain kali kita lihat barangkali ada pertambahan. Itupun kalau aku tak buat aksi stuntman hingga jatuh tangga seperti tahun ini -__-


Jadi bagaimana dengan anda? 
Tepuk dada, suluh cermin dan kaji anda jenis tetamu yang bagaimana? 






Saturday, July 28, 2012

Perkara-perkara yang aku benci mengenai perubahan sistem pendidikan



Memilih bidang perguruan bukanlah kerana pilihan terakhir tak ada kerja maka jadi cikgu mudah. Oh, sungguh bukan diriku. Kebanyakkannya memilih menjadi guru kerana sifat suka membantu dan suka mengajar dan aku pula mungkin kerana nak tunjuk pandai. Kahkahkah. Tipu saja. Tapi boleh jadi juga ada sekelumit kebenaran. Walaupun baru empat tahun menjadi guru, aku secara suka atau tidak suka telah melalui pelbagai perubahan di dalam sistem pendidikan yang sekarang ni turut menjadi mainan politik puak-puak yang dungu dan tak reti bahasa. Ada yang aku boleh bagi pujian melangit dan ada jugak yang aku rasa nak ludah di muka. Yang aku nak hambur di sini sudah pasti yang aku rasa nak ludah di muka.


1) Pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah
Bangang! Bangang! Bangang! Adjektif ni saja yang sesuai untuk describe usul benarkan bawa handphone ke sekolah. Kebanyakkan mak bapak setuju bila kementerian kata anak boleh bawa handphone. Bila aku kaji latar belakang pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini, rupanya anak mereka sekolah hebat. Sekolah yang gah macam Victoria Institution, sekolah asrama penuh, sekolah kluster kiranya sekolah yang kalau sapa sebut pun memang diketahui umum. Cuba kalau aku sebut SMK Kuala Pegang? SMK Bakai? SMK Chepir? Masa tu dan dan berasa, oh lemahnya pengetahuan geografi diri sendiri.



Ya, aku ni mengajar sekolah kampung. Sekolah kampung yang parentsnya bukan dari golongan banyak duit. Yang makan nasi lauk ikan masin saja pun ada. Dah kalau semua pakat bawa handphone, budak-budak yang tak mampu ni mula-mula memang dia pandang saja. Pastu lama-lama akan wujud inferiority. Inferiority bahasa melayu apa wei? Rendah diri? Tak sama standard? Bila dah ada inferiority ni la yang boleh menyebabkan kes curi mencuri. Nanti ada pula yang kata aku ni pandang rendah kat pelajar sendiri. Eh eh, aku ni cikgu depa. Cikgu ni kan macam mak ayah. Mak ayah memang kenal perangai anak-anak dia. Cikgu pun sama juga. Satu-satu aku boleh sebut perangai budak-budak aku.


Bila dah jadi kes curi siapa yang susah? Cikgu jugak. Nak kena buat spot check, nak kena buat interrogation, semua ni curi masa PnP atau TnL - sesi pengajaran dan pembelajaran. Kementerian dari dulu kata nak hantar pembantu guru sampai hari ni tak nampak pun batang hidung. Dengar-dengar sekolah yang dapat dia letak pembantu guru tu kat pejabat. Apa kejadahnya letak kat pejabat? Setakat guru besar, pengetua dan penolong kanan depa memang dah ada pembantu. Staf-staf kat ofis tu memang sedia ada duk menolong. Ni kami yang cikgu di bilik guru terkangkang-kangkang nak buat itu ini.


Ok, so point aku adalah masalah curi mencuri. Point yang kedua dalam kelas time cikgu mengajar dia sibuk nak berhandphone. Cikgu pompang pompang kat depan yang dia tangan bawah meja, takpun letak dalam laci sambil picit-picit main sms. Zaman aku mengaji takdak handphone pun aku selalu main pas-pas kertas dengan kawan sekolah. Tu cara aku bersms dengan kawan-kawan masa cikgu mengajar. Tapi at least dengan orang sebelah saja. Kalau dah ada handphone di tangan? Dengan pakwe kat depan, pakwe kat sebelah, skandal kat kampung, semua dia boleh sms. Sekali dua memang larat nak tegur. Tapi lama-lama memang rasa macam nak kata lantak pi lah sebab bila kita tegur, nasihat dia, benda tu ambil masa PnP. Dah tu, bilanya nak habis syllabus?


Itu belum masuk cerita yang rakam cikgu denda kawan dia, cikgu marah-marah dalam kelas. Pastu upload kat Youtube, kat FB, biasa memang orang nak cari peluang hentam cikgu. Aku bukan nak kata semua cikgu elok. Semua cikgu bagus. Memang ada yang pesen malas, pesen tak masuk kelas. Aku pun ada hari rasa demotivated nak mengajar tapi habis-habis malas pun aku bawa pi library suruh buat NILAM tak pun bagi latihan grammar. Tapi bila cikgu marah, cikgu denda, ada sebablah. Bukan suka-suka hati nak denda sebab meluat atau benci. Denda nak bagi pengajaran. Yang mak ayah bising-bising anak kena denda tu macamlah masa dia sekolah dia tak pernah kena denda???


Pada aku budak-budak hostel mungkin kot sesuai nak bawa handphone. Yang sekolah harian ni, tak berapa nak sesuai. Bukan selalu balik lambat. Public phone duk ada sedia di sekolah. Kadang-kadang nak pinjam telefon sekolah pun, staf ofis tak berkira. Aku yang cikgu ni pun kadang-kadang hulur handphone kat budak dah kalau emergency sangat nak guna. Kalau semua budak sekolah pakat bawa handphone, tak mustahil ada pula nakbuat 1Murid 1Telefon. Bunyi pun tak sedap!



2) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Aku suka bila peperiksaan kebangsaan dimansuhkan dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maksudnya pelajar sekolah akan ditaksir mengikut level masing-masing, akan ditaksir mengikut sejauh mana pengetahuan dan kebolehan pelajar tersebut. Makanya pelajar akan dikelaskan mengikut band. Band 1 paling cokia, Band 6 paling awesome. Mungkin ada pelajar yang Band 1 pun tak complete dah kalau umur 13 tapi tulis nama sendiri saja yang dia boleh. Semua subjek termasuklah seni, sivik dan PJK akan ditaksir mengikut band. Maksudnya, mana-mana yang duduk bawah kurikulum memang akan ditaksir ikut band.

Tapi yang aku jadi nak marah, jadi meluat, jadi benci, jadi-jadian sebab kementerian ni bila nak buat apa-apa, nak tiru apa-apa dia nak buat sekali harung. Jangan tak tau format PBS ni negara-negara maju macam Jepun, Singapore dan lama buat. Jepun sendiri ambil masa lima tahun nak betul-betul mantap format baru ni. Yang kita baru duk terhegeh-hegeh, terkial-kial ni dia nak buat sekaligus kurikulum dan kokurikulum. Awat? Tak bolehkah buat satu-satu? Tak bolehkah mantapkan dulu kurikulum dan kokurikulum ikut saja yang merit-merit tu dulu? Bila dah terrer kurikulum, lepas tu nak buat kokurikulum dan segala kulum-kulum tu boleh belaka. Bila cikgu-cikgu merungut dia kata pasaipa negara lain boleh, kata kita ni Malaysia Boleh

Ni nak habaq mai!

Negara-negara lain yang buat PBS tu cikgu-cikgu dia memang kerjanya mengajar sahaja. Aku ulang, mengajar SAHAJA. SAHAJA. Benda-benda lain yang kutip yuran, segala clerical work tu orang lain yang bukan guru buat. La ni zaman orang cari maklumat kat internet. Bukan dengar orang cakap pastu percaya bulat-bulat. Orang dungu, orang bodoh memanglah percaya saja orang kata.


Lagi satu, PBS untuk tingkatan satu start 2012 yakni tahun ini. Tapi nak buat training, nak buat kursus bagai pun semua buat tahun ni. Kalau aku kata kementerian ni bersikap recessive, marah pulak. Tapi memang itu yang benarnya. Tak bolehkah jadi proaktif. Nak buat 2012, 2010 atau 2011 dah panggil buat training workshop bagai. Barulah cikgu-cikgu lebih bersedia. 




Baru dua benda yang ulas dah panjang berjela. Lain kali aku sambung lagi. Nak pi mengurut badan bagi hilang stress. Siapa yang tak setuju, mai kita lawan mengulas secara berhikmah. Kata-kata kot belakang apa barang?







Saturday, July 7, 2012

Senarai Kesyukuran: Edisi Zaman Belajar







Tahun depan aku bakal berusia 30 tahun. Kalau dihitung dari segi bulan hanya tinggal lebih kurang lapan bulan. Tak lama dah tu. Bimbang anda lupa atau mungkin tak tahu, aku lahir pada 20 Februari. Maka tahun depan jangan buat-buat lupa. Bagi pelajar-pelajar aku yang selalu claim rindu dan sayangkan aku, bolehlah menabung dari sekarang kumpul duit secara berjemaah dan beli hadiah untuk cikgu anda. Aku mengharapkan sebiji, atau sebuah atau sekeping Ipad. Jangan risau. Aku tak akan minta cincin harga juta-juta kerana kehendak itu hanya boleh dipenuhi sekiranya pelajar-pelajar aku menabung dari kecil.



Walaupun bakal berusia 30 tahun, aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebelum tahun 90-an. Memandangkan ini merupakan edisi zaman belajar, ayuh kita imbas bagaimana kehidupan zaman belajar aku yang sangat awesome.


1) Kelas tambahan
Zaman aku dulu memang dah ada kelas tambahan. Tapi aku berasa sangat cukup dengan kelas tambahan yang sekolah sediakan. Bayaran yang dikenakan ciput sahaja dan aku rasa Ustaz dan Bini Ustaz tidak terasa terbeban setakat nak keluar 30 ringgit. Kalau zaman sekarang jangan haraplah. Kelas tambahan sekolah, kelas tambahan luar, kem motivasi sana sini, teknik menjawab segala kurang-kurang dekat seribu mak bapak berhabis semata-mata nak bagi anak pandai. Masa tahun enam Bini Ustaz daftar aku tuition yang aku dah tak ingat namanya. Aku ambil subjek bahasa sahaja kerana aku memang manusia tak reti bahasa. Kalau tak salah aku cikgu yang mengajar Bahasa Melayu nama Cikgu Bazli. Orangnya tak tinggi sangat, dan agak berisi. Kalau aku tak silaplah.


Tapi zaman sekarang aku lihat budak tahun empat pun dah ada mak ayah hantar kelas tuition. Makanya bila dah masuk tahun enam seorang budak ada tuition du luar dan juga di sekolah. Gila kental. Kalau aku boleh diserang angin ahmar kerana otak aku sungguh tidak mampu bekerja secara serius dalam satu tempoh masa yang panjang. 






2) Lebih berdikari
Wah. Kemain statement aku. Tapi sungguhlah aku rasa zaman aku kanak-kanaknya lebih berdikari bila belajar. Seperti yang sedia maklum aku tinggal di asrama semenjak dari tingkatan satu walaupun pada awalnya menangis memanjang sibuk nak balik rumah padahal jarak sekolah dengan rumah cuma 10km. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia. Dah naik tingkatan dua terus cinta duduk asrama sebab ada kawan-kawan yang best. Okay, tipu sahaja. Tak adalah cinta sangat. Tapi sayang tu ada. Hihihi. Aku gelak bukan sebab lucu. Tapi gelak nak cover tipu sunat. Nampaknya dah ke laut aku punya penerangan. Apa boleh buat. Kebanyakkan cikgu memang macam ni. Masuk kelas mengajar benda lain tapi tiba-tiba melalut cerita bab anak, suami dan kisah zaman belajar.



Aku merasakan budak-budak zaman aku lebih berdikari kerana kami banyak buat sendiri berbanding nak harapkan cikgu secara total. Zaman aku, kalau nak kertas soalan percubaan negeri lain, sibuk telefon kawan-kawan minta tolong pos. Kalau yang ada sepupu, dua pupu, tiga pupu, bau-bau bacang, masa tahun nak ambil periksalah hubungan menjadi rapat secara tiba-tiba ibarat isi dengan kuku tetapi mungkin ada sekam antara mereka kerana bila dah habis exam masing-masing diam. Bila dah dapat kertas soalan, share dengan kawan-kawan atau beri pada cikgu untuk dikongsi bersama. Nampak tak berdikarinya kami dahulu?

Budak zaman sekarang semua cikgu suap. Bila dah kena suap ada juga yang tak reti nak kunyah sendiri. Kadang nak hadam pun tak reti jugak dan akibatnya berak tahi keras. Itu maksud literal. Figuratifnya time exam tak boleh jawab dengan lancar. Cikgu-cikgu zaman sekarang memang syok sendiri dan pulun lebih berbanding budak yang belajar. Lepas musim peperiksaan percubaan semua cikgu tiba-tiba jadi terrer dengan internet. Sebelum ni nak check email pun berpeluh ketiak tapi demi nak bagi anak murid pandai dan boleh score terus jadi handal cari kertas soalan percubaan negeri lain siap download save semua. Kalau tak cukup handal pun, bolehlah kalau nak kata jaguh kampung.



3) Handphone
Aku ketika di sekolah menengah tak pernah pun menunjukkan minat pada handphone apatah lagi nak rasa kagum melihat seorang hamba Allah pakai handphone. Zaman aku semua pakai telefon awam. Aku pun tak tahu datang dari mana kekuatan ajaib boleh pula berdiri berlama-lamaan demi nak menggunakan public phone. Itu kalau bab nak bergayut. Belum cerita bab menunggu. Ya, kebanyakkan telefon awam memang berpenunggu. Kalau zaman aku di Agama Baling ada seorang senior yang aku masih ingat namanya tapi tak bolehlah telus sangat dengan mendedahkan nama beliau di sini. Kelak mungkin perlu buat press statement mohon maaf macam artis dua orang tu ataupun tak kena gaya kakak senior ini akan menuntut royalti Nuffnangku yang bukanlah banyak mana. Berbalik kepada cerita penunggu telefon awam bawah tangga asrama, sumpahlah aku tak mahu ambil turn kalau si kakak senior yang sedang menggunakan telefon tersebut. Kalau aku diserang cirit birit dan sudah ke tandas lapan kali pun belum tentu dia dah habis bercakap.



Tapi budak zaman sekarang yang tahap mumayyiz plus huruf hijaiyah pun gagap lagi dah pandai pakai handphone, tab segala. Asal nampak mak ayah mulalah tersengeh-sengeh minta duit nak beli topup. Aku dulu tersengeh-sengeh juga kalau nak minta duit tapi bukan nak beli topup. Aku beli makanan tak pun majalah Ujang. Ujang zaman dulu best. Zaman sekarang lawak tak berzat mengalahkan rakyat Afrika yang tak cukup makan. Ok. Yang ni kita cerita lain kali. Aku dulu memang tidak dinafikan antara pengguna tegar telefon awam. Pelbagai teknik diaplikasi untuk menjimatkan penggunaan duit syiling seperti menebuk duit lima kupang dan meleperkan duit syiling dua kupang supaya jadi macam lima kupang maka dapat bergayut lebih lama. Hahaha.

Ketika belajar di UIA aku masih lagi meneruskan penggunaan telefon awam secara istiqamah. Hendak dijadikan cerita di samping memanjangkan entri, orang Telekom datang pasang telefon baru dalam asrama Kolej Aisyah. Kehandalan aku dan rakan-rakan menjimatkan penggunaan duit syiling berjaya dengan memasukkan syiling lima kupang dan tekan 994 nombor yang sangat akrab dengan abang-abang BOMBA seketika dulu. Bila operator abang-abang BOMBA dah jawab (cewah, nak abang-abang saja padahal kakak bomba pun ada) dan tekan # dan masukkan desired nombor dan teruslah berbual sampai pengsan dengan nilai lima kupang tadi. Ada juga yang extreme sampai bawa bantal selimut tilam toto segala berkhemah tepi public phone baru semata-mata nak bergayut dengan pakwe -____-

Tiba-tiba aku rasa macam dah terbabas topik entri aku. Sebenarnya yang aku nak sampaikan budak zaman sekarang kalau belajar mesti nak ada handphone. Tak ada handphone tak boleh belajar dengan aman. Ada juga yang menggunakan teknik mengugut kepada emak dan ayah demi mendapatkan handphone padahal tak sedar boleh jadi anak derhaka masuk neraka (rhyme).


4) Duit makan yang murah
Ap itu duit makan? Hanya yang duduk asrama sahaja tahu istilah duit makan yakni merujuk kepada duit bayaran dewan makan. Tahukah para pelajar hari ini duit makan zaman aku dan kakak aku cuma satu ringgit sehari. Ya, satu ringgit sahaja dan makan masih lima kali yang mana kelima-limanya aku jarang sekali tak makan sebab semuanya sedap belaka walaupun sekadar minum milo dan dorayaki. Budak-budak sekarang kalau himpun gaji mak ayah bawah lima ribu maka sehari tiga ringgit. Kalau lebih sehari lima ringgit. Ya kah? Aku pun tak berapa ingat sangat. Jangan keliru dengan wajah aku yang nampak seperti remaja sekolah sedangkan hakikatnya tahun depan dah three series. Kahkahkah.

Memandangkan aku tinggal di asrama makanya aku antara pelajar yang jarang makan di kantin. Makan di kantin bila lapar tahap dewa atau hujung minggu Bini Ustaz tak datang makanya tak ada menu enak dari rumah untuk anak yang jauh (lah sangat) di asrama. Kalau seminggu mungkin purata aku belanja sekitar sepuluh ringgit sahaja. Kalau budak zaman sekarang jangan ceritalah bab duit. Budak Kuala Pegang pun ada yang satu hari bawa lima ringgit datang dan balik sekolah dijemput bapa yang kerjanya menoreh getah dan adik-beradik semuanya lapan orang.



5) Aktiviti Kokurikulum yang tak memenatkan
Untungnya zaman aku belajar dulu kokurikulum ni bukanlah antara perkara utama yang dibebelkan oleh cikgu-cikgu secara istiqamah. Aku dulu zaman sekolah sumpahlah tak ada masuk apa-apa aktiviti kokurikulum yang dapat menyerlahkan diri sehingga ke peringkat zon, daerah dan negeri bagai. Nak masuk sukan aku setakat tahu berlari sahaja. Perkara-perkara melibatkan bola memanglah aku penakut dan belum diajak bermain aku dah angkat bendera putih. Walaupun boleh berlari tak adalah sangat handal dan berada di dalam daerah Baling apabila bertemu dengan pelajar-pelajar yang warnanya memang bukan kategori cerah dan banyaknya berasal dari Kuala Ketil, sumpahlah aku tak boleh menang kerana mereka sangat handal bab-bab berlari ni.

Badan Uniform pun tak aktif juga. Yang paling aku rasa lucu sekali zaman aku belajar boleh suka-suka tukar badan uniform. Agak dah bosan dalam Puteri Islam tahun berikutnya masuk pula Kadet Bomba. Agak Kadet Bomba macam hampeh boleh turut serta tepuk-tepuk Pengakap tahun berikutnya. Hahaha. Ya, aku tahu tak lawak mana pun. Jadi tak payah nak pura-pura gelak atau senyum perli depan screen laptop atau PC anda. La ikra hafiddin (selingan).

Tapi kalau dapat join Kadet Remaja Sekolah memang andalah yang paling aktif. Cikgu Nik Amli yang juga mengajar Bahasa Melayu dan Geografi sangat aktif buat aktiviti itu ini masuk hutan camping bagai. Aku pun mula-mula semangat berkobar-kobar nak masuk tapi rupanya sebelum masuk nak measure ketinggian dulu. Sengaja la tu nak menyindir aku ke apa tak tau maka tanpa menghadiri sesi mengukur ketinggian aku mengundur dari dan simbah air ke atas semangat yang berkobar-kobar itu. Sobs. Budak zaman sekarang jangan ceritalah. Kalau tak aktif nak masuk maktab pun belum tentu walaupun ada 6A di tangan. Kadang-kadang berebut-rebut nak masuk aktiviti dan pertandingan. Tak cukup lagi sukan pun hendak dicekau dan sudah pasti terselit pelajar-pelajar yang mengamalkan prinsip lupa kawan demi meraih markah kokurikulum. 



Makanya apabila dibandingkan dengan aku memanglah sangat bersyukur kerana tak perlu berebut-rebut ataupun inter-frame demi kokurikulum. Cikgu pula yang kena pujuk-pujuk suruh masuk itu ini sebab biasanya budak yang sama juga masuk aktiviti-aktiviti yang ada. Tapi aku tak nafikanlah kalau yang aktif kokurikulum zaman aku memang ada advantage dibandingkan dengan aku yang hidup segan mati tak mau kalau suruh berkokurikulum. Kena juga sebut benda ni nanti ada pula yang bantai aku sampai buat page Kami Benci Tecer Widad. Kahkahkah. Bajet retis konon glamer padahal diri sendu macam blog sendiri.





Zaman aku belajar di sekolah menengah dan sekolah rendah memang awesome. Tak ada pressure (sangat) berbanding budak zaman sekarang yang kecil-kecil dah kena attend extra class belum campur dengan parents kaya raya panggil tutor datang ajar anak kat rumah. Aku dulu petang-petang sekadar pi kelas mengaji dan petang-petang boleh kayuh basikal keliling kampung atau main rounders dan masak-masak dengan kanak-kanak Taman Baiduri dan Taman Sepakat. Kadang-kadang kalau Ustaz tak ada dan Bini Ustaz di rumah pula mood baik maka boleh mandi sungai bersama sepupu-sepupu atau sesiapa sahaja yang tiba-tiba mandi di port yang sama. Walaupun aku dulu belajar tak pandai mana tapi aku rasa aku boleh dikatakan yang boleh berdikari walaupun umur baru sekolah menengah dan fizikal serta wajah macam sekolah rendah. Kehkehkeh. Aku dulu reti pos surat. Aku dulu reti beratur dan masukkan duit di bank. Aku dulu reti isi borang sendiri tak harap Ustaz atau Bini Ustaz. Habis-habis bebal sangat aku tak reti aku tanya kakak-kakak aku. Budak zaman sekarang walaupun pakai handphone canggih dari aku, tapi dah umur 17 tak reti nak kirim surat. Pigidah. Konon teknologi sangat la tu email dengan Facebook bagai. Eh eh, teremo pula. Hihihi.



Sebelum aku teremo lagi, senang cerita aku memang bersyukur aku lahir 1983 dan tamat sekolah tahun 2000. My school days are going to be legend, wait for it... dary. LEGENDARY!


















Friday, June 22, 2012

Perkara-perkara yang dilakukan ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau



Remaja ini, sudah lama tidak membuat entri berbentuk kajian. Selain kerana kesibukkan berjimba dan menonton wayang secara marathon, segmen ini juga tidak mendapat tajaan dari mana-mana pihak maka sudah pasti menyebabkan aku kekurangan sumber untuk membuat kajian. Mereka menuduh aku membuat kajian yang remeh temeh dan tidak membawa sebarang kebaikkan atau maslahah mursalah (hentam). Tuduhan melulu dari mereka menyebabkan aku berkecil hati dan terguris perasaan lantas membuat keputusan untuk tidak menghapdet blog dengan entri berbentuk kajian. Tetapi setelah berfikir dengan mendalam sehingga hampir lemas dek kedalaman berfikir tersebut, aku bangkit dari kekecewaan yang lalu dan menaja diri sendiri untuk membuat entri sebegini. Maka dengan jayanya, aku berjaya menghimpun kekuatan, masa, tenaga, dan wang ringgit dan aku curahkan dengan menghasilkan entri ini. Okay. Aku tipu. Sengaja aku mereka-reka cerita supaya dapat menghasilkan entri yang panjang di samping aku sebenarnya agak tepu kerana gagal menghapdet blog secara istiqamah.


Semenjak bulan Mac yang lalu, aku kerap berjimba dengan menonton wayang secara marathon. Tempat favourite aku adalah GSC Gurney kerana caramel popcornnya menepati nafsu makanku. Memandangkan aku tinggal di Baling, maka perjalanan ke Penang memerlukan aku menempuh traffic lights lebih dari 15. Sebelum sampai BKE sahaja sudah sembilan. Oh, sungguh gigih aku mengira. Maka, aku dengan jayanya membuat pemerhatian terhadap pemandu-pemandu di Malaysia. Ayuh kita lihat apakah perkara-perkara yang menjadi kebiasaan dilakukan oleh pemandu-pemandu di Malaysia ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau.




1) Membelek wajah
Membelek wajah dilakukan tak kira pemandu lelaki mahupun perempuan dan termasuklah aku. Hihihi. Sambil berpura-pura membetulkan rear mirror hasrat di hati adalah untuk membelek wajah. Aku juga selalu membetul-betulkan posisi tudung supaya ia terletak elok dan tidak membuat perangai. Sekiranya di pagi hari, ada juga wanita-wanita yang mengeluarkan segala alat solek dan menggunakan masa menunggu tersebut dengan bermekap. Sekali-sekala mata akan menjeling pada lampu isyarat di hadapan kerana bimbang akan dihon oleh pemandu yang berada di belakang sekiranya lambat bergerak apabila lampu telah bertukar kepada hijau. Aku pula antara manusia yang tak boleh kalau ada jerawat secara tiba-tiba muncul di wajah tanpa memberikan salam. Makanya setiap kali berada dalam situasi begini sudah pasti aku akan menggunakan masa senggang dengan membelek jerawat tersebut. Aku cuba memastikan kadar tumbesarannya terkawal dan tidak menjadi terlalu obvious. 


Lelaki juga sebenarnya kerap membelek wajah sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Aku syak mereka hendak bertemu gadis maka sudah pasti penampilan wajah memainkan peranan yang penting. Mungkin juga sebelum keluar telah mandi dan melakukan aktiviti mengeshave kumis di wajah maka di dalam kereta ingin melihat hasilnya. Sebab aku baik hati, aku juga syak mungkin ada sebahagian yang mahu jumpa client nak present projek atau tender juta-juta maka sudah pasti wajah mesti nampak bersih.





2) Beramas mesra
Penantian di lampu isyarat juga telah menjadikan sepasang mata yang aku ada menjadi saksi pasangan bercinta beramas mesra. Tak payahlah cerita. Masing-masing dah besar belaka maka tak perlu nak mohon buat pencerahan.




3) Menggunakan telefon bimbit
Okay, ini aku mengaku memang buat especially kalau dapat sms yang panjang berjela dan memerlukan pembacaan yang teliti. Terima kasih traffic lights kerana tanpa lampu merah anda sudah pasti aku tidak dapat memberikan fokus kepada sms yang dihantar. Aku juga selalu menggunakan kesempatan ini membalas sms yang memerlukan penerangan yang panjang berjela kerana sebagai perempuan yang akalnya cuma satu, membuat dua tiga perkara dalam satu masa sungguh aku belum cemerlang sepenuhnya.

Kepada yang tinggal di negeri Kedah kebanyyakkan anda pasti familiar dengan simpang empat JPJ Sungai Petani. Pernah satu hari yang aku sudah tak ingat bila, tatkala lampu isyarat bertukar hijau kereta di hadapanku tidak bergerak. Aku pula memang ada kepantangan dengan pemandu yang sungguh lembab dan tak berapa nak cerdik memberikan tindak balas kepada lampu hijau dan di dalam hati laju sahaja aku cakapkan bodoh. Dengan iman senipis kulit bawang aku tidak mengehon atau mengepin kereta beliau dan menghusnuzon beliau - mungkin dia bawa kereta manual maka lambat sikit nak masuk gear. Tetapi setelah hampir 20 saat (aku bantai saja) tak bergerak-gerak sehingga kereta di belakang mengehon aku secara berjemaah (aku terasa mereka hon aku, bukan yang di hadapan aku kerana aku tidak mengehon pemandu yang dihadapan aku), aku dengan tak berapa nak pantas mengehon kereta di hadapan sambil menekan-nekan pedal minyak tanda protes. Tahukah anda pemandu di hadapan aku bukan sahaja lembab tetapi juga ada masalah pendengaran kerana masih tidak bergerak walaupun telah dihon secara berjemaah. Dan tatkala dia mula bergerak lampu sudah menjadi merah semula dan aku yakin pemandu di hadapan aku telah menerima makian secara berjemaah. Aku mungkin jemaah yang paling lantang ketika itu. Hahaha. Hasil pemerhatian yang dilakukan dengan cara overtake kereta tersebut, pemandu tersebut rupanya sedang bercakap di telefon dan pemandu tersebut jantinanya lelaki. Ceh! Konon suka cakap perempuan bawa kereta macam siput, lampi dan tak terer macam lelaki. Seksis tau lelaki-lelaki nih.



4) Mengorek hidung
Ini adalah perkara yang cukup tak senonoh kerana mengorek hidung dengan bersungguh-sungguh ketika menunggu di lampu isyarat. Tak kira lelaki, mahupun perempuan termasuklah Cina, India dan Melayu. Mungkin mereka ingat mereka di dalam kereta maka itu adalah comfort zone dan mereka memiliki seratus peratus privacy tetapi lupakah mereka cermin kereta yang ditinted tersebut tidak mampu melindungi aksi mengorek hidung mereka. Ada yang korek dan lihat di hujung jari. Ada juga yang korek dan gosok-gosok hujung jari. Dan yang paling hebat selepas korek, lihat hujung jari, turunkan tingkap dan gosok-gosok hujung jari. Gosok-gosok hujung jari tu bahasa tersirat. Bahasa tersiratnya buang tahi hidung. Tobat aih aku tak berkenan.



Ada lagi perkara-perkara lain yang dilakukan tetapi aku sudah malas untuk menaip. Sudahlah entri ini terperam lebih dari seminggu kerana aku gagal mengumpul kekuatan untuk menghapdet blog. Sebelum aku mempublishkan entri ini, antara perkara-perkara lain yang dilakukan adalah minum air, mencari barang dalam handbag, mengambil barang yang terjatuh dan macam-macam lagi yang anda buatlah pemerhatian sendiri. Tapi atas semua (above all), paling comel adalah budak-budak belajar mengira apabila melihat countdown traffic lights. Bersungguh-sungguh mengira dan emak dan ayah biasanya turut serta mengira sebagai tanda menyokong kesungguhan anak.


























: Tapi kadang-kadang annoying juga kalau aku tengah cakap kat handphone sekuat hati dia mengira.





Monday, May 28, 2012

Don't screw UP





This  two-letter word in English has more meanings than any other two-letter  word, and that word is UP  .'  It is listed in the dictionary as an [adv], [prep], [adj], [n] or [v].  




It's  easy to understand UP  ,  meaning toward the sky or at the top of the list, but when we awaken in  the morning, why do we wake UP  ?  




At  a meeting, why does a topic come UP  ?   Why do we speak UP  ,  and why are the officers UP  for  election and why is it UP  to  the secretary to write UP  a report?  We call  UP  our  friends, brighten UP  a  room, polish UP  the  silver, warm UP    the  leftovers and clean UP  the  kitchen.  We lock UP  the  house and fix UP  the  old car.  




At  other times, this little word has real special meaning.  People stir  UP  trouble,  line UP  for  tickets, work UP  an  appetite, and think UP  excuses.  




To  be dressed is one thing but to be dressed UP  is special. If you argue,  you can kiss and make UP.     




And  this UP  is  confusing:  A drain must be opened UP  because  it is blocked UP.  We  open UP a  store in the morning but we close it UP  at  night.  We seem to be pretty mixed UP  about UP  !  




To  be knowledgeable about the proper uses of  UP  ,  look UP  the  word UP  in  the dictionary.  In a desk-sized dictionary, it takes  UP  almost  1/4 of the page and can add UP to  about thirty definitions.  




If  you are UP  to  it, you might try building UP  a  list of the many ways UP  is  used.  It will take UP  a lot of your time, but if  you don't give UP  ,  you may wind UP with  a hundred or more.  




When  it threatens to rain, we say it is clouding UP  .   When the sun comes out, we say it is clearing UP  .  When it rains, it soaks  UP  the  earth.  When it does not rain for awhile, things dry  UP  One could go on and on, but I'll wrap it UP  ,  for now . . . my time is UP !  




Oh  . . . one more thing:  What is the first thing you do in the morning  and the last thing you do at night?
U P !  


Did that one crack you UP ?




Don't screw UP .  Share this with everyone. . or not . . . it's UP to you. 
Now I'll shut UP !





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...