Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Kompilasi 2013


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yang Dihormati, saudari laptop yang sentiasa menanti ditekan-tekan papan kekuncinya, Yang Berusaha, jari-jemari yang Alhamdulillah cukup sepuluh dan masih boleh membuat amal ibadat dan berkhidmat dengan Pencipta dan diriku, seterusnya pembaca-pembaca blog yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah (some more) bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu lagi walaupun tak berapa hari lagi nak masuk tahun baru. Sumpah keji kerana mengabaikan blog. Kalaulah blog aku ini manusia yang punya nyawa sudah pasti dituntutnya fasakh kerana mengabaikan beliau. Sebab terlalu lama tak menaip entri, nak buat intro pun tak berapa nak lancar. Sekejap taip, kemudian backspace lepas tu rasa nak delete semua. Niatnya nak hilangkan stress (buat-buat ja konon stress) rasa macam tambah stress lagi. Tapi demi untuk tidak memelsukan janji, maka ku gagahkan jugak menaip entri yang tak berapa berguna ini.

1. Kenapa tak update blog?
Wajiblah aku salahkan PBS yang sistemnya telah membuatkan aku mempunyai tali pinggang hitam dalam arena pencarutan. Sakit hati betoi! Gila apa nak key-in lima orang budak sejam pun tak boleh buat. Loading loading loading sampai aku masak nasi dah makan dah sakit perut pun tak habis lagi. Idea siapa yang yang buat PBS ni. Ni yang nak buat aku mencarut ni. Haaaa awal-awal entri dah emo. Kahkahkah. Biasa la. Tak emo tak pompuan. Aku pompuan sejati. Wajib la emo. Tak gitu (pengaruh baca Blog Nara. Kahkahkah). Lain entri aku carutkan PBS ni. Entri ni tak boleh. Kenapa tak boleh? Aku punya blog, aku punya suka la. Hahaha. Emo lagiiii. Gilaaaaa



2. Pandai menguli
Tahun 2013 aku belajar bikin roti, pizza, donat dan segala mak nenek yang melibatkan aktiviti menguli. Asalnya aku ni haram tak pandai bab-bab roti kek ni. Tapi sebab aku suka makan roti dan kampung pula berdepan dengan Kampung Benggali, haruslah aku setaraf dengan mereka. Selalu orang Benggali memang pandai bab-bab uli roti ni. Sampai ada satu roti khas nama Benggali. Kita ambil sikit tempias nama kampung dan satukan dengan teknik-teknik yang dipelajari maka tetiba terus jadi pandai.





Hahaha. Nipu sangat tetiba sekali belajar terus pandai buat roti. Aku bukan taraf wali. Genius pun jauh sekali. Episod-episod roti tak jadi panjang sangat kalau nak cerita. Aku tak rajin nak menaip. Lepas tu banyak pulak kejadian-kejadian yang membawa malu sepanjang hayat. Maka, dipendekkan cerita, tak usah cerita. Hehehe.



3. Lompat kijang
Tahun ini juga, adik lelaki aku berkahwin. Umurnya 27 dan jodohnya sampai dulu dari aku walaupun masa zaman sekolah bermati-matian sebut tak mahu kahwin. Aku yang dari kecik tergedik nak kahwin tak pulak sampai lagi jodoh. Kehkehkeh. Tapi dia bukan langkah aku seorang. Dia langkah aku, kakak aku dan abang aku. Nah kau tiga sekali! Sebab itu namanya lompat kijang, bukan lagi langkah bendul.


Sebagai kakak yang tak berapa mithali tetapi tak mahu dikeji, maka kita hulurkan tangan ringankan beban. Aku pun tak ingat apa yang aku tolong. Tapi sebagai seorang yang pernah jatuh tangga dan akibatnya sakit belakang, aku buat yang ringan-ringan sahaja. Hihihi. Jodoh adik aku dengan orang Johor. Confirm Jawa berdasarkan nama ayah mentuanya. Hihihi. Jauh aku bertandang ke Johor. Kendurinya meriah. Siap berzapin bagai sampai ikut hati aku pun nak lompat naik atas tikar berzapin sekali. Over sangatttt. Makan pun sedap, layanan tiptop.

Selepas kenduri di Johor, acara diteruskan dengan berjimba di A'Famosa. Kakak ku yang baik hati sewakan banglo yang ada swimming pool. Sakan berendam sampai kecut jari kaki tangan segala. Aku pun dah ingat-ingat-lupa kejadian di A'Famosa. Yang aku ingat, mandi-manda dalam pool, ada BBQ, mandi-manda dalam pool, dan mandi-manda lagi dan lagi dan lagi. Memang tujuannya nak berendam dan mandi-manda kekdahnya. Gambar ada tapi tak boleh nak letak sebab semua pun pakai bikini. Kehkehkeh.

...sibuk sangat sampai tak ada gambar aku dengan pengantin. Tapi sempat camwhore bila perlu.


Sabtu yang lalu kenduri menyambut pula. Pun sibuk jugak dan aku rasa aku lebih kepada buat-buat sibuk. Hihihi. Hari kejadian aku memang sibuk sebab duduk (berdiri padahal) bersama Bini Ustaz menyambut tetamu yang hadir. Boleh jadi sebab aku tinggal bersama Bini Ustaz makanya kebarangkalian aku kenal para tetamu adalah tinggi dan aku pulak cantik, jadinya sesuai untuk menyambut tetamu. Hahaha. Akhirnya jumpa point nak perasankan diri.




4. Aktiviti menguruskan badan
Sejajar dengan peningkatan usia, maka kadar metabolisme dalam badan mula buat perangai yang boleh dicaruti. Aku dengan jayanya telah menjadi pengamal Zumba. Setiap Rabu petang dan sekali-sekala Jumaat pagi aku berzumba di MRSM. Ketahuilah bahawa aku adalah instructornya. Aku memang suka gedik-gedik atas stage jadi centre of attraction. Kehkehkeh. Tapi yang ikutnya perempuan sahaja. Sungguhlah tidak aku tegamak tergedik-gedik di hadapan lelaki. Gedik atas iman gitewww. Hahahahampeh. Bila kesibukkan melanda, aktiviti Zumba digantikan dengan berjogging. Sakan berjogging sampai ramai yang tegur aku dah kurus. Bahagia :')

Tapi bahagia tak lama. Berat naik semula. Mujur tak ada yang tegur. Siapa yang menegur wajib aku melahar secara live. Kalau yang tegur tu kurus menawan aku redha. Ini kalau badan macam pokok yang majlis daerah tanam atas divider kategori rendang tak berbuah simpan ketat-ketat hasrat nak menegur tu. Berat-berat badan aku pun, cuma 43kg. Bukan gemuk punnnn





5. Pro-ELT
Umum mengetahui guru Bahasa Inggeris dikehendaki menghadiri kursus Pro-ELT. Kelas aku setiap Selasa. Ni pun belum habis lagi. Ada lagi lima hari nak attend. Walaupun mula-mula benci dan meluat, lama-lama jatuh sayang sebab dapat kawan-kawan yang membahagiakan. Nalani, Evelyn, Shuping and Shima. Semua perangai gila and definitely I'm going to miss them after this. Tengok senarai kawan-kawan aku. Satu Malaysia sangat sebab cina hindu semua ada. Tetapi masuk part nak buat assignment tu yang buat aku lemah semangat terus meroyan. Banyak gila assignment!!! Nak bercinta pun kadang tak sempat. Inipun sambil buat assignment sambil taip entri. Semuanya demi kesejahteraan ummat. Tetiba?



6.  Marking and maki-ing
Tahun ini aku mengajar kelas tingkatan 5. Serupa nak gila marking essay sebab banyak sangat. Essay yang mengajar time sekolah, essay kelas tambahan, essay budak rajin, essay budak kena denda. Kadang-kadang marking lima minit, maki-ing tujuh minit sebab geram asyik ulang kesalahan yang sama. Marah! Marah! Hari-hari berdoa terjadinya keajaiban budak-budak jadi pandai maka tak banyak salah grammar.






Gigih buat kelas tambahan, perjumpaan ringkas sehingga jam 5.00 petang selepas tamat paper Bahasa Melayu. Hari peperiksaan dimaklumkan naik formal letter - letter of complaint. Padan muka aku. Rasanya sepanjang tahun 2013 dua kali sahaja aku buat letter of complaint. Lain-lain buat speech dan report. Tapi aku tetap redha dan bertawakkal (padahal rasa nak bunuh diri takut budak tak dapat jawab).





7. Supplement, jerawat dan skin care
Menginjak umur 30 secara tiba-tiba ada kesedaran takut sakit itu sakit ini, sudahlah duit tak banyak suami pun tak ada -__- Terus datang semangat nak berdisiplin makan supplement segala. News feed Facebook jangan cerita. Hari-hari ada orang share pasal Shaklee sampai aku sendiri serabut milo. Sebab dare to be different aku memilih Amway. Dari calcium, garlic vitamin yang segala huruf semua aku makan. Nasib tak baik muka naik jerawat. Setelah dilakukan siasatan dan ujikaji, aku tak boleh makan vitamin E sebab ada lecithin. Tak sekufu gamaknya maka aku bercerai talak tiga. Terus tambah stress yang ada sebab muka naik jerawat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Merata ada. Benciiiii.

Ketika jerawat memenuhi wajah, aku sedang menggunakan Tabita. Kulit dan cun tetiba naik jerawat. Sayangnya jodoh dengan Tabita tak panjang kerana Tabita juga tidak berupaya menghilangkan jerawat yang ada. Maka bercerai lagi aku. Pun talak tiga. Aku bernikah dengan Proactiv Solutions. Walaupun ada perubahan tetapi jerawat hilang tak istiqamah. Kulit pun tetiba jadi hitam padahal aku putih berseri hockayyy.


Used to have kuit cerah berseri. Sekarang bertukar malap.
The curious case of Michael Jackson in reverse order



Aku berpisah dengan facial foam dan toner nya. Dalam kesibukkan buat itu ini aku Google segala skin care yang ada di Malaysia. Dalam banyak-banyak aku tertarik nak guna SimplySiti. Makanya aku membeli secara online sebab murah dari beli di Watson. Lagipun inilah masanya kita nak menolong orang Islam berniaga. Ecewahhhh kemainnnn.



Tak sampai sebulan pakai kulit menunjukkan perubahan-perubahan yang boleh dibanggakan. Feeling kulit cantik tapi tak boleh takbur takut jerawat kembali menghantui. Selain dari istiqamah dengan SimplySiti, aku meneruskan makan Vitamin C, A dan calcium magnesium dari Amway, Vivix from Shaklee dan spirulina from Elken. Semua produk aku telan demi mengekalkan keremajaan yang hampir purba. Tsk. Tak lupa juga aku berdoa mintak dari Allah. Jangan tahu berusaha tapi tak berdoa. Sombong namanya tu.



8. Welcoming little Hadif
Tahun ini juga kakak ku dengan jayanya telah memberanakkan seorang kanak-kanak lelaki yang sumpah comel. Tapi part yang lucunya bila mencebik muka jadi petak. Hihihi. Sikit hari lagi nak cukup empat bulan. Kerana aku sangat takut dengan benda yang kecil dan lembik, maka aku tak pernah mendukung Hadif ketika beliau sangat bayi. Sekadar sentuh hujung jari dan senyum-senyum.



Kebolehan menjelir lidah. Ini rare. Tahniah Hadif!

Bila dia dah tak berapa bayi, baru aku berani pegang. Sungguh tak mak-mak diriku. Kesukaan Hadif baring di atas badan. Badan aku tak sampai dua jengkal. Hadif jauh lebih panjang makanya aku bukan slumber land untuk beliau. Baring tak sampat dua minit dah bunyi -___-





Sebenarnya banyak lagi benda aku nak cerita tapi aku dah tak ada mood nak menaip. Tambah pulak assignment banyak gila tak siap. Sebagai penutup, terimalah gambar menu tengah hari aku hari ini. Sedap nak arwah. Sila cemburu.



Penutup yang langsung tak ada kena mengena dengan entri





Wednesday, December 12, 2012

Sebab-sebab aku gagal menghapdet blog secara istiqamah



Sebagai seorang Muslim, kita sememangnya dianjurkan untuk melakukan perkara yang baik secara istiqamah. Wah bahasa aku. Macam nak menjawab kertas SPM. Perkataan dianjurkan tu yang aku rasa nak tergelak. Ya, memang tak lucu untuk anda semua jadi tak payah nak gelak kesian. Aku sangat pasti blog aku ni bukan kategori berilmiah. Selain dari melampiaskan emosi dan nafsu amarah serta merapu sana sini, ada tak kurang 10 entri aku rasa yang boleh boleh gagahlah tahap keilmiahannya. Entri-entri lain mungkin ada yang rasa nak bagi kaki kat aku.



Namun demikian sukacitanya untuk aku maklumkan pada semua, aku sebenarnya sangat suka menulis. Menulis dalam konteks merapu-rapu kerana sebenarnya ia adalah hiburan ringan yang sudah pasti tidak seringan berat badan aku. Cerita sedih untuk semua, berat badan naik lagi. Tapi itu lain kali aku carutkan. Bila lama tak menaip entri baru, aku sebenarnya malu nak klik button new post. Maklumlah, orang beriman. Malu tu perlu. Malu itu sebahagian dari iman *dah terkeluar perkataan istiqamah, iman segala terus rasa entri sangat berilmiah*. Tetapi hari ini aku gagahkan menaip entri baru buat tatapan dan bacaan anda semua. Hahaha. Bajet serupa blog sendu ni glamer ramai pembaca. Mampoih pi lahhh.


1) Memilih kerjaya sebagai guru bererti adalah tidak dari lari, merangkak, atau pun berguling jauh dengan peperiksaan. Makanya sebagai guru yang masih muda, cantik jelita sudah pasti aku dengan suku rela menjadi pengawas peperiksaan. Ya, bila wajah cantik senyum manis berseri pelajar lebih semangat nak jawab exam. Kahkahkah mampoih satgi kena kutuk lagi! Bulan Oktober menjadi pengawas PMR yang tentulah bukan di sekolah aku. Dan bulan November sambung lagi kontrak menjadi pengawas SPM. Sujud syukur kerana menjaga SPM hanya untuk lapan hari. Kepada guru-guru yang mengawas hingga bulan dua belas, aku hulurkan simpati. Nama nak hulur duit, aku tak cukup kaya.

Bila dah terpaksa mengawas, kerjanya sehingga ke petang dan balik rumah terus terkelepek atas katil. Tidak lagi mampu nak beronline dengan gagah kerana badan mahu beronline di atas katil. Kalau bernafsu sangat nak beronline, aku berwasap bersama kawan-kawan sekolah. Itu saja yang aku mampu. Itu saja. Itu. Saja. *saja taip dua tiga kali nak bagi entri nampak panjang...keji!*



2) Perkara kedua sebenarnya berkait rapat dengan perkara pertama. Apabila kerap meninggalkan sekolah, sudah pasti banyak kerja terbengkalai. Dengan nak tanda answer scripts, nak kelebet borang PBS Bahasa Inggeris, nak buat itu, buat ini...huiii tak cukup tangan nak buat. Lepas tu mula rasa nak resign dan jadi suri rumah. Tapi tuan rumah pun belum ada, maka tak usahlah nak emosi bagai nak resign segala. Menanda dan menyemak kertas jawapan sehingga demam sudah menjadi lumrah kerana mengejar masa. Ya, harus aku mengejar masa kerana kelak mungkin aku tidak dapat berjimba. Hahaha. Berjimba itu perlu. Kelak mengundang stress *mampoih kali ketiga satgi ada hat suruh aku pi mengaji Quran*



3) Bulan Oktober yang lalu, aku menggelarkan diri sendiri sebagai guru kurang ajar. Bukan kurang ajar as 'koajaq hang' atau kalau bahasa drama Yusof Haslam 'Kurang ajar, kau!' yang pada aku bunyi haram tak ganas. Hahaha. Kalau sebut slang utara nampak sikit ganasnya. Maksud kurang ajar dalam konteks aku sebagai guru yang kurang mengajar. Ini semua sebab jadi pengawas peperiksaan dan kemudian tinggal lagi sekolah untuk menjadi juruletih RIMUP. RIMUP ni sat lagi aku carutkan. Lepas dah habis RIMUP sambung pula dengan cuti raya korban dan bila dah cuti ingat aku hadap sangat nak buat kerja-kerja sekolah? Tak mau aih!



4) Tak cukup dengan jadi pengawas peperiksaan, sekolah hantar aku untuk jurulatih program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Kiranya peserta adalah dari berbilang bangsa, agama dan warna kulit. Tiga hari menjadi penunggu di Pusat Ko-Kurikulum Daerah Baling tapi aku berkampung siang saja. Malam aku cabut balik rumah. Bunyi nama macam gah, tapi nahaiiii boleh masuk rancangan Bersamamu TV3. Sebenarnya aku tak berapa faham kenapa masih ada program RIMUP nak mengintegrasikan murid bagai. Kata dah satu Malaysia?




5) Bagi anda yang tak terdedah dengan dunia seorang guru, aku suka nak berkongsi tentang guru bahasa Inggeris. Di mana-mana negeri, mana-mana daerah, mana-mana sekolah pun, guru bahasa Inggeris dikira macam tak reti mengajar. Ada saja program itu, program ini, dan paling terkini aku baru sahaja menduduki peperiksaan APTIS. Malaih aku nak google APTIS tu hapakebenda tapi ada listening, ada speaking, ada writing segala dan lepas tu kena attend course di British Council. Punah harapan nak berjimba di hari Sabtu. PPD pula melontarkan kata-kata manis seperti pesakit diabetes kononnya kami adalah insan terpilih. Ahhhh terpilih la sangatttt. Cikgu yang lagi 10 tahun nak pencen pun kena juga attend course. Makanya dapat aku bayangkan tahun depan blog aku ni mungkin seperti bangkai bernyawa. Maklumlah tuan badan sibukkk..nak berjimba pun takdan gamaknya!



6) Selepas seminggu berSPM, ada gap satu minggu yang membuatkan nafsu untuk berblogging nak menaip entri baru muncul di hati. Namun hajat di hati tak kesampaian. Jangan ingat seminggu gap aku duduk saja boleh kelebet laptop online 24 jam baca BeautifulNara dan Malaysiakini. Memang aku memanjang online...tapi online nak masukkan PBS. Huiiii yang ini memang bikin aku naik hantu dan mencarut ringan di dalam hati. Sehari nak key-in satu budak pun seperti mengandung sembilan bulan. Lama menunggu dan page loading boleh sembahyang sunat dua rakaat. Itu pun belum tentu page dah habis loading.








Pendek kata..ya aku yang pendek ini berkata. Yang panjang duduk diam. Pendek kata, terlalu banyak kerja-kerja lain sehingga tidak mampu aku menghapdet blog secara istiqamah seperti masa lalu. Doakan ketidaksibukkan aku maka aku akan kembali menghangatkan arena blogging ini. Mungkin aku boleh jadi lebih hebat dari blogger femes yang kini dah berlakon dan kalau melawat blognya, entri advertorial saja yang banyak. Itupun gigih ramai yang mengomen. Hahaha. *memang betoi-betoi nak mampoih aku ni tetiba perli blogger femes*










Wednesday, May 30, 2012

Hari Guru dan bukti aku tidak syok sendiri





Kerjaya sebagai guru memang awesome apabila mendapat pengiktirafan seluruh Malaysia dengan sambutan Hari Guru pada 16 Mei. World's Teachers' Day pula pada 5 Oktober dan untunglah boleh sambut dua kali macam raya orang Islam. Hihihi. Tapi yang 5 Oktober tu mungkin aku syok sendiri tak ada siapa nak wish. Tak usah risau. Aku jenis berdikari. Boleh wish kat diri sendiri tanpa mengharap ihsan atau simpati dari yang tak sudi (rhyme).


Maka pada 16 Mei yang lalu sekolah kesayangan aku telah mengadakan sambutan Hari Guru separa liar. Memang seronok kerana tak perlu mengajar di samping dapat bersuka ria bersama rakan-rakan dan dapat hadiah yang banyak. Itu tanda aku disayangi oleh pelajar-pelajar aku walaupun aku garang kadang macam mak tiri. Biasalah. Marah-marah sayang.


Oleh kerana ini sekolah kampung, sekolah biasa-biasa saja maka persiapan memang harapkan cikgu-cikgu dan team pengawas. Di sini boleh aplikasikan konsep Wonderpets - Apa yang penting? KERJAAASAMA! Ya, huruf A ada lebih dari sekali sebab di situ sebutan mesti dua harakat.


Aku sebagai Timbalan Kelab Guru dan Staf bolehlah macam orang penting kena rancang dan buat itu ini. Tapi sumpah aku bukan buat apa sangat sebab Pengerusinya cikgu baru posting sudah pasti semangat buat kerja berkobar-kobar sambil berlatarbelakangkan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Aku buat sikit-sikit dan yang mana perlu sahaja. Nama pun timbalan maka tak elok overrule ketua.


Di hari kejadian, cikgu-cikgu yang super awesome berarak dari pintu pagar sekolah sambil bergelak ketawa dan berbual mesra. Sebagai yang berdarah muda dan wajah tak kurang hangat, aku sentiasa memberikan aksi bajet comel kerana kamera ada di mana-mana. Ternyata dengan mengamalkan prinsip sentiasa bersedia gambar-gambar yang diambil menjadi cantik belaka terutamanya kalau aku menjadi sebahagian dari subjek di dalam gambar. Kahkahkah.


Lepas dah ucapan dan nyanyi bagai, tukar baju dan bersedia untuk acara sukaneka di padang. Tahukah para pembaca majoriti guru hanya miming ketika menyanyikan lagu tema hari guru. Lagu tema hari guru tahun ini memang tak dekat di hati apa lagi di bibir maka aku hanya pura-pura sekadar bunyikan suku kata terakhir sahaja.



Acara di padang, cikgu-cikgu tak kurang suka main tipu. Hahaha. Kumpulan aku hebat-hebat belaka tapi bukan rezeki maka tak menang nombor satu. Main kukuq nyok (kukur kelapa), isi air dalam betol, kupas buah epal, belon isi air dan macam-macam lagi yang aku pun tak berapa nak ingat. Tapi masing-masing ada perangai budak-budak - main nak menang dan bertepuk bersorak dan terkinja-kinja bila menang. Ok, tipu. Yang muda-muda sahaja perangai macam tu terutamanya aku. Kahkahkah.


Sudah letih terkinja-kinja di padang maka acara mentekedarah tanpa melupakan bacaan doa. Menu memang sedap sehingga aku tambah berkali-kali. Mungkin kerana pakai tracksuit dan pinggangnya getah maka makan banyak mana pun tidak sedar kerana sifat getah yang cerdik yakni berkembang mengikut pembesaran diameter.


Setelah makan-makan bersambung pula acara di dewan. Tak ramai guru masuk ke dalam dewan kerana dewannya tak besar mana. Aku dalam paksa tak paksa memang kena masuk kerana aku akan menyampaikan anugerah guru paling kacak. Anugerah disampaikan berselang-seli dengan persembahan pelajar dan guru. Mereka yang menyanyi memang naik syeikh dan seperti gila mikrofon sebab ada iringan gitar bagai. Aku sekadar tukang sorak dan tepuk tangan kuat-kuat tanda sokongan moral. Sekali-sekala ada juga aku tergelak-gelak melihat kepulunan mereka yang buat persembahan. Hahahah.



Sebelum aku mengakhiri entri ini, ayuh kita lihat guru-guru yang memenangi anugerah-anugerah yang dipertandingkan. Cek cek cekidaaaauttt


1) Anugerah Guru Paling Sporting 2012 & Anugerah Guru Paling Penyayang 2012

Gila tamak kaunselor sekolah aku dua sekali dia sapu. Hahaha. Tapi ini adalah undian maka konsep jari menjadi juri kita terima sahaja. Kahkahkah. Aku berharap aku dapat yang paling sporting tapi jenis tak sedar diri perangai serupa mak tiri siapa nak undi.


Kaunselor memang kena jenis penyayang sebab nak tunjuk dia concern dan ambil berat. By the way, ini merupakan antara rakan untuk berjimba di masa senggang. Keluar makan-makan dan sembang merapu-rapu secara berjemaah.

Iklan penaja : Dua jejaka yakni yang paling kiri (Badri) dan di tengah (Zalman) masih bujang. Sila tinggalkan pesanan di ruangan komen sekiranya berminat. Tidak sesuai untuk aku kerana mereka ini adik-adik belaka.




2) Anugerah Guru Paling Tegas 2012

Tegas dan garang adalah adjektif yang sangat berkait rapat. Tapi konsep ini tidak applicable untuk pemenang Anugerah Guru Paling Tegas 2012 kerana di mata aku dia hanya tegas dan tidaklah garang. Sebab itu aku rasa dia antara Penolong Kanan HEM yang awesome pernah aku jumpa.



Kau tengok dari sisi saja sudah nampak aura tegasnya. Budak-budak kalau diugut dengan nama Cikgu Sahak memang naik bulu roma dan mungkin juga bulu-bulu yang lain. Maksud aku bulu ketiak. Jangan fikir yang lain. Nama sebenar Ishak tapi dah kalau orang utara terus jadi Sahak.



3) Anugerah Guru Paling Kacak 2012

Berbekalkan wajah anak mami, walaupun sudah berkahwin tetapi berjaya menewakan cikgu-cikgu bujang yang lain dengan menggondol Anugerah Guru Paling Kacak. Ini juga antara kawan-kawan berjimba di waktu malam dengan makan-makan secara berjemaah dan bayar asing-asing.


Isterinya juga satu sekolah dan selalu dikatakan bestfriend aku kerana kami sering kelihatan bersama. Hujung minggu aku kadang-kala diluangkan bersama mereka sekeluarga dengan membeli-belah tingkap di Penang.


Ada lagi anugerah-anugerah lain untuk guru-guru Pendidikan Khas dan juga staf sekolah. Che Ros yang suka mengusik dan cakap merapu telah mendapat Anugerah Staf Paling Popular. Memang aku tak nafikan dia memang popular kerana sikap selamba badaknya tak heran ke dunia dan melawak tanpa sempadan.


Sebelum aku tamatkan entri ini mungkin ada yang tertanya apa yang bukti aku tidak syok sendiri. Kalau tak tertanya pun tak apalah. Buat-buat saja kerana nak ambil hati aku. Hehehe. Aku manusia yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi dan sangat berdikari maka aku selalu memuji diri sendiri tanpa mengenal erti perasan. Hahaha. Selama ini ada juga aku terfikir aku syok sendiri tapi hari guru telah mengubah segalanya. Cewahhhh. Terimalah dengan hati yang terbuka dan redha apabila aku dianugerahkan...



..tak berapa clear???





KAHKAHKAH




Sila jangan maki aku dengan penutup yang memuji diri sendiri.
KAHKAHKAH









Sunday, December 4, 2011

Perkara-perkara yang menjadi spoiler di kenduri kahwin


Di sepanjang musim cuti sekolah, pasti ramai yang meluangkan masa di samping memenuhi tuntutan agama menghadiri majlis perkahwinan. Kebiasaannya, golongan pra-dewasa, dewasa dan post-dewasa akan menghadiri majlis perkahwinan tanpa paksaan kerana bagi pra-dewasa kenduri kahwin adalah tempat untuk bertemu jodoh, manakala golongan dewasa perlu hadir tambah-tambah yang belum kahwin (macam aku) sebab nanti kenduri mereka tak ada yang hadir. Bagi kumpulan post-dewasa ini adalah tempat untuk mereka bertemu sahabat di samping mencari jodoh untuk anak-anak mereka.



Aku adalah manusia yang gemar menghadiri kenduri kahwin. Matlamat aku hanya satu. Makan percuma! Ya, aku suka benda percuma terutamanya makanan yang sedap-sedap. In fact rasa home-made air sirap adalah tidak sama dengan kenduri-made air sirap. Rasa sedap yang berbeza. Berikutan kekerapan aku menghadiri kenduri kahwin secara istiqamah, maka dapat aku simpulkan terdapat beberapa perkara yang menjadi spoiler di kenduri kahwin. Spoiler ini adalah untuk tuan rumah termasuk pasangan pengantin. Cekidauttt.



1) Sudah menjadi kelaziman bagi pasangan pengantin untuk menjemput rakan-rakan untuk memeriahkan kenduri kahwin mereka. Mereka yang memiliki Facebook akan mengupload kad dan mengetag rakan-rakan yang ada. Tidak cukup dengan itu ada yang membuat page event apa tak tau sebab aku tak ada Facebook maka aku tak boleh nak ulas panjang-panjang. Maka di sini apa yang mungkin menjadi spoiler adalah apabila anda membuat tindakan mengundang bekas teman wanita atau teman lelaki anda.


Bagi pengantin lelaki menjemput bekas (-bekas) awek anda mungkin menjadi spoiler besar terutamanya dek kerana sudah lama tidak bertemu tiba-tiba bekas awek anda hadir dengan wajah lebih jelita dari biasa dan lebih ump berbanding isteri anda. Jangan lupa syaitan ada di mana-mana dan ketika itu syaitan akan menghasut anda membisikkan kata-kata penuh sesalan. Begitu juga pasangan pengantin perempuan. Tiba-tiba datang pula bekas pakwe anda yang kini sudah kaya raya harta berjuta dan single pula sudah pasti menjadi spoiler bagi perasan anda yang ingin bergembira di hari anda. Dengarlah nasihat Barney Stinson How I Met Your Mother jangan jemput ex anda ke majlis perkahwinan anda kerana lebih banyak spoiler berbanding keberuntungan.



2) Kenduri kahwin dan makanan adalah perkaitan yang sangat rapat. Jangan tak tahu ramai pengunjung kenduri kahwin tahan lapar dari pagi dan mahu balun secukupnya di kenduri kahwin. Ok, mungkin tak ramai tapi kalau aku memang aku simpan perut dan melantak secara besar-besaran tanpa rasa malu. Aku juga okay sahaja untuk bangun dan tambah bagi kenduri yang mengamalkan konsep buffet atau minta tambahkan nasi kepada petugas-petugas kenduri bagi yang mengamalkan konsep hidang. Maka tuan rumah perlu memastikan kuantiti makanan mencukupi bagi tetamu-tetamu yang hadir. Menjadi spoiler dan malu besar sekiranya makanan tidak mencukupi dan tetamu pula masih hadir tanpa putus-putus. Jangan tak tahu sudah pasti akan ada yang mengata dan kenduri rumah anda yang akan datang tetamu akan makan sedikit sahaja maka mungkin berlaku episod tidak habis pula dan sudah pasti menjadi spoiler juga.



3) Hujung tahun merupakan cuti panjang dan untuk seorang cikgu seperti aku memang berseronok di rumah dan menambahkan hormon-hormon malas yang sudah sedia ada. Paras hormon malas meningkat secara mengejut dan tanpa kawalan apabila cuaca mendung hujan turun renyai-renyai sepanjang hari. Sebenarnya point aku di sini adalah cuaca hujan lebat guruh berdentum turut menjadi spoiler untuk kenduri kahwin. Aku tidak suka menggunakan terma cuaca kurang baik sebab pada aku semuanya baik sahaja (mode: berhikmah).



Hujat lebat boleh menyebabkan tanah menjadi becak dan lecah. Tanah lembik dan gadis-gadis yang datang pakai high heels akan berjalan penuh debaran takut yang dipakai tenggelam terlekat pula dan menjadi mangsa ketawa secara berjemaah. Hahaha. Aku memang selalu tumpang gelak tambah pula aku pakai flats shoes maka tidak ada masalah kasut lemas dan terlekat pula. Hujan lebat mungkin menjadi spoiler untuk tuan rumah kerana secara tidak langsung akan berlaku pengurangan kedatangan tetamu dan mengakibatkan makanan dibazirkan di penghujung hari. Sebenarnya Bini Ustaz juga suka menggunakan alasan hujat lebat untuk tidak pergi kenduri kerana bahaya memandu dalam hujan lebat padahal dalam hati terselit juga malas walaupun sedikit. Maka petua yang diamalkan biasanya pengantin akan melempar baju ke atas bumbung rumah dan kononnya cuaca akan terang sepanjang hari. Tak tahulah kalau ada doa yang perlu diamalkan semasa melempar baju dan aku pula dalam mood malas tak mahu gunakan khidmat kekasih gelapku, Abang Google. Tapi kalau dah nak hujan tu hujan jugak. Kun fayakun.



4) Sudah menjadi trend di kalangan sebahagian tuan rumah suka menjemput orang besar dan kenamaan untuk memeriahkan kenduri kahwin yang bakal berlangsung. Sebenarnya perkara ini menjadi spoiler untuk pasangan pengantin kerana anda bukan lagi raja sehari dan tidak lagi menjadi centre of attraction. Perkara ini dapat aku lihat semasa kawan aku kahwin kerana bapanya merupakan wakil rakyat (ketika itu) dan menjemput menteri besar Kedah (ketika itu). Sekarang ni pakat dah jadi pembangkang belaka kerana tak cukup majoriti nak pegang negeri. Hahahaha. Okay. Berbalik kepada situasi ketika itu, kebanyakkan tetamu yang datang sibuk nak salam dengan MB berbanding pasangan pengantin. Deejay yang ada pun duk bagi ulasan pasal MB berbanding pasangan pengantin yang sedang makan-makan. Kalau aku yang jadi pengantin sudah pasti aku akan mencarut ringan di dalam hati. Maka aku rasa kalau nak jemput orang besar atau mana-mana MP, boleh sahaja asalkan merka jenis yang low profile. Tak perlu nak bersiap meja bagai dan tak kisah makan bersama rakyat yang sebelum ini dah pangkah untuk mereka.





Menjadikan sebuah majlis perkahwinan sempurna tanpa sebarang cacat cela adalah mustahil. Apa yang aku listkan di sini adalah hanya dari pandangan aku yang tidak maksum. Mungkin pada orang lain tidak menjadi spoiler. Sebenarnya ada lagi yang aku nak tulis tetapi memandangkan Bini Ustaz dah panggil aku untuk menjadi drivernya ke kenduri kahwin, maka ini sahaja yang aku dapat taipkan. Tapi nak kata aku malas pun aku tak kisah. Sebab memang ada juga mode malas kerana cuaca yang suram macam pukul 9.00 pagi padahal dah tengah hari, kalau boleh nak duduk atas katil sambil godeh-godeh internet *background lagu The Lazy Song*







Friday, September 2, 2011

Membaham di Rumah Terpelahang


Setiap kali hari raya, sudah menjadi tradisi keluarga aku akan mengadakan rumah terpelahang atau dalam bahasa omputehnya open house pada hari raya kedua. Kebiasaannya sanak-saudara dan rakan taulan akan muncul untuk membaham di rumah aku kerana seisi keluarga rumah Bini Ustaz semuanya handal memasak. Ini bukan cerita karut. Tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Selepas bermaaf-maafan, sesi membaham menanti kerana apabila ada open house perut diberi ruang istimewa kerana periuk digantung dan harus makan sepuas-puasnya. Hihihi

Tahun ini menu ditambah memandangkan selalu sahaja tidak cukup dan mereka yang datang di hujung-hujung tidak dapat menjamah hidangan lazat yang disediakan. Antara menu isimewa adalah nasi daging yang dihidangkan bersama air asam dan ayam masak merah, laksa Johor, baked macaroni cheese, trifle, puding roti, air roselle, dan kuih muih yang aku sendiri tak tahu nama mereka dan tak mahu ambil tahu pun kerana aku bukan peminat kuih raya.
Baked macaroni cheese. Credit to Tecer Widad.

Trifle. Credit to Khairul Bariyyah

Tetamu datang seawal jam 12.00 tengah hari. Aku belum mandi dan masih sibuk membakar macaroni. Sewaktu Bini Ustaz menghidangkan baked macaroni cheese, tidak sampai 10 minit telah habis dibaham para tetamu. Rahsianya haruslah diriku yang belum mandi ketika membakar macaroni tersebut. Hehehe.

Aku memang tak ramai kawan. Masing-masing mengexcusekan diri. Tapi tak apa, aku ini family type. Masa aku lebih banyak dihabiskan di rumah bersama Bini Ustaz dan anak-anaknya berbanding rakan-rakan. Kawan aku yang datang adalah Nurul Izani Zainol. Cantik gila dia sekarang!

Toothless smile vs kira-sendiri-gigi-aku smile

Pelajar-pelajar yang muncul adalah geng Baling sahaja. Yang lain-lain berjanji mahu datang tidak muncul tiba tanpa sebarang alasan yang munasarawak. Tsk tsk. Amar Yassir, you owed me.

Friends of Khairul Bariyyah
Cousins. Bini hang bunting kali kedua eh?
Family adik Bini Ustaz
With Athiyyah berlatar-belakang kuah laksa Johor Bini Ustaz.
: Lama gila tak jumpa hang!
Pak Ndak - adik ipar Bini Ustaz.
 Malu-malu padahal muda-muda dulu sakan bercinta tengok wayang segala.
Cousins. Kak Tun aku antara best chef in town.

Geng Baling. Jemput datang lagi tahun depan. Teacher up lagi duit raya tahun depan.
Saudara mara aku dari Penang tak datang tahun ini kerana abang Bini Ustaz yang aku panggil Pak Njang kurang sihat. Tahun depan sila datang dan meriahkan rumah Bini Ustaz kerana mereka semua pandai bergurau dan aku pasti harus menunaikan number one kerana ketawa tanpa henti kerana jenaka sambilan dari mereka.

Walaupun mengadakan rumah terpelahang, aku sempat bergedik-gedik di hadapan kamera. Pasangan aku tak lain tak bukan adik aku sendiri. Kami berdua memang pantang bertemu abang Haris abang ipar aku yang dulu pelajar aku ingat bapa saudara aku. Hahaha.
Kami gedik. Tapi bertempat.
Familyhood
Aku juga tak melepaskan peluang bergambar bersama keluarga. Seronok tahu bergambar bersama adik-beradik sendiri kerana mereka tidak akan ada kata mengata seperti gedik kerana masing-masing sudah mengenali. Kalau bersama rakan-rakan yang bajet lindungan kaabah sudah pasti anda akan dilabel gedik. Aku punya gambar, aku punya sukalah.

Pesta membaham tamat lewat petang. Aku tak ingat siapakah tetamu terakhir. Makanan masih berlebih tetapi tak perlu risau kerana anak-anak Bini Ustaz kebanyakkannya suka membaham.

Abang Haris and Kak Chaq
:Orang kata muka abang ipar aku macam Pak Ngah komposer tu. Ye ke?
Gambar-gambar yang ditangkap adalah ihsan abang ipar aku yang sangat baik hati. Bini dia, kakak aku baik hati juga. Dulu dia garang sekarang sudah boleh bergurau tanpa mengira waktu. Hehehe. Peace yaww!

Kepada semua tahun depan jemputlah meriahkan rumah terpelahang aku. Boleh kita membaham sambil bergurau senda bertepuk bertampar dan mengambil gambar tanpa dikenakan sebarang bayaran (aku harap begitu).  Pelajar-pelajar aku yang selalu mengaku rindu sila panjangkan langkah anda jika tidak aku tidak percaya dengan kata-kata rindu anda semua.

Selamat menyambut puasa enam!
Dapat duit raya jangan membazir

Perkara-perkara yang aku suka tentang raya


Hari Raya hari yang mulia. Tua muda miskin kaya, semua menyambutnya dengan gembira. Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat tiba. Ok. Seperti biasa aku tidak tahu bagaimana memulakan entri-entri aku maka dengan kejinya aku telah menjadikan lagu raya iklan apa ntah sebagai intro entri ini. Entri terdahulu aku menceritakan tentang perkara-perkara yang aku suka tentang puasa. Di entri ini aku ingin menceritakan perkara-perkara yang aku suka tentang raya.

1) Makanan yang lazat-lazat
Rakyat Malaysia dan makanan berkolestrol tinggi mempunyai hubungan yang sangat rapat umpama carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Mungkin tak berapa lama. Selalunya perihal diet dilupakan apabila tibanya hari raya. Segala ketupat lemang dan rendang dihentam tanpa berfikir panjang.



Lemang tahun ini sedap sehingga aku lupa tentang berat badan

Lihatlah dunia. Syurga makanan!

Kek raya. Ini semua punca kepada kaki kena potong

Ini juga contributing factor kepada pemotongan kaki

Konon bulan puasa jaga badan bagi yang  muda remaja. Yang tua pula takut penyakit tiga serangkai. Tidakkah seperti carik-carik bulu ayam, tapi dalam konteks ini tak lama. Kejap je terus bercantum.

2) Merapatkan ukhwah
Pemilihan perkataan bajet ustazah pilihan seperti biasa. Tetapi memang benar. Hari raya membolehkan aku berjumpa sanak saudara dan sahabat handai. Handai tu apa maksudnya? Aku memang selalu confuse. Kalau tengok karangan masa aku sekolah dahulu pasti ada garisan merah kerana aku tulis sahabat handal. Di mana kita tadi? Ya, merapatkan ukhwah. Semenjak kecil Encik Ustaz dan bininya akan membawa kami 9 adik-beradik ke rumah saudara-mara terutama yang telah tua. Encik Ustaz kata yang dah tua perlu dilawat kerana meraka sudah tidak punya tenaga mahu bergerak sana sini. Yang muda-muda boleh KIV dulu. Maka tradisi diteruskan dengan mendahulukan mereka dalam sesi lawatan sambil bergosip. Eh.

Cu Yam bersama Bini Ustaz.
Cu Yam sangat handal bercerita dan pasti membuat aku ketawa terkekeh-kekeh.
Ini pulak Cu Minah. Second best cook in town.
Long Jah. Zaman remajanya antara anak dara yang paling meletup di kampung aku
Sesi bersama warga berumur mencapai objektif merapatkan ukhwah. Tetapi kalau dengan mereka yang umurnya hanya lebih kurang aku sahaja sudah pasti menjadi sesi bergosip.

Gosip! Gosip!
Minah kepoh
Aku antara anak Bini Ustaz yang popular. Pergh, cakap nak gah aje. Ok, aku tukar. Aku antara anak Bini Ustaz yang paling dikenali kerana mulut aku yang ramah. Aku boleh bergaul dengan setiap lapisan umur kerana konon dulu aku mahu jadi D.O tapi aku malas nak cerita kenapa cita-cita aku itu tidak menjadi kenyataan.

3) Gantung periuk
Menggantung periuk ini mempunyai hubung-kait dengan perkara pertama iaitu makanan yang lazat. Hidangan yang lazat di rumah sanak-saudara dan jiran tetangga membuatkan Bini Ustaz membuat keputusan untuk menggantung periuk. Kebiasaannya periuk diletakkan di atas dapur. Maka apabila digantung bererti tidak ada aktiviti masak-memasak.
Membaham di rumah Cu Minah
Masing-masing muka tembok buat macam rumah sendiri
Hentam sahaja makanan di rumah orang. Bedal sahaja semua menu dan lupakan agenda memasak. Bagus juga kerana secara tidak langsung tak perlu membasuh pinggan dan periuk. Seronok bukan?

4) Duit raya
Umur 28 bukan halangan untuk mendapat duit raya. Tahun ini aku berjaya memperoleh duit raya kurang dari RM150. Walaupun tidak balik modal tapi harus bersyukur dengan apa yang ada. Lagipun Kak Mah dan Abang Jib dah bagi duit raya. Harap-harap hujung tahun nanti Kak Mah akan pujuk lagi Abang Jib untuk buat perkara yang sama.

5) Mencuci mata
Hari Raya juga aku berpeluang mencuci mata dengan melihat jejaka-jejaka memakai baju Melayu. Tahukah jejaka-jejaka hangat sekalian, anda kelihatan lebih kacak dengan berbaju Melayu. Melihat jejaka berbaju melayu terus melompat rasa nak ajak nikah tapi nanti nampak desperate maka pendamkan sahaja perasaan.
Walaupun masih kecil tetapi boleh di-booking buat menantu.
Dah besar nanti harus wajahnya kacak membunuh.
6) Bergambar tak ingat dunia
Ketibaan Abang Ipar aku sangat dinanti-nanti kerana beliau suka mengambil gambar dan aku pula memang suka berposing sakan. Setiap tahun ratusan keping gambar diambil dan aku mengambil peluang ini melihat tranformasi diri aku sama ada semakin gemuk atau sudah hilang keremajaan.
Masih kecil dan comel. Terima kasih.
Bagaimana dengan sambutan raya anda? Setiap tahun aku memang menantikan hari raya kerana banyak perkara menarik yang hanya ada ketika raya. Tahukah anda apabila anda menjadi ibu bapa dan anak sudah besar anda bakal menerima duit raya. Sekarang perasaan tak-sabar-nak-nikah muncul semula kerana mahu anak yang ramai dah besar nanti boleh mngepau mereka.

Oh ya, the best cook in town is none other than me, myself and I.

Sunday, August 28, 2011

Kalau Lapang Datang Rumah Terpelahang

Apa itu terpelahang?

Merujuk kepada Bini Pak Ngah yang masih cantik jelita terpelahang bermaksud terbuka luas. Orang utara biasanya memang tahu apa maksud terpelahang. Orang Pahang pun belum tentu faham maksud terpelahang walaupun bunyi perkataan tersebut hampir sama dengan nama negeri mereka. Untuk menjelaskan maksud terpelahang aku akan memberi beberapa contoh ayat. Ayat-ayat ini kebanyakkannya digunakan oleh Bini Pak Ngah;

Situasi 1
Bini Pak Ngah ada urusan di luar dan seperti biasa mengingatkan (membebel) pada anak-anak sebelum keluar
"Pintu tu jangan dok biaq terpelahang. Kalau nak pi mana-mana kunci pintu, tutup tingkap semua"

Situasi 2
Bini Pak Ngah baru pulang dari urusan di luar dan mendapati pintu terbuka luas tanpa ada sesiapa di tingkat bawah
"Yang dok biaq pintu terpelahang tu pasaipa? Nak bagi pencughi masuk ka?" (dan sila-sila sambung dengan ayat-ayat lain berdasarkan situasi anda ingkar pada perintah emak anda)

Maaf. Aku bukan mahu mengajar bahasa. Tapi sudah menjadi kebiasaan aku memberi penerangan sesuai dengan kerjaya pilihan aku.

Baiklah. Sebenarnya entri ini bertujuan mengundang rakan-rakan (yang betul-betul kawan dengan aku) dan pelajar-pelajar aku datang ke rumah arwah ayah aku (aku belum ada rumah) untuk menjamah hidangan yang sudah pasti membuat perut anda naik sedikit kecuali anda sudah mula berpuasa enam. Awas. Pelajar-pelajar yang selalu bersangka buruk dan banyak menganiaya pelajar-pelajar lain tidak digalakkan hadir kerana kelak mungkin hati anda bakal disakiti.

Sekiranya berkelapangan jemputlah datang ke rumah terpelahang pada hari raya kedua. Pakai seluar atau kain yang longgar di pinggang supaya mudah makanan menerjah masuk. Jangan pula terlalu longgar kerana aku tidak mahu sambutan rumah terpelahang bertukar menjadi parti buih dengan kehadiran stripper.

Selamat Hari Raya Eidulfitri. Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali aku sama ada secara live atau tertunda. Maaf juga kerana tidak ada duit raya tahun ini.

Oh ya. Rumah Terpelahang maksudnya Rumah Terbuka. Kalau lapang datang. Kalau sempit tak payah datang.

Lapang lawannya sempit kan?

Monday, August 1, 2011

Perkara-perkara yang aku suka tentang puasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana di hari yang penuh barakah ini dapat kita berkumpul dan menghirup udara segar (inhale). Ya. Udara di kampung aku masih segar kerana berhadapan dengan rumah aku ada sebuah gunung. Diulang, sebuah gunung. Bukan dua. Satu sahaja. Tetapi gunung ini menjadi mangsa manusia-manusia rakus kerana telah menjadi gondol. Bukan digondol kerana mahu bina rumah atau shopping complex macam Queensbay tetapi kerana sumber batu kapur. Wah, macam berilmiah sahaja entri kali ini. Ahh tak perlu aku cakap manusia rakus kerana aku rasa kalau aku punya lesen untuk menembak batu kapur sudah pasti berkoyan-koyan duit aku ada. Biasalah manusia, bila ada peluang depan mata mudah jadi haloba. Termasuklah aku. Hehehe

Ramadhan tiba lagi. Aku harap semua berjaya mengganti puasa sebelum tibanya Ramadhan. Aku tinggal puasa 6 hari sahaja dan telah berjaya memuasa enamkan puasa-puasa ganti tersebut. Tahun ini kebarangkalian untuk tidak tinggal puasa sangat tinggi. Awas. Aku tidak makan sebarang ubat ataupun kerana pregnant tetapi kerana kitaran kewanitaan aku yang sebegitu rupa *tak perlulah aku describe rupanya. Dah besar nanti mesti tahu. Kalau tak tahu juga tunggu la dah menikah nanti* makanya aku berpotensi untuk berehat dari mengganti puasa, insyaallahhh insyaallahhh. Walaupun bulan puasa perlu menahan lapar dan dahaga *dahaga kasih sayang tak perlu ditahan* ada beberapa perkara yang aku suka tentang puasa. Bahasa mudahnya aku antara manusia yang sukakan bulan puasa. Wahh macam bagus sahaja. Bajet nak masuk Ustazah Pilihan kah? Kahkahkah.


1) Menurunkan berat badan
Kerana perlu menahan lapar dan dahaga makanya berat menjadi lebih jinak dan manja untuk melakukan penurunan. Untuk pengetahuan semua berat aku 43kg. Mungkin ada cakap, ah gediklah minah ni nak kurus lagi. Tetapi harus juga untuk tahu tinggi aku cuma 149cm. When I was younger (maksudnya sekarang masih muda) berat aku cuma 38kg. Entah kenapa bekerja di Langkawi dahulu angin pantai yang panas dan masin membuatkan nafsu makan dan perut berereksi secara luar biasa dan berat badan menjadi liar naik sehingga 46kg. Oemjee. Namun terima kasih Herbalife yang telah membantu aku menjinakkan berat badan aku menjadi 41kg.
Seri ayu - kuih yang selalu menjadi pilihan
Di bulan puasa hanya waktu bersahur sahaja aku makan nasi. Kadang-kadang bihun sup dan kemudian nasi dan nasi. Aku kategori wajib bersahur dan makan makanan berat. Tanpa makanan berat maka aku menjadi tak bermaya rasa mahu curi-curi buka puasa tapi tersedar semua tu berdosa. Sesi berbuka puasa aku sangat mudah. Tak perlu air berais yang berwarna-warni. Tak perlu lauk-pauk seperti rakan syaiton. Aku hanya minum air teh o panas atau milo panas secawan. Makanan pula hanya tiga atau empat biji kuih. Bukan empat jenis. Empat biji sahaja. Kadang-kadang murtabak. Memang tidak ada nasi yang hanya membuatkan perut berat dan kemudian berpura-pura tak larat untuk berterawikh.

2) Murtabak Abang Man
Pasar Ramadhan dan bulan puasa bolehlah diibaratkan seperti isi dan kuku yang tiada sekam. Aku juga antara pengunjung tegar pasar Ramadhan. Tetapi pasar Ramadhan di tempat aku sahaja kerana ada murtabak Abang Man yang super duper delicious dan aku percaya Khairul Bariyyah pasti sedang meroyan dan meronta-ronta mahu pulang dan makan murtabak Abang Man. Hahaha  *sila kesali kerana tidak berada di rumah* Murtabak ini hanya dijual pada bulan puasa. Masa zaman aku sekolah rendah setiap hari dijual tetapi kemudian menjadi bermusim sahaja seperti Prosperity Burger McD. Aku tidak tahu bagaimana untuk menceritakan kelazatan murtabak ini. Saiznya yang kecil comel macam owner blog ini, kaya dengan kolestrol seperti daging dan minyak, memang tidak ada tandingan.

3) Bazar Ramadhan
Aku tak tahu pada orang lain pasar Ramadhan dan bazar Ramadhan mungkin tidak ada bezanya. Tetapi pada aku ada perbezaan selain dari ejaannya. Bazar Ramadhan menjual kelengkapan beraya seperti baju, sampin, tudung, dan songkok. Kasut dan sandal pun ada dijual tetapi kualiti dan nilainya mungkin tidak seperti Crocs yang melihat harganya sahaja terus mengucap panjang seperti anak Pak Imam terkantoi dengan ayahnya ketika menonton video .3gp. Di tempat aku lokasinya juga berbeza dan waktu perniagaan bazar ramadhan lebih panjang berbanding pasar ramadhan. Kepanjangannya tidak pula aku ukur kerana otak aku lembab sikit nak mengira.


Setiap kali Ramadhan aku akan memborong tudung seperti mahu berniaga. Aku tidak terpengaruh dengan gaya tudung Indonesia yang ada awning boleh kurangkan tempias ketika hujan atau melindungi sinar UV ketika cuaca panas terik. Tudung jenis shawl juga tidak mendapat tempat di hati kerana aku risau terbelit leher sendiri mati belum sempat nak bernikah. Tudung yang seperti nama ikan masih menjadi pilihan.

4) Program tv yang tidak merapu
Kedatangan Ramadhan juga memberi perubahan kepada stesen tv. Slot telenovela yang memaparkan pelakon wanita dieksploitasi lalu mendedahkan benjolan-benjolan yang aku tidak mahu ulas panjang-panjang diberhentikan untuk mengurangkan pengurangan pahala puasa. Hehehe. Cerita-cerita hantu yang buat aku tak takut tetapi lebih kepada memaki hamun kerana hantunya langsung tidak menakutkan dan rupa pula buruk sehingga menyesal tengok cerita bodoh begini, juga tidak ada dan digantikan cerita-cerita yang memberi pengajaran tetapi hanya insaf sekejap sahaja kemudian aku pun dah lupa. Hahaha. Keji betul perangai. Setiap petang pasti ada rancangan memasak. Mulut aku pasti akan berbunyi 'sedapnyaaa. Kita cuba buat mak' tetapi hampeh. Semuanya bersifat sementara. Begitu juga dengan resepi kuih raya. Sekadar menghabiskan kertas dan dakwat pen atau menumpulkan pensel.

5) Mengurangkan dosa mengumpat
Terus terang sahaja setiap hari pasti ada perkara yang diumpat. Ada umpatan yang dibenarkan ada juga seperti makan daging saudara sendiri -___- Apabila tidak dapat makan dan minum maka tidak boleh rejuvenate tubuh badan dan restore tenaga untuk bercakap. Penggunaan tenaga untuk bercakap haruslah diminimakan secara optimum kerana kelak akan meletihkan diri sendiri. Maka sesi umpatan dan kejian ditangguhkan ke waktu lain yang lebih bersesuaian. Hehehe.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang aku suka tentang Ramadhan. Selain dari emak yang tiba-tiba menjadi rajin membuat pelbagai jenis kuih *Khairul Bariyyah, sila teruskan kecemburuan* aku juga menjadi lebih rajin ke dapur. Kebiasaannya aku memang dah rajin tetapi di bulan puasa tahap kerajinan meningkat sehingga menjadi pilihan untuk dibuat menantu. Hehehe. Ayuh kita tingkatkan prestasi bulan Ramadhan.Aku harap tidak ada yang aku kenali akan menjadi penumpang van mayat pada bulan puasa kali ini. Percaya atau tidak orang yang tinggalkan puasa sebenarnya tak takut Tuhan tetapi lebih takutkan manusia kerana sekiranya perbuatannya dilihat sudah pasti cerita tersebut akan dijaja. Tapi kalau Tuhan nampak tak apa. Tuhan tak bagitau kat orang lain (tazkirah selingan)

Tuesday, July 26, 2011

Happy Birthday Khairul Bariyyah

Hari ini merupakan birthday Khairul Bariyyah iaitu adik aku yang paling bongsu. Sudah berusia 21 tahun makanya sudah boleh bernikah kalau ada calon dan ada penyakit gedik yang luar dari biasa. Hehehe. Harap-harap dapat yang punya agama dan harta kerana haruslah diberi barang kemas serba melintang dan menegak kiranya mahu melangkah bendul yang bukan sebarang bendul. Dua bendul yang cantik jelita dan rupawan tak kurang menjadi sebutan.

Jadi hari ini aku sangat berbesar hati untuk menceritakan perihal adik aku yang paling bongsu dan selalu dambakan perhatian dari aku dan kakak-kakak serta abang-abangnya yang lain. Ok, mungkin bukan semua abang (kan?).

Khairul Bariyyah atau sedikit manja dengan panggilan Adik adalah makhluk dalam rumah aku yang kaya dengan nama panggilan. Kawan-kawan dan musuh-musuh di sekolahnya memanggilnya K-Own. Sebenarnya aku kurang pasti ejaan yang betul untuk nama yang ejaannya tidak ada unsur-unsur K-Pop. Nama adik aku datang dulu baru K-Pop ada kat Malaysia. Masa kecil-kecil emak saudara sebelah ayah (Cu Yam) aku panggil Khairul Bariyyah dengan nama Awon. Dah macam jenama Avon tapi aku tak sampai hati nak gelakkan dia. Dia memang manja tahap gaban dengan Cu Yam kerana sewaktu umur belum mumayyiz dia ditinggalkan emak dan ayah aku yang pergi menyahut seruan Kaabah.

Selain dari K-Own dan Awon, ada juga yang memanggil Khairul. Tetapi hanya aku dan ayah sahaja yang memanggilnya Khairul Bariyyah. Ya. Aku memanggil nama penuh. Cukup dengan harakat dan tajdid sekiranya perlu. Sekali dua ada juga aku membahasakannya sebagai Adik. Ada di antara rakan-rakannya menganggap aku aneh kerana memanggil dengan yang panjang lebar lebih dari dua suku kata.

Adik aku ini seorang yang maha sensitif. Aku ulang, maha sensitif. Hehehe. Mudah tersentap kalau tak kena gaya. Mudah sahaja kalau mahu tahu dia merajuk atau disampuk kesensitifan. Kebiasaannya mulut akan dimuncungkan seperti boleh diikat dan dibuat penyangkut. Matanya juga kerap menjeling dan cara berjalan lebih baju dari biasa. Situasi-situasi ini berlaku sekiranya punca merajuk datang dari kalangan ahli keluarga.

Tapi kalau merajuk dengan boyfee lain pula. Tak perlulah aku ceritakan di sini kerana tidak elok membuka kisah rumah tangga orang. Hehehe.

Sewaktu usianya separa mumayyiz. aku dan Kakchik sering mengusik atau berkerjasama membuli dan memainkan hati dan perasaannya. Kami berdua memang sepakat membawa berkat dan mengatakan Khairul Bariyyah sebagai anak buluh betung. Sebenarnya kami berdua kurang pasti (tak tahu langsung hakikatnya) apa itu anak buluh betung. Yang penting niat dan objektif untuk mengusik tercapai. Selalu juga dia menangis dan pernah mengugut untuk lari dari rumah. Hihihi.

Aku harap dengan tumbesaran dan peningkatan umur makanya rajuk dan sensitif berkurangan. Selamat hari lahir Khairul Bariyyah. Semoga dimurahkan rezeki and may success follow your way. Tak sabar tunggu Adik balik kerana mahu bergosip!!!!

Friday, July 15, 2011

Parti Buih Bersama Jejaka-jejaka Hangat

Di saat aku mahu meninggalkan sekolah aku mendapat undangan ke parti buih bersama jejaka-jejaka hangat. Hangat yang bagaimanakah? Harap-harap bukan hangat kerana api neraka. Kalau hangat-hangat tahi ayam pun aku lebih rela dari hangat api neraka. Maka pada hari Jumaat bersamaan 8 Julai aku melapangkan masa untuk turut serta. Pukul 3.00 petang aku dah terpacak tapi tak ada apa pun. Bayang-bayang aku sahaja yang ada. Cuaca yang panas dan hangat buat aku berfikir lebih dari sekali. Adakah aku tersalah dengar. Cuaca hangat aku terdengar jejaka hangat. Tindakan pantas Gman yang tak cukup kasih sayang menghubungi aku sangat tepat kerana aku baru sahaja bercadang nak start engine balik rumah sambung tengok Masterchef Australia.
Making an entrance konon macam artis jemputan

Penat saja aku datang awal. Pukul 3.30 baru mereka datang. Masing-masing buat muka tak bersalah datang lewat. Bila dah kumpul ramai-ramai begini baru aku perasan I was the only girl. One and only. Apa sebenarnya watak aku dalam parti yang mungkin akan bertukar menjadi liar.

Lelaki: Sebenarnya cik dijemput sebagai striper girl
Aku : Owhhhhh! Mana boleh! Tercemarlah imej saya nanti!
Awek-awek sekolah sila buat pilihan. Sekiranya berminat boleh inbox aku.
Harga bisa dirunding
Ramai betul jejaka-jejaka hangat yang boleh menggoncang iman yang senipis kulit bawang ini. Walaupun temanya parti buih ia tetap dimulakan dengan doa tolak bala. Maklumlah kami semua bimbang kelak diserbu oleh BADAR atau Majlis Syura.

Gambar pertama berwajah sedih kerana tak sanggup nak potong kek berbentuk hati

Siap ada acara potong kek. Kek berbentuk hati yang tak sanggup aku nak potong kerana ibarat memisahkan pasangan bercinta tapi dalam terpaksa aku buat juga.

Sempat pose gedik sewaktu memberi ucapan

Acap Fakhri yang jadi emcee guna ayat perhimpunan menjadi mangsa gelak jejaka-jejaka hangat dan gadis hangat eh. Aku juga dijemput untuk memberi ucapan sebelum bermulanya kami semua lupa diri tenggelam dalam dosa. Bukan dosa berat sehingga perlu disebat atau direjam. Jangan fikir yang bukan-bukan. Tak elokkkkk.

Setelah bacaan doa yang aku rasa ada kesalahan tajwid tak cukup harakat dan dengung acara yang ditunggu-tunggu pun bermula. Ya. Acara makan-makan. Mulut dijamu makanan yang lazat-lazat dan mata dihidang dengan aksi striper yang boleh tahan juga.

Air musta'mal yang dihidangkan. Tak sah untuk berwudhuk
Walaupun berparti buih perut masing-masing tetap perut melayu. Makan nasi dan lauk yang lazat.



Gambar beraksi sebagai striper tidak dapat ditayangkan kepada umum kerana bimbang akan menerima kejian dan tohmahan dari pelbagai pihak terutamanya yang dengki dengan aku. Hehehe

Muka puas hati setelah menerima bayaran bagi aksi yang dilakukan


Makan sudah, beraksi pun sudah. Ayuh jejaka-jejaka hangat sekalian, kita bergambar sebagai tanda kita pernah bersama. Hepppp jangan fikir yang bukan-bukan. Jangan menguning atau membirukan kepala hotak anda. 

Aku dan Ghazwan seperti kanak-kanak autistic yang mengharapkan pertolongan.  Hahaha

Kami semua jejaka-jejaka hangat terhangat di pasaran

~Old skul~




Aku suka parti buih bersama jejaka-jejaka hangat kerana semua perangai tak centre dan boleh mengeji sesama sendiri tanpa ada luka atau parut di hati. Tak perlu nak minta maaf kerana kelak pasti akan buat lagi. Parti buih tamat sebelum jam 5.00 petang dan diakhiri dengan solat jemaah di surau As-Shafie eh! 

Nota bulu kaki : Jejaka-jejaka hangat UNITE sekalian, terima kasih buat parti untuk teacher. Looking forward untuk buat parti separa liar luar dari sekolah. I lap u olls!!!!!!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...