Showing posts with label Familyhood. Show all posts
Showing posts with label Familyhood. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Kompilasi 2013


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yang Dihormati, saudari laptop yang sentiasa menanti ditekan-tekan papan kekuncinya, Yang Berusaha, jari-jemari yang Alhamdulillah cukup sepuluh dan masih boleh membuat amal ibadat dan berkhidmat dengan Pencipta dan diriku, seterusnya pembaca-pembaca blog yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah (some more) bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu lagi walaupun tak berapa hari lagi nak masuk tahun baru. Sumpah keji kerana mengabaikan blog. Kalaulah blog aku ini manusia yang punya nyawa sudah pasti dituntutnya fasakh kerana mengabaikan beliau. Sebab terlalu lama tak menaip entri, nak buat intro pun tak berapa nak lancar. Sekejap taip, kemudian backspace lepas tu rasa nak delete semua. Niatnya nak hilangkan stress (buat-buat ja konon stress) rasa macam tambah stress lagi. Tapi demi untuk tidak memelsukan janji, maka ku gagahkan jugak menaip entri yang tak berapa berguna ini.

1. Kenapa tak update blog?
Wajiblah aku salahkan PBS yang sistemnya telah membuatkan aku mempunyai tali pinggang hitam dalam arena pencarutan. Sakit hati betoi! Gila apa nak key-in lima orang budak sejam pun tak boleh buat. Loading loading loading sampai aku masak nasi dah makan dah sakit perut pun tak habis lagi. Idea siapa yang yang buat PBS ni. Ni yang nak buat aku mencarut ni. Haaaa awal-awal entri dah emo. Kahkahkah. Biasa la. Tak emo tak pompuan. Aku pompuan sejati. Wajib la emo. Tak gitu (pengaruh baca Blog Nara. Kahkahkah). Lain entri aku carutkan PBS ni. Entri ni tak boleh. Kenapa tak boleh? Aku punya blog, aku punya suka la. Hahaha. Emo lagiiii. Gilaaaaa



2. Pandai menguli
Tahun 2013 aku belajar bikin roti, pizza, donat dan segala mak nenek yang melibatkan aktiviti menguli. Asalnya aku ni haram tak pandai bab-bab roti kek ni. Tapi sebab aku suka makan roti dan kampung pula berdepan dengan Kampung Benggali, haruslah aku setaraf dengan mereka. Selalu orang Benggali memang pandai bab-bab uli roti ni. Sampai ada satu roti khas nama Benggali. Kita ambil sikit tempias nama kampung dan satukan dengan teknik-teknik yang dipelajari maka tetiba terus jadi pandai.





Hahaha. Nipu sangat tetiba sekali belajar terus pandai buat roti. Aku bukan taraf wali. Genius pun jauh sekali. Episod-episod roti tak jadi panjang sangat kalau nak cerita. Aku tak rajin nak menaip. Lepas tu banyak pulak kejadian-kejadian yang membawa malu sepanjang hayat. Maka, dipendekkan cerita, tak usah cerita. Hehehe.



3. Lompat kijang
Tahun ini juga, adik lelaki aku berkahwin. Umurnya 27 dan jodohnya sampai dulu dari aku walaupun masa zaman sekolah bermati-matian sebut tak mahu kahwin. Aku yang dari kecik tergedik nak kahwin tak pulak sampai lagi jodoh. Kehkehkeh. Tapi dia bukan langkah aku seorang. Dia langkah aku, kakak aku dan abang aku. Nah kau tiga sekali! Sebab itu namanya lompat kijang, bukan lagi langkah bendul.


Sebagai kakak yang tak berapa mithali tetapi tak mahu dikeji, maka kita hulurkan tangan ringankan beban. Aku pun tak ingat apa yang aku tolong. Tapi sebagai seorang yang pernah jatuh tangga dan akibatnya sakit belakang, aku buat yang ringan-ringan sahaja. Hihihi. Jodoh adik aku dengan orang Johor. Confirm Jawa berdasarkan nama ayah mentuanya. Hihihi. Jauh aku bertandang ke Johor. Kendurinya meriah. Siap berzapin bagai sampai ikut hati aku pun nak lompat naik atas tikar berzapin sekali. Over sangatttt. Makan pun sedap, layanan tiptop.

Selepas kenduri di Johor, acara diteruskan dengan berjimba di A'Famosa. Kakak ku yang baik hati sewakan banglo yang ada swimming pool. Sakan berendam sampai kecut jari kaki tangan segala. Aku pun dah ingat-ingat-lupa kejadian di A'Famosa. Yang aku ingat, mandi-manda dalam pool, ada BBQ, mandi-manda dalam pool, dan mandi-manda lagi dan lagi dan lagi. Memang tujuannya nak berendam dan mandi-manda kekdahnya. Gambar ada tapi tak boleh nak letak sebab semua pun pakai bikini. Kehkehkeh.

...sibuk sangat sampai tak ada gambar aku dengan pengantin. Tapi sempat camwhore bila perlu.


Sabtu yang lalu kenduri menyambut pula. Pun sibuk jugak dan aku rasa aku lebih kepada buat-buat sibuk. Hihihi. Hari kejadian aku memang sibuk sebab duduk (berdiri padahal) bersama Bini Ustaz menyambut tetamu yang hadir. Boleh jadi sebab aku tinggal bersama Bini Ustaz makanya kebarangkalian aku kenal para tetamu adalah tinggi dan aku pulak cantik, jadinya sesuai untuk menyambut tetamu. Hahaha. Akhirnya jumpa point nak perasankan diri.




4. Aktiviti menguruskan badan
Sejajar dengan peningkatan usia, maka kadar metabolisme dalam badan mula buat perangai yang boleh dicaruti. Aku dengan jayanya telah menjadi pengamal Zumba. Setiap Rabu petang dan sekali-sekala Jumaat pagi aku berzumba di MRSM. Ketahuilah bahawa aku adalah instructornya. Aku memang suka gedik-gedik atas stage jadi centre of attraction. Kehkehkeh. Tapi yang ikutnya perempuan sahaja. Sungguhlah tidak aku tegamak tergedik-gedik di hadapan lelaki. Gedik atas iman gitewww. Hahahahampeh. Bila kesibukkan melanda, aktiviti Zumba digantikan dengan berjogging. Sakan berjogging sampai ramai yang tegur aku dah kurus. Bahagia :')

Tapi bahagia tak lama. Berat naik semula. Mujur tak ada yang tegur. Siapa yang menegur wajib aku melahar secara live. Kalau yang tegur tu kurus menawan aku redha. Ini kalau badan macam pokok yang majlis daerah tanam atas divider kategori rendang tak berbuah simpan ketat-ketat hasrat nak menegur tu. Berat-berat badan aku pun, cuma 43kg. Bukan gemuk punnnn





5. Pro-ELT
Umum mengetahui guru Bahasa Inggeris dikehendaki menghadiri kursus Pro-ELT. Kelas aku setiap Selasa. Ni pun belum habis lagi. Ada lagi lima hari nak attend. Walaupun mula-mula benci dan meluat, lama-lama jatuh sayang sebab dapat kawan-kawan yang membahagiakan. Nalani, Evelyn, Shuping and Shima. Semua perangai gila and definitely I'm going to miss them after this. Tengok senarai kawan-kawan aku. Satu Malaysia sangat sebab cina hindu semua ada. Tetapi masuk part nak buat assignment tu yang buat aku lemah semangat terus meroyan. Banyak gila assignment!!! Nak bercinta pun kadang tak sempat. Inipun sambil buat assignment sambil taip entri. Semuanya demi kesejahteraan ummat. Tetiba?



6.  Marking and maki-ing
Tahun ini aku mengajar kelas tingkatan 5. Serupa nak gila marking essay sebab banyak sangat. Essay yang mengajar time sekolah, essay kelas tambahan, essay budak rajin, essay budak kena denda. Kadang-kadang marking lima minit, maki-ing tujuh minit sebab geram asyik ulang kesalahan yang sama. Marah! Marah! Hari-hari berdoa terjadinya keajaiban budak-budak jadi pandai maka tak banyak salah grammar.






Gigih buat kelas tambahan, perjumpaan ringkas sehingga jam 5.00 petang selepas tamat paper Bahasa Melayu. Hari peperiksaan dimaklumkan naik formal letter - letter of complaint. Padan muka aku. Rasanya sepanjang tahun 2013 dua kali sahaja aku buat letter of complaint. Lain-lain buat speech dan report. Tapi aku tetap redha dan bertawakkal (padahal rasa nak bunuh diri takut budak tak dapat jawab).





7. Supplement, jerawat dan skin care
Menginjak umur 30 secara tiba-tiba ada kesedaran takut sakit itu sakit ini, sudahlah duit tak banyak suami pun tak ada -__- Terus datang semangat nak berdisiplin makan supplement segala. News feed Facebook jangan cerita. Hari-hari ada orang share pasal Shaklee sampai aku sendiri serabut milo. Sebab dare to be different aku memilih Amway. Dari calcium, garlic vitamin yang segala huruf semua aku makan. Nasib tak baik muka naik jerawat. Setelah dilakukan siasatan dan ujikaji, aku tak boleh makan vitamin E sebab ada lecithin. Tak sekufu gamaknya maka aku bercerai talak tiga. Terus tambah stress yang ada sebab muka naik jerawat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Merata ada. Benciiiii.

Ketika jerawat memenuhi wajah, aku sedang menggunakan Tabita. Kulit dan cun tetiba naik jerawat. Sayangnya jodoh dengan Tabita tak panjang kerana Tabita juga tidak berupaya menghilangkan jerawat yang ada. Maka bercerai lagi aku. Pun talak tiga. Aku bernikah dengan Proactiv Solutions. Walaupun ada perubahan tetapi jerawat hilang tak istiqamah. Kulit pun tetiba jadi hitam padahal aku putih berseri hockayyy.


Used to have kuit cerah berseri. Sekarang bertukar malap.
The curious case of Michael Jackson in reverse order



Aku berpisah dengan facial foam dan toner nya. Dalam kesibukkan buat itu ini aku Google segala skin care yang ada di Malaysia. Dalam banyak-banyak aku tertarik nak guna SimplySiti. Makanya aku membeli secara online sebab murah dari beli di Watson. Lagipun inilah masanya kita nak menolong orang Islam berniaga. Ecewahhhh kemainnnn.



Tak sampai sebulan pakai kulit menunjukkan perubahan-perubahan yang boleh dibanggakan. Feeling kulit cantik tapi tak boleh takbur takut jerawat kembali menghantui. Selain dari istiqamah dengan SimplySiti, aku meneruskan makan Vitamin C, A dan calcium magnesium dari Amway, Vivix from Shaklee dan spirulina from Elken. Semua produk aku telan demi mengekalkan keremajaan yang hampir purba. Tsk. Tak lupa juga aku berdoa mintak dari Allah. Jangan tahu berusaha tapi tak berdoa. Sombong namanya tu.



8. Welcoming little Hadif
Tahun ini juga kakak ku dengan jayanya telah memberanakkan seorang kanak-kanak lelaki yang sumpah comel. Tapi part yang lucunya bila mencebik muka jadi petak. Hihihi. Sikit hari lagi nak cukup empat bulan. Kerana aku sangat takut dengan benda yang kecil dan lembik, maka aku tak pernah mendukung Hadif ketika beliau sangat bayi. Sekadar sentuh hujung jari dan senyum-senyum.



Kebolehan menjelir lidah. Ini rare. Tahniah Hadif!

Bila dia dah tak berapa bayi, baru aku berani pegang. Sungguh tak mak-mak diriku. Kesukaan Hadif baring di atas badan. Badan aku tak sampai dua jengkal. Hadif jauh lebih panjang makanya aku bukan slumber land untuk beliau. Baring tak sampat dua minit dah bunyi -___-





Sebenarnya banyak lagi benda aku nak cerita tapi aku dah tak ada mood nak menaip. Tambah pulak assignment banyak gila tak siap. Sebagai penutup, terimalah gambar menu tengah hari aku hari ini. Sedap nak arwah. Sila cemburu.



Penutup yang langsung tak ada kena mengena dengan entri





Monday, December 24, 2012

Jawapan -jawapan Bini Ustaz yang tak tercapai dek akal




Umum mengetahui Bini Ustaz kerap difeaturekan di dalam entri-entri blog ini sama ada entri berilmiah atau pun entri merapu-rapu. Mujur Bini Ustaz bukan jenis mata duitan maka mahu minta royalti segala. Mujur juga beliau tidak buat demo duduk dan bantah. Oh ya, demo-demo ni memang budaya kami. Hihi



Umum juga mengetahui Bini Ustaz ini merujuk kepada emak aku. Emak aku masih cun walaupun umur sudah 63. Tak perlu collagen segala tapi sumpahlah semua kata Bini Ustaz masih cantik. Nampak muda. Maka ke mana lagi tumpahnya cantiknya itu kalau bukan untuk aku. Huahuahua. Mohon jangan maki. Seperti mana yang anda pernah baca aku dapat Anugerah Guru Paling Cantik *confirm tahun depan dah tak dapat*, Bini Ustaz juga pernah dapat award yang sama dari persatuan NGO yang disertainya. Bukan ketika umur remaja. Tetapi ketika umur 60-an begini. Makanya silalah jangan nafikan atau ragu-ragu tentang kecantikkan Bini Ustaz. Cantik tak cantik emaknya, lihat saja pada anaknya. Kahkahkah. Mati kena hempap gunung Baling sebab perasan.



Umum juga sedar semenjak pertengahan 2011 aku pulang menetap di kampung halaman. Bukan kerana mengikut suami tetapi sudah berjauh hati dengan tempat yang lama. Makanya aku memilih untuk tinggal bersama Bini Ustaz dan adik lelakiku yang tidak pernah aku featurekan tentang dirinya di dalam blog ini. Tinggal bersama Bini Ustaz ini bererti setiap hari aku dapat berbual dengannya dan sekali sekala keluar berjimba di Pulau Pinang. Berjimba secara makcik-makciklah. Tidak ada aktiviti menonton wayang. Cukup sekadar mengukur shopping complex dan makan secara marathon. Hehehe.



Ok, cukuplah tiga kali aku gunakan perkataan umum. Nampak sangat tangan aku ni dah tak sabar nak pangkah untuk pilihanraya umum yang akan datang. Itu yang menyebabkan penggunaannya secara kerap.



Bini Ustaz seorang yang pandai berlucu dan kadang-kala jawapannya sungguh tak tercapai dek akal. Aku tidak sedar semenjak bila beliau memperolehi kebolehan untuk memberi jawapan begini. Mari kita lihat fiil Bini Ustaz yakni emakku sendiri.



1) Hujan turun
Aku duduk di tingkat atas dan ketika hari bekerja, hanya sekali-sekala aku di tingkat bawah. Aku turun hanya untuk makan, tengok tv dan kadang-kala membuat rondaan ketika Bini Ustaz sedang tidur. Hendak memastikan beliau sihat dan 'ada'. Aktiviti seharian selepas pulang bekerja kebanyakkannya dilakukan di dalam bilik. Selain mandi, membasuh baju, menyidai kain, aku hanya meng-onlinekan diri dan kemudian tidur. Menyebut tentang aktiviti menyidai kain, Bini Ustaz dan adik lelakiku melakukan aktiviti tersebut di luar rumah.

Alkisah suatu hari hujan kucing-kucing dan anjing-anjing. Sungguh lebat sehingga menyebabkan aku terjaga dari tidur. Sebelum aku naik untuk tidur, Bini Ustaz juga sedang tidur dan aku terperasan kain baju penuh di ampai. Makanya kerana bimbangkan kain baju mungkin basah lencun kelak perlu basuh sekali lagi, pantas aku bingkas bangun dari katil... pergh, bingkas siut. Serupa novel Anis Ayuni dah. Kehkehkeh. Ok mari sambung.

Terus aku berlari-lari anak sambil turun tangga menjerit pada Bini Ustaz.


"Mak, hujan turun mak!!!"


Menjerit as memberitahu, Bukan menjerit marahkan Bini Ustaz. Tidakkkk. Lagi tiga anak tangga nak sampai bawah, aku lompat turun langkau ketiga-tiga anak tangga. Cewahhh. Bajet macam filem aksi. Sila jangan ungkit peristiwa aku jatuh tangga. Tidak ada kena mengena. Sekali lagi aku jerit,


"Makkkkk, hujan turunnn!!!"


Terus nampak kelibat Bini Ustaz keluar dari bilik tidur sambil gosok-gosok kepala. Terkejut barangkali aku terjerit-jerit memanggil beliau.


"Pasaipa? Ada apadia duk panggil, mak, mak..?"


"Dak...hujan turun...," indirectly aku harap mesejnya sampai. Aku nak bagitahu hujan turun dan kain di ampai sudah berangkat atau belum.


"Awatnya hujan turun? Biasa la hujan turun. Kot hujan naik baru la pelik."


Ok, mak. You win!





2) Naik atas
Rumah peninggalan arwah Ustaz ini adalah rumah kampung dua tingkat yang boleh tahan besarnya. Besar bukan kerana kaya. Tapi besar kerana anak-anaknya sembilan orang. Makanya kalau rumah yang kecil sudah pasti tidak selesa untuk kami adik-beradik tinggal secara rukun. Namun demikian, hari ini, rumah besar begini hanya didiami oleh tiga orang yakni Bini Ustaz, aku dan juga adik aku. Hanya kami bertiga sahaja. Bilik aku di tingkat atas dan Bini Ustaz dan adik lelaki di tingkat bawah.


Setiap malam, aku biasanya akan duduk di ruang menonton tv bersama Bini Ustaz dan menonton cerita-cerita pilihan Bini Ustaz. Ya, aku hanya mengikut saja. Apa yang Bini Ustaz tengok, aku bantai saja walaupun sekejap-sekejap akan dengar komen tak puas hati mengondem cerita pilihan beliau. Hahaha.


Seandainya aku tak dapat bertahan menonton cerita yang ntahapapa, aku biasanya akan meninggalkan ruang menonton tv dan naik ke bilik.


"Tak best pun cerita mak tengok ni...." sambil bangun dan buat muka tak best.

Bini Ustaz tak beri sebarang response.

"Tak pa lah mak...orang nak naik ataih (atas) lahhh."

"Nak naik sebut naik sudah la. Nak kata naik ataih buat apa? Memang naik tu naik pi ke ataih. Takdak naik ke bawah aihh."

Tudia sekali dia bagiiii.

Tsk





3) Tak masin
Sudah menjadi trend di rumah kenduri menghidangkan pelbagai jenis menu lain selain dari nasi. Dari teh tarik ke pelbagai bubur dan manisan termasuk laksa dan roti canai. Terjadi di satu majlis kenduri yang cukup gah dengan enam ribu jemputan ada dihidangkan laksa sebagai menu mencuci mulut. Makanya seorang makcik yang berkongsi meja dengan aku dan Bini Ustaz ingin turut sama makan laksa tersebut.


Umur makcik tersebut lebih kurang Bini Ustaz jugak. Dan di umur yang melebihi 60 pelbagai penyakit dari yang bersifat tinggi rendah dan manis datang bermastautin. Makcik ini sibuk bertanya perihal laksa bimbang sifatnya yang masin menyebabkan darah naik mencanak. Almaklumlah dalam badan dah ada kilang hihihi.

'Tak mau masin ambik laksa ngan ulam saja la. Kuah toksah ambik'


Ya, itu cadangan Bini Ustaz. 
Bernas tak? 
Bernas tak? 
Bernas gilaaaa.




4) Kurus
Aku memang ada tabiat suka tanya soalan yang ntahapapa dan kadang-kadang aku suka ulang tanya soalan yang sama. Zaman ada boyfriend hari-hari dia kena hadam soalan "Sayang dak?" dah aku pun sedar perbuatan aku memang annoying. Hihihi. Apabila di rumah, setiap kali aku masak aku secara gigih akan tanya sama ada menu yang dimasak sedap atau tidak. Begitu juga setiap kali aku balik dari berjogging. Nampak sahaja Bini Ustaz depan mata, terus tanya "Mak, orang kuruih (kurus) dak gi?"


"Kuruih dahhhh........






































*tersengih gumbira*








































...kat gigi.."






















Terima kasihlah mak. Jawapan mak sungguh menaikkan motivasi untuk terus lagi berjogging. Hari lain aku tanya, dia boleh jawab kurus kat kuku. Warghhh!! Terus takmau tanya dah. Takmau dah. 




















Friday, February 10, 2012

In memory of my loved ones

Death is nothing at all
He has only slipped away into the next room
He is he and I am I
Whatever we were to each other
that we still are

:In memory of my ayah (04.09.1935 - 10.02.2002)
Everyone misses and loves you but not as much as I do
Sayang ayah selalu
:')








Tuesday, October 25, 2011

Salah konsep


Introducing: Najihah 



Aku sedang menjinjing kasut sukan aku dan mahu simpan dalam rak kasut yang aku letak di tingkat atas. Anak buah aku yang berumur empat tahun mengekor dari belakang.






'Bila makteh pakai kasut ni?'

'Pagi tadi masa Najihah duk tidoqqq' (cakap lanjut-lanjut sikit)

'Makteh pakai pi sekolah ka?'

'Ha laaaa'

'Makteh pi sekolah jadi cikgu ka?'

'Haa, makteh jadi cikguuuuu'

'Hmmm abang Eirfan hari-hari dia pi sekolah tapi dia tak jadi cikgu pun'

Hahahahahahahahahaha

















Ni tobat kalau nampak makcik kantin pun dia bantai panggil cikgu jugak



Thursday, September 22, 2011

Cerita Tentang Buah

Ini buah bukan sebarang buah. Ini cerita tentang anak buah. Bukan cerita dua biji buah kawen lepas tu dapat anak maka dipanggil anak buah. Kalau bahasa orang selalu pakai anak saudara. Orang di utara panggil anak menakan.  Bahasa Inggeris panggil niece atau nephew berdasarkan jantina anak buah tersebut.

Kakak dan kaklong

Ini antara anak buah aku. Yang kakak dipanggil kaklong, yang adik dibahasa kakak. Bukan dibahasa-bahasakan. Tapi dia membahasakan dirinya sebagai kakak. Budak-budak sekarang pandai bercakapnya tak macam zaman kita dulu. Bukan aku nak kata kita dulu tak pandai bercakap. Tapi kita semua naive. Hehehe.



Situasi 1
Berlaku di shopping complex antara kaklong dan umminya *ummi dia kakak ipar aku. Maksudnya umminya telah berkahwin dengan abang aku. Bukan aku yang telah berkahwin dengan adik ummi itu* (saja nak jelaskan supaya entri bertambah panjang dan tak mahu anda semua salah faham nanti kata aku kawen tak jemput pulakkk)

'Ummi, kaklong nak handbag macam ummi tu boleh tak?'

'Mana boleh. Kaklong kecik lagi. Dah besar nanti baru boleh ada handbag gitu'

Situasi 2
Berlaku di rumah antara kaklong, kakak dan umi.

Si kakak menjerit 'Ummi!!! Tengok kaklong ni. Dia nak amek barang kite'

'Ish kaklong. Bape kali ummi nak pesan. Awak dah besar. Awak mengalah la dengan adik awak'

'Ummi ni. Kaklong tak faham. Kejap hari tu kata kaklong kecik lagi. Hari ni kata kaklong besar pulak. Pening kepala kaklong'

-_______________-






Nasib baik bukan aku ummi mereka.




Friday, September 2, 2011

Membaham di Rumah Terpelahang


Setiap kali hari raya, sudah menjadi tradisi keluarga aku akan mengadakan rumah terpelahang atau dalam bahasa omputehnya open house pada hari raya kedua. Kebiasaannya sanak-saudara dan rakan taulan akan muncul untuk membaham di rumah aku kerana seisi keluarga rumah Bini Ustaz semuanya handal memasak. Ini bukan cerita karut. Tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Selepas bermaaf-maafan, sesi membaham menanti kerana apabila ada open house perut diberi ruang istimewa kerana periuk digantung dan harus makan sepuas-puasnya. Hihihi

Tahun ini menu ditambah memandangkan selalu sahaja tidak cukup dan mereka yang datang di hujung-hujung tidak dapat menjamah hidangan lazat yang disediakan. Antara menu isimewa adalah nasi daging yang dihidangkan bersama air asam dan ayam masak merah, laksa Johor, baked macaroni cheese, trifle, puding roti, air roselle, dan kuih muih yang aku sendiri tak tahu nama mereka dan tak mahu ambil tahu pun kerana aku bukan peminat kuih raya.
Baked macaroni cheese. Credit to Tecer Widad.

Trifle. Credit to Khairul Bariyyah

Tetamu datang seawal jam 12.00 tengah hari. Aku belum mandi dan masih sibuk membakar macaroni. Sewaktu Bini Ustaz menghidangkan baked macaroni cheese, tidak sampai 10 minit telah habis dibaham para tetamu. Rahsianya haruslah diriku yang belum mandi ketika membakar macaroni tersebut. Hehehe.

Aku memang tak ramai kawan. Masing-masing mengexcusekan diri. Tapi tak apa, aku ini family type. Masa aku lebih banyak dihabiskan di rumah bersama Bini Ustaz dan anak-anaknya berbanding rakan-rakan. Kawan aku yang datang adalah Nurul Izani Zainol. Cantik gila dia sekarang!

Toothless smile vs kira-sendiri-gigi-aku smile

Pelajar-pelajar yang muncul adalah geng Baling sahaja. Yang lain-lain berjanji mahu datang tidak muncul tiba tanpa sebarang alasan yang munasarawak. Tsk tsk. Amar Yassir, you owed me.

Friends of Khairul Bariyyah
Cousins. Bini hang bunting kali kedua eh?
Family adik Bini Ustaz
With Athiyyah berlatar-belakang kuah laksa Johor Bini Ustaz.
: Lama gila tak jumpa hang!
Pak Ndak - adik ipar Bini Ustaz.
 Malu-malu padahal muda-muda dulu sakan bercinta tengok wayang segala.
Cousins. Kak Tun aku antara best chef in town.

Geng Baling. Jemput datang lagi tahun depan. Teacher up lagi duit raya tahun depan.
Saudara mara aku dari Penang tak datang tahun ini kerana abang Bini Ustaz yang aku panggil Pak Njang kurang sihat. Tahun depan sila datang dan meriahkan rumah Bini Ustaz kerana mereka semua pandai bergurau dan aku pasti harus menunaikan number one kerana ketawa tanpa henti kerana jenaka sambilan dari mereka.

Walaupun mengadakan rumah terpelahang, aku sempat bergedik-gedik di hadapan kamera. Pasangan aku tak lain tak bukan adik aku sendiri. Kami berdua memang pantang bertemu abang Haris abang ipar aku yang dulu pelajar aku ingat bapa saudara aku. Hahaha.
Kami gedik. Tapi bertempat.
Familyhood
Aku juga tak melepaskan peluang bergambar bersama keluarga. Seronok tahu bergambar bersama adik-beradik sendiri kerana mereka tidak akan ada kata mengata seperti gedik kerana masing-masing sudah mengenali. Kalau bersama rakan-rakan yang bajet lindungan kaabah sudah pasti anda akan dilabel gedik. Aku punya gambar, aku punya sukalah.

Pesta membaham tamat lewat petang. Aku tak ingat siapakah tetamu terakhir. Makanan masih berlebih tetapi tak perlu risau kerana anak-anak Bini Ustaz kebanyakkannya suka membaham.

Abang Haris and Kak Chaq
:Orang kata muka abang ipar aku macam Pak Ngah komposer tu. Ye ke?
Gambar-gambar yang ditangkap adalah ihsan abang ipar aku yang sangat baik hati. Bini dia, kakak aku baik hati juga. Dulu dia garang sekarang sudah boleh bergurau tanpa mengira waktu. Hehehe. Peace yaww!

Kepada semua tahun depan jemputlah meriahkan rumah terpelahang aku. Boleh kita membaham sambil bergurau senda bertepuk bertampar dan mengambil gambar tanpa dikenakan sebarang bayaran (aku harap begitu).  Pelajar-pelajar aku yang selalu mengaku rindu sila panjangkan langkah anda jika tidak aku tidak percaya dengan kata-kata rindu anda semua.

Selamat menyambut puasa enam!
Dapat duit raya jangan membazir

Monday, March 14, 2011

Hols!

"Tahun ni kita raya haji kat Terengganu nak?" mouthed my eldest sister.

"NAK!!!" macam biasa saya memang eksaited lebih.

By the way, the phrase tahun ni referred to last year, 2010. Walaupun dah berbulan berlalu, tapi tetap nak cerita sebab seronok sangat spent raya haji kat sana.

So it was last day of school. Belum pukul 2.15 saya dah cabut balik kampung sebab dah janji dengan mak and Atif. Thanks Rizalman tolong punch-out untuk saya! Sampai kat rumah around 1.30pm terus tukar baju and had lunch. Pukul 3.00 lebih baru gerak (biasa la, kalau janji dengan mak jangan harap ah nak on time).

All the way to Terengganu hujan renyai-renyai. Saya co-driver yg bagus, tak tidur walau sekejap. Mak saya terpaksa duduk belakang sebab saya mabuk kalau duduk belakang. Hehehe. Ok, ini tak tipu ye. It's a fact indeed -__- Sambil-sambil tu mesej-mesej dengan adik bongsu cum a drama queen. At first she said she coudnt make it - the trip to Terengganu. So she smsed my eldest sister. And guess what, my sister bought her a flight ticket! Ceh, drama sungguh!

We reached Kerteh around 12 midnight. I couldnt remember the exact time because I was freaking drowsy. We decided to stay at Kak Chaq and Abg Haris' house. We received first class hospitality from both of them. Semua bilik macam hotel!

The next day was Hari Raya Haji. We had solat raya at Surau Rantau. As usual, mak cooked her mouth-watering nasi daging. We also had lemang and rendang daging. Kak Chaq and Abg Haris bought lemang from Kemaman. The taste was super duper delicious. My Abg Long and her wife, Kak Kin also came over to join the celebration. Kak Kin brought along Bihun Singapore and throughout the day, saya makannnnnn memanjang. While mak and Kak Chaq were cooking in the kitchen, Abg Haris snaped some photos of me and my little sister.
-sengeh tahap!-

-kak long dengan adni pun ada jugak-


-bajet ayu konon-

Then Kak Chik arrived from Tangkak. Muka memang lapar terus hadap lemang and nasi daging. Sorry, no pictures for the food. Semua tak dapat kawal nafsu macam Kemawas terlihatkan puteri dari China (walaupun time ni Hikayat merong Mahawangsa tak release pun lagi).

-walaupun tengah makan, senyum tetap senyum-

At night we went to Abg Long and Kak Kin's house. Kak Kin served home-made kek lapis Sarawak. Sedap nak arwah! Kak Long was very helpful and nice - yang sedap-sedap dia bagi Mak Teh, yang biasa-biasa dia bagi kat Mak Su and Mak Tok. Hehehe.

The next day we off to Mesra Mall. Lunch makan kat Secret Recipe. The foods were laziz jiddan! Sebenarnya lepas dah habis makan kat situ, saya teringin sangat nak makan kat Burger King. Tapi malu nak cakap sebab nanti mesti mak and kakak kata itu semua nafsu. Rasa dah meleleh air liur, tapi tahan je...huhu.

Then jalan-jalan kat Pantai Kemasik. The sisters is my family memang suka bergambar and credit to Abg Haris sebab rajin melayan.

-kami semua single lagi!-


Then at night we had bihun sup as our dinner. Saya memang ditakdirkan untuk masak bihun sup for my family. Mungkin sebab itu je yang saya reti kot (pura-pura merendah diri). Kakak saya kata bihun sup tu banyak sangat, tapi tetap habis (unsur-unsur riak)!

The next day after solat Jumaat, saya, emak and Atif off to Baling. Sebelum tu, lunch dekat...ala, dah tak ingat nama resort kat Dungun tu. Teh tarik kat situ, walaweyh!!!!!!!! After 9 hours of driving, we safely reached home. Throughout the journey, Atif and I were starving tapi tak jumpa kedai makan yang berkenan di hati. Hajat di hati nak makan seafood sebab hari-hari makan daging dah rasa macam lembu. Tunggu masa je nak mengebooh.

So thanks to my brothers and sisters for the hospitality. Tahun ni ke mana kita? Jadi tak nak ke Bandung?


Monday, December 13, 2010

Makteh pun janji tau JANGAN KAWEN LAGI!!!!

Kaklong Fatin 'Aliah yang Makteh sayang

Situasi 1
Depan toilet

Kaklong : Malam ni kak long nak tido dengan makteh tau.

Makteh : Bakpe nya awak nak tido dengan makteh?

Kaklong : Kaklong memang suka tido dengan makteh. Boleh dok?

Makteh : *sengeh*


Situasi 2
Lewat tengah malam atas katil.

Kaklong : Bile makteh nak kawen?

Makteh : Nape?

Kaklong : Makteh kan dah besar. Pastu kalau makteh dah kawen boleh bagi kak long sepupu.

Makteh : Kahkahkah (cover dengan gelak sebab tak tau nak jawab ape)


Situasi 3
Tengah hari lepas tengok tv

Kaklong : Makteh ni bila nak kawen ni? Kan kaklong kata kaklong tak sabar nak sepupu! (padahal sepupu dia dah ramaiiiiii)

Makteh : Kaklong tau tak, kalau makteh dah kawen, kaklong dah tak boleh tido dengan makteh...

Kaklong : Nape pulak?

Makteh : Ye la, mesti la makteh nak tido dengan pakteh (pehal kau gatal sangat nihhhh)

Kaklong : (diam)

Makteh : Masa tu kaklong kena tido dengan umi ngan ayah la.

Kaklong : Kalau macam tu makteh tak payah kawen la! Kaklong nak tido ngan makteh jugak!

Makteh : HAH!!!!!


Situasi 4
Atas katil *mata dah mengantuk tahap dewa tapi masih nak bercakap*

Kaklong : Makteh janji tau jangan kawen lagi?

Makteh : Dah tu, kalau makteh tak kawen sape nak bagi kaklong sepupu?

Kaklong : Takpe..makcik ngan maksu kan ada...

Makteh : Eleh, nanti kaklong dah besar mesti kaklong nak kawen jugak. Nanti kaklong ada abang long, makteh nak tido dengan siapa masa tu?

Kaklong : Emmmm...

Makteh : Kesian kat makteh nanti...

Kaklong : Nanti makteh dah tua berkedut nanti makteh kawen la dengan pakteh.

Makteh : Tu pun kalau pakteh nakkkkkk

"Makteh jangan kawen lagi tau"

Situasi 5
Atas katil lepas breakfast (memang port terbaek sembang atas katil)

Kaklong : Makteh dah ada pakteh ke belum?

Makteh : Kenapa?

Kaklong : Kalau makteh dah ada pakteh boleh tak kaklong nak telefon pakteh?

Makteh : Nak telefon kenapa?

Kaklong : Kaklong nak tanya dia boleh tak kalau makteh dah kawen dengan pakteh, pastu kalau kaklong balik sini kaklong nak tido tengah-tengah antara makteh dengan pakteh...?

Umi Kaklong : Amboi, yang awak tu mengada sangat kenapa???!!!

Makteh : KAHKAHKAH


Situasi 6
Kaklong dalam kereta nak balik Kerteh

Makteh : (Jerit) Kaklong balik nanti jangan lupa mengaji rajin-rajin tau.

Kaklong : (Jerit) Makteh pun janji tau JANGAN KAWEN LAGI!!!!

Makteh : *tsk tsk*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...