Showing posts with label Flashback. Show all posts
Showing posts with label Flashback. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Kompilasi 2013


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yang Dihormati, saudari laptop yang sentiasa menanti ditekan-tekan papan kekuncinya, Yang Berusaha, jari-jemari yang Alhamdulillah cukup sepuluh dan masih boleh membuat amal ibadat dan berkhidmat dengan Pencipta dan diriku, seterusnya pembaca-pembaca blog yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah (some more) bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu lagi walaupun tak berapa hari lagi nak masuk tahun baru. Sumpah keji kerana mengabaikan blog. Kalaulah blog aku ini manusia yang punya nyawa sudah pasti dituntutnya fasakh kerana mengabaikan beliau. Sebab terlalu lama tak menaip entri, nak buat intro pun tak berapa nak lancar. Sekejap taip, kemudian backspace lepas tu rasa nak delete semua. Niatnya nak hilangkan stress (buat-buat ja konon stress) rasa macam tambah stress lagi. Tapi demi untuk tidak memelsukan janji, maka ku gagahkan jugak menaip entri yang tak berapa berguna ini.

1. Kenapa tak update blog?
Wajiblah aku salahkan PBS yang sistemnya telah membuatkan aku mempunyai tali pinggang hitam dalam arena pencarutan. Sakit hati betoi! Gila apa nak key-in lima orang budak sejam pun tak boleh buat. Loading loading loading sampai aku masak nasi dah makan dah sakit perut pun tak habis lagi. Idea siapa yang yang buat PBS ni. Ni yang nak buat aku mencarut ni. Haaaa awal-awal entri dah emo. Kahkahkah. Biasa la. Tak emo tak pompuan. Aku pompuan sejati. Wajib la emo. Tak gitu (pengaruh baca Blog Nara. Kahkahkah). Lain entri aku carutkan PBS ni. Entri ni tak boleh. Kenapa tak boleh? Aku punya blog, aku punya suka la. Hahaha. Emo lagiiii. Gilaaaaa



2. Pandai menguli
Tahun 2013 aku belajar bikin roti, pizza, donat dan segala mak nenek yang melibatkan aktiviti menguli. Asalnya aku ni haram tak pandai bab-bab roti kek ni. Tapi sebab aku suka makan roti dan kampung pula berdepan dengan Kampung Benggali, haruslah aku setaraf dengan mereka. Selalu orang Benggali memang pandai bab-bab uli roti ni. Sampai ada satu roti khas nama Benggali. Kita ambil sikit tempias nama kampung dan satukan dengan teknik-teknik yang dipelajari maka tetiba terus jadi pandai.





Hahaha. Nipu sangat tetiba sekali belajar terus pandai buat roti. Aku bukan taraf wali. Genius pun jauh sekali. Episod-episod roti tak jadi panjang sangat kalau nak cerita. Aku tak rajin nak menaip. Lepas tu banyak pulak kejadian-kejadian yang membawa malu sepanjang hayat. Maka, dipendekkan cerita, tak usah cerita. Hehehe.



3. Lompat kijang
Tahun ini juga, adik lelaki aku berkahwin. Umurnya 27 dan jodohnya sampai dulu dari aku walaupun masa zaman sekolah bermati-matian sebut tak mahu kahwin. Aku yang dari kecik tergedik nak kahwin tak pulak sampai lagi jodoh. Kehkehkeh. Tapi dia bukan langkah aku seorang. Dia langkah aku, kakak aku dan abang aku. Nah kau tiga sekali! Sebab itu namanya lompat kijang, bukan lagi langkah bendul.


Sebagai kakak yang tak berapa mithali tetapi tak mahu dikeji, maka kita hulurkan tangan ringankan beban. Aku pun tak ingat apa yang aku tolong. Tapi sebagai seorang yang pernah jatuh tangga dan akibatnya sakit belakang, aku buat yang ringan-ringan sahaja. Hihihi. Jodoh adik aku dengan orang Johor. Confirm Jawa berdasarkan nama ayah mentuanya. Hihihi. Jauh aku bertandang ke Johor. Kendurinya meriah. Siap berzapin bagai sampai ikut hati aku pun nak lompat naik atas tikar berzapin sekali. Over sangatttt. Makan pun sedap, layanan tiptop.

Selepas kenduri di Johor, acara diteruskan dengan berjimba di A'Famosa. Kakak ku yang baik hati sewakan banglo yang ada swimming pool. Sakan berendam sampai kecut jari kaki tangan segala. Aku pun dah ingat-ingat-lupa kejadian di A'Famosa. Yang aku ingat, mandi-manda dalam pool, ada BBQ, mandi-manda dalam pool, dan mandi-manda lagi dan lagi dan lagi. Memang tujuannya nak berendam dan mandi-manda kekdahnya. Gambar ada tapi tak boleh nak letak sebab semua pun pakai bikini. Kehkehkeh.

...sibuk sangat sampai tak ada gambar aku dengan pengantin. Tapi sempat camwhore bila perlu.


Sabtu yang lalu kenduri menyambut pula. Pun sibuk jugak dan aku rasa aku lebih kepada buat-buat sibuk. Hihihi. Hari kejadian aku memang sibuk sebab duduk (berdiri padahal) bersama Bini Ustaz menyambut tetamu yang hadir. Boleh jadi sebab aku tinggal bersama Bini Ustaz makanya kebarangkalian aku kenal para tetamu adalah tinggi dan aku pulak cantik, jadinya sesuai untuk menyambut tetamu. Hahaha. Akhirnya jumpa point nak perasankan diri.




4. Aktiviti menguruskan badan
Sejajar dengan peningkatan usia, maka kadar metabolisme dalam badan mula buat perangai yang boleh dicaruti. Aku dengan jayanya telah menjadi pengamal Zumba. Setiap Rabu petang dan sekali-sekala Jumaat pagi aku berzumba di MRSM. Ketahuilah bahawa aku adalah instructornya. Aku memang suka gedik-gedik atas stage jadi centre of attraction. Kehkehkeh. Tapi yang ikutnya perempuan sahaja. Sungguhlah tidak aku tegamak tergedik-gedik di hadapan lelaki. Gedik atas iman gitewww. Hahahahampeh. Bila kesibukkan melanda, aktiviti Zumba digantikan dengan berjogging. Sakan berjogging sampai ramai yang tegur aku dah kurus. Bahagia :')

Tapi bahagia tak lama. Berat naik semula. Mujur tak ada yang tegur. Siapa yang menegur wajib aku melahar secara live. Kalau yang tegur tu kurus menawan aku redha. Ini kalau badan macam pokok yang majlis daerah tanam atas divider kategori rendang tak berbuah simpan ketat-ketat hasrat nak menegur tu. Berat-berat badan aku pun, cuma 43kg. Bukan gemuk punnnn





5. Pro-ELT
Umum mengetahui guru Bahasa Inggeris dikehendaki menghadiri kursus Pro-ELT. Kelas aku setiap Selasa. Ni pun belum habis lagi. Ada lagi lima hari nak attend. Walaupun mula-mula benci dan meluat, lama-lama jatuh sayang sebab dapat kawan-kawan yang membahagiakan. Nalani, Evelyn, Shuping and Shima. Semua perangai gila and definitely I'm going to miss them after this. Tengok senarai kawan-kawan aku. Satu Malaysia sangat sebab cina hindu semua ada. Tetapi masuk part nak buat assignment tu yang buat aku lemah semangat terus meroyan. Banyak gila assignment!!! Nak bercinta pun kadang tak sempat. Inipun sambil buat assignment sambil taip entri. Semuanya demi kesejahteraan ummat. Tetiba?



6.  Marking and maki-ing
Tahun ini aku mengajar kelas tingkatan 5. Serupa nak gila marking essay sebab banyak sangat. Essay yang mengajar time sekolah, essay kelas tambahan, essay budak rajin, essay budak kena denda. Kadang-kadang marking lima minit, maki-ing tujuh minit sebab geram asyik ulang kesalahan yang sama. Marah! Marah! Hari-hari berdoa terjadinya keajaiban budak-budak jadi pandai maka tak banyak salah grammar.






Gigih buat kelas tambahan, perjumpaan ringkas sehingga jam 5.00 petang selepas tamat paper Bahasa Melayu. Hari peperiksaan dimaklumkan naik formal letter - letter of complaint. Padan muka aku. Rasanya sepanjang tahun 2013 dua kali sahaja aku buat letter of complaint. Lain-lain buat speech dan report. Tapi aku tetap redha dan bertawakkal (padahal rasa nak bunuh diri takut budak tak dapat jawab).





7. Supplement, jerawat dan skin care
Menginjak umur 30 secara tiba-tiba ada kesedaran takut sakit itu sakit ini, sudahlah duit tak banyak suami pun tak ada -__- Terus datang semangat nak berdisiplin makan supplement segala. News feed Facebook jangan cerita. Hari-hari ada orang share pasal Shaklee sampai aku sendiri serabut milo. Sebab dare to be different aku memilih Amway. Dari calcium, garlic vitamin yang segala huruf semua aku makan. Nasib tak baik muka naik jerawat. Setelah dilakukan siasatan dan ujikaji, aku tak boleh makan vitamin E sebab ada lecithin. Tak sekufu gamaknya maka aku bercerai talak tiga. Terus tambah stress yang ada sebab muka naik jerawat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Merata ada. Benciiiii.

Ketika jerawat memenuhi wajah, aku sedang menggunakan Tabita. Kulit dan cun tetiba naik jerawat. Sayangnya jodoh dengan Tabita tak panjang kerana Tabita juga tidak berupaya menghilangkan jerawat yang ada. Maka bercerai lagi aku. Pun talak tiga. Aku bernikah dengan Proactiv Solutions. Walaupun ada perubahan tetapi jerawat hilang tak istiqamah. Kulit pun tetiba jadi hitam padahal aku putih berseri hockayyy.


Used to have kuit cerah berseri. Sekarang bertukar malap.
The curious case of Michael Jackson in reverse order



Aku berpisah dengan facial foam dan toner nya. Dalam kesibukkan buat itu ini aku Google segala skin care yang ada di Malaysia. Dalam banyak-banyak aku tertarik nak guna SimplySiti. Makanya aku membeli secara online sebab murah dari beli di Watson. Lagipun inilah masanya kita nak menolong orang Islam berniaga. Ecewahhhh kemainnnn.



Tak sampai sebulan pakai kulit menunjukkan perubahan-perubahan yang boleh dibanggakan. Feeling kulit cantik tapi tak boleh takbur takut jerawat kembali menghantui. Selain dari istiqamah dengan SimplySiti, aku meneruskan makan Vitamin C, A dan calcium magnesium dari Amway, Vivix from Shaklee dan spirulina from Elken. Semua produk aku telan demi mengekalkan keremajaan yang hampir purba. Tsk. Tak lupa juga aku berdoa mintak dari Allah. Jangan tahu berusaha tapi tak berdoa. Sombong namanya tu.



8. Welcoming little Hadif
Tahun ini juga kakak ku dengan jayanya telah memberanakkan seorang kanak-kanak lelaki yang sumpah comel. Tapi part yang lucunya bila mencebik muka jadi petak. Hihihi. Sikit hari lagi nak cukup empat bulan. Kerana aku sangat takut dengan benda yang kecil dan lembik, maka aku tak pernah mendukung Hadif ketika beliau sangat bayi. Sekadar sentuh hujung jari dan senyum-senyum.



Kebolehan menjelir lidah. Ini rare. Tahniah Hadif!

Bila dia dah tak berapa bayi, baru aku berani pegang. Sungguh tak mak-mak diriku. Kesukaan Hadif baring di atas badan. Badan aku tak sampai dua jengkal. Hadif jauh lebih panjang makanya aku bukan slumber land untuk beliau. Baring tak sampat dua minit dah bunyi -___-





Sebenarnya banyak lagi benda aku nak cerita tapi aku dah tak ada mood nak menaip. Tambah pulak assignment banyak gila tak siap. Sebagai penutup, terimalah gambar menu tengah hari aku hari ini. Sedap nak arwah. Sila cemburu.



Penutup yang langsung tak ada kena mengena dengan entri





Sunday, October 28, 2012

Kisah persahabatan zaman sekolah: Edisi sekolah rendah



Dilahir dan dibesarkan di Malaysia bermaksud aku masuk sekolah pada usia tujuh tahun. Ya, tujuh tahun. Macam biasa sengaja ulang supaya entri menjadi lebih panjang. tahun pertama aku di Pulau Pinang dan ingatan aku tidak cukup handal untuk mengingati rakan-rakan sekolah rendah. Yang ada dalam kepala aku cuma empat orang. Sumpah sadis gila kalau betul sepanjang bersekolah di Pulau Pinang cuma empat orang kawan. Mereka yang sungguh bertuah kerana nama mereka kekal di dalam ingatan adalah Faridah Mansor, Sharifah Hanan, Azri Fikri dan Sherina Halhana.


Faridah Mansor adalah pelajar paling pandai time tu. Sekarang dah jadi doktor rasanya. Aku pun dah memang lost contact. Awal-awal sahaja semangat tulis surat tidak rasmi sehingga terjadinya episod yang boleh tahanlah malunya. Bila dah masuk tingkatan satu sudah menjadi malas menghantar surat. Sherina Halhana pula orangnya kecil molek dan sesungguhnya aku hentam saja nama beliau. Ingatan yang hampir menuju 30an sungguh sadis kerana tidak dapat mengingat nama rakan dengan baik.


Sharifah Hanan dan Azri Fikri pula antara kanak-kanak sebaya aku ketika itu yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Sharifah Hanan mak dia bukan orang Malaysia makanya bila ada konsep kacuk begitu sudah pasti sangat cantik dan tinggi menawan. Azri Fikri pula anak tunggal secara fizikalnya sangat tinggi dan rupa macam omputeh. Kecil-kecil lagi sudah menunjukkan tanda akan membesar menjadi lelaki kacak. Kami yang tinggal di kuarters USM sangat cintakan alam sekitar maka mengamalkan konsep carpool (padahal masing-masing mak ayah sibuk maka kena buat jadual siapa ambil siapa hantar). Paling aku ingat setiap hari Selasa akan balik dengan emak Azri Fikri dan emaknya yang baik hati akan membawa kami ke pasar malam. Jangan sebut makanan yang anda teringin kerana emaknya akan terus membeli tanpa bertanyakan tuan badan. Ada juga sekali dua aku sebut makanan yang aku memang teringin dan sungguh bahagia kerana terus ada depan mata. Hihihi.




Setelah Ustaz berpencen, kami sekeluarga berpindah ke Kedah dan aku didaftarkan ke SRK Tunku Putra. Hari pertama di sana oleh kerana tak ada tempat kosong atau mungkin mereka tak sudi nak kawan dengan aku maka aku duduk bersama-sama budak siam - Prak Yun, Somphong, Vichit, Charis, Aphiwat dan lagi seorang budak perempuan yang aku tak ingat namanya tapi sekarang beliau bekerja di pasaraya Aneka. Buruk betul perangai sebab yang aku tak jumpa aku ingat nama mereka. Yang aku duk nampak haram tak ingat nama. Sehinggalah peristiwa Vichit membawa kucing goreng dan sup babi ke sekolah dan menyebabkan aku trauma, barulah aku dapat duduk bersama budak-budak Melayu. Kalau aku tahu awal-awal lagi aku buat-buat trauma. Hahahaha.



Antara nama-nama yang masih segar dalam ingatan aku adalah Nurul Izyani, Ahlam Nabihah, Zatul Ayuni, Mas Nasyida, Rabiatul Adawiyah, Azizurrahman, Dzulqarnain, Husni, Azzah Afzan, Muzaffairus, Asmidar, Zairul Azizi dan ramai lagi yang aku ingat nama mereka tapi bila difikir dua tiga kali tak perlulah aku nak senaraikan semua sebab kalau aku tipu dua tiga nama pun bukan anda tau. Kehkehkeh.







Nurul Izyani happened to be my anak saudara. Long story makes short, ayahnya dua pupu dengan aku dan rumahnya pula betul-betul depan rumah aku. Masa aku mula-mula pindah sungguh samseng kampung dusun dia kepadaku. Teruk juga aku kena buli sampai menangis-nangis aku mengadu dengan mak aku. Hahaha. Bila di sekolah sangat bersyukur dia tak sekelas dengan aku sebab aku takut aku bakal berterusan menjadi mangsa buli. Tapi time rehat ada juga sekali dua dia paksa-paksa aku suruh beratur beli air untuk dia. Sungguh aku tak sangka aku rupanya mangsa buli dahulu. Kahkahkah. Tapi bila dah lama-lama jadi baik pula dan sampai hari ini masih baik. Kalau aku nampak sahaja dia balik dan ada bersidai di buaian rumah tok dia cepat-cepat aku pakai tudung supaya dapat berjumpa dan bergosip sambil menghapdet cerita-cerita terkini.










Ahlam Nabihah adalah nama yang sangat aku ingat sebab pada aku namanya sangat unik. Zaman sekolah rendah semua pakat panggil Kak Lam tapi aku tetap panggil Ahlam. Orangnya kecil-kecil juga tapi lebih kurus dari aku. Zaman sekolah rendah aku selalu bertandang ke rumahnya main masak-masak, jual-jual dan anak patung. Bila dah besar sikit main rounders dengan kanak-kanak lain di Taman Baiduri. Ahlam juga kawan yang mengajar aku makan jeruk Ah Seng dan setiap kali sebelum pergi kelas mengaji mesti singgah dulu kedai Ah Seng beli jeruk kelubi. Tiap kali raya aku ketagih nak pergi rumah beliau kerana biskut sarang semut rumahnya laziz jiddan. Aku kalau teringat Ahlam mesti rasa, wahhh hidupnya sangat smooth sailing kerana sungguhlah sangat pandai dan cemerlang dari zaman sekolah rendah sampai universiti.










Dari kecil aku memanglah bukan kanak-kanak yang rajin. Aku masih ingat Sir Kumar yang mengajar Bahasa Inggeris. Selalu bagi homework suruh cari maksud perkataan. Awal-awal memang rajin tapi bila dah malas aku tiru sahaja. Kahkahkah. Keji perangai. Pelajar-pelajar sekalian, sila jangan tiru. Ambil baca dan buat pedoman jadikan sempadan. Makanya Rabiatul Adawiyah anak Pakcik Adnan sangat tidak lokek meminjamkan bukunya. Dan aku memang tak buang masa tiru sahaja. Kahkahkah. Terkenal dengan panggilan Wiyah dan orangnya sangat lurus. Wiyah juga antara kawan main rounders di Taman Baiduri. Lagi satu main zero point (lompat getah). Sekarang dah jadi cikgu dan hari-hari homesick sebab posting di Sarawak. Hehehe







Mas Nasyida juga antara budak baru yang masuk bersama-sama sepupunya. Aku selalu juga bertandang rumah Mas Nasyida sebab dia duduk dengan tok dan tokwannya. Toknya pula sangat rajin memasak dan kalau tak silap ada seorang budak perempuan yang tua tak banyak sangat dari kami nama Mahani. Aku pun ingat-ingat lupa. Sekarang dah kahwin anak dua. Zaman aku di universiti dulu pernah sekali aku bermalam di rumahnya kerana UIA tak ada air. UIA tak ada air terus bagi cuti. Bahagia sungguh.








Sepupu Mas Nasyida, Azizzurrahman yang aku hentam saja spellingnya tapi semua panggil Ijoe atau Joe. Masa darjah empat aku kena denda duduk di antara budak lelaki sebab mulut bising. Sebelah kiri, Husni dan sebelah kanan, Ijoe. Kenapa aku sangat ingat dengan Ijoe? Sebab dia pernah cium pipi aku secara tidak sengaja. Kahkahkah. Dan sampai sekarang aku dengan dia masih ingat peristiwa aku dicium dan dia tercium. Biasa la budak-budak. Tak reti duduk diam dalam kelas sampai ada aksi-aksi begitu. Kahkahkah. La ni dah glamer beliau. Kerja ambil gambaq pun boleh glamer wehhh.






Azzah Afzan anak Cikgu Aisyah juga antara kawan sekolah rendah yang aku ingat. Muka macam anak Jepun dan mata memang sepet. Time rehat aku selalu keluar makan dia sebab kami adalah penggemar bihun sup kantin kuah kaler merah yang harganya cuma tiga kupang. Cuma ada bihun, sup dan sambal semata tapi macam kena ganja sebab hari-hari nak. Kalau Bini Ustaz sediakan bekal Azzah akan turut serta dan favourite beliau adalah scrambled eggs Bini Ustaz yang ala-ala Timur Tengah.







Masa kenduri kahwin kakak aku dulu, aku kemas-kemas rumah dan jumpa gelang manik dan gelang tali tangsi yang sungguh glamer zaman aku sekolah dulu. Terus teringat Shafinaz Jusoh yang duduk Kampung Bawah Gunung sebab dialah tauke besar dan paling handal buat gelang rantai manik segala. Pernah sekali kami buat berniaga gelang yang dibuat dari tube plastic kemudian sumbat kain perca kat dalam. Masa tu rasa comel sangat kalau boleh pakai gelang macam tu. Kehkehkeh. Kawan aku yang ini pun jadi cikgu. Lepas grad kerja apa aku tak ingat tapi di amanah raya rasanya. Lepas tu berhenti jadi cikgu.








Tetiba aku rasa entri macam dah panjang sangat. Kalau cerita bab kawan memang sampai bila pun tak habis. Tambah pula masing-masing dah berjaya sekarang. Semua hebat-hebat termasuklah aku. Cewah. Mengaku diri sendiri hebat. Lain kali aku cerita lagi. Mungkin akan datang dengan edisi sekolah menengah. Masa tu otak dah ligat dan macam-macam benda aku buat. 















Segak-segak belaka kawan-kawan aku kan?





















Termasuklah aku...aku pun segak jugakkkk





Wednesday, September 5, 2012

Pengalaman bermalam di hospital




Tanggal 26 Ogos 2012 *mood merdeka terus nak guna perkataan tanggal* aku telah dimasukkan ke Metro Specialist Hospital (MSH) di Sungai Petani. MSH ada di negeri lain jugak kah? Aku bukan reti hospital-hospital private ni. Ini kali pertama masuk hospital private. Maksudnya aku masuk sebagai patient. Masuk sebagai visitor adalah sekali dua. Dulu-dulu aku benci bau hospital. Bau ubat buat aku rasa nak muntah. Belum lagi tengok pesakit yang rupa macam tak mandi. Ok, aku memang mengada-ngada. Tapi dululah. Sekarang ni tengok macam mana pun tak apa rasanya. Harap-harap macam tu lah!



Kali pertama aku masuk hospital masa aku darjah empat. Aku kena kayap di mata. Aku pun hairan dalam banyak-banyak tempat di mata yang dia nak hidup. Ketika itu sambutan Hari Raya Haji dan tak semena-mena aku muntah dengan dahsyat nak arwah ketika menjamu selera nasi putih lauk sup daging lembu. Biasalah Hari Raya Korban menunya semua menambah kolestrol tapi diumur sepuluh tahun kolestrol pun aku tak tahu hapakebenda tambah pula zaman aku belajar tak ada subjek sains. Aku pula bukan jenis rajin nak membelek buku berilmiah. Mengadap novel atau komik itu memang aku hadap.



Bila sudah muntah-muntah balik rumah bermula episod demam dan pening kepala tahap kronik. Tidur pun di bilik Bini Ustaz dan setiap pagi bila matahari baru-baru menjengah nak naik aku mula menangis tak tahan pening kepala. Bila tengah hari Bini Ustaz goreng lauk lagi sekali aku menangis. Memang tak tahan rasa pening kepala yang tangkap urat mata.



Aku rasa Bini Ustaz cuak tengok aku yang muntah memanjang dan sikit-sikit mengadu pening kepala sampai menangis-nangis. Aku pun tak pasti sama ada aku memang pening tahap kronik atau aku ni memang jenis mengada-ngada pantang sakit sikit nak menangis. Hehehe. Aku rasa lebih cenderung kepada aku ni mengada-ngada *mengaku saja la*. Makanya terus aku dibawa ke Poliklinik Azhar dan rakan-rakan yang aku sampai sekarang tak tahu siapa rakan-rakan dia. Sumpah dia ramai kawan sebab mana-mana aku pergi mesti ada Kinik atau Poliklinik Dr Azhar dan rakan-rakan. Kalau ada rakan-rakan dia yang bujang silalah recommend untuk aku. Hehehe.



Aku tak dibawa turun dari kereta dan masuk ke klinik kerana pantang kena cahaya matahari terus jerit pening kepala. Makanya tuan tabib yang bertugas datang merawat aku di kereta. Terus kata aku kena kayap dan minta Ustaz dan Bini Ustaz bawa aku ke hospital. Sampai di hospital kena admit dan sebagai kanak-kanak yang tak pernah jauh dengan emak ayahnya terus berlaku drama air mata dua tiga babak. Meraung-raung tak mahu duduk hospital tapi tak berani nak buat perangai lebih-lebih sebab Ustaz sangatlah garang dan tak mustahil dalam aku sakit macam tu dia boleh naik angin juga. Hewhewhew.



Setengah jam yang pertama Bini Ustaz dan Ustaz duduk meneman. Untuk pengetahuan anda rumah aku dan hospital ketika itu tak sampai pun satu kilometer. Tapi memang bangsa mengada-ngada dan ratu air mata maka sudah pasti air mata berjurai macam jauh puluh-puluh kilometer.



Lepas setengah jam Bini Ustaz mengexcusekan diri mahu balik rumah masak untuk makan tengah hari. Siap berjanji akan datang semula mahu menghantar makanan kerana sakit aku yang perlu berpantang. Aku memanglah tak setuju tapi kerana Ustaz ada bersama cukuplah tak setuju tu aku pendam dalam hati dan tunjukkan dengan emosi saja. Bini Ustaz aku lepaskan pergi dengan iringan air mata. Duduklah aku bersama Ustaz yang sekejap-sekejap menjampi kayap di mata aku sebab aku pun sekejap-sekejap mengadu sakit pening segala. Bini Ustaz balik jalan kaki sahaja. Lagipun memang dekat sangat. Walaupun dekat sangat tapi berpeluh jugaklah kalau berjalan. Tapi kita di Malaysia. Rumah dua tingkat jalan turun dari tingkat atas ke tingkat bawah siang-siang hari pun boleh berpeluh -___-




Lepas 15 minit Bini Ustaz balik rumah, tiba-tiba Ustaz pula bangun dan beritahu nak ubah tempat parking. Katanya parking tadi tempatnya panas, nak ubah ke tempat yang redup bawah pokok supaya tak panas kereta. Dah nama pun Ustaz sudah pasti aku percaya saja setiap kata-katanya padahal aku telah dikelentong oleh beliau. Huhuhu. Memang benar dia ubah kereta parking di tempat yang redup yakni di rumah sendiri yang bukannya bawa pokok dalam kawasan hospital. Lama aku tunggu tapi sampai ke sudah Ustaz tidak muncul dan ketahuilah olehku aku telah ditipusunatkan oleh ayah sendiri.



Tak tunggu lama aku menangis lagi. Sudahlah terpaksa duduk bersama makcik-makcik yang sakit beranak, sakit eksiden kerana wad kanak-kanak penuh. Masa tu dalam kepala mula fikir diri anak angkat yang tidak disayangi hanya kerana Ustaz dan Bini Ustaz tak teman duduk sorang-sorang di hospital. Hahaha. Ngek!



Lama aku menangis. Mula-mula ada jururawat yang datang pujuk. Pujuk-pujuk punya pujuk tak ada hasilnya kerana air mata berkoyan maka aku memilih untuk menangis secara istiqamah. Mungkin kerana geram aku yang menangis secara marathon seorang lagi nurse telah mencucuk kedua belah bontotku dengan ubat apa tak tahu tapi tak sampai dua tiga minit aku terlelap selama berjam-jam. Kalau tak salah aku, nurse tersebut adalah emak kepada kawan aku, Siti Nur Rohana yang bapanya seorang polis. Nama Johari rasanya. Aku rasa mak dia garang gila tapi boleh jadi juga aku terbawa-bawa dengan emosi sedih sebab ditinggal Ustaz dan Bini Ustaz.





Selepas disuntik di bontot aku seperti dipukau terus tidur sehingga bapa saudara aku datang melawat pun aku tak sedar. Mungkin juga kerana back-to-back aku menangis menyebabkan aku bertambah letih makanya tidur aku berlarutan sampai ke petang. Dah malam abang aku datang bawa makanan. Aku tak tahu sepanjang di hospital siapa yang teman aku tapi rasa-rasa macam aku memang duduk seorang. Siang-siang saja ada yang datang. Malam duduk sorang dan sembang dengan kakak sebelah yang banyak koleksi Majalah Wanita. Walaupun umur sekolah rendah aku hentam juga baca majalah wanita sebab sumpahlah bosan duduk hospital. Ada sekali dua tengok tv tu pun setakat dua siaran - tv1 dan tv2.



Makanya 26 Ogos yang lalu sekali lagi aku masuk hospital. Kawan-kawan aku bila ditanya pengalaman masuk hospital semua kata time beranak saja. Petang 25 Ogos aku nak turun bawah, nak buka puasa. Sebelum tu masa dalam bilik aku dah rasa pening kepala sebab bau abang aku makan durian. Bukan abang aku yang berbau. Durian yang dia makan tu berbau. Aku tak makan durian tapi tak adalah alah dengan bau. Mungkin sebab perut kosong makanya perut aku memberi reaksi mengada-ngada tak tahan bau segala.



Niat aku turun ke bawah adalah sebab nak buka puasa dan tutup buah durian yang ada atas meja. Bini Ustaz yang turut berpuasa tanya aku nak minum apa. Sempat aku tengok handphone di tangan, 6.59pm. Sambil turun aku tak tahu apa yang aku fikir - bau duriankah? Nak minum air apakah?, tup-tup aku dah jatuh tujuh anak tangga. Punggung menghempap setiap anak tangga dan nasib baik tangan kiri pegang pemegang tepi tangga kerana tanpa pegangan tersebut nescaya sudah pasti aku jatuh tergolek. Aksi lagak ngeri *aku saja yang rasa ngeri* pada petang itu mendapat perhatian adik-beradik aku kerana kata mereka ia menghasilkan bunyi yang kuat. Kuat yang macam mana aku tak tahu tapi boleh jadi juga mereka cuba memberitahu secara halus berat badanku telah naik maka bila terjatuh bunyinya kuat dan mungkin juga berlaku gegaran kecil di dalam rumah.



Walaupun tanpa amaran tsunami dikeluarkan oleh Bini Ustaz selaku orang pertama yang datang memegang aku, kerana sakit dan juga malu makanya aku menangis teresak-esak dan hilang mood nak buka puasa.



Malamnya aku rasa sakit sengal yang biasa saja. Tapi masa nak tidur rasa macam nak tercabut tulang pinggul walaupun tak ada pula tulang pinggul aku ni pernah tercabut atau dicabut orang. Esok paginya bangun sahur untuk meneruskan aktiviti puasa enam yang sungguh banyak manfaatnya tetapi sungguhlah sakit sungguh badan sehingga aku membuat keputusan untuk tidak ke sekolah.




Pukul 8.00 pagi aku bangun siap mandi dan kemas beg sebab aku ada perasaan aku akan ditahan. Sebab nak buktikan aku ni tough makanya drive sendiri ke Metro dan sungguh benar bagaiku kata, aku ditahan di wad. Sebabnya nak buat fisioterapi dan x-ray yang ada dalam enam kali dia buat. Syukur tak ada patah atau retak di mana makanya hari keempat boleh balik.



Hari kedua Bini Ustaz datang bersama adikku yang kini telah memprivatekan blog beliau (malas nak hapdetlah tu), datang membawa baju-baju dan lain-lain barang sebab aku ingat aku kena tahan satu hari saja. Hihihi. Masa hari pertama tu sumpahlah aku menangis macam mula-mula kena masuk wad masa kena kayap. Silalah kata aku ni mengada-ngada kerana aku terima seadanya. Hehehe.



Kerana diri disayangi maka setiap malam Mr. K datang melawat dan tak lupa membawa makanan yang sedap-sedap. Makanan di MSH bergantunglah anda duduk di wad mana. Aku tak dapat bilik berdua kerana ramai sungguh yang sakit tambah-tambah lepas raya kencing manis tak manis, darah tinggi segala semua ada. Aku duduk di bilik berempat yang makanannya tak adalah sendu sangat tapi kadang-kadang macam tak berperasaan pun ada.



Tuan tabib yang merawat dah berumur tapi masih kacak. Hehehe. Aku kalau doktor memang selalu nampak hensem saja di mata. Hihihi. Sungguh ramah bersembang dan handal dalam arena usik-mengusik. Menggunakan khidmat kekasih gelap terus keluar gambar di atas. Kalau semua doktor baik macam dia, jatuh tangga dua belas kali pun tak apa.




Aku tak tahu nak buat ending macam mana. Boleh dak lepas habis ayat ni aku titik lepas tu habis macam tu saja?
























Ok tak jadi sebab ayat tadi kena letak tanda soal.























Saturday, July 7, 2012

Senarai Kesyukuran: Edisi Zaman Belajar







Tahun depan aku bakal berusia 30 tahun. Kalau dihitung dari segi bulan hanya tinggal lebih kurang lapan bulan. Tak lama dah tu. Bimbang anda lupa atau mungkin tak tahu, aku lahir pada 20 Februari. Maka tahun depan jangan buat-buat lupa. Bagi pelajar-pelajar aku yang selalu claim rindu dan sayangkan aku, bolehlah menabung dari sekarang kumpul duit secara berjemaah dan beli hadiah untuk cikgu anda. Aku mengharapkan sebiji, atau sebuah atau sekeping Ipad. Jangan risau. Aku tak akan minta cincin harga juta-juta kerana kehendak itu hanya boleh dipenuhi sekiranya pelajar-pelajar aku menabung dari kecil.



Walaupun bakal berusia 30 tahun, aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebelum tahun 90-an. Memandangkan ini merupakan edisi zaman belajar, ayuh kita imbas bagaimana kehidupan zaman belajar aku yang sangat awesome.


1) Kelas tambahan
Zaman aku dulu memang dah ada kelas tambahan. Tapi aku berasa sangat cukup dengan kelas tambahan yang sekolah sediakan. Bayaran yang dikenakan ciput sahaja dan aku rasa Ustaz dan Bini Ustaz tidak terasa terbeban setakat nak keluar 30 ringgit. Kalau zaman sekarang jangan haraplah. Kelas tambahan sekolah, kelas tambahan luar, kem motivasi sana sini, teknik menjawab segala kurang-kurang dekat seribu mak bapak berhabis semata-mata nak bagi anak pandai. Masa tahun enam Bini Ustaz daftar aku tuition yang aku dah tak ingat namanya. Aku ambil subjek bahasa sahaja kerana aku memang manusia tak reti bahasa. Kalau tak salah aku cikgu yang mengajar Bahasa Melayu nama Cikgu Bazli. Orangnya tak tinggi sangat, dan agak berisi. Kalau aku tak silaplah.


Tapi zaman sekarang aku lihat budak tahun empat pun dah ada mak ayah hantar kelas tuition. Makanya bila dah masuk tahun enam seorang budak ada tuition du luar dan juga di sekolah. Gila kental. Kalau aku boleh diserang angin ahmar kerana otak aku sungguh tidak mampu bekerja secara serius dalam satu tempoh masa yang panjang. 






2) Lebih berdikari
Wah. Kemain statement aku. Tapi sungguhlah aku rasa zaman aku kanak-kanaknya lebih berdikari bila belajar. Seperti yang sedia maklum aku tinggal di asrama semenjak dari tingkatan satu walaupun pada awalnya menangis memanjang sibuk nak balik rumah padahal jarak sekolah dengan rumah cuma 10km. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia. Dah naik tingkatan dua terus cinta duduk asrama sebab ada kawan-kawan yang best. Okay, tipu sahaja. Tak adalah cinta sangat. Tapi sayang tu ada. Hihihi. Aku gelak bukan sebab lucu. Tapi gelak nak cover tipu sunat. Nampaknya dah ke laut aku punya penerangan. Apa boleh buat. Kebanyakkan cikgu memang macam ni. Masuk kelas mengajar benda lain tapi tiba-tiba melalut cerita bab anak, suami dan kisah zaman belajar.



Aku merasakan budak-budak zaman aku lebih berdikari kerana kami banyak buat sendiri berbanding nak harapkan cikgu secara total. Zaman aku, kalau nak kertas soalan percubaan negeri lain, sibuk telefon kawan-kawan minta tolong pos. Kalau yang ada sepupu, dua pupu, tiga pupu, bau-bau bacang, masa tahun nak ambil periksalah hubungan menjadi rapat secara tiba-tiba ibarat isi dengan kuku tetapi mungkin ada sekam antara mereka kerana bila dah habis exam masing-masing diam. Bila dah dapat kertas soalan, share dengan kawan-kawan atau beri pada cikgu untuk dikongsi bersama. Nampak tak berdikarinya kami dahulu?

Budak zaman sekarang semua cikgu suap. Bila dah kena suap ada juga yang tak reti nak kunyah sendiri. Kadang nak hadam pun tak reti jugak dan akibatnya berak tahi keras. Itu maksud literal. Figuratifnya time exam tak boleh jawab dengan lancar. Cikgu-cikgu zaman sekarang memang syok sendiri dan pulun lebih berbanding budak yang belajar. Lepas musim peperiksaan percubaan semua cikgu tiba-tiba jadi terrer dengan internet. Sebelum ni nak check email pun berpeluh ketiak tapi demi nak bagi anak murid pandai dan boleh score terus jadi handal cari kertas soalan percubaan negeri lain siap download save semua. Kalau tak cukup handal pun, bolehlah kalau nak kata jaguh kampung.



3) Handphone
Aku ketika di sekolah menengah tak pernah pun menunjukkan minat pada handphone apatah lagi nak rasa kagum melihat seorang hamba Allah pakai handphone. Zaman aku semua pakai telefon awam. Aku pun tak tahu datang dari mana kekuatan ajaib boleh pula berdiri berlama-lamaan demi nak menggunakan public phone. Itu kalau bab nak bergayut. Belum cerita bab menunggu. Ya, kebanyakkan telefon awam memang berpenunggu. Kalau zaman aku di Agama Baling ada seorang senior yang aku masih ingat namanya tapi tak bolehlah telus sangat dengan mendedahkan nama beliau di sini. Kelak mungkin perlu buat press statement mohon maaf macam artis dua orang tu ataupun tak kena gaya kakak senior ini akan menuntut royalti Nuffnangku yang bukanlah banyak mana. Berbalik kepada cerita penunggu telefon awam bawah tangga asrama, sumpahlah aku tak mahu ambil turn kalau si kakak senior yang sedang menggunakan telefon tersebut. Kalau aku diserang cirit birit dan sudah ke tandas lapan kali pun belum tentu dia dah habis bercakap.



Tapi budak zaman sekarang yang tahap mumayyiz plus huruf hijaiyah pun gagap lagi dah pandai pakai handphone, tab segala. Asal nampak mak ayah mulalah tersengeh-sengeh minta duit nak beli topup. Aku dulu tersengeh-sengeh juga kalau nak minta duit tapi bukan nak beli topup. Aku beli makanan tak pun majalah Ujang. Ujang zaman dulu best. Zaman sekarang lawak tak berzat mengalahkan rakyat Afrika yang tak cukup makan. Ok. Yang ni kita cerita lain kali. Aku dulu memang tidak dinafikan antara pengguna tegar telefon awam. Pelbagai teknik diaplikasi untuk menjimatkan penggunaan duit syiling seperti menebuk duit lima kupang dan meleperkan duit syiling dua kupang supaya jadi macam lima kupang maka dapat bergayut lebih lama. Hahaha.

Ketika belajar di UIA aku masih lagi meneruskan penggunaan telefon awam secara istiqamah. Hendak dijadikan cerita di samping memanjangkan entri, orang Telekom datang pasang telefon baru dalam asrama Kolej Aisyah. Kehandalan aku dan rakan-rakan menjimatkan penggunaan duit syiling berjaya dengan memasukkan syiling lima kupang dan tekan 994 nombor yang sangat akrab dengan abang-abang BOMBA seketika dulu. Bila operator abang-abang BOMBA dah jawab (cewah, nak abang-abang saja padahal kakak bomba pun ada) dan tekan # dan masukkan desired nombor dan teruslah berbual sampai pengsan dengan nilai lima kupang tadi. Ada juga yang extreme sampai bawa bantal selimut tilam toto segala berkhemah tepi public phone baru semata-mata nak bergayut dengan pakwe -____-

Tiba-tiba aku rasa macam dah terbabas topik entri aku. Sebenarnya yang aku nak sampaikan budak zaman sekarang kalau belajar mesti nak ada handphone. Tak ada handphone tak boleh belajar dengan aman. Ada juga yang menggunakan teknik mengugut kepada emak dan ayah demi mendapatkan handphone padahal tak sedar boleh jadi anak derhaka masuk neraka (rhyme).


4) Duit makan yang murah
Ap itu duit makan? Hanya yang duduk asrama sahaja tahu istilah duit makan yakni merujuk kepada duit bayaran dewan makan. Tahukah para pelajar hari ini duit makan zaman aku dan kakak aku cuma satu ringgit sehari. Ya, satu ringgit sahaja dan makan masih lima kali yang mana kelima-limanya aku jarang sekali tak makan sebab semuanya sedap belaka walaupun sekadar minum milo dan dorayaki. Budak-budak sekarang kalau himpun gaji mak ayah bawah lima ribu maka sehari tiga ringgit. Kalau lebih sehari lima ringgit. Ya kah? Aku pun tak berapa ingat sangat. Jangan keliru dengan wajah aku yang nampak seperti remaja sekolah sedangkan hakikatnya tahun depan dah three series. Kahkahkah.

Memandangkan aku tinggal di asrama makanya aku antara pelajar yang jarang makan di kantin. Makan di kantin bila lapar tahap dewa atau hujung minggu Bini Ustaz tak datang makanya tak ada menu enak dari rumah untuk anak yang jauh (lah sangat) di asrama. Kalau seminggu mungkin purata aku belanja sekitar sepuluh ringgit sahaja. Kalau budak zaman sekarang jangan ceritalah bab duit. Budak Kuala Pegang pun ada yang satu hari bawa lima ringgit datang dan balik sekolah dijemput bapa yang kerjanya menoreh getah dan adik-beradik semuanya lapan orang.



5) Aktiviti Kokurikulum yang tak memenatkan
Untungnya zaman aku belajar dulu kokurikulum ni bukanlah antara perkara utama yang dibebelkan oleh cikgu-cikgu secara istiqamah. Aku dulu zaman sekolah sumpahlah tak ada masuk apa-apa aktiviti kokurikulum yang dapat menyerlahkan diri sehingga ke peringkat zon, daerah dan negeri bagai. Nak masuk sukan aku setakat tahu berlari sahaja. Perkara-perkara melibatkan bola memanglah aku penakut dan belum diajak bermain aku dah angkat bendera putih. Walaupun boleh berlari tak adalah sangat handal dan berada di dalam daerah Baling apabila bertemu dengan pelajar-pelajar yang warnanya memang bukan kategori cerah dan banyaknya berasal dari Kuala Ketil, sumpahlah aku tak boleh menang kerana mereka sangat handal bab-bab berlari ni.

Badan Uniform pun tak aktif juga. Yang paling aku rasa lucu sekali zaman aku belajar boleh suka-suka tukar badan uniform. Agak dah bosan dalam Puteri Islam tahun berikutnya masuk pula Kadet Bomba. Agak Kadet Bomba macam hampeh boleh turut serta tepuk-tepuk Pengakap tahun berikutnya. Hahaha. Ya, aku tahu tak lawak mana pun. Jadi tak payah nak pura-pura gelak atau senyum perli depan screen laptop atau PC anda. La ikra hafiddin (selingan).

Tapi kalau dapat join Kadet Remaja Sekolah memang andalah yang paling aktif. Cikgu Nik Amli yang juga mengajar Bahasa Melayu dan Geografi sangat aktif buat aktiviti itu ini masuk hutan camping bagai. Aku pun mula-mula semangat berkobar-kobar nak masuk tapi rupanya sebelum masuk nak measure ketinggian dulu. Sengaja la tu nak menyindir aku ke apa tak tau maka tanpa menghadiri sesi mengukur ketinggian aku mengundur dari dan simbah air ke atas semangat yang berkobar-kobar itu. Sobs. Budak zaman sekarang jangan ceritalah. Kalau tak aktif nak masuk maktab pun belum tentu walaupun ada 6A di tangan. Kadang-kadang berebut-rebut nak masuk aktiviti dan pertandingan. Tak cukup lagi sukan pun hendak dicekau dan sudah pasti terselit pelajar-pelajar yang mengamalkan prinsip lupa kawan demi meraih markah kokurikulum. 



Makanya apabila dibandingkan dengan aku memanglah sangat bersyukur kerana tak perlu berebut-rebut ataupun inter-frame demi kokurikulum. Cikgu pula yang kena pujuk-pujuk suruh masuk itu ini sebab biasanya budak yang sama juga masuk aktiviti-aktiviti yang ada. Tapi aku tak nafikanlah kalau yang aktif kokurikulum zaman aku memang ada advantage dibandingkan dengan aku yang hidup segan mati tak mau kalau suruh berkokurikulum. Kena juga sebut benda ni nanti ada pula yang bantai aku sampai buat page Kami Benci Tecer Widad. Kahkahkah. Bajet retis konon glamer padahal diri sendu macam blog sendiri.





Zaman aku belajar di sekolah menengah dan sekolah rendah memang awesome. Tak ada pressure (sangat) berbanding budak zaman sekarang yang kecil-kecil dah kena attend extra class belum campur dengan parents kaya raya panggil tutor datang ajar anak kat rumah. Aku dulu petang-petang sekadar pi kelas mengaji dan petang-petang boleh kayuh basikal keliling kampung atau main rounders dan masak-masak dengan kanak-kanak Taman Baiduri dan Taman Sepakat. Kadang-kadang kalau Ustaz tak ada dan Bini Ustaz di rumah pula mood baik maka boleh mandi sungai bersama sepupu-sepupu atau sesiapa sahaja yang tiba-tiba mandi di port yang sama. Walaupun aku dulu belajar tak pandai mana tapi aku rasa aku boleh dikatakan yang boleh berdikari walaupun umur baru sekolah menengah dan fizikal serta wajah macam sekolah rendah. Kehkehkeh. Aku dulu reti pos surat. Aku dulu reti beratur dan masukkan duit di bank. Aku dulu reti isi borang sendiri tak harap Ustaz atau Bini Ustaz. Habis-habis bebal sangat aku tak reti aku tanya kakak-kakak aku. Budak zaman sekarang walaupun pakai handphone canggih dari aku, tapi dah umur 17 tak reti nak kirim surat. Pigidah. Konon teknologi sangat la tu email dengan Facebook bagai. Eh eh, teremo pula. Hihihi.



Sebelum aku teremo lagi, senang cerita aku memang bersyukur aku lahir 1983 dan tamat sekolah tahun 2000. My school days are going to be legend, wait for it... dary. LEGENDARY!


















Tuesday, February 28, 2012

Chat strong


Amacam tajuk? Dengan khidmat kekasih gelap, sembang kencang ditranslate-kan menjadi chat strong. Walaupun macam harang tapi dek kerana frasanya yang pada aku agak catchy maka aku gunakan juga. Tapi amaran keras kepada mereka yang masih perlu menulis karangan Bahasa Inggeris jangan nak pandai-pandai guna frasa chat strong dalam karangan kerana mungkin anda bakal diketawakan secara berjemaah oleh rakan-rakan anda dan guru Bahasa Inggeris anda juga boleh terkena sawan jangka terpendek.



Zaman aku di matrik, aku ada boyfriend yang rupanya ala-ala Bollywood. Maksudnya tak adalah gelap tapi tak juga cerah. Suram-suram juga warnanya tapi hidung yang ada sungguh Bollywood dan kalau yang tak cukup penyangkut baju boleh juga nak pinjam. Kalau dikira dari rupa, memang tip top lah dan encik boyfriend ini bekerja dengan sebuah syarikat milik lelaki berbangsa Eropah. Wahhh, tiba-tiba aku ada macam feeling novel Alaf 21. Macam pakwe dalam novel bak heanggg. Rupa kacak, kerja kat kompeni besar konon gah lah sangat. Oh ya, encik boyfriend jawatannya lebih kurang macam engineer dan ini menambahkan lagi ciri-ciri Alaf 21 yang sedia ada.



Encik boyfriend aku suka nak menunjukkan kehebatannya berbahasa omputeh sebab mood everyday-speak-English-at-work sudah menyerap di dalam badan mengalahkan cerita rasukan ablasa. Kadang-kadang sampai naik syeikh dan aku sebagai cik girlfriend yang bajet comel dan berhati mulia sudah pasti melayan saja. Tapi dalam hati ada juga aku nak tergelak sebab bukan betul sangat pun dia cakap, tapi tak apalah, yang penting effort. Aku pun dua kali lima juga padahal. Paling tak tahan kalau aku sebut 'She don't' atau 'He don't' cepat-cepat mulutnya tegur 'doesn't doesn't' yang aku tahu sengaja sebut dua kali diiringi senyum perli bajet dia hebat sangat lah tuuuuu. Tak apa, ada hari Tuhan balas.



Dan satu hari, encik boyfriend nak datang ambil di hostel. Macam biasa bila nak datang ambil sudah pasti handphone menjadi alat telekomunikasi penting untuk menghapdet kedudukan, jarak dan keadaan trafik. Aku pula di bilik menunggu dengan sabar sambil tangan menggenggam erat handphone ibarat menanti panggilan dari rakan yang meminta kita menjawab soalan dalam rancangan 'Who wants to be a millionaire' untuk soalan yang bernilai ribu-ribu jugalah.


Handphone 3310 aku berbunyi lagu Daddy Cool yang sungguh catchy dan untuk zaman ketika itu, handphone 3310 antara yang tercanggih dan bukanlah handphone mampu milik untuk seorang pelajar seperti aku. Nasib aku jadi part-timer kat koperasi kolej aku dan disupport oleh encik boyfriend maka dapatlah aku memiliki handphone idaman ramai yang kalau kau tinggal rata-rata, adalah si tangan panjang yang nak mencuri.


Secatchy tone handphone aku, secatchy itu jugalah aku menekan butang answer. Encik boyfriend, dengan gaya seperti inspektor dalam Gerak Khas terus memberikan maklumat terkini,







'Five minutes again.'








dan terus memutuskan talian..









dan aku yang masih di hujung talian....









KAHKAHKAHKAHKAH










bajetomputehsangatlewtuew











Sunday, January 1, 2012

Kisah aku dan pak guard UIA


Selepas mendapat keputusan SPM yang kategori boleh tahan dan cuma cemerlang beberapa subjek saja, maka aku menyambung pelajaran ke peringkat matriks di UIA PJ. Zaman aku di UIA PJ, curfew pukul 9.00 malam on weekdays dan pukul 10.00 on weekends. Bila outing dan berjimba sudah pasti aku antara yang paling kalut nak balik sebab kalau dah kena tahan dengan pak guard tak pasal kena denda lima puluh hengget yang pada aku cukup besar nilainya yakni melebihi belanja duit makan aku selama seminggu.

Memandangkan UIA merupakan satu-satunya universiti yang (ketika itu) mempunyai nama Islam di tengahnya, maka sudah pasti peraturan-peraturannya tidak jauh beza dengan sekolah agama aku dahulu. Dan sudah pasti episod-episod melanggar peraturan masih berlangsung sama ada secara sedar atau di luar kawalan aku. Eceh.

Ada satu hari aku keluar berjimba bersama rakan sekolah menengah. Outfit aku adalah jeans, t-shirt and tudung bawal kaler putih. Duduk UIA PJ memang banyak tudung putih sebab kalau time kuliah hanya boleh pakai tudung warna putih sahaja. Aku rasa ada dekat 10 helai jugak tudung putih aku sebab jenis beli yang kerawangnya ada kaler-kaler sikit so boleh match dengan baju. Nak jugak tu.


Pada hari yang dimaksudkan, semasa melintasi pagar utama, aku senyum pada pak guard yang on duty. Dia pun senyum siap angguk sebagai tanda baju yang aku pakai melepasi piawai yang ditetapkan.


Tapi entah kenapa, bila time balik pak guard yang aku senyum pagi tadi tiba-tiba tahan aku kata baju aku tak melepasi piawai yang ditetapkan. Ah, aku mula nak tunjuk perangai pompuan PMS.


"Tadi masa saya keluaq pakcik tak kata apa pun!" Mereka yang lahir bulan Februari memang mudah mempamerkan emosi. Dalam hati memang aku dah mencarut-carut ringan.


"Pakcik siap senyum kat saya lagi. Apa pakcik nak mengorat saya ka hapa?" Aku melampiaskan marah aku bertubi-tubi. Aku mula menghentak-hentak kaki apabila pak guard tersebut buat muka tak ada perasaan.


Oleh kerana trelalu marah, aku menarik cota yang berada di pinggangnya dan memukulnya. Aku hentak bahu kanan dia dua kali. Aku ketuk kepala dia sekali. Aku seolah-olah dirasuk syaitan. Dengan segala kekuatan yang ada, aku menghayunkan cota yang berwarna hitam itu ke perutnya lebih dari sekali. Aku seperti sudah hilang kewarasan. Tidak cukup dengan cota yang ada, aku terajang di bahagian sensitifnya.


Ok, aku tipu. Dua perenggan yang atas aku tipu. Gila apa aku nak buat perangai belasah-belasah orang. Ingat aku taff sangatkah. Tapi aku taff sikit ahh kalau nak dibandingkan dengan Nur Qamardhia. Kahkahkah.


"Awak pakai baju macam ni mana boleh. Tak ikut piawai." Haruslah carutan ringan aku bertukar menjadi carutan berat. Tapi masih dalam hati. Tunggulah aku balik dorm. Akan aku carutkan pak guard secara live depan kawan-kawan aku kelak. Hahahaha.


Pak guard tu cakap nak saman aku. Sambil tunjuk muka kerek, dia masuk dalam post pengawal nak ambil writ saman. Dalam kepala aku, dah terbayang lima puluh hengget terbang begitu sahaja. Dengan keberanian yang ada, aku jalan blah macam tu saja. Sebab nak cepat sampai dorm dan lari dari pak guard, aku cross laluan berumput yang ada signboard 'Dilarang Memijak Rumput'.


Dah separuh aku cross laluan berumput, tiba-tiba aku dengar bunyi wisel di belakang. Bunyi yang memang menarik perhatian semua orang. "SISTER, SISTER, AWAK TAK BOLEH PIJAK RUMPUT." Ini dialog pak guard yang sengaja nak malukan aku. Tapi aku tak dulik. Aku jalan laju-laju buat macam aku tak dengar. Banyak kali dia ulang-ulang sambil tiup wisel macam cemas lah sangat.


Sebab nak make sure aku tak kena ligan dengan pak guard, aku toleh belakang. Line clear. Tapi tiba-tiba dalam jarak lebih kurang 300 meter aku nampak pak guard yang nak saman aku dan tiup wisel secara cemas sekaligus memalukan aku dengan gagahnya start motor sambil membawa cota di tangan. Tak buang masa aku lari laju-laju. Ada segerombolan lelaki yang aku rasa penduduk Abu Bakar College (ABC) bersorak bila nampak gadis hot macam aku lari laju-laju tak fikir malu. Tak apa. Dah malam. Mana ada yang nampak sangat muka aku. Lari saja. Yang penting aku selamat. Hahahaha.


Aku bukan Roqaya Al-Gassra maka sudah pasti tak adalah laju mana aku lari. Sayup-sayur aku dengar bunyi motor pak guard dan berselang-seli dengan bunyi wisel. Masa tu aku dah sampai di Al-Malik Faisal Hall. Budak UIA biasa panggil AMF. Aku duduk Kolej Aishah. Kalau nak lari, macam agak berbukit dan di kanan aku adalah ABC yang biasa memang ada perangai mengusik budak perempuan.


Oleh kerana nak selamatkan diri, aku menyelinap masuk wash room kat AMF. Badan berpeluh-peluh dan tangan menggigil sebab letih berlari. Lebih kurang dalam seminit, aku dengar bunyi motor pak guard tadi. Bersungguh-sungguh dan istiqamah sungguh dia nak tangkap aku. Tapi aku duduk dalam toilet tak berkutik.


Tiba-tiba aku dengar pak guard tanya sorang brother nih pasal aku. "Brother, awak ada nampak tak sorang sister yang hot lari ke arah sini?" Adjektif hot tu aku yang tambah sebab nak sedapkan jalan cerita. Kahkahkah. Aku tak tau lah dia betul-betul tak nampak atau memang tak nampak sebab dia kata tak padahal masa aku menyelinap masuk tuh memang ramai gila budak ABC nampak.


Pak guard tu siap describe aku secara detail tapi jawapan tetap tak. Oh, sungguh lega dan nyaman rasa di hati. Thank you brother yang cakap tak tuh. Lama gila aku bertapa dalam toilet. Ada dekat sejam. Agak macam dah sunyi tak dengar bunyi motor baru aku keluar dari situ. Aku berjalan balik bilik. Dan sampai di bilik, sudah pasti mulut murai macam aku nih bercerita pada rakan sebilik. Tapi aku bercerita tanpa carutan berat mahupun ringan kerana aku duit aku selamat.


Al-Malik Faisal Hall yang sungguh banyak kenangan dalam hidup

Nak jadi cerita, kawan aku Zu mengalami situasi yang sama beberapa minggu selepas kejadian ini berlaku. Oleh kerana nak selamatkan diri, Zu pun larikan diri pak guard menuju ke wash room AMF. Dan pak guard tersebut masih meneruskan perjuangan seperti tentera bergajah cuma pak guard ni naik moto, ligan kawan aku sambil tiup wisel. Sumpah pak guard ni kalau jadi referee bola jaring 3/4 permainan dia duk tiup wisel memanjang.


Tapi nasib kawan aku tak begitu baik. Masa nak lari menyorok dalam wash room, kakinya tersepit di dalam lubang laluan parit antara AMF dan ABC. Nak tarik tak lepas dan memandangkan hari minggu, banyak kereta yang keluar masuk. Kawan aku tu pulak kaki tersepit tengah-tengah alam. Kereta nak lalu confirmlah tak boleh. Semua pakat hon dan kawan aku ni memang rasa macam nak menangis. Hahahah. Lawak sungguh bila aku teringat.


Pak guard yang ligan dia tadi sampai di tempat kejadian. Kalau tak salah aku, pak guard tu berletiaq dua tiga baris sebelum tolong lepaskan kaki kawan aku yang tersepit. Tapi saman tetap saman. Dan bila balik dorm, Zu bercerita sambil mencarut-carutkan pak guard tersebut. Aku pun dia carutkan sama sebab kerana dia nak tiru akulah, dia dapat malu. Kahkahkah.









Saturday, December 24, 2011

Kisah aku dan pengawas


Ramai duk tanya aku siapa Ahmad Faryzzal@Afif tu. Tah la. Aku pun tak kenal dia dan aku rasa dia pun bukan kenal sangat aku tapi hati busuk duk komen kat blog aku bagi menyakit hati. Nak cakap pasal amanah sebesar biji sawi pun dikira, tidoq tak tidoq bilik pengawas. Ahh boleh buat aku period sepanjang tahun kalau duk melayan dia.

Dah tu nak buat macam mana aku memang tak suka pengawas? Ibarat hang memang jenis tak suka makan sayur, kalau ada orang paksa-paksa mesti hang rasa macam nak tabuh. Makanya sebab dah kata kita ni hidup negara demokrasi, tak payah nak komen atau buat statement yang indirectly memaksa aku sayang dan suka pengawas.

Ni aku nak cerita satu kisah zaman aku sekolah menengah dan seorang pengawas yang tak perlu aku bagi tau nama dia. Tak mau aku nak telanjang aib orang. Mungkin boleh bagi bukan nama sebenar supaya mudah aku nak karang cerita. Buh nama panjang bajet sedap macam novel Alaf 21 - Putri Amanna Damia Balkish. Kahkahkah. Gedik tak hengat nama.

Time aku belajar dulu, undang-undang sekolah aku memang ada yang macam pelik tak masuk dek akal tapi aku rasa ada blessing in disguise. Contohnya wajib lipat tudung siap buh jarum peniti kiri kanan, wajib pakai kain dalam time sekolah dan macam-macam lagi. Aku dikurniakan kulit putih berseri yang sangat sensitif pada cuaca panas atau keadaan panas maka tak boleh pakai kain dalam. Kalau pakai jenis berlapis-lapis musuh tapi teman setia akan datang melawat. Siapa lagi kalau bukan ruam-ruam merah yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Sebab tu lah aku minta Bini Ustaz buat kain sekolah kat aku, cari material yang tebal dan tak nampak tiang gol supaya tak pakai kain dalam pun tak apa. Bini Ustaz ibu mithali maka pastilah permintaan aku yang mudah begini dituruti.

Tapi kalau dah pengawas tu pengawas jugak. Aku selalu sangat kena tahan dengan si Putri Amanna Damia Balkish. Asal kena tahan tobatlah dia bagi tazkirah suruh aku jaga aurat sampai naik nanah taik telinga aku nih. Aku pun dah malas nak explain dan aku anggap dia ada amnesia. Padahal kalau aku kangkang test bawah lampu haram tak nampak dua batang kaki aku. Saja nak dajalkan aku.


Tak cukup pasal kain dalam, Putri Amanna Damia Balkish kata tudung aku tak cukup labuh. Nampak siku la, tak sesuai la. Benci tau dak? Benci yang amat dan ni la yang aku maksudkan duk cari kesalahan aku. Memang sampai aku tingkatan lima dia duk cari salah aku. Jeles kot aku comel dari dia.


Bila dah masuk universiti, aku pun tak amek tau apa jadi kat dia. Tapi Tuhan nak tunjuk kat aku barangkali. Satu hari aku pi Sunway Pyramid. Saja jalan-jalan cuci mata. Tup-tup aku nampak si Putri Amanna Damia Balkish ni. Lama aku tengok sebab takut salah orang.

Ya, aku memang tak salah orang. Hebat dia masa tu. Tudung dah tak dak. Kena ragut mungkin. Pakai jeans ketat nampak bonggol dua di belakang. Baju pun ketat. Dah ketat tak cukup kain pulak. Jalan pulak dengan boyfriend barangkali. Tangan melilit dengan tangan boyfriend. Aku tengok saja. Tengok dan tak kata apa.


Walaupun dulu aku tak pakai kain dalam, walaupun aku selalu culas pakai sarung kaki, walaupun tudung aku tak cukup labuh tak tutup siku, aku...ah, malas aku nak sambung ayat sendiri. Ini yang aku panggil cakap tak serupa bikin.




Tuesday, December 20, 2011

Sebab-sebab pelajar biasa tak suka pengawas


Pengawas dan pelajar sekolah adalah dua entiti yang kebiasaannya tidak seia sekata sehati berdansa serasi bersama. Sebagai rakyat Malaysia sudah pasti aku pernah bersekolah dan terpaksa menghadapi kehidupan bersama entiti bergelar pengawas. Pergh ayat macam scary the mary.


Semasa di sekolah rendah, aku biasa-biasa sahaja dengan geng pengawas kerana biasalah semua pun budak-budak kecil hati suci belaka. Tetapi bila dah naik sekolah menengah, welcome to the real world. Masa ni kawan-kawan yang dapat title pengawas dah pandai tunjuk taring menyebabkan ramai rakyat biasa rasa sakit hati dan memupuk perasaan tidak suka pada mereka. Untuk pengetahuan anda, aku juga pernah menjadi pengawas tapi setahun sahaja kerana tidak suka dengan sikap rakan-rakan yang berada dalam team pengawas kerana lebih ramai yang hipokrit berbanding yang benar-benar suci. Maka kerana perasaan sakit hati dan rasa ditindas, pengawas adalah golongan yang sering diumpat dan dikeji. Ayuh kita lihat sebab-sebab pelajar biasa tak suka pengawas.


1) Bajet bagus
Mereka yang terpilih menjadi pengawas biasanya mempunyai perasaan diri lebih bagus dari orang lain. Titik. Ya. Itu sahaja yang datang dalam fikiran mereka dan tidak ramai yang sedar ia datang dengan satu tanggungjawab yang besar. Apabila perasaan bajet bagus mendominasi diri, mereka mula memilih kawan. Perhatikan persekitaran anda. Kebiasaannya pengawas cuma berkawan dengan pengawas sahaja dan mungkin sebilangan kecil sahaja yang mengekalkan persahabatan dengan mereka yang bukan pengawas. Kalau yang ini budak lelaki aku tak nampak sangat. Tapi kalau budak perempuan memang jelas dan nyata. Selain itu, kerana sikap bajet bagus yang tersemai dan dibaja secara konsisten, mereka kadang-kadang bersikap lebih sudu dari kuah. Dalam bahasa mudah, tindakan mereka mengalahkan guru-guru yang ada.



2) Sombong dan besar kepala
Segelintir dari geng pengawas mempunyai sikap sombong yang terus terang aku sebagai cikgu pun menyampah rasa nak bagi sedas dua. Selain sombong dengan mereka yang bukan pengawas, mereka juga sombong dengan guru-guru yang bukan dari lembaga disiplin atau mana-mana guru yang kerap berurusan dengan pengawas.

Ada suatu ketika aku memanggil seorang pengawas yang juga Penolong Ketua Pengawas dan memberi penerangan tentang perubahan perhimpunan memandangkan aku guru bertugas dan pengetua dah bagi teguran. Dia datang jumpa aku bersama kawan dia yang ada title pengawas jugak. Aku pun lepas dah briefing bagai dan minah tu pun angguk-angguk so aku anggap dia faham dan akan buat. Sekali bila time perhimpunan haram dia tak buat dan tak pasal-pasal pengetua tegur sekali lagi. Bila aku panggil kawan dia yang teman masa time aku panggil tu, budak tu cakap, minah Penolong KP tu cakap tak payah buat apa yang aku cakap sebab aku bukan cikgu disiplin dan bukan cikgu protokol. Sumpah aku maki berbakul-bakul dalam hati.

Nampak tak betapa sombong dan besar kepala perangai. Kalau aku dan cikgu-cikgu biasa ni minta tolong pun dia buat halai-balai (bena tak bena) saja tapi kalau warden, cikgu disiplin tak cukup kaki tangan dia nak tolong. Kalau dengan cikgu pun dah tunjuk lagak, inikan pula dengan kawan-kawan yang bukan pengawas.



3) Suka mencari kesalahan
Sukacita aku nak tekankan di sini, tugas pengawas bukan mencari kesalahan macam cikgu bahasa marking esei pelajar. Kalau dah nampak salah baru tegur atau rasa nak ambil nama, ambillah. Kalau dah kena ambil nama, jangan lupa bagi tau mak bapak masing-masing sebab kena pi Jabatan Pendaftaran buat nama baru. Ok, tak lawak.
Pengawas ni ada sebahagian besar yang suka mencari salah orang. Kadang-kadang benda yang kita buat tak salah tapi dia akan argue untuk buktikan kita ni memang bersalah dan panggil Karpal Singh pun dia hebat lagi. Zaman aku belajar dahulu memang ada geng pengawas yang sentiasa duk mengekor budak-budak nakal termasuklah aku sampai aku pi tandas nak terberak pun dia ikut. Gila kuasa tahap dewa ingat boleh menang award kalau dapat listkan kesalahan orang paling banyak. Untuk aku kalau dah nampak barulah tegur. Ini dah mengalahkan perisik. Dah tu kalau sekali kita buat salah sampai kiamat dia kata kita bersalah bukan jenis nak bagi peluang. Apa dia ingat dia pengawas dia maksum? Kadang-kadang pengawas lain yang tangkap kita, tapi pengawas-pengawas lain yang tunjuk lagak dan mula nak mengungkit kesalahan lepas walaupun yang dah lepas tu dah dihukum.



4) Memperbesarkan benda remeh
Hanya sebilangan kecil pengawas yang ada sikap toleransi dan boleh maafkan kesalahan pertama. Yang lain kebanyakkannya memang jenis mengamalkan konsep tak-ada-maaf-bagimu. Pengawas-pengawas sekalian, anda diberi jawatan pengawas untuk menjaga kerukunan sekolah di samping mengurangkan beban guru disiplin. Maka benda-benda remeh belajarlah selesaikan sendiri tak perlu guna emosi dan mengungkit itu ini. Kadang-kadang sebab nampak dua orang pelajar tak pakai sarung kaki pergi dewan makan semua pelajar perempuan dipanggilnya sampai terganggu waktu tidur dan rehat aku. Kan lagi baik hang panggil budak dua orang tu dari duk ganggu yang lain-lain. Pulak tu siap announce nama yang buat salah atau kalau tak announce pun dia sindir-sindir sampai semua orang tahu siapa. Sebab tu lah aku sebagai pelajar biasa tak ada jawatan cukup meluat dengan pengawas-pengawas ni kerana perangai dan sikap mereka yang konon macam lindungan kaabah.


5)Mengadu domba
Mengadu domba adalah perbuatan yang keji tapi inilah amalan dalam kebanyakkan geng pengawas. Point ini sebenarnya relate dengan point keempat. Kalau kes curi, gaduh, tak sembahyang atau tak puasa bolehlah nak mengadu. Ini setakat benda kecil lewat naik riadah pun nak bising. Ada kawan aku dulu yang pengawas yang aku senang dengan perangai dia. Kisahnya aku dan kawan-kawan aku suka gila berriadah dan selalu lewat naik berbanding yang lain. Kalau pengawas lain sudah pasti aku tak ada nama dan berkemungkinan didenda oleh warden. Tapi pengawas yang kawan aku ni chill sahaja kerana dia tahu walaupun aku lewat naik dorm tapi aku turun makan dan pergi sembahyang on time. Ini kalau tak boleh dapat nama orang buat salah bersiap sedia di perhimpunan anda akan diminta tunggu cikgu nak jumpa. Bukan apa, kalau aku naik awal pun bukan boleh aku pi mandi terus sebab ramai gila beratur sebab masing-masing baru naik.



6) Cakap tak serupa bikin
Pengawas adalah antara manusia yang paling banyak putar belit. Macam pemimpin yang ada hari ni. Banyak sungguh putar belit atau cakap tak serupa bikin. Depan kawan cakap lain belakang kawan cakap lain. Ini satu kisah benar. Seorang pengawas lelaki telah terajang seorang pelajar biasa kerana pelajar biasa itu tak dengar arahan yang diberikan. Awal-awal lagi dah tunjuk perangai macam neraka sebab orang tak dengar arahan pun sampai diterajang. Hang tak dengar cakap mak pak hang ada mak pang hang terajang ka? Okey, sambung balik. Dah diterajang yang bukan pengawas balas dan kemudian si pengawas ni balas lagi dan si ketua pengawas datang leraikan. Oleh kerana dah jadi 2-1, pengawas score 2, si bukan pengawas bubuh satu kali saja, setelah dibincangkan maka dua-dua pihak setuju tak payah panjangkan cerita maklumlah sebelum tu dah ada kena buang, batch pengawas tu jugak. Tetiba esok tu budak biasa kena panggil dan si ketua pengawas mulut macam haram tu pi report padahal konon sebelum tu dia yang nasihat tak oayah panjangkan pada cikgu. Sumpah aku maki secara live. Tak ada lagi mencarut ringan atau di dalam hati.




Kalau nak cerita semua perkara yang menyebabkan pelajar biasa tak suka pengawas, mungkin tujuh hari tujuh malam pun tak habis. Contoh paling mudah kalau pergi prep semua pelajar kalut macam lipas kudung tapi pengawas rileks saja sebab kalau cikgu tanya kenapa lambat skema jawapan dah ada - saya pengawas bertugas. Aku macam nak mencarut saja sebab pernah sekali aku jadi guru bertugas dan tengok mereka yang lewat ke prep lebih ramai pengawas dari pelajar biasa. Bila ditanya itulah jawapan yang aku terima dan macam tak logik satu hari dekat 10 orang pengawas bertugas. Tapi aku bukan jenis manusia yang nak besarkan benda kecil. Tak perlu nak gelapkan masa depan orang lain kerana kesalahan kecil yang aku rasa lebih elok aku berikan teguran dan esok-esok dia buat lagi baru aku ambil tindakan.

Aku tahu entri aku beremosi tetapi apakan daya, aku bukan heartless. Aku memang dilahirkan punya perasaan dan kalau tak puas hati, buatlah entri balas. Hahaha. Aku tak marah pengawas yang ambil tindakan bila aku bersalah tapi aku benci pengawas yang ambil tindakan yang aku sendiri tidak jelas dengan salah aku atau dia memang sengaja nak salahkan aku. Aku sendiri pening dengan ayat aku. Mampoih pi lah. Sebagai seorang pelajar biasa di zaman aku bersekolah, aku berhak menzahirkan ketidakpuasan hati aku supaya pengawas yang ada hari ini bersikap mulia dan tak perlu nak tunjuk lagak. Percayalah, kami tak minta anda jadi sporting, kami cuma minta anda ada sikap tolak ansur dan tidak mengadu domba. Yang mana anda boleh selesaikan, sila selesaikan dan dari situ kami nilai kredibiliti anda sebagai pengawas yang layak dihormati.


Saturday, December 17, 2011

Setem Pulau Pinang satu



Sebelum Ustaz berpencen dan aku adik beradik-beradik menetap di Kedah, aku tinggal di Penang dan sempat bertadika dan bersekolah di sana. Selama di Penang aku kawan dengan Faridah Mansor, anak lecturer USM yang pandai serba serbi dan dengar-dengar dia masuk TKC dan jadi doktor. Aku pun kurang pasti tang yang jadi doktor sebab dah lama tak contact.

Sebelum aku pindah, kami tukar-tukar alamat dan janji nak tulis surat. Biasalah budak-budak. Jakun baru belajar tulis surat kiriman tidak rasmi.

Lebih kurang lepas sebulan dua aku pindah aku dapat surat dari Faridah dan aku memang eksaited tahap dewa terus beli samput kertas pen bagai nak balas surat. Aku pun tak ingat apa yang aku tulis tapi sudah pasti inti patinya tentang aku yang baru pindah ke Kedah dan yang memang aku ingat, aku ikut sejibik sejibon format surat kiriman tidak rasmi. Kahkahkah. Skema tak hengat.


Bila dan tulis surat dan siap dengan signature aku pun nak pos surat. Dah siap tulis alamat mintak kat Bini Ustaz nak naik basikal pergi pejabat pos. Wah, konfiden memang tahap tertinggi.

Sampai depan pejabat pos, letak basikal tepi tangga dan beratur kat kaunter Setem dan Pelbagai. Kejap-kejap aku belek surat yang aku pegang dan tengok duit di tangan.

Sampai saja turn aku, kerana tak cukup tinggi, aku kena menginjat sikit supaya pakcik di kaunter nampak wajah aku dengan lebih jelas. Kalau tak nampak dahi, mata dan hidung sahaja.


Pakcik kaunter terus tanya nak apa dan ada dik di belakang.

"Pakcik, bagi setem Pulau Pinang satu."

Kahkahkahkah pakcik kaunter tu gelak kat aku. Aku buat muka nak menangis. Pakcik kaunter tu lepas dah gelakkan aku dia cakap setem Pulau Pinang tak ada. Aku memang sedih dan terus kayuh basikal balik rumah.

Sampai rumah aku cerita kat Bini Ustaz dan dia pun bantai gelakkan aku sampai nak putus nyawa.

Dan bila aku teringat balik cerita ni, memang aku pun gelak kat diri aku sendiri. Mana la aku tau. Aku ingat kalau nak pos kena guna setem berdasarkan alamat negeri yang ditulis kat sampul. Nak pos ke Pulau Pinang, beli setem Pulau Pinang. Nak pos ke Selangor, pakai setem Selangor. Noob sungguh aku rupanya.


Ayuh gelakkan aku secara berjemaah.




Thursday, December 15, 2011

Aktiviti-aktiviti budak asrama time outing



Tinggal di asrama tapi tak pernah outing mungkin boleh menyebabkan panjat KB Mall dan terjun bunuh diri. Hahaha. Tak habis-habis pasal KB Mall. Aku dahulu antara budak asrama yang suka outing. Seronok gila kalau boleh outing. Masa mula-mula duduk asrama asal nak outing telefon Bini Ustaz mintak datang dan ambil aku pergi outing dan terus balik rumah. Maklumlah jarak rumah dan sekolah hanya 10km. Tetapi bila dah dapat kawan best masih lagi telefon Bini Ustaz tetapi dengan pesanan yang berbeza - jangan mai orang nak outing dengan kawan. Sungguh anak derhaka tak kenang emak sewaktu bergembira. Nasib baik Bini Ustaz tak lari masuk Batu Belah Batu Bertangkup. Tak apa. Aku sembilan beradik. Tak ada aku, ada lagi lapan. Hihihihi.

Memandangkan outing merupakan peluang yang ditunggu-tunggu oleh pelajar asrama, sudah pasti ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ayuh kita imbas zaman kita belajar dan adakah kita berkongsi aktiviti yang sama. Cekidautttt.


1) Menonton wayang
Kepada yang bersekolah dekat dengan panggung wayang sudah pasti menonton filem-filem terbaru menjadi agenda utama ketika outing. Malam sebelum keluar outing sudah pasti mencari surat khabar untuk melihat senarai cerita dan filem yang ditayangkan. Hasil menonton wayang juga sebenarnya adalah untuk dijadikan modal apabila bersembang dengan kawan-kawan di asrama terutamanya bagi mereka yang berjaga lewat malam.



2) Ronda di pasar malam
Walaupun kata kerja ronda hanya untuk polis dan pasukan rela tetapi sebagai orang Kedah tak berapa sejati aku memang dah biasa menggunakan term ronda berbanding berjalan-jalan atau bersiar-siar. Ronda di sini maksudnya jalan-jalan pusing-pusing tanpa sebarang tujuan yang jelas. Meronda di pasar malam juga seronok kerana dapat membeli makanan-makanan yang sukar didapati di dalam sekolah disamping mencuci mata. Hahahaha. Bagi yang berwajah cantik dan rupa cun abang-abang pasar malam selalu bagi makanan free atau dapat harga murah. Kalau aku memang tak lah sebab sekadar bolah tahan dan dahi jendul letak empat jari pun boleh. Hahahah. Tapi itu dulu. Sekarang dah besar comel kiut jelita. Kahkahkah.


Aku dulu walaupun duit tak berapa nak ada tetapi meronda di pasar malam adalah seperti kewajipan. Kalau orang bercinta, tak nampak tuan badan nampak bumbung rumah pun jadilah. Aku pun lebih kurang. Tak dapat beli ambil bau pun jadilahhhh.



3) Melantak di kedai makan/fast food restaurant
Sudah menjadi kelaziman apabila hari outing makanan di dewan makan tidak dipandang oleh budak-budak asrama. Kalau aku memang taklah sebab dulu bajet ciput dan makanan di dewan makan memang laziz jiddan maka tak kira outing atau balik kampung aku tetap makan di dewan makan. Tetapi apa yang dapat aku lihat memang ramai budak asrama suka makan di luar. Sekali sekala ada juga aku makan tetapi memang boleh dibilang dengan jari. Kalau trend sekarang aku lihat budak asrama suka sangat makan di fast food restaurant especially KFC dan McD. Budak perempuanlah yang selalu sangat aku tengok beratur panjang dan budak lelaki lebih suka makan di kedai makan biasa atau restoren mamak. Budak perempuan makan memang selalu nak mewah tetapi budak lelaki nak yang murah dan sedap.



4) Main bowling/snooker 
Seperti yang pernah aku sebut di entri sebelum ini, lelaki dan bola memang tak dapat dipisahkan. Maka kerana itu sekiranya berkesempatan dan ada duit sudah pasti pusat bowling atau snooker menjadi kunjungan mereka time outing. Budak perempuan belum pernah aku jumpa di pusat bowling kerana biasa kalau outing pakai baju batik kain kurung nak main bowling pun rasa payah atau malu mungkin. Kalau yang keluar pakai slack dan t-shirt mungkin akan bermain bowling time outing.


5) Masuk CC
Zaman aku sekolah memang gila masuk CC sebab nak chatting dan check email. Zaman aku chatting pakai MiRC dan AOL. Tak ada lagi friendster, Facebook Myspace semua nih. Maka setiap kali outing akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam di CC.


Zaman sekarang yang majoriti ada Facebook seudah pasti akan berkunjung ke CC untuk menghapdet status, mengomen dan mengelaik. Ada juga yang masuk CC untuk mendownload lagu dan disimpan di dalam MP3 atau MP4 yang dibawa secara halal atau haram.



6) Dating
Bagi yang bercinta dan berkasih zaman sekolah outing merupakan kesempatan untuk bertemu dan makan bersama tak sedar guna duit mak bapak atau biasiswa. Kebiasaannya mereka jarang berdua-duaan tetapi si pakwe sekolah terpaksa berjalan bersama si awek sekolah dan rakan-rakan awek sekolah konon untuk cover line. Hahahaha. Aku tak pernah buat tapi aku biasa nampak kawan dan musuh aku buat maka aku ceritakan sahaja di sini. Pakwe sekolah terpaksa ikut ke mana sahaja si awek sekolah dan rakan-rakannya pergi demi menjaga hati. Kahkahkah.



7) Balik rumah
Aku merupakan antara budak sekolah yang selalu ambil kesempatan balik rumah time outing. Orang lain makan di kedai, aku makan di rumah. Kadang-kadang aku bawa sekali kawan-kawan untuk turut sama mentekedarah di rumah hasil air tangan Bini Ustaz. Bagi mereka yang rumah dekat sudah pasti mengambil peluang yang sama.


Ada juga jenis yang bawa baju busuk tak basuh dan balik rumah basuh pakai mesin. Aku tak buat sebab aku rajin basuh baju dan aku juga alah dengan mesin basuh. Ini fakta dan tak ada maknanya aku nak auta. Aku juga selalu balik rumah sekadar untuk berehat dan menonton cerita hindustan sebab di asrama kalau boleh tengok pun banyak sangat gangguan. Tak suka tak boleh concentrate. Benda hiburan nak sangat concentrate. Sungguh tak elok perangai. Hahahaha



8) Mengukur pekan/bandar
Bila time tak berduit tetapi tak mahu tinggal di asrama maka ini sahaja aktiviti yang aku buat time outing. Sekadar berjalan-jalan dan masuk setiap kedai yang ada tengok-tengok konon macam nak beli dan secara tidak langsung mempermainkan perasaan tauke kedai yang dah get ready dengan plastik di tangan. Kemudian bila dah letih duduk di kedai makan beli dua gelas minuman kongsi empat orang. Sambil minum mata tengok orang kemudian mula bergosip gelak-gelak kat orang padahal tak sedar orang pun gelak kat aku dan kawan-kawan yang nampak sangat tak ada duit beli air pun kongsi. Hahahaha.




Sememangnya budak asrama dan outing ibarat isi dengan kuku yang tiada sekam antara mereka. Rugi bagi mereka yang tinggal lima tahun di asrama tetapi tak pernah outing. Outing dengan pakai baju batik asrama bersama kawan-kawan membuatkan diri terasa sangat dewasa dan independent berbanding dengan budak sekolah lain yang kalau nak keluar mesti dengan mak ayah atau at least abang kakak. Kepada mereka yang pernah tinggal di asrama atau sekarang masih lagi di asrama, apa lagi aktiviti yang anda buat? Aku pun ingat-inagt lupa kerana semua ini aku lalui when I was younger *statement tak mengaku tua*.



Tuesday, December 13, 2011

Aktiviti-aktiviti budak asrama yang orang tak tahu #2



Setelah memebaca entri pertama berblenderkan aktiviti-aktiviti budak asrama yang mungkin orang yang tak pernah tinggal di asrama tidak tahu, maka selepas ini mungkin memasang impian apabila mempunyai anak mahu menghantar mereka ke asrama. Selain belajar menjadi independent, biasanya budak yang duduk asrama ni rajin sikit dari mereka yang tidak tinggal di asrama. Tak percaya? Buatlah pengamatan secara kasar. Pasti anda akan melihat perbezaannya. Okay, fikiran aku masih lembab-lembab kerana hujan-hujan dan sejuk-sejuk di luar maka paras normal otak aku berfikir kurang dari biasa dan menyebabkan tidak pandai mengarang intro dengan panjang lebar seperti biasa. Ayuh kita buang masa dan baca entri ini.




5) Jalan-jalan di kawasan sekolah
Ini memang aktiviti yang paling aku suka buat bersama rakan-rakan seperjuangan. Kebiasaannya malam minggu tiada aktiviti di asrama maka aku dan rakan-rakan akan pergi ke sekolah berjalan-jalan waktu tengah malam tanpa sebarang tujuan yang khusus. Biasanya dengan berjalan sebegini dapat mencuci mata melihat pakwe-pakwe sekolah yang menjadi idaman hati tetapi nama pun di dalam hati maka dipendamkan juga di dalam hati. Tak apa. Dapat syahid kecil. Kebiasaannya budak perempuan jarang buat aktiviti ini. Selalunya pelajar lelaki yang mendominasi carta tawaf sekolah dan aku juga kurang pasti apa yang mereka buat. Lepas sembahyang mahgrib dan baca Yaasin biasa ada tazkirah tetapi pakwe-pakwe sekolah yang otai sudah cau cin cin dari surau dan berjalan-jalan di kawasan sekolah. Kadang-kadang aktiviti berjalan-jalan begini berlanjutan sehingga lewat tengah malam. Orang lain di asrama sudah tidur tetapi yang jenis berjaga malam memang ini antara aktiviti kegemaran.


Untuk pakwe sekolah terutamanya sila berhati-hati dengan barang anda yang ditinggalkan di dalam laci meja kerana ada segelintir awek sekolah yang gedik akan menggodeh tempat anda ketika anda pergi sembahyang jumaat. Aku tak pernah buat sebab aku memang tak berani nak kacau barang orang dan kerana aku juga tak suka orang buat benda yang sama pada aku maka aku juga tak akan buat pada orang. Eceh. Berhikmah gila statement.



6) Bangun bergosip di tengah malam
Kawan-kawan aku kerap berjaga lewat malam tanpa membuat perkara yang berfaedah. Aku jarang berjaga lewat malam kerana aku manusia yang selalu tidur awal. Sekali sekala aku tidur lewat sudah pasti aku akan bersama kawan-kawan aku yang selama ini aku fikir mereka study tetapi mereka bergosip dan bersembang macam-macam cerita. Adatlah mulut perempuan yang memang suka bercakap sebab tu bahasa-bahasa yang ada dipanggil mother tongue sebab mak lebih banyak bercakap berbanding ayah.


Jangan ingat gadis-gadis sahaja begini. Pakwe-pakwe sekolah juga berkongsi tabiat yang sama. Mereka juga gemar bergosip terutamanya tentang awek sekolah yang hangat. Pakwe sekolah juga akan menjadikan sesi ini untuk mengutuk sikap-sikap gadis yang tergedik-gedik di samping memberi nama-nama gelaran yang akan digunapakai di kalangan mereka. Kepada gadis-gadis yang sudah menamatkan zaman persekolahan, silalah tanya kepada pelajar pakwe-pakwe yang sekelas dengan anda tentang nama samaran atau timangan untuk anda. Kalau tak ada, bermakna anda tak cukup glamer. Kahkahkah.



7) Main bola dalam dorm
Lelaki dan bola mempunyai hubungan yang sangat rapat kerana selain dari sifat suka bermain bola mereka juga dilahirkan mempunyai bola. Eh. Sebahagian pakwe sekolah yang otai gemar bermain bola di dalam dorm ditambah. Cermin pecah, bunyi bising dan kemungkinan didenda adalah perkara kecil untuk mereka kerana kepuasan bermain bola di dalam adalah berbeza dibandingkan bermain di padang. Gadis-gadis yang extreme mungkin juga bermain dalam dorm sekiranya ahli dorm semuanya okay dan bukan kaki mengadu macam nak jadi pengawas. Aku sekadar main zero point atau lompat getah dalam dorm. Nak main bola aku tak cukup berani. Bukan aku takut dengan pengawas atau warden, tetapi aku takut pada bola -__-



8) Buat facial secara berjemaah
Gadis-gadis peringkat umur ini ramai juga yang ada beauty concern. Maka secara berjemaah kami akan membuat facial, pedicure, manicure dan cuci rambut bagai. Aku dahulu memang hapa pun tak gheti maka selalunya mereka akan buat untuk aku sambil bergosip-gosip tentang cikgu-cikgu, pakwe sekolah, dewan makan, artis dan lain-lain.

Aku dan dorm-mates aku suka mencuba fashion rambut yang kami lihat di majalah. Fashion rambut Karisma Kapoor, Madhuri Dixit, Amisha Patel, Amy Mastura adalah yang paling kerap ditiru. Kalau rasa mahu gedik lebih, siap ambil gambar dan posing. Zaman sekarang okay lah pakai kamera digital. Zaman aku kamera kuno. Dah tangkap gambar tunggu time berduit dan outing ke pekan baru boleh cuci gambar. Paling aku tak boleh lupa, ada kawan aku ajar macam mana nak rambut lurus guna jari pun boleh. Siap buat demo suruh baring dan rambut diluruskan ke belakang. Kemudian di atas rambur dialas dengan kain batik. On seterika dan iron-lah atas kain batik yang bawahnya ada rambut. Ya. Memang menjadi macam pergi rebonding di kedai. Tapi tahan satu hari sajalah. Hahahaha.



Macam-macam lagi aktiviti yang dibuat di asrama. Kebiasaannya aktiviti dibuat secara berjemah mengambil kira potensi untuk ditangkap oleh pengawas atau warden. Kepada yang bangun malam pergi raba kawan-kawan atau junior memang tak cool. Gila ke hapa duduk asrama belajar jadi gay. Masa aku form one, aku selalu buat macam-macam helah supaya boleh balik rumah dan tak perlu berhujung minggu di asrama. Tetapi bila dah besar dan dapat kawan yang best, tak balik pun tak apa kerana ada banyak aktiviti yang boleh dibuat di asrama. Aktiviti-aktiviti begini yang memupuk friendship intimacy dan berkekalan untuk suatu tempoh yang lama. Aku malas nak cakap sehingga akhir hayat kerana kebanyakkan kawan yang aku ada bila dah ada boyfriend lupa pulak dengan aku. Cis!













Tuesday, December 6, 2011

Aktiviti-aktiviti budak asrama yang orang tak tahu #1



Kehidupan di asrama merupakan fasa kehidupan yang boleh dikatakan agak seronok kerana kita hidup bersama rakan-rakan, musuh-musuh dan cikgu-cikgu. Macam aku, aku tinggal di asrama selama lima tahun bermula dari tingkatan satu. Mula-mula memanglah aku menangis memanjang padahal rumah 10km sahaja. Asal hujung minggu selalu fikir nak cari alasan supaya boleh balik rumah dan tak perlu berhujung minggu di asrama. Bayangkan setiap hari melalui rutin yang sama. Bangun pagi, mandi, sembahyang jemaah, makan di dewan makan, riadah, prep, gotong-royong...huii  mahu habis satu entri kalau aku senarai semua aktiviti-aktiviti dan rutin harian yang sangat lame ini. Maka apabila dah besar sikit dan boleh berlagak otai, aku dan kawan-kawan di sekolah mula mencari aktiviti-aktiviti lain untuk menghilangkan kebosanan tinggal di asrama dan menjadikan asrama tempat yang awesome. Dan aku juga dengan baik hati telah menjalankan kajian ke atas sebilangan jejaka untuk turut berkongsi aktiviti mereka selain dari rutin harian yang sungguh lame dan bosan. Ayuh baca secara berjemaah.



1) Skodeng
Ini adalah aktiviti setiap malam dan aktiviti di hujung minggu. Tak kira pelajar lelaki mahupun perempuan masing-masing melakukan aktiviti skodeng sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Aktiviti skodeng di waktu malam terbahagi kepada dua. Umum ramai mengetahui budak asrama memang tak ngam dengan warden kecuali puak-puak pengawas atau puak-puak yang teringin nak jadi pengawas. Maka sekiranya mahu melakukan aktiviti lain selepas light off, sudah pasti akan ada watak tepi tingkap skodeng rumah warden. Hahahaha. Aku juga pernah memegang watak ini dan sangat mendebarkan kerana sekiranya salah informasi aku akan dibahankan oleh kawan-kawan.


Hujung minggu pula aktiviti skodeng yang lebih kepada mencuci mata. Kebiasaannya waris akan membuat kunjungan kepada anak-anak atau adik yang tinggal di asrama. Ketika aku di asrama, room-mate aku mempunyai koleksi abang yang kacak-kacak belaka. Maka setiap kali dia menerima kunjungan wajah aku boleh dilihat di tingkap nako dorm aku dan aku tidak berseorangan melakukan aktiviti ini. Tak adalah aku skodeng sejam dua, sekadar nak cuci mata buat penawar rindu. Kahkahkah. Sebahagian budak perempuan yang ada pakwe akan skodeng pakwe pergi sembahyang jumaat. Mungkin kerana bukan selalu boleh lihat pakwe sekolah pakai baju melayu lengkap bersampin. Hihihi. Aku tak terlibat kerana biasanya aku buat sunat tidur sekejap waktu-waktu macam tu. Selain itu mana-mana pelajar yang terlebih hormon gatal akan skodeng pelajar di asrama bertentangan. Yang lelaki skodeng perempuan dan yang perempuan skodeng lelaki. Semasa zaman aku di asrama, ada satu malam aku tengah baring sambil baca buku cerita. Tiba-tiba ada satu cahaya merah dekat baju aku. Bila aku selak tirai budak-budak laki duk main suluh-suluh benda alah macam torch light tapi lambu kaler merah. Sumpah aku mencarut, tapi dalam hati saja.


2) Merokok secara sulit
Ini adalah aktiviti pelajar lelaki biasanya. Memandangkan sekolah merupakan kawasan larangan merokok maka pelajar-pelajar lelaki akan mencari inisiatif untuk merokok secara sulit. Macam cikgu-cikgu lelaki juga. Kalau dah gila asap, mesti cari port baik nak pam sebatang dua.

Budak sekolah harian, depan pagar sekolah dia buang rokok.
Aku benci tengok perangai macam tu nak tunjuk ego sangat.
Kebiasaannya aktiviti ini dijalankan secara sulit dan sudah pasti tempat-tempat yang susah untuk dikesan. Salah seorang akan turun padang untuk melihat tempat dan memastikan kawasan pilihan clean and clear dari warden, pengawas dan mereka yang mahu jadi pengawas. Blok-blok yang agak jauh, gelap dan tersembunyi dari pandangan umat asrama akan menjadi port terbaik untuk perokok-perokok yang ketagih asap ini. Selain memilih merokok di blok yang jauh dari pandangan orang, ada juga mengambil tindakan ekstrim dengan membuka siling dan panjat naik dan tanpa membuka majlis dengan ummul kitab, mereka memulakan aktiviti merokok di situ.



3) Memasak secara berjemaah
Kehidupan di asrama membuatkan perut selalu lapar dan stok makanan sentiasa ada. Kawan-kawan aku banyaknya makan Maggi maka mudah saja turun dewan makan minta air panas, rebus dua minit siap. Tetapi aku adalah manusia yang tak makan Maggi atau sebarang instant noodles. Maka otak perlu kreatif untuk memenuhi keperluan perut yang lapar. Biskut kering, kerepek atau coklat jemu dimakan selalu maka setiap kali outing aku akan beli telur barang dua tiga biji. Aku juga sentiasa ada Planta dan roti Gardenia. Apabila perasaan lapar menyerang aku dan beberapa orang kawan akan turun ke bilik seterika. Plug dicabut dan aku akan basuh permukaan seterika. Pukul telur dalam mangkuk, sapu marjerin atas seterika, agak dah panas, tuang telur. Jangan lupa ejas-ejas dia punya panas. Hahahaha. Aku pun hairan macam mana aku boleh sanggup makan. Tapi zaman sekolah memang ada perangai tak kisah yang tinggi. Pakai baju kurung lari laju-laju pun tak kisah. Aktiviti ini perlu dilakukan secara berjemaah kerana anda memerlukan seorang rakan untuk memegang seterika dan seorang lagi sebagai watchman. Hihihihi.



4) Fly
Aktiviti ini juga seronok dilakukan kerana menyebabkan adrenaline rush dan paling penting dilakukan secara berjemaah. Walaupun mahu keluar secara berseorangan menahan teksi tetapi masih lagi memerlukan bantuan orang lain untuk cover anda di asrama. Matlamat fly dari sekolah hanyalah untuk berjimba tak kisah kalau tempat berjimba hanya pekan koboi. Kepuasan fly tidak dapat diceritakan kerana keghairahan...ok aku rasa macam tak sesuai. Passion and adrenaline rush bersatu membentuk keterujaan yang tidak dapat dikongsi bersama. Kalau tak faham tak apa. Sebab aku sendiri pun pening dengan ayat aku. Tetapi kepada mereka yang pernah fly, aku pasti mereka faham apa yang ingin aku sampaikan. Kalau fly untuk buat maksiat memang tak cool. Aku fly sebab lapar. Hahahaha. Pecah rahsia.

Tempting gila tengok cucuq pisang. Tambah tang kerak. Sedap wehhh
Paling sempoi aku pernah keluar selamba badak waktu siang. Kebetulan lepas sekolah aku rasa teringin gila nak makan cucuq pisang maka aku dan Kicik terus keluar lalu macam biasa ikut gate utama. Bila Pak Guard tengok kami, kami senyum dan aku siap angkat tangan padahal dalam hati ketaq tak dak dah. Keluar dari sekolah kami beli cucuq pisang, ada bahagian untuk Pak Guard tu. Bila dah masuk aku tengok Pak Guard tu tengah lena maka kami pun tak jadi nak bagi. Hahahaha.





Ramai yang ingat duduk di asrama bosan dan rasa macam nak panjat KB Mall terjun. Hahahah. Aku selalu buka nak baca entri ni tapi error pasaipa tak tau. Sebenarnya duduk asrama best tetapi otak kena kreatif, pilih kawan yang best dan warden hanyalah watak tambahan yang selalu mati tengah jalan cerita. Warden tu cikgu, maka dia pun tau mengantuk. Cukup masa dia lena bolehlah mula aktiviti. Hahahaha. Banyak lagi aktiviti lain yang aku nak karang tapi aku macam dah pening-pening sebab Bini Ustaz tengah perangat (reheat) gulai ikan dan aku yang dalam bilik pening kepala teruih rasa nak tidoq.



Mungkin jugak sebab aku takbur dengan yui konon tahun ni tak sakit lagi kepala maka lewat malam begini aku sakit kepala. Cis!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...