Showing posts with label Religious. Show all posts
Showing posts with label Religious. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Busy mending myself





Sudah-sudahlah kita mencari salah orang lain. Sudah-sudahlah kita menuduh sana sini. Masa untuk muhasabah diri.


PS - Intro yang buat aku terpaut dan terus tengok sampai habis walaupun esok sekolah, dah lewat malam dan boleh jadi PPD nak datang observe esok. 


Monday, January 23, 2012

Tanda-tanda manusia nak jadi tuhan


Amacam tajuk? Biasalah. Semenjak berkawan dengan retis tajuk mesti gempak. Saja kadang-kadang nak juga rasa perasaan retis-retis yang selalu keluarkan statement kontroversi walaupun tiap-tiap minggu dinasihatkan untuk meningkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.


Dan semenjak dua menjak ni memandangkan sungguh banyak cuti umum, cuti peristiwa dan cuti berganti, aku meluangkan masa dengan bersosial tanpa melupakan Tuhan Yang Esa. Oh, jangan salah faham aku tidaklah bersosial dengan keluar berjimba bersama rakan tetapi aku bersosial secara maya. Ya, melalui dunia siber aku bersosial dari satu website ke satu website seperti zaman kanak-kanak kurang rasa malu dan berjalan ke rumah makcik pakcik di kampung padahal haram tak kenal demi mendapatkan duit raya walaupun sekupang.  Bersosial begini tidak perlu nak hello atau roger kata nak datang. Masuk saja tak beri salam pun tak apa. Kalau bagi salam nanti orang kata kau gila tiba-tiba depan notebook bagi salam gaya biasa orang Melayu. Okay, aku pun tak faham apa yang aku duk mengarut tang ni. Tak ada kaitan pun padahalnya. Bahasa mudahnya, bila berblog walking baru nampak ramai rupanya yang nak jadi tuhan. Dan bila kita bersembang dengan kawan-kawan atau yang kita tak berapa nak kawan pun, ramai juga nak jadi tuhan rupanya.



1) Ini dialog kawan aku yang nak jadi tuhan.
"Widad, hang bila lagi nak kahwin? Hang jangan memilih sangat. 
Esok-esok hang sampai tua tak menikah. Jadi anak dara tua duk sorang-sorang."

Wahhh. Hebat hang Tipah. Nampak tak ciri-ciri tuhan di situ. Boleh tahu apa akan jadi kalau aku tak menikah. Oh, please-lah kawan-kawanku dan mereka yang aku tak berapa kawan sekalian. Jodoh itu urusan Tuhan, urusan Allah. Makanya tak perlulah anda nak melawan kekuasaanNya dengan mempersoalkan perkara-perkara begini kerana apabila anda mempersoalkan perkara-perkara berkaitan jodoh, itu tanda anda nak jadi tuhan. Aku antara manusia yang paling tak gemar membincangkan bab-bab kahwin. Apa anda fikir aku tak ada perasaan nak kahwin? Aku ada perasaan nak kahwin, cuma buat masa ni aku tak anggap kahwin adalah satu priority. Bagi yang dah berkahwin terutama yang perempuan jangan nak sibuk hal aku yang bujang. Jaga suami anda masing-masing. Aku bukan nak jadi tuhan, tapi sila sedar, suami anda bukan hak milik kekal atau free hold. Sila sentap dengan statement aku. Sekian.



2) Tanda-tanda manusia nak jadi tuhan juga boleh dilihat melalui polisi-polisi yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa dan jawatan. Sebagai contoh, Petronas. Melalui apa yang diberitahu, Petronas tidak membenarkan perkahwinan sesama staff Petronas. Huiii, ini namanya nak menidakkan kuasa tuhan. Dan bila menidakkan kuasa tuhan, itu tandanya nak jadi tuhan. Ini pun berkaitan jodoh. Dah kalau jodohnya dengan orang di sekelilingnya, siapa kita nak menolak atau melawan takdir. Kononnya sebab mahu kekayaan dikongsi bersama. Dah kalau nak kongsi sangat, pada aku mungkin lebih afdhal dijadikan wang saku kepada pelajar-pelajar universiti melalui memberian zakat. Kan molek gitu? Eceh



3) Aku selalu juga blog walking di blog-blog yang bloggernya menunjukkan ciri-ciri mahu menjadi peserta imam muda. Selalu up entri-entri berunsurkan keagamaan yang kalau sekali dua aku baca, wah kalau aku ada anak mungkin aku booking buat menantu. Tapi bila lama-lama baca, hui jangan kata imam muda, rancangan makmum muda pun boleh jadi tersingkir di minggu pertama. Sebagai contoh, sekarang ni dah ramai retis-retis dah berubah ke arah kebaikkan. Dah pakai tudung, dah tutup aurat. Tapi tiba-tiba boleh pula si blogger ini buat entri akak retis akan terus tanggung dosa selagi gambar-gambar atau filem yang dia tak tutup aurat ditayangkan kepada umum. Wah wah wah, tuhannya hang nih. Dosa pahala urusan Allah. Makanya siapalah kita untuk judge perkara-perkara begini. Adalah lebih afdhal kita mendoakan semoga akak retis istiqamah dalam menutup aurat dari sibuk membincangkan dosa pahala akak retis sedangkan kita sendiri pun belum tahu nasib di akhirat.



4) Selain menunjukkan ciri-ciri mahu menjadi tuhan, ada juga yang jenis yang suka bersangka buruk dengan tuhan. Ciri-ciri manusia yang bersangka buruk dengan tuhan adalah melalui tutur kata yang kalau kita dengar mungkin biasa saja tapi bila fikir dengan mendalam berbekalkan ilmu agama yang dipelajari melalui kelas Kafa, kelas fardhu ain dan ceramah-ceramah yang tak ada permit mungkin kita sedar mereka ini bukan sahaja bersangka buruk dengan manusia, dengan tuhan pun nak bersangka buruk. Sebelum ada yang tak faham, haruslah aku sebagai anak ustaz yang imannya tak dapat diwarisi memberi contoh agar dapat menjana pemikiran yang cerdas di samping mengamalkan pengambilan omega di dalam diet seharian. Berbalik kepada contoh mereka yang bersangka buruk adalah melalui kata-kata 'Aku ni semayang tunggang terbalik tak tau la Allah terima ka dak'. Ya hadirin hadirat yang dirahmati Allah, kata-kata begini menunjukkan anda bersangka buruk denganNya. Adalah lebih mulia kita mendoakan amalan kita diterima dan menjauhi sikap bersangka buruk dengan Yang Esa.



I don't know how should I end my entry. Afterall writing a conclusion is when you have got tired of thinking. Hahaha. Few people been asking aku ni nak jadi retis ka? Oh my, why should I opt to be a celebrity? Celebrity is a person who works hard all his life to become well known,, then wears dark glasses to avoid being recognised. LOL. Apakah? Closure yang takdak kena mengena dengan tajuk entri? All is said and done, so stop being judgemental guys because in a way sometimes, whether you realise it or not, it seems some of you tend to overpower and overshadow His power.








Monday, January 16, 2012

Benarkah Nabi Muhammad buta huruf?


Aku dilahirkan di dalam keluarga yang sangat pentingkan pendidikan agama. Dari kecik sampai dah besar tak berapa nak besar, sepasang telinga aku memang banyak diperdengarkan dengan bahan-bahan berasaskan agama. Kecik-kecik dulu masa naik kereta dengan Ustaz, mesti pasang orang mengaji atau pun ceramah-ceramah agama. Dan aku dan adik-beradik yang lain diam tak berkutik dan redha sahaja dengar apa yang Ustaz pasang dalam kereta. Kalau Ustaz pasang lagu pun, lagu-lagu Umm Kulthum, penyanyi Egypt yang jujurnya aku tak tau tang mana yang sedap sangat suara dia. Mungkin sebab masa tu aku kecik lagi. Tak reti nak feeling menghayati bagai.

Agak dah besar sikit, bila naik kereta kakak aku baru reti nak dengar siaran radio lagu omputeh, melayu bagai.  Dan masa tu pun Ustaz dah tua dan kesedaran aku terhadap sirah nabi sangatlah rendah maka tak ada pula aku bertanya kepada beliau. Sobs.



Kenapa tiba-tiba aku rasa intro aku sungguh tak ada kaitan dengan tajuk entri. Tak apalah. Abaikan saja. Yang penting, dulu-dulu masa Ustaz masih belum arwah aku tak terfikir nak tanya. Bila dah besar, banyak membaca, dah pandai otak bergeliga baru terfikir nak tanya tapi aku tak pernah dapat jawapan. Aku juga pernah tanya kepada beberapa ustaz di sekolah lama aku dulu tapi tak ada jawapan. Cakap pusing sana sini tapi tetap tak menjawab soalan.

Sejak dari kecil aku disogokkan dengan cerita Nabi Muhammad seorang yang buta huruf. Baginda tak pandai membaca dan dalilnya adalah berdasarkan peristiwa ketika Jibril datang menyampaikan wahyu.

Pada aku, adalah sesuatu yang tidak logik sekiranyanya dikatakan Nabi Muhammad tidak pandai membaca. Berdasarkan apa yang ustaz ustazah cerita dalam kelas, Nabi Muhammad dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib selepas kematian datuknya Abdul Mutalib.

Abu Talib merupakan seorang saudagar yang kaya raya, sangat dihormati dan datang dari susur galur bangsawan. Oleh yang demikian pada aku adalah mustahil seorang pakcik yang kaya raya dan dihormati tidak memberi pendidikan asas kepada anak saudaranya yakni Nabi Muhammad. Melainkan Nabi Muhammad dibenci oleh bapa saudaranya maka logik sekiranya baginda tidak menerima sebarang pelajaran. Tetapi berdasarkan sirah, baginda sangat disayangi oleh bapa saudaranya dan daripada bapa saudaranya, baginda mewarisi kepandaian berniaga.

Apabila menginjak dewasa, Nabi Muhammad dikenali sebagai seorang yang bijak berniaga. Makanya pada aku, seandainya seseorang itu bijak berniaga, seperti agak bertentangan sekiranya dikatakan tidak pandai membaca atau buta huruf.

Selain itu, berdasarkan sirah nabi-nabi terdahulu, aku lihat Allah memilih para nabi dari kalangan yang hebat belaka. Kesemuanya menghampiri kesempurnaan dan aku juga percaya Nabi Muhammad seorang yang bijak pandai sehingga diangkat sebagai kekasih Allah. Dan kerana aku percaya baginda seorang yang bijak pandai, aku juga percaya baginda boleh membaca dan tidak buta huruf.

Ketika aku belajar di universiti, seorang pensyarah aku yang bukan berasal dari Malaysia tidak pernah menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang yang buta huruf. Sebenarnya, bila aku recall balik lecture Dr Usman ni yang menyebabkan aku terfikir - benarkah Nabi Muhammad buta huruf?

Sekiranya dikaitkan dengan peristiwa penerimaan wahyu yang pertama di mana Jibril meminta baginda membaca, pada aku Nabi Muhammad tidak dapat membaca kerana baginda perlu membaca dengan menyebut nama tuhan, yakni Allah. Aku sebenarnya tak berapa reti nak explain bab ini. Tapi, dalam bahasa mudahnya, ia merupakan kali pertama Nabi Muhammad menerima wahyu, kali pertama untuk baginda memperakui keesaan Allah maka sudah pasti ia sesuatu perkara yang berat diibaratkan sebagai transition dan intermission di dalam kehidupan baginda. Faham dak? Kalau tak faham lain kali aku cerita lagi.

Aku menimbulkan persoalan ini bukan kerana terpengaruh dakyah agama lain tetapi aku cuma nakkan kepastian. Sebabnya selama aku belajar ni, dah terlalu banyak benda yang kita tak berapa nak betul. Aku ulang, tak berapa nak betul, bukannya totally wrong. Contohnya rukun Islam. Dari kecik aku belajaq yang pertama mengucap syahadah, kedua menunaikan solat, ketiga berpuasa, keempat mengeluarkan zakat dan kelima menunaikan haji.

Tapi dah masuk universiti, lecturer aku ajaq - pertama kedua sama. Ketiga mengeluarkan zakat dan keempat berpuasa dan kelima menunaikan haji. Bila aku fikir balik yang lecturer aku ajaq lagi betoi sebab dalam Al-Quran ayat waaqimussolah dikembarkan dengan watu'tizzakat. Tak pula berkembar dengan suruhan berpuasa. Kan?

Nama-nama isteri nabi pun macam tu jugak. Ustaz ustazah aku semua kata ada Siti kat depan padahal tak ada pun. Pendek kata sebab tu aku tak berapa percaya kalau dikatakan Nabi Muhammad seorang yang buta huruf melainkan ada dalil atau peristiwa, atau apa-apa sahaja yang boleh menyokongnya.


Tolong betulkan aku kalau aku salah. 
Aku kan anak ustaz yang sekolah agama tetapi iman tak dapat diwarisi -____-




Update: Terima kasih atas komen anda :')










Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012 and thank you Allah





Be thankful that you don't already have everything you desire
If you did, what would there be to look forward to?

Be thankful when you don't know something
For it gives you the opportunity to learn

Be thankful for the difficult times
During those times you grow

Be thankful for your limitations
Because they give you opportunities for improvement

Be thankful for each new challenge
Because it will build your strength and character

Be thankful for your mistakes
They will teach you valuable lessons

Be thankful when you're tired and weary
Because it means you've made a difference

It is easy to be thankful for the good things
A life of rich fulfillment comes to those who are also thankful for the setbacks

Gratitude can turn a negative into a positive
Find a way to be thankful for your troubles and they can become your blessings




Saturday, December 17, 2011

Goodbye Rebecca Black. I won't sing your song after this. Can't wait to sing this on Friday. Eh. Jumuah







Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking! 
Miswaking!, Miswaking! 
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf


Friday, December 16, 2011

Gemuk tetapi sihat





Adakah wajah di atas kelihatan familiar untuk anda? Ya, beliau salah seorang tokoh agama yang boleh tahan famous selalu muncul di Astro Oasis. Aku bukan nak ulas apa pasal dia cuma nak berkongsi tips yang kakak aku bagitau.


Terus teranglah kalau kita tengok orang badan besar dan dah berumur kita selalu anggap dia berpenyakit. Kalau anda tak ada terfikir macam aku memang baguslah sebab aku memang ada perasaan macam tu. Lagipun memang orang selalu cakap gemuk mengundang macam-macam penyakit. Bukan aku nak cakap orang yang kurus sihat belaka cuma orang yang berisi nih lebih berisiko.


Nak jadi cerita semasa aku sedang menikmati sisterhood moment bersama kakak aku, dia cerita pasal Dr Fatma Al-Zahra ni. Statementnya samalah. Kakak aku nampak orang gemuk dan bertubuh macam berpenyakit tapi alhamdulillah Dr Fatima Al-Zahra sihat walafiat tak ada sebarang penyakit. Kebetulan kawan kepada kakak aku terjumpa dengan doktor falsafah ni dan tanpa rasa kedekut telah berkongsi tips untuk kekal sihat.


Tips Dr Fatima AL-Zahra mudah. Tapi aku susah nak amal. Katanya, sebelum makan, selain dari baca doa makan, baca Al-Fatihah tujuh kali. Ya. Tujuh kali adik-adik sekalian.


Dah dekat seminggu kakak aku bagitau tapi aku masih tak pas nak jadikan amalan. Aku ni, asal nampak benda makan, mengelupur tak sabar nak mentekadarah. Doa makan sahaja yang sempat. Dah makan kenyang baru teringat nak baca Fatihah tujuh kali. Tak ada maknanyaaa -_____-



Saturday, November 19, 2011

Mengapa gadis-gadis BENCI lelaki merokok


Kehidupan di dunia ini memerlukan kita bertolak ansur antara satu sama lain. Namun demikian aku percaya ada beberapa perkara sesetengah individu tidak dapat bertolak ansur malahan membenci pula, yakni golongan perokok. Bagi mewakili sekalian gadis-gadis cantik dan hangat, aku telah menjalankan kaji selidik dan survey mengapa gadis-gadis bencikan lelaki merokok. Maka dengan bangganya aku ingin mempersembahkan hasil kajian dan kejian aku terhadap perkara ini.



1) Mati cepat
Aku pasti ramai yang tahu dan sedar sebagai second-hand smoker kita lebih boleh mampos berbanding perokok itu sendiri. Dan aku juga sangat pasti tak ada siapa pun mahu mati cepat. Bukan kerana tak puas enjoy tetapi bimbang bekalan untuk masuk ke syurga belum mencukupi.


Dalam berkasih tidak ada sehidup semati. Kalau kau nak mati dulu, kau matilah sorang-sorang unless kalau mati sama-sama kau boleh confirmkan aku masuk syurga sekali. Antara lain juga, kalau dah berkahwin sudah pasti mahu hidup bersama pasangan dalam tempoh lebih lama. Maka andai yang dikahwini seorang perokok, macam mana mahu hidup lama. Jangankan sampai ke anak cucu, anak nombor dua pun belum tentu. Dengan tabiat merokok sudah pasti mendatangkan pelbagai penyakit dan tidak mutahil menjadi beban kepada gadis-gadis kerana perlu menjaga anda yang terkedang sakit.



2) Tak cukup jantan
Lelaki merokok juga sebenarnya tak cukup jantan. Memang ramai lelaki sedar merokok boleh menyebabkan mati pucuk dan menghasilkan perenang-perenang yang tidak handal dan rendah kualiti tetapi masih menunjukkan sikap bebal nak juga merokok. Maka sebagai gadis yang mempunyai sikap ibu-ibu sudah pasti mahukan anak sebagai pewaris keturunan pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.


Oleh yang demikian mengapa harus risikokan diri berkahwin dengan perokok? Anda tidak cukup jantan. Dan cara nak tambahkan kejantanan, tolaklah aktiviti merokok. Sudah pasti anda menjadi jejaka idaman dekat di hati dan ingin dikahwini.



3) Busuk Ya Rabbi!
Ini memang satu perkara yang ramai perempuan tak boleh tolerate. Gadis-gadis yang benci bau busuk, sila teruskan membaca.

Jangankan nak cium, nak pandang pun tak lalu

Lihat, memang ramai yang benci. Walaupun bergelen perfume disembur tidak dapat menutup bau busuk badan anda. Bau kepam satu macam sumpah buat ramai gadis kepala pusing dan muntah hijau. Busuk ini bukan sahaja busuk di badan tetapi mulut juga busuk. Dan andai sudah berkahwin bagaimana mahu bercumbu mesra kalau mulut busuk macam puaka. Senang cerita, apabila lelaki merokok, anda tak ubah seperti tong sampah bergerak. Bau busuk sampai entah ke mana-mana.



4) Hilang kekacakkan
Kekacakkan seorang jejaka bukan sahaja pada wajah tetapi bermula dari head to toe. Lelaki yang merokok hilang kekacakkan yang ada. Bukan sahaja kerana mulut yang sudah seperti adik-beradik jin makan asap tak kira tempat, tetapi juga menjejaskan bahagian-bahagian lain seperti bibir dan kuku.

Botak itu seksi, tapi nampak asap rokok terus rasa nak maki
Bibir yang hitam legam dan kuku yang kuning-kuning memang boleh menyebabkan gadis-gadis men-diet-kan diri secara tiba-tiba. Ibarat mimpi ngeri setiap kali teringatkan bibir dan kuku-kuku lelaki merokok terus tak lalu makan.



5) Rokok tu HARAM
Ya, tak payah nak dalih-dalih lagi. Rokok itu memang haram kerana merosakkan diri. Tak payahlah tunjuk kau terrer sangat agama nak berhujah bagai. Cari asal usul pokok tembakau ada di muka bumi. Kalau malas cari, sambung baca apa yang aku nak taip lagi. Semasa syaiton diterajang keluar jatuh ke muka bumi, syaiton kena marah kaw-kaw dengan Allah. Allah memang murka dan syaiton sebab takut gila kena marah dahsyat sangat sampai terkencing-kencing. Dan dari air kencing yang jatuh ke muka bumi terhasillah tembakau.


Makanya perokok-perokok sekalian tak lain tak bukan anda sedang sedut air kencing syaiton. Memang pengotorlah sebab benda-benda najis air kencing syaitan pun gagah nak masuk dalam mulut padahal air kencing adik kat rumah nak tolong basuh pun malas.





Sekiranya anda ada sebab-sebab lain, tambah-tambahlah apa yang patut. Di samping itu aku juga sedar zaman yang konon orang kata canggih padahal nak dekat dengan kiamat nih, perempuan pun dah pandai merokok. Tak payah tunjuk kedunguan anda nak tunjuk anda boleh buat apa yang lelaki boleh buat.

Ada sebilangan yang mengatakan lelaki merokok nampak macho *mata ke atas, tangan ke dada*. Ini tak lain tak bukan sindiran atau mungkin ada bakteria di sebalik kuman. dalam kata lain maksud tersirat di sebalik pujian nampak macho tu  'Lagi cepat hang mampos, lagi cepat aku boleh cari pakwe lain' atau 'Cepat-cepatlah hang innalillah, boleh aku joli harta hang!'















Tuesday, November 1, 2011

Aku tak follow dia

Aku ke Sungai Petani kerana mengidam kek resepi rahsia sekaligus berjumpa kawan-kawan yang kami semua bajet konon macam Gossip Girl la sangattt.

"Wei hang Widad tak dak satu pun laman sosial ka hang join?"

"Aku ada blog. Sosial dak? Kekekeke (ini bunyi aku gelak. Aku tau huduh)." Bajet cool la sangat.

"Wahhh hang ada blog mesti hang kenai Hanis Zalikha."

"Hang pun kenai dia. Cuma dia la tak kenai kita." Ayat pasrah tak hengattt.

"Hang follow dak blog dia?"

"Dakkkkk"

"Awat? Pasaipa?"

"Sebab dia tak tutup aurat"






Sekian.






Ya, aku cuma baca blog dia dan memang semua blog yang aku follow adalah mereka yang menutup aurat sahaja.










p.s. Adakah aku terpengaruh dengan budak Mesir ini?









Saturday, October 22, 2011

Kubur asing-asing

Aku bukanlah manusia maksum. Aku pun selalu buat silap. Tapi bila kita nampak orang lain buat salah, wajib untuk kita tegur bukti kita orang beriman.

Tapi ada seorang hamba Allah ni bila aku tegur dia boleh marah aku balik cakap aku ni busy body.
Wah wah wah. memang body aku busy beraerobik siang malam.
Macam mana dia tahu?
Musykil musykil.

Paling aku tak tahan bila dia kata 'Hang sibuk kenapa?! Kubur asing-asing!'


Cerita bab kubur pulakkkkkkkkk


'Sebab kubur asing-asing la aku tegur hang sekarang. Kalau kubur kita sekali, dah tentu aku boleh tolong jawab untuk hang nanti'

Thursday, October 20, 2011

Aku bukan pekak

Aku sedang sembahyang zohor dan aku terdengar perbualan dua orang kawan aku yang berada di belakang. Aku tak tahu apa mereka buat kerana tidak ada side mirror tapi sudah pasti mereka tidak sembahyang kerana mereka bercakap-cakap.

Selepas habis sembahyang aku pakai tudung dan kawan aku yang dua orang itu telah juga habis sembahyang. Maka aku menyambung perbualan mereka yang aku dengar ketika aku sedang sembahyang tadi.

Aku dituduh tidak khusyuk langsung ketika sembahyang. Wahhh suka-suka hati kata aku tidak khusyuk. Okay, mungkin tidak seratus peratus tapi aku memang tidak suka dituduh sembarangan.

Khusyuk bukan bererti pekak. Kerana setahu aku Nabi Muhammad ketika sedang sembahyang dan baginda terdengar cucunya menangis maka dicepatkan sedikit solatnya. Aku ulang, baginda terdengar. Yang itu nak kata nabi sembahyang tak khusyuk ke?

Moralnya, time orang sembahyang jangan bersembang. Berdosa dan mengganggu orang lain.




Thursday, October 6, 2011

Tazkirah bersama anak ustaz (iman tak dapat diwarisi)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar pembaca sekalian? Aku harap semuanya telah pun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Kepada yang belum sembahyang jangan cuba-cuba meneruskan pembacaan entri ini. Sila pangkah dan datang semula setelah bersolat. Jangan suka-suka nak kombo zohor-asar macam makan kfc (cewah cewah pandai nasihat).

Hari ini aku nak kongsi satu perkara yang aku rasa tak ramai orang tahu dan aku rasa terpanggil (tak tahu siapa yang panggil) nak menazkirahkan anda semua tentang fadhilat sembahyang jemaah dari sudut yang agak berbeza. Kisahnya tentang seorang saintis barat yang mengkaji tentang kenapa umat Islam digalakkan sembahyang berjemaah and end up dia masuk Islam.

Ya ya. Aku tahu bunyi macam cliché. Tapi aku rasa menarik untuk dikongsi in fact kawan-kawan zaman sekolah kagum bila aku cakap tentang ini sewaktu sesi tazkirah subuh. Jangan buat-buat lupa anak ustaz ini memang selalu didenda bagi tazkirah.

Ekceli kakak aku yang cerita pasal ni. Dan ilmu yang baik tak elok simpan buat pekasam. Lagipun aku bukan selera sangat makan pekasam.

Okay. Begini ya. Memandangkan saintis tersebut asyik tertanya-tanya maka tanpa membuang masa dia pun memulakan kajiannya. Berhari-hari dia mengkaji dan cuba mencari perkaitan antara sembahyang lima waktu dan sembahyang jemaah dan akhirnya tarraaaa (magician buat bunyi sambil selak kain muncul sang merpati)


Saintis tersebut mendapati sembahyang jemaah sebenarnya untuk rejuvenate badan kita. Bunyi macam minum minuman isotonik do do do the dewww. Tapi tidak hadirin sekalian. Sembahyang itu sendiri memang untuk mengambalikan tenaga tetapi jika setiap sembahyang dijemaahkan, maka sekaligus dapat mempositifkan cas-cas negatif dalam badan kita.

Contohnya sembahyang subuh. Sembahyang subuh dua rakaat sahaja. Mengapa? Kerana kita baru sahaja bangun dari tidur maka badan masih segar bugar sembahyang dua rakaat cukup. Dan apabila solat subuh itu dijemaahkan kita duduk sebelah-menyebelah masing-masing badan cas positif maka posotif bertemu positif jadi apa? POSITIFFFF (jawab ramai-ramai)

Sembahyang zohor pula empat rakaat. Kenapa lebih dua rakaat dari subuh? Sebab masa ni masing-masing badan dah tak berapa nak bertenaga dan tadikan dah cakap sembahyang tu nak tambah tenaga. Jadi bila dan cas lama sikit (empat rakaat ya' know) banyaklah tenaga. Badan yang separa letih masudnya cas-cas negatif yang banyak. Tapi apabila solat zohor itu dijemaahkan kita duduk sebelah-menyebelah masing-masing badan cas negatif maka negatif bertemu negatif jadi apa? POSITIFFFF (jawab ramai-ramai muka masing-masing eksaited)

Begitu juga dengan asar. Waktu asar lagilah badan memang tak larat gila kalau tak kena gaya memang tidur so konsep masih sama dengan sembahyang zohor.  Walaupun dah remang-remang petang masih perlu tenaga banyak sebab itu sembahyang empat rakaat. Petang pula kita digalakkan beriadah. Tidur waktu petang time asar mewarisi kegilaan tahu. Aku pula petang-petang buat zumba dan malam senang mahu tidur.

Sembahyang maghrib juga masih sama. Waktu maghrib biasanya dah bertenaga sebab badan dah wangi. Tak macam waktu zohor dan asar biasanya di sekolah atau tempat kerja jadi badan melekit ketiak masam busuk kepam maka cas negatif lebih mendominasi. Waktu maghrib biasa dah jadi cas positif.

OH EM JI! Hebatnya saintis barat susah payah kaji dan masuk Islam. Kita yang sekadar mewarisi memang selalunya tak berapa nak hebat -___-

Termasuklah aku sekali. Sudahlah agama Islam hanya diwarisi, iman seorang ayah bergelar ustaz tak dapat pula nak kaut sekali. Tercicir di mana tak tahu. Harus aku report balai polis tentang keciciran yang berlaku. Hahaha. Sumpah lepas tu aku kena maki dengan polis.

Okay okay. Tak elok sebut maki-maki kerana entri ini berkisarkan (blender?) keagamaan. Ayuh kita sambung.

Tapi. Wah. Ada tapi-tapi pulak. Macam drama melayu yang cakap tapi kemudian watak lagi satu cakap tak ada tapi-tapi dengan muka bengis.

Okay. Aku ulang.

Tapi kenapa sembahyang isyak empat rakaat? Kenapa empat? Kenapa why walimaza? Sembahyang itu nak tambah tenaga. Lepas sembahyang isyak sudah boleh tidur tak payah tenaga banyak-banyak.

Maka saintis tersebut meneruskan kajiannya dan tarraaaa (sekali lagi tapi kali ni magician bawa keluar bunga dari celah ketiak)

Sebab nak bangun tahajud dan qiamullail rupanya. Sebab itulah sembahyang empat rakaat.

Tak payah nak tambah tenaga lari ke luar rumah jerit ke langit 'AKU NAK POWERRRRR'. Sembahyang lima waktu dengan jemaah sekali dah cukup keperluan tenaga.



'Sembahyanglah kamu di belakang imam sebelum kamu disembahyangkan dihadapan imam'
























Sunday, September 11, 2011

Tiada Panggilan Sepenting Seruan Ilahi

Pernah tak nampak pesanan penuh bermakna ini bila sembahyang di surau atau masjid. Kalau tak pernah mungkin anda cuma sembahyang di rumah. Bawa-bawalah sembahyang di surau atau masjid (ceh macam bagus padahal aku cuma pergi surau di shopping complex). Tapi kalau anda sembahyang berjemaah di rumah anda adalah calon Ustazah Pilihan dan Imam Muda kategori wajib pergi uji bakat.

Masa first time aku nampak this signboard, pesanan yang dipesan adalah 'Tiada panggilan sepenting panggilan Ilahi'.
Aku terus terbayang mati. Ya, MATI. Mim alif ta ya.
Mungkin pencipta pesanan ini membaca isi hati aku maka ditukar kepada seruan Ilahi.
Terima kasih.
Selesai keraguan aku.

Abang aku cakap handphone berbunyi masa tengah sembahyang boleh jawab. Tapi jawab masa nak rukuk atau sujud, atau bangun dari sujud dan cakap Allahuakbar masa jawab. Dengan harapan orang yang memanggil faham kita tengah sembahyang dan maksud tersirat telefon lepas ni atau hantar message jimat.

Tapi takut juga sembahyang terbatal sebab lebih dari tiga pergerakkan (aku confuse k ada satu atau dua). Mungkin handphone boleh diattachkan di pinggang dengan tali maka lepas jawab boleh lepas begitu sahaja tanpa perlu seluk letak dalam poket semula.

Tapi nanti handphone swing sana sini tak khusyuk juga.

Masalah. Masalah. (sambil geleng kepala)

Kalau si pemanggil bukan beragama Islam agak-agak dia faham tak tiba-tiba dia cakap hello aku jawab Allahuakbar.

Masalah juga. Masalah juga. (sambil angguk-angguk)

Tapi kalau yang beragama Islam pun kalau dia tak tahu parah jugak.
Dia bagi salam aku jawab Allahuakbar.
Agak-agak dia pergi report tak kat jabatan agama aku ikut ajaran sesat sebab jawab salam dengan Allahuakbar?


Friday, August 5, 2011

Kuiz Agama Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Wahhh entri-entri di bulan puasa memang kena bagi salam ye? Mungkin kerana tajuk entri yang berkisarkan keagamaan maka memulakan entri dengan memberi salam menjadi lebih afdal. Alhamdulillahi rabbil 'alimin. Wassolatu wassalamu ala ashrafil ambiya iwal mursalin. Wa'ala alihi wassohbihi ajma'in. Nampak tak. Sekarang entri ini menjadi lebih afdal dan lebih panjang. Hihihi. Tapi tak apa. Anda yang membaca mendapat pahala. Tak perlu berterima kasih. Menjadi tanggungjawab sesama orang Islam. Ok. Tiba-tiba rasa macam skema tulis eh. Taip macam ni. Bercakap tak apa tapi bila mengarang rasa macam an awkward moment.

Sempena dengan bulan ramadhan bulan puasa menambah iman maka aku sangat berbesar hati untuk menganjurkan Kuiz Agama Edisi Ramadhan. Syarat-syarat penyertaan sangat mudah. Pastikan anda beragama Islam dan telah bersunat. Yang tak sunat lagi tak boleh masuk wokey. Hadiah cuma untuk pemenang utama iaitu pakej percutian ke Istanbul (peewiittt *tepuk tepuk*). Setiap peserta yang menjawab semua soalan dengan betul akan menerima sijil penyertaan walaupun tak menang *tepuk lagi*

Wahhh murah hati betul cikgu ini *terharu*



Soalan pertama:










Ok. Aku tipu sahaja.

Ingat aku kaya macam Rosmah ke? Aku mana ada duit. Hutang PTPTN pun belum habis bayar mahu sponsor hadiah ke Istanbul. Tunggulah aku dapat suami jutawan. Hadiah pergi bulan pun aku offer. Eh. Kenapa perlu minta suami jutawan. Lebih baik aku yang jadi jutawan. Kalau suami jutawan tak mustahil dia akan kahwin lebih dari satu.

Ekceli pada hari keempat berpuasa aku telah mengadakan kuiz agama di dalam kelas. Kelas yang di hujung waktu dan pelajarnya juga kelas hujung-hujung buat aku geram kerana semua bising seperti tak berpuasa. Walaupun mengajar Bahasa Omputeh aku mempunyai pengetahuan agama yang aku rasa melayakkan aku menyertai Ustazah Pilihan tetapi dari segi umur telah terlebih walaupun rupa nampak macam remaja sekolah. Ok. Aku perasan. Namun dari segi aplikasi pengetahuan adalah kurang (banyak) jadi malu juga mahu pergi audition -_____-

Bilangan pelajar seramai 25 orang bisingnya seperti 100 orang. Suara masing-masing seperti ada build-in microphone. Aku pula malas mahu marah-marah kerana kelak pahala puasa kurang (dan hilang keremajaan). Maka aku meminta semua pelajar berdiri dan siapa yang mahu duduk perlu jawab soalan. Masing-masing pegang buku latihan English sambil selak-selak kamus kerana mereka menjangkakan soalan berkisar Bahasa Omputeh. Bukan aku memandang rendah pada mereka tetapi aku pernah tanya Things You Can See in Classroom. Ada yang jawab dog, frog, chicken. Huii ini sekolah ke zoo? Bila aku kata tak ada masing-masing terpisat-pisat. Aku tanya apa maksud dog dia jawab monyet. Ahhh. Banyaklah kau punya monyet. Kesimpulannya menyakitkan hati sahaja.
Aku lebih rela mereka tidur dari buat bising
Maka aku terus tanya soalan. Soalan aku yang pertama, 'Bagaimanakah niat puasa di bulan Ramadhan?'. Seorang sahaja yang angkat tangan. Yang lain semua muka puzzle. Nasib baik jawab betul. Soalan aku yang seterusnya, 'Bacakan doa sebelum makan.' Budak perempuan confident angkat tangan dan aku pun suruh dia baca.

Allah humma barik kana. Fi ma rozak kana. Wa kina 'azabannar

Kana kana. Entah datang dari mana buah kana. Mahu ketawa tapi macam kasihan. Maka anak ustaz yang iman tak dapat diwarisi ini mengajar sebutan yang betul.

Soalan seterusnya, 'Bacakan surah al-asr.' Ada tiga orang yang angkat tangan dan aku suruh ketiga-tiganya baca bersama-sama.

Wal asr. Innal insana lafi khus. Innallazi naamanu wa'amilussolihat.
Wa taawasau bis sob. Wa taawasau bis sob.

Astaghfirullah. Istighfar panjang aku. (ciri-ciri Ustazah Pilihan). Memang ketiga-tiga baca dengan kesalahan yang sama.

Macam-macam soalan aku tanya. Niat sembahyang fardhu pun tak boleh jawab. Sembahyang subuh jadi empat rakaat. Doa iftitah dan surah al-fatihah pun tak dapat nak beza. Memandangkan masing-masing mengaku puasa aku bertanyakan tentang solat tarawikh. Kebanyakkan pelajar lelaki mengaku pergi masjid sembahyang tarawikh *tapi sembahyang Subuh tak buat padahal semua bangun sahur*.  Maka sesi kuiz diteruskan dengan 'Bagaimanakah niat sembahyang tarawikh?'. Ramai-ramai mereka jawab,

Assolatu jamiah rahima kumullah. Assolatu laillah....

-____________________________-

Kau tengok. Niat sembahyang dengan selawat pun tak tahu. Wajib mereka malu dengan anak buah aku yang masa tadika dah tahu semua bab solat. 

Sesi kuiz agama tamat dengan penuh rasa kecewa. Mak ayah budak-budak ni buat apa di rumah. Kalau semua benda mahu sekolah yang ajarkan tak perlulah ada anak. 

tak tsk
Moralnya di sini ibu bapa sila jalankan tanggungjawab anda. Kalau anda tak pandai carilah guru untuk mengajar anda dan anak-anak anda. Agama itu penting tahu especially bab sembahyang. Tuhan tak akan tanya berapa koyan duit yang kau dah sedekah. Tuhan tak akan tanya berapa kali kau puasa sunat, berapa kali kau pergi umrah. Tuhan tanya bab sembahyang dulu. Jangan tahu buat anak dan beranak sahaja. 

Strike while the iron is hot
Melentur buluh biar dari rebungnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...