Showing posts with label Top List. Show all posts
Showing posts with label Top List. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

Sebab-sebab aku seronok di SMK Kuala Pegang




Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat posting kedua. Kahkahkah. Posting pertama sekadar menambah pilu di hati dan sakit di jiwa. Yang best tu ada tapi tak banyak mana sebab ada yang disangka rakan rupanya hanya berpura-pura. Tengok, kan dah buka episod luka. Dalam hati tetap sayang Kak Ain dan Kak Zai *peluk peluk dan cium pipi*



Kalau ada yang kata silap besar aku ke Kuala Pegang, silap anda lebih besar. Besar mana? Besar cakerawala. Masa kecik-kecik kalau nak lawan yang paling gah memang nak sebut cakerawala akibat pengaruh Alam dan Manusia. Zaman la ni belajar Kajian Tempatan kot. Aku pun tak berapa pasti sebab aku cikgu sekolah menengah. Ya, di Kuala Pegang memang best. Best yang sampai ada cikgu-cikgu yang dapat posting pertama di sini sampai sekarang tak pernah tukar. Sebab apa? Sebab best. Best yang macam mana? Mai nak habaq



1) Tidak ada sesi mengumpat di belakang tadbir
Aktiviti bergosip sudah menjadi sebahagian besar dalam hidup ramai manusia termasuk aku. Memang aku mengaku aku selalu bergosip. Dan dalam bergosip kadang-kadang terselit mengumpat. Tapi di sini jarang-jarang. Sungguh jarang sekali mengumpat orang. Masing-masing cerita hal masing-masing tak ada nak mengumpat melainkan bila ada isu. Isu pun tak ada besar mana. Memang kat mana-mana ada tak puas hati. Contoh mudah, aku dengan Bini Ustaz pun selalu ada tak puas hati. Tapi tak adalah sampai berhari-hari nak marah merajuk bagai.

Makanya di sini memang tak pernah ada isu besar yang boleh buat cikgu-cikgu masam muka. Kalau kita ada buat silap pun dia tak ada 'mark' kita dan sampai bila-bila pun memang nak tuju ke kita. Tak ada. Memang tak ada. Kalau ada yang tak puas hati, cakap sekali, mengadu sikit, settle. Tak ada nak jaja cerita sana sini tak puas hati itu begini dan terus rasa benci. Benci is tak ada. Makanya mengumpat pun tak ada juga. Sebab biasanya mengumpat ni jadi bila kita start tak suka dan benci.



2) Masuk lambat dan balik awal
Pukul 7.40 pagi baru masuk dan seawal 1.20 dah boleh balik. Sila cemburu. Ada juga hari-hari tertentu aku balik pukul 2.00 lebih lebih tapi paling lewat pun pukul 3.30 petang. Sungguh syurga dunia dan sila teruskan kecemburuan anda. Kerja memang sentiasa ada sebab cikgu zaman sekarang memang lebih banyak buat pengkeranian dari mengajar sehingga berpeluh ketiak di dalam kelas. Tapi prinsip aku mudah. Kerja ni sampai kiamat pun tak habis. Yang mana boleh tangguh, buat-buat tak nampak. Kahkahkah. Yang penting, bukan kerjasama. Yang penting boleh balik awal dan tak ada siapa nak halang.



3) Kawan-kawan yang satu frequency
Kawan-kawan di sini semuanya satu kepala. Tak ada geng ustazah yang cuma kawan dengan ustazah, geng cikgu BI yang geng dengan cikgu BI sahaja. Panjang kata, tak ada kumpulan-kumpulan yang mengamalkan assobiyah atau berpuak-puak. Semua boleh masuk belaka tak kira warna kulit mahu pun bangsa dan agama. Makanya kerana itu aku sungguh bahagia.



Gambar di atas sebagai bukti. Kahkahkah. Macam proceedings mahkamah nak tunjuk bukti bagai. Kalau tanya aku yang mana satu, aku yang tak berapa nak tinggi pakai baju tema kek lapis. Yang kanan adalah best friend, cikgu Interim yang dah posting ke Pahang. Hubungan kami terhalang kerana KPM yang menjauhkan dia dari aku. Berhari-hari juga muka aku masam ketat kerana sudah tidak ada rival untuk menagih perhatian Bishrun. Kahkahkah. Siapa Bihsrun? Bishrun anak kakak baju oren sebelah kiri, yang baru darjah lima. Kak Nishah ni ustazah. Ya, ustazah pembaca sekalian. Sekolah anda ada ustazah posing begini? Oh, sumpah best. Melawak merapu tanpa terguris di hati and that makes me happy (rhyme).



4) Tak ada pilih kasih
Di sekolah yang lama, cikgu-cikgu pangkat tinggi dan yang otai memang pilih kasih. Aku dan beberapa orang rakan memang selalu jadi mangsa. Asal aku yang buat banyak sangat yang tak kena. Komen membina tak berapa nak ada, komen nak menjatuhkan sentiasa tersedia. Pengetuanya ok dan aku memang suka bekerja dengan pengetua. Yang bukan pengetua pula memang biasa ada perangai lebih sudu dari kuah.


Tapi di sini tak rasa dibeza-bezakan. Layanan diberi sama rata. Agihan kerja pun tak berat sebelah. Kadang-kadang ada dua tiga orang dapat bahagian susah tapi memang akan ada yang offer nak tolong. Aku pun tak pernah nampak pengetuanya, penolong-penolong kanannya atau guru-guru kanan favour siapa-siapa.


5) Ada mesin OMR
SMK Kuala Pegang orang kata sekolah kampung. PK HEM Integrasi kata sekolah pedalaman banyak budak samseng dan apa pun tak ada. Cikai-cikai sekolah aku, ada mesin semak kertas OMR wokeh. Kau ada? Aku dah tak ada nak tebuk-tebuk lubang buat master. Sekarang ni semua masuk mesin siap dengan analisis item boleh print out. Sila cemburu. Kahkahkah.



Mula-mula masuk dulu memang rasa tak berapa best sebab hati teringat kawan-kawan yang super awesome di sekolah lama. Tapi bila dah lama-lama di sini, colleagues di sini pun best-best juga. Kalau dulu memang dalam hati nak pindah sekolah yang dekat sikit dengan rumah, tapi sekarang tak pindah pun tak apa. Walaupun sekolah kampung, walaupun sekolah pedalaman, walaupun orang kata cikai, aku sayang SMK Kuala Pegang. Kawan-kawan yang best memang payah dicari. Tapi kalau jenis iri hati penuh hasad dengki, mana-mana pun ada!









Saturday, October 1, 2011

Jawapan-jawapan mengapa aku masih bujang

Umur aku sudah 28 tahun. Lebih kurang lima bulan lagi aku akan mencapai usia 29 tahun. Itupun nasib baik Bini Ustaz mengandungkan aku lebih sembilan bulan. Jika tidak sudah pasti lebih awal aku menginjak 29 tahun. Tapi aku tak kisah. Berbekalkan wajah yang tak kurang hangat, aku kelihatan muda remaja berbanding usia sebenar. Hahahaha

Memandangkan ramai gadis-gadis seusia denganku telah menamatkan zaman bujang sama ada kerana cinta atau paksaan, aku kerap dihujan ribut petirkan dengan soalan bila pula giliran aku. Terus terang aku sebenarnya tidak suka dengan soalan-soalan begini kerana seolah-olah mereka cuba menidakkan kuasa tuhan jodoh aku belum sampai lagi. Tetapi kerana menghormati mereka yang sudah tua dan mungkin ketuaan mereka menyebabkan mereka lupa dengan kuasa tuhan, maka tetap memberi jawapan kepada soalan yang tidak harus ditanya ini. Cekidaut the answers yang aku selalu recycle setiap kali berada dalam situasi ini. Cek cek cekidauttttt.

1) Belum ada jodoh
Ini merupakan jawapan yang paling cliché apabila ditanya tentang jodoh. Bukan aku tidak mahu berkahwin tetapi jodoh belum sampai dan jodoh juga urusan tuhan. Kalau aku gedik tahap maksima pun belum tentu aku boleh kahwin.
Mana tahu kerana kesabaran aku, aku boleh bernikah dengan Nabi Isa. Nanti dia nak turunkan?

Kebiasaannya jawapan ini diberikan kepada golongan-golongan berusia kerana walaupun mulut aku agak lazer tetapi masih terselit sedikit rasa hormat pada mereka. Tetapi selepas itu apabila sampai di rumah pasti aku akan mencarut-carut ringan kerana geram dengan soalan puaka itu. Benci!

2) Belum bersedia
Aku kenal siapa diri aku. Aku tahu apa yang aku lalui setiap hari. Maka dapat aku simpulkan aku sebenarnya belum bersedia. Setiap kali balik kerja aku pasti mahu tidur sebentar. Tapi kadang-kadang terlajak tak ingat waktu. Aku tak boleh tak tidur cukup 7 atau 8 jam. Pasti aku mudah diserang sakit kepala. Dari segi kewangan juga aku belum cukup bersedia ditambah dengan kegilaan baru aku yang suka membeli emas sebagai pelaburan. Apabila berkahwin aku perlu berkongsi segala-galanya dengan pasangan aku. Maka aku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Apa yang aku perlu buat berdoa supaya Allah grants my prayer when He knows I am ready for it.
Ini mungkin terjadi andai aku berkahwin bila mana aku belum bersedia
Tapi ada juga sesetengah makcik yang tak faham apabila aku kata belum bersedia especially when it comes about money. Ada yang pandai jawab duit boleh dicari. Kalau macam tu makcik, saya cari dalam beg makcik je lah. Boleh gitu?

3) Tiada waktu dan hari yang sesuai
Jawapan ini diberikan dalam bentuk gurauan kepada yang mereka boleh menerima sahaja. Kebiasaannya berlaku ketika aku menghadiri majlis-majlis kenduri dan apabila ditanya aku akan menjawab


'Sepatutnya hari ni la kenduri saya. Tapi dah ada orang book dulu, tu yang tak dapat-dapat nak langsung'



Kelassss jawapan akukan? Kadang kala gurauan tersebut berlanjutan sehingga aku merancang untuk mengadakan majlis di bulan puasa dan lebih keji mungkin akan dibuat ketika waktu sahur. Jimat belanja.

4) Bertubuh kecil
Tinggi aku cuma 147cm dan berat badan aku di antara 41 hingga 43 kilogram. Aku mempunyai susuk tubuh yang kecil maka boleh juga dikatakan ia menjadi contributing factor mengapa aku masih bujang. Berdasarkan peristiwa yang berlaku baru-baru ini, ia mengukuhkan lagi mengapa aku masih bujang. Cerita ini diolah mengikut kesesuaian dan mungkin ada sedikit tokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita.

Situasi : Berjoging di waktu petang dan melintasi rumah seorang makcik yakni kawan kepada Bini Ustaz

Makcik tersebut terus menegur aku mungkin untuk menunjukkan keramahannya kepada aku.

'Rajinnya joging. Sekolah mana la ni Widad?'

'Sekolah *tuut* kat Kuala Pegang.'

'Awat sekolah jauh sangat???'

'Tak palah. Jauh sikit ja' (ini statement tak berapa ikhlas dari aku) 'Dulu kat Kubang Pasu lagi jauh'

'Ooooo. Tahun ni nak amek SPM kan?'

HAHAHAHAHA AKU GELAK DALAM HATI

Kawan Bini Ustaz tidak tahu aku telah pun mengambil SPM 11 tahun yang lalu dan terus meminta maaf. Maka dapat aku simpulkan di sini mungkin tidak ada yang datang meminang kerana menganggap aku remaja belasan tahun dan tak cukup umur jadi tak boleh kawennnnnn.

5) Aku cantik sangat
Ada juga yang tidak percaya bila aku kata aku tak ada boyfriend. Apabila aku tanya kembali mengapa mereka tidak percaya, mereka mengatakan aku punya rupa jadi macam tipu kalau aku kata aku tak ada boyfriend. Baiklah. Allow me to explain.

Lelaki bujang dan available yang memandang aku mungkin berfikiran sama. Maksud aku sama macam apa yang kawan-kawan aku fikirkan. Mereka (lelaki) mungkin berpendapat;

'Ala, ada rupa macam tu takkan tak ada boyfriend'

Maka hasrat untuk mengurat aku dihentikan serta merta dan tinggallah aku membujang sehingga hari ini. Nampak macam perasan gila minah sorang ni macam cantik sangat tapi aku rasa teori aku ni memang logik. Kahkahkah. Macam bagus sangat.




Aku rasa ini antara jawapan-jawapan favourite aku apabila soal perkahwinan ditimbulkan. Ada juga yang membabi buta *aku tak ada niat nak mencarut* menuduh aku terlalu memilih. Pakcik dan makcik sekalian, haruslah aku memilih kerana kalau aku tersalah pilih dan tersilap langkah aku jatuh terkangkang siapa yang mahu tolong? Pakcik dan makcik kah?

Tapi dah memang jadi tabiat orang Melayu busy body tak bertembat. Belum kawen ditanya bila nak kawen. Dah kawen tanya pasal anak. Bila dah ada seorang anak tanya pulak bila nak tambah. Anak pertama dan anak kedua perempuan tanya pula takkan perempuan semua.

Jawapan aku;

Malas aku nak layan!










Tapi dalam hati sahaja.


Monday, September 19, 2011

Lagu-lagu patriotik dan kempen yang buat aku tak tukar channel

Apabila kita menonton rancangan-rancangan di saluran 1 atau 2 milik RTM kebiasaannya kita akan dihidangkan dengan lagu-lagu patriotik atau kempen sebagai selingan untuk rancangan seterusnya. Kebiasaannya ramai di antara kita akan cepat-cepat cari remote controller dan terus tukar siaran. Aku juga begitu tetapi sekiranya lagu tersebut merupakan lagu yang aku suka, sumpah aku marah kalau ada yang pandai-pandai tukar channel. Dengki la tu aku nak menyanyi pun tak boleh. Mari kita lihat adakah anda seperti aku atau anda memang tak minat langsung dengan lagu patriotik dan kempen-kempen sebegini. Awas, meminati lagu patriotik tidak menjadikan anda seorang yang maha patriotik atau sebaliknya. Berkemungkinan juga anda tidak pernah dengar lagu-lagu yang menjadi pilihan aku berdasarkan faktor usia dan berbezaan umur.

1) Membaca Gaya Wawasan


Aku memang minat lagu ni. Tapi sekarang dah tak ada kat tv. Zaman aku belajar di UIA dulu, aku selalu breakfast di Zainab's College. Di antara pukul 9.00 hingga 10.00 pagi pasti lagu ini akan ditayangkan dan seperti biasa juga aku akan menyanyi dengan penuh semangat. Tapi dalam hati je la. Kau gila ke apa nak aku menyanyi lagu ni kuat-kuat. Tak pasal-pasal orang kata aku suka publisiti murahan.

Pada aku lagu ini wajar ditayangkan sehingga hari ini kerana menggalakkan budaya membaca. No wonder lah budak zaman sekarang liat benar nak membaca.

2) Tangan Yang Menggapai
Kalau aku dengar je lagu ni mesti aku teringat zaman sekolah rendah dulu kakak aku berlakon sambil kawan-kawan dia menyanyi lagu ni. Lagu ini dinyanyikan sempena dengan kempen teledera zaman dulu-dulu.


Lagu ini telah ditukar arrangement. Versi yang original dinyanyikan oleh artis-artis NSR. Aku suka lagu ini kerana mesejnya yang ringkas dan mudah difahami. Hahaha, jangan tipulah Widad. Masa tu hang sekolah rendah lagi. Mana hang tau mesej-mesej ni -______-

3) Budi Bahasa Budaya Kita
Ini juga lagu kempen untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan rakyat Malaysia. Masa lagu ini ada di tv, aku dah faham maksud mesej yang ingin disampaikan.


Tambah pula lagu ini dinyanyikan oleh Kak Siti yang suatu masa dulu memang aku minat gila. Sekarang pun minat lagi cuma dah tak ada gila. Gila di sini adalah adverb ya, bukan adjective. Lagu ini masih ada di tv cuma dinyanyikan semula oleh artis-artis yang glamournya setakat suam-suam kuku sahaja. Kalau yang versi baru memang aku tukar channel. Tak kuasa aku nak tengok. Nak ikut menyanyi sekali apatah lagi. Bydeway aku rasa video di atas bukan yang original. Aku rasa laa.

4) Cintai Kraf Malaysia
Lagu ini juga antara lagu kempen yang dinyanyikan oleh Kak Siti. Masa dulu aku menyanyi ikut sedap aku sahaja. Bila dah pandai godeh-godeh internet dan cari di Youtube baru aku tahu lirik yang nyanyi dulu salah.


Aku suka lagu ini tetapi tidak bermakna aku memang beli kraf Malaysia. Kalau mahal nak arwah tak adanya aku nak beli. Kak Siti kita tak apalah menyanyi 30 minit dapat 40k. Aku seminggu mengajar lebih kurang 15 jam pun hujung bulan gaji 2k je.

5) Satu Malaysia.
Ini satu-satunya lagu patriotik yang dekat di hati aku. Walaupun aku tak berapa nak sokong konsep 1Malaysia tapi aku suka lagu yang budak-budak Lim Kok Wing ni nyanyi. Kadang-kadang tengah membasuh baju pun aku secara tidak sengaja akan humming lagu ini. Ye lah, dalam toilet takkan aku nak humming lagu zikir munajat. Alim tak bertempat.


Di AstroRia juga ada ditayangkan lagu ini. Tapi sekarang ditayangkan pula versi baru yang ntah artis mana nyanyi tak sedap langsung dan terus aku tukar channel sambil mencarut-carut ringan. Siapa yang suka versi ini memang tak tahulah aku nak cakap apa.

Bagaimana dengan senarai lagu patriotik dan kempen pilihan aku? Adakah kita mempunyai citarasa yang sama? Sekiranya sama, ayuh kita High 6 secara maya  (kita kalau high 6 perlu guna dua-dua belah tangan. Kalau Hrithik Roshan sebelah je).



Ermm dosa tak high 6 secara maya antara lelaki perempuan?



Sunday, March 13, 2011

Top 5 Very Inspiring Human Engineer

This year is my third year of teaching. Sepanjang tiga tahun di integrasi, there are some teachers who are very inspiring. Selain dari kepandaian mengajar, ada benda-benda lain yang jadi contributing factors kenapa saya sangat suka dengan mereka.

Number 5: Monsieur Zulkefle
Ni la guru kanan saya! Kalau dia bersuara memang gamat bilik guru. All teachers and students address him as monsieur sebab dia mengajar Bahasa Perancis. Bila lama-lama tengok muka dia, dah memang macam ada iras French. Walaupun dah 48, tapi masih kacak bergaya. Yang mahal tu kat rambut dia yang terpacak macam duri landak kalau cicak jatuh pun tak sempat nak mengucap. Rahsia kekacakan dan kesegakan adalah kerana menjaga pemakanan. Sumpah sepanjang dua tahun lepas, kurang 10 kali nampak monsieur di kantin. Selagi belum balik rumah, memang dia tak makan. Tapi tahun ni lepas dah tukar tender, selalu jugak la nampak. Agaknya sebab puan isteri kerja jauh dan tak sempat nak masak macam selalu.

Number 4 : Encik Baharudin

Encik kesayangan Kak Munirah
Tak lain tak bukan ni la pengetua sekolah saya. Di sini tidak ada sebarang unsur membodek tapi memang saya senang dengan cara dia mentadbir sekolah. Sepanjang saya mengenali pengetua saya, dia antara guru yang bijak mengawal emosi. Saya tak pernah melihat dia mengajar, tapi dari apa yang saya dapat dari students pengetua pandai melawak. Lagi satu pengetua saya tak pilih kasih. Semua dilayan sama rata. Bila ada taklimat atau mesyuarat, saya suka cara dia menjawab atau at least memberikan pendapat (selalu dia sebut "ini sekadar lontaran"). Sumpah kalau semua pengetua macam ni, sejuk hati orang bawahan.

Number 3 and 2:

Yang ini kena share sebab dua-dua pun kawan baik dan memang pandai mengajar. Lagi satu, diorang berdua ni teman sejati saya ke Jusco Queensbay! First nak cerita pasal Kak Zai.

-dengarnya mee goreng basah Kak Zai masak sedap macam yang Kak Nab buat. Kahkahkah-
Puan Ruzianah atau lebih dikenali dengan nama Kak Zai. kadang-kadang ada yang tak tahu nama dia tapi boleh recognise dia punya gelak. Saya rasa kalau ada pertandingan ketawa paling kuat, sumpah Kak Zai boleh menang. Tak nombor satu, top 5 mesti sangkut nama dia. Hehehe. Pernah ada sekali saya berdiri sejauh 300 meter, pun saya masih boleh dengar ketawa dia dengan jelas. Eh, ni bukan nak cerita pasal dia punya ketawa!
Kak Zai mengajar Kemahiran Hidup dan Pendidikan Sivik. Tapi tahun ni up lagi satu subjek, dia mengajar Geografi. Sama macam gelak dia, kalau dia mengajar dalam kelas, saya yang kat dalam toilet pun boleh kencing tak lawas dengar dia mengajar. Lagi satu Kak Zai boleh dibawa bergurau. Cakap la apa saja, takde dia nak kisah. Kak Zai jugak pendengar yang setia. She is someone that I could lean on.
-makan tak ingat kawan-
Yang ni pulak Kak Ain. Nama penuh Nor Rull'Ain. Nama yang biasa tapi ejaan yang unik. Sebab ayah Kak Ain dari Tanah Seberang, terus namanya dieja sangat asing skali! Kak Ain mengajar bahasa ibunda. Pun dikurniakan suara yang maha kuat. Duduk dekat blok lagi satu pun boleh dengar her astounding voice! Ketabahan Kak Ain sepanjang berada di sekolah yang membuatkan saya sangat kagum dengan dia. Walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan, Kak Ain memang banyak bersabar. Agaknya sebab tu lah every time Kak Ain bersalin, mudahhhhh sangat. Tuhan memang MAHA ADIL. Paling saya impress, Kak Ain buat kerja memang cepat. Dia jenis orang yang tak suka bertangguh bukan macam saya.

...and number one goes to....

Diri sendirilah. I inspire myself! Heheheh. Sekarangkan zaman naik lif tekan sendiri.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...