Showing posts with label Workplace. Show all posts
Showing posts with label Workplace. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Kompilasi 2013


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yang Dihormati, saudari laptop yang sentiasa menanti ditekan-tekan papan kekuncinya, Yang Berusaha, jari-jemari yang Alhamdulillah cukup sepuluh dan masih boleh membuat amal ibadat dan berkhidmat dengan Pencipta dan diriku, seterusnya pembaca-pembaca blog yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah (some more) bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu lagi walaupun tak berapa hari lagi nak masuk tahun baru. Sumpah keji kerana mengabaikan blog. Kalaulah blog aku ini manusia yang punya nyawa sudah pasti dituntutnya fasakh kerana mengabaikan beliau. Sebab terlalu lama tak menaip entri, nak buat intro pun tak berapa nak lancar. Sekejap taip, kemudian backspace lepas tu rasa nak delete semua. Niatnya nak hilangkan stress (buat-buat ja konon stress) rasa macam tambah stress lagi. Tapi demi untuk tidak memelsukan janji, maka ku gagahkan jugak menaip entri yang tak berapa berguna ini.

1. Kenapa tak update blog?
Wajiblah aku salahkan PBS yang sistemnya telah membuatkan aku mempunyai tali pinggang hitam dalam arena pencarutan. Sakit hati betoi! Gila apa nak key-in lima orang budak sejam pun tak boleh buat. Loading loading loading sampai aku masak nasi dah makan dah sakit perut pun tak habis lagi. Idea siapa yang yang buat PBS ni. Ni yang nak buat aku mencarut ni. Haaaa awal-awal entri dah emo. Kahkahkah. Biasa la. Tak emo tak pompuan. Aku pompuan sejati. Wajib la emo. Tak gitu (pengaruh baca Blog Nara. Kahkahkah). Lain entri aku carutkan PBS ni. Entri ni tak boleh. Kenapa tak boleh? Aku punya blog, aku punya suka la. Hahaha. Emo lagiiii. Gilaaaaa



2. Pandai menguli
Tahun 2013 aku belajar bikin roti, pizza, donat dan segala mak nenek yang melibatkan aktiviti menguli. Asalnya aku ni haram tak pandai bab-bab roti kek ni. Tapi sebab aku suka makan roti dan kampung pula berdepan dengan Kampung Benggali, haruslah aku setaraf dengan mereka. Selalu orang Benggali memang pandai bab-bab uli roti ni. Sampai ada satu roti khas nama Benggali. Kita ambil sikit tempias nama kampung dan satukan dengan teknik-teknik yang dipelajari maka tetiba terus jadi pandai.





Hahaha. Nipu sangat tetiba sekali belajar terus pandai buat roti. Aku bukan taraf wali. Genius pun jauh sekali. Episod-episod roti tak jadi panjang sangat kalau nak cerita. Aku tak rajin nak menaip. Lepas tu banyak pulak kejadian-kejadian yang membawa malu sepanjang hayat. Maka, dipendekkan cerita, tak usah cerita. Hehehe.



3. Lompat kijang
Tahun ini juga, adik lelaki aku berkahwin. Umurnya 27 dan jodohnya sampai dulu dari aku walaupun masa zaman sekolah bermati-matian sebut tak mahu kahwin. Aku yang dari kecik tergedik nak kahwin tak pulak sampai lagi jodoh. Kehkehkeh. Tapi dia bukan langkah aku seorang. Dia langkah aku, kakak aku dan abang aku. Nah kau tiga sekali! Sebab itu namanya lompat kijang, bukan lagi langkah bendul.


Sebagai kakak yang tak berapa mithali tetapi tak mahu dikeji, maka kita hulurkan tangan ringankan beban. Aku pun tak ingat apa yang aku tolong. Tapi sebagai seorang yang pernah jatuh tangga dan akibatnya sakit belakang, aku buat yang ringan-ringan sahaja. Hihihi. Jodoh adik aku dengan orang Johor. Confirm Jawa berdasarkan nama ayah mentuanya. Hihihi. Jauh aku bertandang ke Johor. Kendurinya meriah. Siap berzapin bagai sampai ikut hati aku pun nak lompat naik atas tikar berzapin sekali. Over sangatttt. Makan pun sedap, layanan tiptop.

Selepas kenduri di Johor, acara diteruskan dengan berjimba di A'Famosa. Kakak ku yang baik hati sewakan banglo yang ada swimming pool. Sakan berendam sampai kecut jari kaki tangan segala. Aku pun dah ingat-ingat-lupa kejadian di A'Famosa. Yang aku ingat, mandi-manda dalam pool, ada BBQ, mandi-manda dalam pool, dan mandi-manda lagi dan lagi dan lagi. Memang tujuannya nak berendam dan mandi-manda kekdahnya. Gambar ada tapi tak boleh nak letak sebab semua pun pakai bikini. Kehkehkeh.

...sibuk sangat sampai tak ada gambar aku dengan pengantin. Tapi sempat camwhore bila perlu.


Sabtu yang lalu kenduri menyambut pula. Pun sibuk jugak dan aku rasa aku lebih kepada buat-buat sibuk. Hihihi. Hari kejadian aku memang sibuk sebab duduk (berdiri padahal) bersama Bini Ustaz menyambut tetamu yang hadir. Boleh jadi sebab aku tinggal bersama Bini Ustaz makanya kebarangkalian aku kenal para tetamu adalah tinggi dan aku pulak cantik, jadinya sesuai untuk menyambut tetamu. Hahaha. Akhirnya jumpa point nak perasankan diri.




4. Aktiviti menguruskan badan
Sejajar dengan peningkatan usia, maka kadar metabolisme dalam badan mula buat perangai yang boleh dicaruti. Aku dengan jayanya telah menjadi pengamal Zumba. Setiap Rabu petang dan sekali-sekala Jumaat pagi aku berzumba di MRSM. Ketahuilah bahawa aku adalah instructornya. Aku memang suka gedik-gedik atas stage jadi centre of attraction. Kehkehkeh. Tapi yang ikutnya perempuan sahaja. Sungguhlah tidak aku tegamak tergedik-gedik di hadapan lelaki. Gedik atas iman gitewww. Hahahahampeh. Bila kesibukkan melanda, aktiviti Zumba digantikan dengan berjogging. Sakan berjogging sampai ramai yang tegur aku dah kurus. Bahagia :')

Tapi bahagia tak lama. Berat naik semula. Mujur tak ada yang tegur. Siapa yang menegur wajib aku melahar secara live. Kalau yang tegur tu kurus menawan aku redha. Ini kalau badan macam pokok yang majlis daerah tanam atas divider kategori rendang tak berbuah simpan ketat-ketat hasrat nak menegur tu. Berat-berat badan aku pun, cuma 43kg. Bukan gemuk punnnn





5. Pro-ELT
Umum mengetahui guru Bahasa Inggeris dikehendaki menghadiri kursus Pro-ELT. Kelas aku setiap Selasa. Ni pun belum habis lagi. Ada lagi lima hari nak attend. Walaupun mula-mula benci dan meluat, lama-lama jatuh sayang sebab dapat kawan-kawan yang membahagiakan. Nalani, Evelyn, Shuping and Shima. Semua perangai gila and definitely I'm going to miss them after this. Tengok senarai kawan-kawan aku. Satu Malaysia sangat sebab cina hindu semua ada. Tetapi masuk part nak buat assignment tu yang buat aku lemah semangat terus meroyan. Banyak gila assignment!!! Nak bercinta pun kadang tak sempat. Inipun sambil buat assignment sambil taip entri. Semuanya demi kesejahteraan ummat. Tetiba?



6.  Marking and maki-ing
Tahun ini aku mengajar kelas tingkatan 5. Serupa nak gila marking essay sebab banyak sangat. Essay yang mengajar time sekolah, essay kelas tambahan, essay budak rajin, essay budak kena denda. Kadang-kadang marking lima minit, maki-ing tujuh minit sebab geram asyik ulang kesalahan yang sama. Marah! Marah! Hari-hari berdoa terjadinya keajaiban budak-budak jadi pandai maka tak banyak salah grammar.






Gigih buat kelas tambahan, perjumpaan ringkas sehingga jam 5.00 petang selepas tamat paper Bahasa Melayu. Hari peperiksaan dimaklumkan naik formal letter - letter of complaint. Padan muka aku. Rasanya sepanjang tahun 2013 dua kali sahaja aku buat letter of complaint. Lain-lain buat speech dan report. Tapi aku tetap redha dan bertawakkal (padahal rasa nak bunuh diri takut budak tak dapat jawab).





7. Supplement, jerawat dan skin care
Menginjak umur 30 secara tiba-tiba ada kesedaran takut sakit itu sakit ini, sudahlah duit tak banyak suami pun tak ada -__- Terus datang semangat nak berdisiplin makan supplement segala. News feed Facebook jangan cerita. Hari-hari ada orang share pasal Shaklee sampai aku sendiri serabut milo. Sebab dare to be different aku memilih Amway. Dari calcium, garlic vitamin yang segala huruf semua aku makan. Nasib tak baik muka naik jerawat. Setelah dilakukan siasatan dan ujikaji, aku tak boleh makan vitamin E sebab ada lecithin. Tak sekufu gamaknya maka aku bercerai talak tiga. Terus tambah stress yang ada sebab muka naik jerawat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Merata ada. Benciiiii.

Ketika jerawat memenuhi wajah, aku sedang menggunakan Tabita. Kulit dan cun tetiba naik jerawat. Sayangnya jodoh dengan Tabita tak panjang kerana Tabita juga tidak berupaya menghilangkan jerawat yang ada. Maka bercerai lagi aku. Pun talak tiga. Aku bernikah dengan Proactiv Solutions. Walaupun ada perubahan tetapi jerawat hilang tak istiqamah. Kulit pun tetiba jadi hitam padahal aku putih berseri hockayyy.


Used to have kuit cerah berseri. Sekarang bertukar malap.
The curious case of Michael Jackson in reverse order



Aku berpisah dengan facial foam dan toner nya. Dalam kesibukkan buat itu ini aku Google segala skin care yang ada di Malaysia. Dalam banyak-banyak aku tertarik nak guna SimplySiti. Makanya aku membeli secara online sebab murah dari beli di Watson. Lagipun inilah masanya kita nak menolong orang Islam berniaga. Ecewahhhh kemainnnn.



Tak sampai sebulan pakai kulit menunjukkan perubahan-perubahan yang boleh dibanggakan. Feeling kulit cantik tapi tak boleh takbur takut jerawat kembali menghantui. Selain dari istiqamah dengan SimplySiti, aku meneruskan makan Vitamin C, A dan calcium magnesium dari Amway, Vivix from Shaklee dan spirulina from Elken. Semua produk aku telan demi mengekalkan keremajaan yang hampir purba. Tsk. Tak lupa juga aku berdoa mintak dari Allah. Jangan tahu berusaha tapi tak berdoa. Sombong namanya tu.



8. Welcoming little Hadif
Tahun ini juga kakak ku dengan jayanya telah memberanakkan seorang kanak-kanak lelaki yang sumpah comel. Tapi part yang lucunya bila mencebik muka jadi petak. Hihihi. Sikit hari lagi nak cukup empat bulan. Kerana aku sangat takut dengan benda yang kecil dan lembik, maka aku tak pernah mendukung Hadif ketika beliau sangat bayi. Sekadar sentuh hujung jari dan senyum-senyum.



Kebolehan menjelir lidah. Ini rare. Tahniah Hadif!

Bila dia dah tak berapa bayi, baru aku berani pegang. Sungguh tak mak-mak diriku. Kesukaan Hadif baring di atas badan. Badan aku tak sampai dua jengkal. Hadif jauh lebih panjang makanya aku bukan slumber land untuk beliau. Baring tak sampat dua minit dah bunyi -___-





Sebenarnya banyak lagi benda aku nak cerita tapi aku dah tak ada mood nak menaip. Tambah pulak assignment banyak gila tak siap. Sebagai penutup, terimalah gambar menu tengah hari aku hari ini. Sedap nak arwah. Sila cemburu.



Penutup yang langsung tak ada kena mengena dengan entri





Wednesday, April 17, 2013

Sakit perut




Bahasa Inggeris tingkatan satu sekarang guna pakai sistem set. Kelas aku hari Isnin dan Selasa. Aku dapat Set 5. Set 4, 5 dan 6 serentak.


Ada sekali Set 4 cikgunya tiada. Kurang sihat dan aku terus masuk mintak buat kerja sendiri dan jangan bising. Di tangan ada pembaris besi. Imej garang tu penting. Kelas mula dari jam 10.40 - 12.40, dua jam. Makanya pasti ada yang pundi kencing size s maka akan kerap ke toilet. Pun aku pesan nak pergi toilet kena minta dengan aku dulu.


Baru sepuluh minit aku mengajar di Set 5, datang seorang budak perempuan stok bajet ayu. Datang ketuk pintu minta nak pergi toilet. Siap cakap omputeh. Sekolah kampung macam tempat aku mengajar memang susah nak train budak suruh cakap bahasa Inggeris. Rela tak ke toilet demi tak payah cakap Bahasa Inggeris. Makanya permission granted.


Selang lima belas minit (aku agak-agak saja) datang lagi minta nak ke toilet. Kali pertama berteman. Kali ini seorang diri.


"Bukan tadi ja awak baru pi? Ni pasaipa nak pi lagi?"


"Sakit perut, teacher...." Muka sedih sambil pegang perut. Sebab percaya aku bagi dia pi.


Lepas tu tak tau selang berapa minit. Tak boleh dah nak agak, mai lagi mintak nak pi toilet. Pun aku bagi. Lepas aku cakap "Yes, please." terus aku sambung pompang-pompang sebab bimbang kelak objektif tak tercapai.


Dah habis mengajar aku bagi latihan. Letih berdiri aku duduk sambil membelek buku rekod sendiri. Datang lagi budak yang sama mintak nak pi toilet. Aku senyum dan angguk. Aku sambung lagi belek-belek buku sendiri. Kagum tulisan tangan aku yang cantik dan kemas. Kahkahkah.

"Teacher...." Siti Hajar, budak kelas aku yang duduk paling depan, paling hampir dengan pintu panggil aku. Aku terus bangun pi mengadap.

"Yes sayang," Ya, aku panggil budak-budak aku sayang. Takpun honey bun, sweetie pie ikut sedap mulut aku sebab nak tunjuk aku ni kasih belaka dengan mereka. Ecewahhh. Tapi time marah hangit bun pun aku boh.


"Teacher cuba tengok budak yang nak pi toilet tu..." Siti Hajar tunjuk budak yang bajet ayu tadi, yang katanya sakit perut sebab tu istiqamah ke toilet, tengah melenggang kangkung naik tangga yang mengadap blok tingkatan tiga. Blok tingkatan tiga yang budak lelakinya tak pandai mengeja apatah lagi membaca tapi handal main peewit-peewit dengan adik-adik tingkatan satu dan dua.


Ketahuilah suara aku memang kuat. Kalau sekali aku tengking satu blok confirm boleh dengar. Sekali aku naik hantu, dua blok boleh dengar. Dua blok yang jaraknya dua ratus meter.


Berbekalkan kekuatan suara yang dimiliki, maka marilah malukan budak bajet ayu tadi.


"HAHHH, KAMU YANG KATA NAK PI TOILET TADI MELENGGANG-KANGKUNG PASAIPA. KATA TAK TAHAN SANGAT DAH NAK BERAK. TADI MAI MINTAK PI TOILET SAMPAI TERKENTUT-KENTUT, YANG TERHEGEH-HEGEH LAGI TU PASAIPA?

"SAT LAGI TAIK BERTABUR AWAK JUGAK YANG MALU"


Mencicit budak tu ke toilet lepas dengar aku berleter secara live dengan ayat-ayat menusuk jantung. Budak-budak laki tingkatan tiga yang asalnya memiwit telah mengeboo sambil gelak-gelak. Aku senyum puas hati.



Aku bukan suka-suka nak malukan dia. Tapi bila dia suka-suka menipu aku memang aku panas hati. Dan lepas tu langsung tak mintak pi toilet dah. Haaaaaa nak tipu la lagi cikgu awak nih?







Wednesday, April 10, 2013

Saya ada kanser hati



Budak perempuan tingkatan satu sekolah aku ramai yang stok gedik terhegeh-hegeh gatai belaka. Sehari dua puluh kali pergi toilet. Pergi toilet boleh lalu Block D, block abang-abang tingkatan tiga. Hati berbunga abang tingkatan tiga peewit-peewit padahal yang duk mengorat tu baca pun tak pandai. Nama sendiri pun gagal tulis dengan betul. Ada hati jugak budak-budak tingkatan satu nak buat boyfriend. Kelapaq jugak nak buat abang angkat. Geli! Geli!


Hari ni memebebel sekandaq kat budak perempuan ni. Mintak pergi toliet sambil pegang dada. Kali pertama tak bising. Kali dua aku dah tak berapa nak suka. Kali tiga aku hangin terus jadi mulut naga.


"Ni yang nak pi toilet dua tiga kali ni pasaipa? Tak kena tang mana?"


"Saya tak sihat teacher..." Muka sedih tak mau-mau.


"Tak sihat celah mana?" Setakat tayang muka sekupang depan aku ingat aku nak percaya?


"Saya sakit teacher...saya ada kanser hati..." sambil tangan pegang dada.


Ni pengaruh lagu Melayu la ni. Bila lirik ada sebut hati, penyanyi pegang tang jantung. Lagu orang puteh sebut heart tak apa la pegang dada.


Lagi satu nak marah sebab main sebut kanser hati serupa kanser hati tu sakit perut, pening kepala. Confirm nak menipu aku tu. Sanggup demi abang-abang tingkatan tiga yang tak reti baca.

















Friday, March 8, 2013

Resam pelajar












Ditujukan untuk pelajar-pelajar saya dengan ucapan 'Teacher sayang anda semua walaupun bila teacher pompang-pompang di depan dan anda yang duduk kepala terteleng-teleng berpusing-pusing dan tersengguk-sengguk sekali imbas macam pengikut Ayah Pin. Semoga hidup diberkati Allah dan beroleh (peroleh?)  kejayaan di dunia dan akhirat'.

Selamat Hari Jumaat!

Wednesday, February 27, 2013

Cerita Kelas Belakang #3





Aku guru kelas 5 Tekun. Juga kelas paling belakang. Memang biasanya kelas belakang guru kelasnya perempuan. jarang sangat lelaki melainkan dikenalpasti sebagai cikgu lelaki yang rajin.


Awal persekolahan aku di hospital. Hospital yang sama, Metro Specialist. Jadi bila aku dah balik ke sekolah budak-budak sibuk tanya pengalaman tinggal di wad. Kelas 5 Tekun cuma 14 orang. 12 lelaki dan dua perempuan. Budak lelakinya seribu kali rajin banding dengan minah dua orang tu. Macam melampau pulak banding dengan seribu. Sepuluh kali dah la. Tapi sungguhlah yang lelaki ni senang buat kerja. Suruh sikit mesti dia buat. Tapi kena cakap baik-baik. Kena panggil abang hensem atau sayang laju buat kerja.


Budak perempuan malas tahap tak tercapai dek akal. Menjadi penolong setiausaha ko-kurikulum, aku kena cantikkan board ko-kurikulum. Bila mintak tolong budak laki, selepas menanam tebu di pinggir bibir terus sukarela tolong. Tapi dalam tolong tu, mainnya memang banyak. Budak perempuan yang sorang tu bagi alasan dah tiga hari tak tidur.

'Tak tidoq pasaipa sayang? Mengasuh anak ka?'

Tarik mucung sedepa boleh ikat buat penyangkut baju. 'Teacher tau dak saya sakit gigi. Memang takleh lena.'

Sakit gigi tapi sebelum tu aku tengok duk usung teh ais ikat tepi. Tak apalah. Aku malas nak soal-siasat lebih-lebih. Aku suruh dia duduk dalam kelas elok-elok. Yang kawan lagi seorang dah buat iklan colgate. Nak teman katanya. Nampak sangat beralasan takmau tolong aku buat kerja.


Sambil buat kerja bersihkan papan kenyataan, Hafifi budak lelaki yang suara serak-serak basah dan paling rajin bersembang dalam kelas bersembang peristiwa aku di hospital. Peristiwalah sangat. Lemah vocab aku bila dah lama tak menaip entri. Balasan.


'Teacher duk kat Metro syok dak?'

'Syok sebab boleh rehat. Lepas tu depa urut-urut. Tapi makan tak sedap.'

'Kita ada hospital Metro ja ka teacher?'

'Hospital Pantai, KMC, PMC, ada banyak lagi. Pasaipa?'

'Dak la, Metro tu suratkhabar Metro yang punyakan? Berita Harian dengan Utusan depa takdak hospital ka?'


Hahahaha. Memang aku gelak besar. Aku tak boleh nak jawab soalan tu sebab asal tengok muka Hafifi aku nak tergelak. Dia tak berapa cerdik, tapi dia rajin berfikir
 :')
Lain kali teacher jawab na sayang.











Friday, February 15, 2013

Sebab-sebab pelajar sekolah bergaduh



Profession sebagai pendidik sedikit sebanyak menjadikan diri sebagai polis. Berbekalkan vokal yang halus tetapi lantang suara aku mampu mengalahkan pelajar-pelajar Akademi Fantasia yang tak ada satu pun kemenjadiannya. Kalau polis menggunakan cota dan pistol sebagai senjata, guru di sekolah hanya menggunakan suara, pembaris atau rotan. Aku guna suara dan pembaris. Pembaris besi. Aku pernah gunakan rotan sekali saja. Guna rotan tak practise dan malang memang tak ada bau macam kentut. Sewaktu menggunakan rotan aku tertibai diri sendiri. Sebab aku pendek dan rotan tu boleh tahan panjang. Rotan dah makan tuan maka aku humban rotan jauh-jauh. Pembaris besi lebih banyak digunakan ketuk meja berbanding tibai budak-budak degil di sekolah. Aku tibai tangan saja.


Bila baca perenggan pertama dengan tajuk entri haram tak ada kena mengena. Tapi tak apa. Haram yang ini kalau buat tak termasuk dosa besar. Dosa kecil pun tidak. Kali ini aku ingin bawakan kepada andasebab-sebab pelajar sekolah bergaduh. Mengajar di sekolah harian yang masing-masing nak tunjuk hero memang hari-hari boleh lihat bergaduh kecil sehinggalah yang besar.



1. Pergaduhan senior-junior
Ini merupakan pergaduhan yang tidak asing lagi. Tak kira yang lelaki mahupun perempuan yang mana ada gen pembuli di dalam badan biasanya memang mencari kesempatan membuli. Kebiasaannya kes bergaduh di antara senior dan junior mencakupi hal remeh temeh tetapi dibesar-besarkan macamlah serius sangat.


Contoh paling hampeh yang aku ingin kongsikan di sini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah sekolah berasrama. Sekolah berasrama sudah pasti menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelajar seperti dewan makan, padang dan surau. Bagi yang tidak pernah tinggal di asrama boleh jadi tidak tahu bahawa surau juga dijadikan tempat melepak dan menculas. Bagi yang tinggal di asrama tapi tak tahu sungguhlah anda memang naif tetapi naif yang tidak comel.. Hehehe. Kebiasaannya port-port di surau seperti sudah ditanda oleh kumpulan-kumpulan pelajar. sebagai contoh, tiang nombor lima dan enam dalam surau tempat pelajar tingkatan dua duduk, maka pelajar tingkatan satu yang baru masuk jangan mengada nak labuh punggung kalau takmau kena terajang di asrama kelak. Yang berlagak otai dan seniorlah sangat biasanya suka duduk di luar, di koridor surau. Ada satu hari pelajar tingkatan empat yang tak adalah ramai sangat duduk melepak di koridor luar surau yang biasanya port pelajar senior yang bajet abang besar maka perlu dihormati dan sekaligus mempromosi tagline jangan usik kawasan kami. Dek kerana tingkatan empat duduk tempat si kumpulan senior maka balik asrama terus jadi kes sepak terajang. Kalau dah berasa hebat dan kuat hendak saja aku poskan budak-budak begini ke Palestine. Lawanlah dengan Zionis. Kurang-kurang dapat pahala mati Insyaallah ke syurga.

Taken from here

Yang perempuan juga bergaduh antara senior dan junior. Motif-motif pergaduhan juga biasanya tidak matang seperti menggunakan ampai pelajar senior, menggunakan bilik air pelajar senior dan macam-macam lagi yang sungguh tidak berbaloi untuk digaduhkan. Namun demikian pelajar perempuan jarang berlaku bergaduh sehingga melibatkan fizikal. Pergaduhan lebih kepada memboikot atau yang perasan besar dan hebat akan kenakan team junior dengan objektif memalukan mereka di khalayak ramai.




2. Kata-mengata dan ejek-mengejek
Ini memang berlaku especially kalau dari rumah antara adik-beradik memang sudah jadi tabiat ejek mengejek dan kata mengata. Kadang-kadang siap ada lagu khas tapi sungguhlah tidak layak untuk ke Juara Lagu. Lagu paling glamour zaman sekolah 'Lan lan tak, lan pala (kepala) botak' dan siapa yang nama bunyi ada lan tak kira awalan atau hujung memang selalu jadi mangsa dituju lagu tak best begini. Bila bergaduh putus kawan lagu favourite 'Tak mau kawan sudah, namanya Dolah, teteknya sebelah'. Memang tak tercapai dek akal kerana entah siapa yang tak mahu dikawan disabitkan dengan Dolah. Dan terus sebut tetek sebelah. Ini kes kanser payudara atau macam mana?


Pernah sewaktu Hari Kokurikulum di sekolah budak perempuan bergaduh dan siap bertumbuk. Puncanya budak yang ditumbuk sebarkan cerita dia anak angkat. Budak yang menumbuk ajak geng tabuh secara berjemaah dan ikut hati aku rasa hendak aku tabuhkan saja budak yang menumbuk itu. Apa yang nak terasa hati sangat kalau anak angkat? Lainlah direka cerita anak tidak sah taraf. Yang itu aku pun join sekaki. Hehehe. Bukan tumbuklah. Join sekaki menasihati. Bunyi sahaja kaki. Tapi aku yang tak cukup tinggi dan badan tak besar mana memang tak berani nak gaduh-gaduh melibatkan fizikal melainkan dengan anak-anak saudaraku yang masih tak cukup inci. Itu memang lawan aunty. Hihihi




3. Nak tolong cikgu
Menjadi guru yang pandai melawak, selalu tersenyum memang untung sebab budak sekolah memang berebut nak tolong. Kadang-kadang datang kelas aku cuma bawa buku rekod dan pencil case tetapi bila terserempak di tengah jalan berebut nak tolong bawa. Pernah sekali berebut nak bawa jatuh pencil case aku. Tapi sebab baik hati aku tak marah. Ecewahhh nak jugak puji diri sendiri. Ya, setakut jatuh pencil case tak marah. Cuba jatuhkan handphone aku. Mahu aku berkicau sepanjang hari. Mahu boleh dengar suara halilintar aku serupa sudah ada build-in microphone di anak tekak. Bergaduh berebut nak tolong cikgu nampak comel di mata aku. Sebab terasa diri disayangi especially macam aku yang terang-terang garang macam mak tiri.





4. Berebut kawan
Dari zaman tadika, masuk sekolah rendah sehingga sekolah menengah bergaduh berebut kawan memang betul-betul terjadi. Aku pun tak faham kenapa berebut nak berkawan? Apa yang best sangat dengan kawan seorang tu pun aku kurang pasti. Boleh jadi yang seorang itu hari-hari belanja dia makan maka bila tak ada dia rabaklah poket sendiri. Boleh jadi juga kawan budak pandai dan rajin. Boleh tiru buat kerja rumah. Hahaha. Pada pengamatan aku kes berebut kawan berlaku di kalangan pelajar perempuan sahaja. Kaum adam tak kisah dan langsung tak peduli lantak sahaja nak kawan dengan siapa. Biasa yang suka berebut kawan hati jenis lembut. Dipukul angin pun menangis barangkali. Leceh. Aku memang tak suka jenis kawan nak geng lepas tu dia seorang saja nak bolot. Ini kalau mak ayah meninggal sudah pasti semua harta nak bolot.



5. Berebut jantan/betina
Yang ini memang rasa nak bagi kaki. Kejadahan apa nak berebut jantan sehingga sanggup bergaduh bertumbuk bagai. Di mata mereka pakwe sekolah yang gagah perkasa gentleman jalan terjengket-jengket adalah bidadara dunia. Makanya harus dipertahankan dengan bergaduh bertumbuk dan mencerca kaum sendiri. Bila bosan kadang aku layan Youtube cari pasal budak sekolah bergaduh. Dahsyat. Ini kalau buat bini hari-hari bergusti makanya yang si lelaki elakkanlah dari dapat bini sebegini. Ada yang pendek akal dua budak perempuan yang boleh tahan cerdik bergaduh berebut jantan kelas belakang. Kes begini afdhal ditampar dahulu dengan harapan dapat keluar dari kegelapan dan memperoleh kewarasan, kemudian barulah dinasihat.

Pakwe sekolah juga bergaduh berebut betina. Hahaha. Sungguh aku tidak faham kenapa nak rebut. Adakah betina yang direbutkan tolong basuh baju, tolong masak, tolong sedia makan sehingga nak rebut dengan bertumbuk bagai. Terjadi juga pergaduhan sehingga melarat ke luar sekolah. Yang betina tepuk tangan berasa gah menjadi rebutan padahal kalau setakat budak kelas paling hujung yang kalau suruh tulis nama tercabut segala bulu, memang buang masa tak ada faedah nak rasa bangga.







Setiap hari manusia bergaduh. Macam aku bergaduh melawan nafsu. Bangun pagi bergaduh dengan nafsu tidur. Kadang kala berlanjutan berperang dengan syaiton kerana liat nak bangun subuh. Amacam? Ada unsur keustazahan tak? Hahaha. Waktu makan bergaduh dengan lemak-lemak yang degil tak mahu keluar sewaktu beristinjak. Pendek kata memang sehari lebih lima kali aku bergaduh. Budak sekolah kanak-kanak ribena tak cukup matang apatah lagi. Macam-macam perkara hendak dijadikan sebab bergaduh. Bergaduh melawan nafsu, itu jihad paling besar. Tapi yang mana bergaduh berebut jantan, berebut betina, dua perkataan aku nak bagi...bangang abadi.











Thursday, February 7, 2013

Cerita kelas belakang #2



Hari ini mengajar Tingkatan 2 Tekun. Kelas paling belakang. Walaupun paling belakang aku suka kelas ni sebab budak-budaknya dengar kata dan jarang buat aku sakit hati. Aktiviti hari ini aku minta mereka fill in Johan's weekly planner. Mula-mula sudah pasti baca extract secara berjemaah. Baca tiga kali. Ada yang cuma reti tulis nama sendiri tapi bila baca text Bahasa Inggeris secara berjemaah sengih macam kena loteri.


Seronok boleh baca dalam Bahasa Inggeris walaupun hanya burung kakak tua. Tak apa. Yang penting mereka mahu. Effort tu yang penting dari yang berlagak pandai tapi pemalas apa pun malas buat.


Sampai perenggan akhir, aktiviti Johan di hujung minggu adalah membeli belah di pasar malam. Terus tanya soalan pasal pasar malam. Masing-masing sebut pasal makanan. Dari rangka ayam sampai nasi ayam semua disebut.


Ketua kelas, nama Zainurul tanya aku, 'Teacher suka dak pi night market?'


'Boleh laaa. I rarely go to night market except bila teacher craving for specific food.' 
(cakap campur-campur supaya dia faham)


'Craving tu apadia teacher?'

'Teringin.'

'Teacher selalu teringin apa?'

'Cakoi' (char kway)

Lepas tu ramai-ramai bising sebut cakoi dan ada yang berkerut dahi tak tahu cakoi. 

'Kamu tau dak cakoi tu apa?' 


'Tau teacher, tau! Char kuey teow!' 
Confident dua budak aku jawab. Zainurul dan Aina. Memang nama sebenar.


Hahahaha.

Kenapa budak-budak ni naive sangat? Comel!














Wednesday, December 12, 2012

Sebab-sebab aku gagal menghapdet blog secara istiqamah



Sebagai seorang Muslim, kita sememangnya dianjurkan untuk melakukan perkara yang baik secara istiqamah. Wah bahasa aku. Macam nak menjawab kertas SPM. Perkataan dianjurkan tu yang aku rasa nak tergelak. Ya, memang tak lucu untuk anda semua jadi tak payah nak gelak kesian. Aku sangat pasti blog aku ni bukan kategori berilmiah. Selain dari melampiaskan emosi dan nafsu amarah serta merapu sana sini, ada tak kurang 10 entri aku rasa yang boleh boleh gagahlah tahap keilmiahannya. Entri-entri lain mungkin ada yang rasa nak bagi kaki kat aku.



Namun demikian sukacitanya untuk aku maklumkan pada semua, aku sebenarnya sangat suka menulis. Menulis dalam konteks merapu-rapu kerana sebenarnya ia adalah hiburan ringan yang sudah pasti tidak seringan berat badan aku. Cerita sedih untuk semua, berat badan naik lagi. Tapi itu lain kali aku carutkan. Bila lama tak menaip entri baru, aku sebenarnya malu nak klik button new post. Maklumlah, orang beriman. Malu tu perlu. Malu itu sebahagian dari iman *dah terkeluar perkataan istiqamah, iman segala terus rasa entri sangat berilmiah*. Tetapi hari ini aku gagahkan menaip entri baru buat tatapan dan bacaan anda semua. Hahaha. Bajet serupa blog sendu ni glamer ramai pembaca. Mampoih pi lahhh.


1) Memilih kerjaya sebagai guru bererti adalah tidak dari lari, merangkak, atau pun berguling jauh dengan peperiksaan. Makanya sebagai guru yang masih muda, cantik jelita sudah pasti aku dengan suku rela menjadi pengawas peperiksaan. Ya, bila wajah cantik senyum manis berseri pelajar lebih semangat nak jawab exam. Kahkahkah mampoih satgi kena kutuk lagi! Bulan Oktober menjadi pengawas PMR yang tentulah bukan di sekolah aku. Dan bulan November sambung lagi kontrak menjadi pengawas SPM. Sujud syukur kerana menjaga SPM hanya untuk lapan hari. Kepada guru-guru yang mengawas hingga bulan dua belas, aku hulurkan simpati. Nama nak hulur duit, aku tak cukup kaya.

Bila dah terpaksa mengawas, kerjanya sehingga ke petang dan balik rumah terus terkelepek atas katil. Tidak lagi mampu nak beronline dengan gagah kerana badan mahu beronline di atas katil. Kalau bernafsu sangat nak beronline, aku berwasap bersama kawan-kawan sekolah. Itu saja yang aku mampu. Itu saja. Itu. Saja. *saja taip dua tiga kali nak bagi entri nampak panjang...keji!*



2) Perkara kedua sebenarnya berkait rapat dengan perkara pertama. Apabila kerap meninggalkan sekolah, sudah pasti banyak kerja terbengkalai. Dengan nak tanda answer scripts, nak kelebet borang PBS Bahasa Inggeris, nak buat itu, buat ini...huiii tak cukup tangan nak buat. Lepas tu mula rasa nak resign dan jadi suri rumah. Tapi tuan rumah pun belum ada, maka tak usahlah nak emosi bagai nak resign segala. Menanda dan menyemak kertas jawapan sehingga demam sudah menjadi lumrah kerana mengejar masa. Ya, harus aku mengejar masa kerana kelak mungkin aku tidak dapat berjimba. Hahaha. Berjimba itu perlu. Kelak mengundang stress *mampoih kali ketiga satgi ada hat suruh aku pi mengaji Quran*



3) Bulan Oktober yang lalu, aku menggelarkan diri sendiri sebagai guru kurang ajar. Bukan kurang ajar as 'koajaq hang' atau kalau bahasa drama Yusof Haslam 'Kurang ajar, kau!' yang pada aku bunyi haram tak ganas. Hahaha. Kalau sebut slang utara nampak sikit ganasnya. Maksud kurang ajar dalam konteks aku sebagai guru yang kurang mengajar. Ini semua sebab jadi pengawas peperiksaan dan kemudian tinggal lagi sekolah untuk menjadi juruletih RIMUP. RIMUP ni sat lagi aku carutkan. Lepas dah habis RIMUP sambung pula dengan cuti raya korban dan bila dah cuti ingat aku hadap sangat nak buat kerja-kerja sekolah? Tak mau aih!



4) Tak cukup dengan jadi pengawas peperiksaan, sekolah hantar aku untuk jurulatih program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Kiranya peserta adalah dari berbilang bangsa, agama dan warna kulit. Tiga hari menjadi penunggu di Pusat Ko-Kurikulum Daerah Baling tapi aku berkampung siang saja. Malam aku cabut balik rumah. Bunyi nama macam gah, tapi nahaiiii boleh masuk rancangan Bersamamu TV3. Sebenarnya aku tak berapa faham kenapa masih ada program RIMUP nak mengintegrasikan murid bagai. Kata dah satu Malaysia?




5) Bagi anda yang tak terdedah dengan dunia seorang guru, aku suka nak berkongsi tentang guru bahasa Inggeris. Di mana-mana negeri, mana-mana daerah, mana-mana sekolah pun, guru bahasa Inggeris dikira macam tak reti mengajar. Ada saja program itu, program ini, dan paling terkini aku baru sahaja menduduki peperiksaan APTIS. Malaih aku nak google APTIS tu hapakebenda tapi ada listening, ada speaking, ada writing segala dan lepas tu kena attend course di British Council. Punah harapan nak berjimba di hari Sabtu. PPD pula melontarkan kata-kata manis seperti pesakit diabetes kononnya kami adalah insan terpilih. Ahhhh terpilih la sangatttt. Cikgu yang lagi 10 tahun nak pencen pun kena juga attend course. Makanya dapat aku bayangkan tahun depan blog aku ni mungkin seperti bangkai bernyawa. Maklumlah tuan badan sibukkk..nak berjimba pun takdan gamaknya!



6) Selepas seminggu berSPM, ada gap satu minggu yang membuatkan nafsu untuk berblogging nak menaip entri baru muncul di hati. Namun hajat di hati tak kesampaian. Jangan ingat seminggu gap aku duduk saja boleh kelebet laptop online 24 jam baca BeautifulNara dan Malaysiakini. Memang aku memanjang online...tapi online nak masukkan PBS. Huiiii yang ini memang bikin aku naik hantu dan mencarut ringan di dalam hati. Sehari nak key-in satu budak pun seperti mengandung sembilan bulan. Lama menunggu dan page loading boleh sembahyang sunat dua rakaat. Itu pun belum tentu page dah habis loading.








Pendek kata..ya aku yang pendek ini berkata. Yang panjang duduk diam. Pendek kata, terlalu banyak kerja-kerja lain sehingga tidak mampu aku menghapdet blog secara istiqamah seperti masa lalu. Doakan ketidaksibukkan aku maka aku akan kembali menghangatkan arena blogging ini. Mungkin aku boleh jadi lebih hebat dari blogger femes yang kini dah berlakon dan kalau melawat blognya, entri advertorial saja yang banyak. Itupun gigih ramai yang mengomen. Hahaha. *memang betoi-betoi nak mampoih aku ni tetiba perli blogger femes*










Thursday, December 6, 2012

Jenis-jenis pelajar yang dapat dilihat di dalam dewan peperiksaan




Memilih pekerjaan sebagai guru, anda tidak mengelak mahupun menepis daripada menjadi pengawas peperiksaan. Sekurang-kurangnya sekali seumur pekerjaan, anda akan menjadi pengawas untuk peperiksaan-peperiksaan umum yang terdapat di Malaysia seperti UPSR, PMR, SPM, MUET dan STPM. Tahun ini merupakan kali keempat aku mengawas peperiksaan dan kali pertama untuk peperiksaan SPM. Sungguh bahagia apabila aku hanya perlu mengawas selama enam hari. Empat kali mengawas peperiksaan, aku dapat mengklasifikasikan jenis-jenis pelajar yang terdapat di dalam peperiksaan.





1) Pelajar masa depan gemilang
Pelajar yang masa depannya gemilang dapat dilihat dari sebelum bermulanya satu-satu kertas. Sebelum melangkah masuk ke dewan, tangan diangkat memohon doa. Doanya sudah pasti panjang dan boleh jadi qunut nazilah juga dibaca. Melangkah masuk ke dalam dewan menggunakan kaki kanan. Kalau tersalah rela berundur walaupun tahu belakangnya ramai yang sedang menyerbu dan diri tak ada side mirror. Sewaktu berjalan masuk, mulut terkumat-kamit. Terkumat-kamit membaca doa ataupun menghafal nota-nota penting. Nak duduk doa. Tatkala ketua pengawas mengumumkan boleh mula menjawab soalan, ditadahnya tangan sekali lagi berdoa. Menjawab pula dengan khusyuk. Sekali sekala tengok jam bimbang tak cukup masa. Masa menjawab digunakan sepenuhnya. Agak tak cukup kertas, laju angkat tangan. Aku yang mengawas pun jalan laju macam penguin nampak ikan dalam air jernih tak sabar nak terjun laut. Dah cukup masa, kadang tak henti menulis. Kalau dah habis, semak dua tiga kali. Bila pengawas dah kutip, baca doa lagi. Nak keluar dewan, ucap terima kasih, senyum dan lagi ada doa. Huiiii. Kagum aku. Macam-macam doa boleh ingat. Cerah hati. Tahniah. Terus aku nampak bayang A lurus untuk pelajar begini.




2) Pelajar PJJ
Bagi anda yang bersekolah di asrama penuh, atau sekolah budak-budaknya pandai belaka, pasti tidak tahu pelajar sekolah menengah ramai yang belajar secara PJJ. Bulan Januari datang sekolah, mendaftar dan ambil buku teks. Yuran PIBG belum tentu dia bayar. Tak apa. Itu boleh kutip hari nak ambil keputusan. Masa setiausaha peperiksaan minta guru kelas kutip duit yuran SPM, dia pun bayar dan semangat isi borang fotostat kad pengenalan segala. Bulan berikutnya, 20 hari sekolah, 15 hari sahaja dia muncul. Bulan berikutnya 10 hari dan semakin bertambah bulan semakin kurang hari kedatangannya. Bulan 7, bulan 8 terus hilang seperti disorok bunian. Tapi kalau disorok bunian petang dan malamnya yang kita tak nampak. Tapi pelajar PJJ, petang dan malamnya berpesta muda mudi tak ingat mati.


Tiba di hari peperiksaan, boleh muncul tanpa rasa malu dan datang bergelak ketawa seperti sudah berkurun dia bersedia. Padahal sekolah haram tak datang dan biasanya guru-guru menggelarkan mereka PJJ. Nama saja PJJ, tapi jangan haraplah mereka di rumah membaca dan mengulangkaji secara maya. Mungkin lebih banyak membuta dari mencelik. Mereka ini di dalam dewan peperiksaan datang sekadar menyakitkan hati guru di sekolah dan guru yang mengawas. Sudahlah tak mahu menjawab soalan. Di dalam dewan usik mengusik rakan yang ada dan ada yang perasan kacak dimengoratnya pengawas yang comel seperti aku. Huahuahua. Akhirnya jumpa point untuk aku perasankan diri. Kahkahkah dan sila jangan carutkan aku. Baiklah, mari kita sambung. Biasanya aku selalu memaksa mereka keluar dari dewan peperiksaan. Bukanlah aku memaksa dengan menghalau atau menggunakan teknik mengugut atau yang sewaktu dengannya. Sebaliknya aku akan mengulang tanpa jemu yang mereka dibenarkan keluar selepas 30 minit masa peperiksaan berlalu. Di samping itu aku juga meracuni fikiran mereka dengan kelazatan makanan di kantin atau keempukkan tilam di rumah. Hihihi




3) Pelajar ganjil
Pelajar ganjil bukanlah pelajar yang mempunyai angka giliran yang ganjil di dalam dewan peperiksaan. Tetapi terma ini merujuk kepada pelajar yang bersikap ganjil seolah-olah dia berada di dalam dunianya sendiri. Sewaktu pelajar lain gigih menjawab mahupun menghentam jawapan, dia sibuk membelek benang yang diberi. Benang yang sepatutnya diikat pada kertas dipusing-pusing pada hujung pen atau pensel dan kemudian tersengeh sendiri. Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran beliau tetapi biasanya aku akan berjalan menghampiri pelajar begini dan memberi pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan dan aku sendiri pun tak tahu bagaimana hendak mengekspresikan pandanganku itu dengan kata-kata.


Lihat dunia pelajar ini. Wajahnya tampan tapi stokin yang dipakai....nahaiiii


Pesanan penaja: Muka yang nampak kental jangan disangka gagah. Mungkin punggungnya longgar

Senang cerita, biasanya selepas menerima pandangan begitu, pelajar begini akan mengamalkan konsep tomma'ninah. Makna kata berhenti seketika dan sejurus aku berlalu pergi, dia menyambungnya lagi seolah-olah tidak terkesan dengan pandangan aku tadi. Cis!





4) Pelajar taqlid
Sebagai bekas pelajar sekolah agama disamping diberi jolokkan anak ustaz...hahaha. Tetiba aku rasa macam tak berapa nak kena perkataan jolokkan tu. Tak apa. Tak penting. Makanya aku rasa wajar aku menggunakan terma berunsurkan bahasa arab. Biasalah, bajet handal serupa hebat sangat tak lain tak bukan akulah.


Makanya pelajar taqlid adalah pelajar yang mengikut perbuatan rakan-rakannya yang lain secara mengkhinzir buta. Sebagai contoh, kawannya angkat tangan mohon ke tandas, dia juga sibuk cerita pundinya size XS maka mahu turut serta ke tandas. Dilihat kawan yang lain angkat tangan minta kertas, dia juga sibuk mahu kertas padahal kertas yang diberi awalnya guna bahagian atasnya sahaja. Ya, bahagian atas yang perlu ditulis nombor kad pengenalan, angka giliran, nama matapelajaran dan kod kertas. Itu sahaja tetapi dek kerana nak mengikut kawan dan konon tak mahu ketinggalan, gigih angkat tangan minta itu ini.





5) Trend-setter
Yang trend-setter begini setiap kelas atau dewan peperiksaan seorang sahaja. Biasanya muka yang sama dan pakwe sekolah yang akan jadi trend-setter. Maksud aku di sini, ini adalah pelajar pertama yang angkat tangan untuk meninggalkan dewan peperiksaan. Pelajar-pelajar lain sebenarnya tak tahan juga berlama-lamaan di dalam dewan bimbang punggung mereka berakar barangkali. Tetapi masing-masing tidak mahu jadi yang pertama walaupun mendapat isyarat dari rakan seperjuangan untuk bangun secara serentak tetapi masih tidak bangun-bangun dan keluar dari dewan peperiksaan. Aku kadangkala mahu sikukan sahaja pelajar begini kerana sesungguhnya mata aku rimas melihat aksi mereka. Dan secara tiba-tiba sewaktu aku hampir melampiaskan marah aku, akan ada penyelamat di mana tanpa ragu-ragu dan mempamerkan wajah kental tangan diangkat dan mohon untuk keluar. Dan tak tunggu lama, pelajar-pelajar taqlid tadi akan turut akan tangan dan keluar secara berjemaah.




6) Pelajar buaih
Buaih ini adalah dialek utara yang kata dasarnya adalah buas. Tetapi buas ini bukan bererti liar seperti buaya di dalam sungai Amazon mahupun amazon dot kom. Buaih boleh didefinisikan sebagai tak boleh duduk diam. Pelajar buaih di dalam dewan peperiksaan merujuk kepada pelajar yang peralatan menulisnya kerap kali jatuh. Kalau bukan tudung pen, boleh jadi kad pengenalan atau slip peperiksaannya jatuh. Sebagai pengawas sudah pasti aku perlu mengutip barang yang jatuh dan dengan tertib meletakkannya semula di atas meja pelajar begini. Tunggu lagi barang 10 minit benda lain pula yang dijatuhkan. Sesungguhnya pelajar yang sama yang akan jatuh segala benda yang ada di atas mejanya. Mujur anggota badan yang lain memang bersambung sejak azali. Kalau semua boleh main tanggal, tak mustahil benda dalam seluar pun tertinggal atau terjatuh tengah jalan.






Ada juga pelajar-pelajar yang tanpa rasa malu angkat tangan tanya jawapan pada pengawas. Kalau peperiksaan Bahasa Inggeris, ada yang tanpa ragu-ragu mohon aku berikan maksud perkataan. Ada juga jenis yang angkat tangan dan bila pengawas tanya ada apa dijawabnya dia sedang mengeliat. Yang ini memang tunggu hari nak makan kaki aku! Mengawas peperiksaan sebenarnya sangat menjemukan dan meletihkan. Perlu berkawad, tak boleh bersembang, perlu sentiasa peka membuatkan aku pengsan di atas katil tatkala sampai di rumah. Dan akhir kata, pengawas peperiksaan tak sama dengan pengawas sekolah. Pengawas peperiksaan baik hati dan comel. Contoh mudah sudah pastilah diriku. Pengawas sekolah...malas aku nak cerita.













Friday, September 28, 2012

Ros






Aku tak ingat bila kelas aku ada budak baru dari rumah anak yatim yang tak jauh sangat dari sekolah aku. Memandangkan usia yang sudah mahu masuk three series, maka mengingati setiap nama pelajar aku memang perkara terakhir aku akan buat. Yang penting aku cam muka dan tahu dari kelas mana.



Maka anak yatim itu duduklah dalam kelas aku dan kerjanya hanya tidur, tidur dan tidur. Mula-mula memang aku angin lama-lama aku letih dah nak marah sebab 10 kali aku kejut dia bangun, 9 kali dia bangun dan kemudiannya 10 kali dia tidur. Tidur yang kesepuluh tu dah tak kuasa aku nak kejut sampai dia bangun. Sakit hati dan buang masa saja yang aku dapat.



Satu hari ada diagnostic test untuk bahasa Inggeris. Aku pun masuk kelas dan edar kertas dan bagi penerangan macam mana nak jawab. Sebelum tu dah ingatkan supaya tulis nama, tulis nama, dan tulis nama. Budak kelas belakang memang kena sebut banyak kali sebab kalau kelas lain mungkin masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tapi kalau kelas belakang, apa-apa yang kita cakap, lalu tepi telinga dia pun belum tentu. Bukanlah semuanya begitu, tapi banyaknya begitulah.



Tak sampai sejam dah habis jawab. Bukan sebab terer, bukan sebab handal tapi sebab tak reti. Ada la dua tiga budak yang buat tapi aci kerat jari yang boleh buat tu pun takkan boleh buat semua soalan. Sebabnya ini kelas belakang. Majoritinya tak jawab langsung walaupun aku ni kadang-kadang ada jugak bagi-bagi clue macam mana nak jawab. Tak reti tambah dengan malas memang pakej lengkap yang lepas lima minit waktu periksa terus angkat tangan hantar kertas.



Lepas satu jam aku pun mula tanda kertas. Waktu rehat dah siap segala aku mula nak tulis markah dalam buku rekod. Sambil kira markah, sambil tulis markah dalam buku rekod. Satu-satu aku buat takut silap key-in tiba-tiba budak kelas aku yang tercorot ni boleh dapat markah lagi hebat dari budak kelas depan. Kalau soalan objektif, mungkin. Tapi ini semua soalan sturuktur open-ended bagai.



Tiba-tiba sampai pada satu kertas yang tulis nama Ros. 
Ros? 
Ros mana? 
Sejak bila kelas aku ada budak nama Ros? 
Ros?


Puas aku fikir sampai berkerut-kerut dahi cuba imagine budak kelas aku yang nama Ros. Walaupun aku tak ingat nama, tapi bila senarai nama ada depan mata, secara tiba-tiba jadi terer boleh bayang muka-muka dalam senarai nama tu walaupun bila dalam kelas aku hentam saja panggil apa asalkan tak ada yang bawa maksud yang buruk.



Ros?
Siapa Ros?



Tulisan memang jujurnya huduh Ya Rabbi! Huruf kecil besar suka-suka hati dia nak tulis. Biasanya aku memang cam tulisan budak-budak dalam kelas aku. Tapi yang bernama Ros ni memang aku fail.




Sebab tak puas hati tak ingat atau mungkin aku tak kenal siapa si Ros ni, terus aku panjat tangga di blok belakang yang sumpahlah, kelas ini adalah kelas yang paling jauh. Sudahlah blok yang paling belakang, kelas pulak di tingkat tiga dan kelas yang paling hujung. Gigih aku berjalan semata-mata kerana Ros.



Sampai saja dalam kelas terus aku tanya siapa yang ambil diagnostic test tadi. Semua angkat tangan dan aku kira satu-satu. Bilangan yang angkat tangan sama dengan bilangan kertas yang aku tanda. Maknanya memang Ros wujud dalam kelas aku.



Oleh kerana aku tak mahu tunjuk yang aku tak tahu ada nama Ros dalam kelas aku, maka aku pun bagi kertas-kertas soalan tadi suruh semak markah. Bila sampai nama Ros, aku tiba-tiba jadi berdebar-debar. Hak tuih berdebar konon. Tak ada rasa apa pun padahalnya.



'ROS!!!!!


Kuat aku panggil nama dan sekali budak laki yang bangun datang ambil kertas sambil tersengeh-sengeh.
Satu kelas gelakkan budak laki tu. 
Ya, budak lelaki! 
Budak lelaki dari rumah anak yatim yang selalu aku letih dah nak marah sebab 10 kali aku kejut dia bangun, sembilan kali dia bangun dan kemudiannya 10 kali dia tidur balik itu.



"Ros??? Nama penuh apa?"



ROSfarizal


"Takkan kawan-kawan panggil hang Ros???? Pasaipa tak tulis nama penuh????"




"Tak reti"














Tsk














Ya, anak yatim yang masuk kelas aku tu lelaki dan namanya Rosfarizal. Mampu, tulis Ros saja? Gila kentang! Dekat 10 minit aku berletiaq. Tapi hari ni dah boleh tulis nama penuh. Maka satu pencapaian yang membanggakan untuk aku dan cikgu-cikgu yang lain.







:')


Saturday, July 28, 2012

Perkara-perkara yang aku benci mengenai perubahan sistem pendidikan



Memilih bidang perguruan bukanlah kerana pilihan terakhir tak ada kerja maka jadi cikgu mudah. Oh, sungguh bukan diriku. Kebanyakkannya memilih menjadi guru kerana sifat suka membantu dan suka mengajar dan aku pula mungkin kerana nak tunjuk pandai. Kahkahkah. Tipu saja. Tapi boleh jadi juga ada sekelumit kebenaran. Walaupun baru empat tahun menjadi guru, aku secara suka atau tidak suka telah melalui pelbagai perubahan di dalam sistem pendidikan yang sekarang ni turut menjadi mainan politik puak-puak yang dungu dan tak reti bahasa. Ada yang aku boleh bagi pujian melangit dan ada jugak yang aku rasa nak ludah di muka. Yang aku nak hambur di sini sudah pasti yang aku rasa nak ludah di muka.


1) Pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah
Bangang! Bangang! Bangang! Adjektif ni saja yang sesuai untuk describe usul benarkan bawa handphone ke sekolah. Kebanyakkan mak bapak setuju bila kementerian kata anak boleh bawa handphone. Bila aku kaji latar belakang pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini, rupanya anak mereka sekolah hebat. Sekolah yang gah macam Victoria Institution, sekolah asrama penuh, sekolah kluster kiranya sekolah yang kalau sapa sebut pun memang diketahui umum. Cuba kalau aku sebut SMK Kuala Pegang? SMK Bakai? SMK Chepir? Masa tu dan dan berasa, oh lemahnya pengetahuan geografi diri sendiri.



Ya, aku ni mengajar sekolah kampung. Sekolah kampung yang parentsnya bukan dari golongan banyak duit. Yang makan nasi lauk ikan masin saja pun ada. Dah kalau semua pakat bawa handphone, budak-budak yang tak mampu ni mula-mula memang dia pandang saja. Pastu lama-lama akan wujud inferiority. Inferiority bahasa melayu apa wei? Rendah diri? Tak sama standard? Bila dah ada inferiority ni la yang boleh menyebabkan kes curi mencuri. Nanti ada pula yang kata aku ni pandang rendah kat pelajar sendiri. Eh eh, aku ni cikgu depa. Cikgu ni kan macam mak ayah. Mak ayah memang kenal perangai anak-anak dia. Cikgu pun sama juga. Satu-satu aku boleh sebut perangai budak-budak aku.


Bila dah jadi kes curi siapa yang susah? Cikgu jugak. Nak kena buat spot check, nak kena buat interrogation, semua ni curi masa PnP atau TnL - sesi pengajaran dan pembelajaran. Kementerian dari dulu kata nak hantar pembantu guru sampai hari ni tak nampak pun batang hidung. Dengar-dengar sekolah yang dapat dia letak pembantu guru tu kat pejabat. Apa kejadahnya letak kat pejabat? Setakat guru besar, pengetua dan penolong kanan depa memang dah ada pembantu. Staf-staf kat ofis tu memang sedia ada duk menolong. Ni kami yang cikgu di bilik guru terkangkang-kangkang nak buat itu ini.


Ok, so point aku adalah masalah curi mencuri. Point yang kedua dalam kelas time cikgu mengajar dia sibuk nak berhandphone. Cikgu pompang pompang kat depan yang dia tangan bawah meja, takpun letak dalam laci sambil picit-picit main sms. Zaman aku mengaji takdak handphone pun aku selalu main pas-pas kertas dengan kawan sekolah. Tu cara aku bersms dengan kawan-kawan masa cikgu mengajar. Tapi at least dengan orang sebelah saja. Kalau dah ada handphone di tangan? Dengan pakwe kat depan, pakwe kat sebelah, skandal kat kampung, semua dia boleh sms. Sekali dua memang larat nak tegur. Tapi lama-lama memang rasa macam nak kata lantak pi lah sebab bila kita tegur, nasihat dia, benda tu ambil masa PnP. Dah tu, bilanya nak habis syllabus?


Itu belum masuk cerita yang rakam cikgu denda kawan dia, cikgu marah-marah dalam kelas. Pastu upload kat Youtube, kat FB, biasa memang orang nak cari peluang hentam cikgu. Aku bukan nak kata semua cikgu elok. Semua cikgu bagus. Memang ada yang pesen malas, pesen tak masuk kelas. Aku pun ada hari rasa demotivated nak mengajar tapi habis-habis malas pun aku bawa pi library suruh buat NILAM tak pun bagi latihan grammar. Tapi bila cikgu marah, cikgu denda, ada sebablah. Bukan suka-suka hati nak denda sebab meluat atau benci. Denda nak bagi pengajaran. Yang mak ayah bising-bising anak kena denda tu macamlah masa dia sekolah dia tak pernah kena denda???


Pada aku budak-budak hostel mungkin kot sesuai nak bawa handphone. Yang sekolah harian ni, tak berapa nak sesuai. Bukan selalu balik lambat. Public phone duk ada sedia di sekolah. Kadang-kadang nak pinjam telefon sekolah pun, staf ofis tak berkira. Aku yang cikgu ni pun kadang-kadang hulur handphone kat budak dah kalau emergency sangat nak guna. Kalau semua budak sekolah pakat bawa handphone, tak mustahil ada pula nakbuat 1Murid 1Telefon. Bunyi pun tak sedap!



2) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Aku suka bila peperiksaan kebangsaan dimansuhkan dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maksudnya pelajar sekolah akan ditaksir mengikut level masing-masing, akan ditaksir mengikut sejauh mana pengetahuan dan kebolehan pelajar tersebut. Makanya pelajar akan dikelaskan mengikut band. Band 1 paling cokia, Band 6 paling awesome. Mungkin ada pelajar yang Band 1 pun tak complete dah kalau umur 13 tapi tulis nama sendiri saja yang dia boleh. Semua subjek termasuklah seni, sivik dan PJK akan ditaksir mengikut band. Maksudnya, mana-mana yang duduk bawah kurikulum memang akan ditaksir ikut band.

Tapi yang aku jadi nak marah, jadi meluat, jadi benci, jadi-jadian sebab kementerian ni bila nak buat apa-apa, nak tiru apa-apa dia nak buat sekali harung. Jangan tak tau format PBS ni negara-negara maju macam Jepun, Singapore dan lama buat. Jepun sendiri ambil masa lima tahun nak betul-betul mantap format baru ni. Yang kita baru duk terhegeh-hegeh, terkial-kial ni dia nak buat sekaligus kurikulum dan kokurikulum. Awat? Tak bolehkah buat satu-satu? Tak bolehkah mantapkan dulu kurikulum dan kokurikulum ikut saja yang merit-merit tu dulu? Bila dah terrer kurikulum, lepas tu nak buat kokurikulum dan segala kulum-kulum tu boleh belaka. Bila cikgu-cikgu merungut dia kata pasaipa negara lain boleh, kata kita ni Malaysia Boleh

Ni nak habaq mai!

Negara-negara lain yang buat PBS tu cikgu-cikgu dia memang kerjanya mengajar sahaja. Aku ulang, mengajar SAHAJA. SAHAJA. Benda-benda lain yang kutip yuran, segala clerical work tu orang lain yang bukan guru buat. La ni zaman orang cari maklumat kat internet. Bukan dengar orang cakap pastu percaya bulat-bulat. Orang dungu, orang bodoh memanglah percaya saja orang kata.


Lagi satu, PBS untuk tingkatan satu start 2012 yakni tahun ini. Tapi nak buat training, nak buat kursus bagai pun semua buat tahun ni. Kalau aku kata kementerian ni bersikap recessive, marah pulak. Tapi memang itu yang benarnya. Tak bolehkah jadi proaktif. Nak buat 2012, 2010 atau 2011 dah panggil buat training workshop bagai. Barulah cikgu-cikgu lebih bersedia. 




Baru dua benda yang ulas dah panjang berjela. Lain kali aku sambung lagi. Nak pi mengurut badan bagi hilang stress. Siapa yang tak setuju, mai kita lawan mengulas secara berhikmah. Kata-kata kot belakang apa barang?







Wednesday, May 30, 2012

Hari Guru dan bukti aku tidak syok sendiri





Kerjaya sebagai guru memang awesome apabila mendapat pengiktirafan seluruh Malaysia dengan sambutan Hari Guru pada 16 Mei. World's Teachers' Day pula pada 5 Oktober dan untunglah boleh sambut dua kali macam raya orang Islam. Hihihi. Tapi yang 5 Oktober tu mungkin aku syok sendiri tak ada siapa nak wish. Tak usah risau. Aku jenis berdikari. Boleh wish kat diri sendiri tanpa mengharap ihsan atau simpati dari yang tak sudi (rhyme).


Maka pada 16 Mei yang lalu sekolah kesayangan aku telah mengadakan sambutan Hari Guru separa liar. Memang seronok kerana tak perlu mengajar di samping dapat bersuka ria bersama rakan-rakan dan dapat hadiah yang banyak. Itu tanda aku disayangi oleh pelajar-pelajar aku walaupun aku garang kadang macam mak tiri. Biasalah. Marah-marah sayang.


Oleh kerana ini sekolah kampung, sekolah biasa-biasa saja maka persiapan memang harapkan cikgu-cikgu dan team pengawas. Di sini boleh aplikasikan konsep Wonderpets - Apa yang penting? KERJAAASAMA! Ya, huruf A ada lebih dari sekali sebab di situ sebutan mesti dua harakat.


Aku sebagai Timbalan Kelab Guru dan Staf bolehlah macam orang penting kena rancang dan buat itu ini. Tapi sumpah aku bukan buat apa sangat sebab Pengerusinya cikgu baru posting sudah pasti semangat buat kerja berkobar-kobar sambil berlatarbelakangkan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Aku buat sikit-sikit dan yang mana perlu sahaja. Nama pun timbalan maka tak elok overrule ketua.


Di hari kejadian, cikgu-cikgu yang super awesome berarak dari pintu pagar sekolah sambil bergelak ketawa dan berbual mesra. Sebagai yang berdarah muda dan wajah tak kurang hangat, aku sentiasa memberikan aksi bajet comel kerana kamera ada di mana-mana. Ternyata dengan mengamalkan prinsip sentiasa bersedia gambar-gambar yang diambil menjadi cantik belaka terutamanya kalau aku menjadi sebahagian dari subjek di dalam gambar. Kahkahkah.


Lepas dah ucapan dan nyanyi bagai, tukar baju dan bersedia untuk acara sukaneka di padang. Tahukah para pembaca majoriti guru hanya miming ketika menyanyikan lagu tema hari guru. Lagu tema hari guru tahun ini memang tak dekat di hati apa lagi di bibir maka aku hanya pura-pura sekadar bunyikan suku kata terakhir sahaja.



Acara di padang, cikgu-cikgu tak kurang suka main tipu. Hahaha. Kumpulan aku hebat-hebat belaka tapi bukan rezeki maka tak menang nombor satu. Main kukuq nyok (kukur kelapa), isi air dalam betol, kupas buah epal, belon isi air dan macam-macam lagi yang aku pun tak berapa nak ingat. Tapi masing-masing ada perangai budak-budak - main nak menang dan bertepuk bersorak dan terkinja-kinja bila menang. Ok, tipu. Yang muda-muda sahaja perangai macam tu terutamanya aku. Kahkahkah.


Sudah letih terkinja-kinja di padang maka acara mentekedarah tanpa melupakan bacaan doa. Menu memang sedap sehingga aku tambah berkali-kali. Mungkin kerana pakai tracksuit dan pinggangnya getah maka makan banyak mana pun tidak sedar kerana sifat getah yang cerdik yakni berkembang mengikut pembesaran diameter.


Setelah makan-makan bersambung pula acara di dewan. Tak ramai guru masuk ke dalam dewan kerana dewannya tak besar mana. Aku dalam paksa tak paksa memang kena masuk kerana aku akan menyampaikan anugerah guru paling kacak. Anugerah disampaikan berselang-seli dengan persembahan pelajar dan guru. Mereka yang menyanyi memang naik syeikh dan seperti gila mikrofon sebab ada iringan gitar bagai. Aku sekadar tukang sorak dan tepuk tangan kuat-kuat tanda sokongan moral. Sekali-sekala ada juga aku tergelak-gelak melihat kepulunan mereka yang buat persembahan. Hahahah.



Sebelum aku mengakhiri entri ini, ayuh kita lihat guru-guru yang memenangi anugerah-anugerah yang dipertandingkan. Cek cek cekidaaaauttt


1) Anugerah Guru Paling Sporting 2012 & Anugerah Guru Paling Penyayang 2012

Gila tamak kaunselor sekolah aku dua sekali dia sapu. Hahaha. Tapi ini adalah undian maka konsep jari menjadi juri kita terima sahaja. Kahkahkah. Aku berharap aku dapat yang paling sporting tapi jenis tak sedar diri perangai serupa mak tiri siapa nak undi.


Kaunselor memang kena jenis penyayang sebab nak tunjuk dia concern dan ambil berat. By the way, ini merupakan antara rakan untuk berjimba di masa senggang. Keluar makan-makan dan sembang merapu-rapu secara berjemaah.

Iklan penaja : Dua jejaka yakni yang paling kiri (Badri) dan di tengah (Zalman) masih bujang. Sila tinggalkan pesanan di ruangan komen sekiranya berminat. Tidak sesuai untuk aku kerana mereka ini adik-adik belaka.




2) Anugerah Guru Paling Tegas 2012

Tegas dan garang adalah adjektif yang sangat berkait rapat. Tapi konsep ini tidak applicable untuk pemenang Anugerah Guru Paling Tegas 2012 kerana di mata aku dia hanya tegas dan tidaklah garang. Sebab itu aku rasa dia antara Penolong Kanan HEM yang awesome pernah aku jumpa.



Kau tengok dari sisi saja sudah nampak aura tegasnya. Budak-budak kalau diugut dengan nama Cikgu Sahak memang naik bulu roma dan mungkin juga bulu-bulu yang lain. Maksud aku bulu ketiak. Jangan fikir yang lain. Nama sebenar Ishak tapi dah kalau orang utara terus jadi Sahak.



3) Anugerah Guru Paling Kacak 2012

Berbekalkan wajah anak mami, walaupun sudah berkahwin tetapi berjaya menewakan cikgu-cikgu bujang yang lain dengan menggondol Anugerah Guru Paling Kacak. Ini juga antara kawan-kawan berjimba di waktu malam dengan makan-makan secara berjemaah dan bayar asing-asing.


Isterinya juga satu sekolah dan selalu dikatakan bestfriend aku kerana kami sering kelihatan bersama. Hujung minggu aku kadang-kala diluangkan bersama mereka sekeluarga dengan membeli-belah tingkap di Penang.


Ada lagi anugerah-anugerah lain untuk guru-guru Pendidikan Khas dan juga staf sekolah. Che Ros yang suka mengusik dan cakap merapu telah mendapat Anugerah Staf Paling Popular. Memang aku tak nafikan dia memang popular kerana sikap selamba badaknya tak heran ke dunia dan melawak tanpa sempadan.


Sebelum aku tamatkan entri ini mungkin ada yang tertanya apa yang bukti aku tidak syok sendiri. Kalau tak tertanya pun tak apalah. Buat-buat saja kerana nak ambil hati aku. Hehehe. Aku manusia yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi dan sangat berdikari maka aku selalu memuji diri sendiri tanpa mengenal erti perasan. Hahaha. Selama ini ada juga aku terfikir aku syok sendiri tapi hari guru telah mengubah segalanya. Cewahhhh. Terimalah dengan hati yang terbuka dan redha apabila aku dianugerahkan...



..tak berapa clear???





KAHKAHKAH




Sila jangan maki aku dengan penutup yang memuji diri sendiri.
KAHKAHKAH









Tuesday, May 29, 2012

Sebab-sebab aku seronok di SMK Kuala Pegang




Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat posting kedua. Kahkahkah. Posting pertama sekadar menambah pilu di hati dan sakit di jiwa. Yang best tu ada tapi tak banyak mana sebab ada yang disangka rakan rupanya hanya berpura-pura. Tengok, kan dah buka episod luka. Dalam hati tetap sayang Kak Ain dan Kak Zai *peluk peluk dan cium pipi*



Kalau ada yang kata silap besar aku ke Kuala Pegang, silap anda lebih besar. Besar mana? Besar cakerawala. Masa kecik-kecik kalau nak lawan yang paling gah memang nak sebut cakerawala akibat pengaruh Alam dan Manusia. Zaman la ni belajar Kajian Tempatan kot. Aku pun tak berapa pasti sebab aku cikgu sekolah menengah. Ya, di Kuala Pegang memang best. Best yang sampai ada cikgu-cikgu yang dapat posting pertama di sini sampai sekarang tak pernah tukar. Sebab apa? Sebab best. Best yang macam mana? Mai nak habaq



1) Tidak ada sesi mengumpat di belakang tadbir
Aktiviti bergosip sudah menjadi sebahagian besar dalam hidup ramai manusia termasuk aku. Memang aku mengaku aku selalu bergosip. Dan dalam bergosip kadang-kadang terselit mengumpat. Tapi di sini jarang-jarang. Sungguh jarang sekali mengumpat orang. Masing-masing cerita hal masing-masing tak ada nak mengumpat melainkan bila ada isu. Isu pun tak ada besar mana. Memang kat mana-mana ada tak puas hati. Contoh mudah, aku dengan Bini Ustaz pun selalu ada tak puas hati. Tapi tak adalah sampai berhari-hari nak marah merajuk bagai.

Makanya di sini memang tak pernah ada isu besar yang boleh buat cikgu-cikgu masam muka. Kalau kita ada buat silap pun dia tak ada 'mark' kita dan sampai bila-bila pun memang nak tuju ke kita. Tak ada. Memang tak ada. Kalau ada yang tak puas hati, cakap sekali, mengadu sikit, settle. Tak ada nak jaja cerita sana sini tak puas hati itu begini dan terus rasa benci. Benci is tak ada. Makanya mengumpat pun tak ada juga. Sebab biasanya mengumpat ni jadi bila kita start tak suka dan benci.



2) Masuk lambat dan balik awal
Pukul 7.40 pagi baru masuk dan seawal 1.20 dah boleh balik. Sila cemburu. Ada juga hari-hari tertentu aku balik pukul 2.00 lebih lebih tapi paling lewat pun pukul 3.30 petang. Sungguh syurga dunia dan sila teruskan kecemburuan anda. Kerja memang sentiasa ada sebab cikgu zaman sekarang memang lebih banyak buat pengkeranian dari mengajar sehingga berpeluh ketiak di dalam kelas. Tapi prinsip aku mudah. Kerja ni sampai kiamat pun tak habis. Yang mana boleh tangguh, buat-buat tak nampak. Kahkahkah. Yang penting, bukan kerjasama. Yang penting boleh balik awal dan tak ada siapa nak halang.



3) Kawan-kawan yang satu frequency
Kawan-kawan di sini semuanya satu kepala. Tak ada geng ustazah yang cuma kawan dengan ustazah, geng cikgu BI yang geng dengan cikgu BI sahaja. Panjang kata, tak ada kumpulan-kumpulan yang mengamalkan assobiyah atau berpuak-puak. Semua boleh masuk belaka tak kira warna kulit mahu pun bangsa dan agama. Makanya kerana itu aku sungguh bahagia.



Gambar di atas sebagai bukti. Kahkahkah. Macam proceedings mahkamah nak tunjuk bukti bagai. Kalau tanya aku yang mana satu, aku yang tak berapa nak tinggi pakai baju tema kek lapis. Yang kanan adalah best friend, cikgu Interim yang dah posting ke Pahang. Hubungan kami terhalang kerana KPM yang menjauhkan dia dari aku. Berhari-hari juga muka aku masam ketat kerana sudah tidak ada rival untuk menagih perhatian Bishrun. Kahkahkah. Siapa Bihsrun? Bishrun anak kakak baju oren sebelah kiri, yang baru darjah lima. Kak Nishah ni ustazah. Ya, ustazah pembaca sekalian. Sekolah anda ada ustazah posing begini? Oh, sumpah best. Melawak merapu tanpa terguris di hati and that makes me happy (rhyme).



4) Tak ada pilih kasih
Di sekolah yang lama, cikgu-cikgu pangkat tinggi dan yang otai memang pilih kasih. Aku dan beberapa orang rakan memang selalu jadi mangsa. Asal aku yang buat banyak sangat yang tak kena. Komen membina tak berapa nak ada, komen nak menjatuhkan sentiasa tersedia. Pengetuanya ok dan aku memang suka bekerja dengan pengetua. Yang bukan pengetua pula memang biasa ada perangai lebih sudu dari kuah.


Tapi di sini tak rasa dibeza-bezakan. Layanan diberi sama rata. Agihan kerja pun tak berat sebelah. Kadang-kadang ada dua tiga orang dapat bahagian susah tapi memang akan ada yang offer nak tolong. Aku pun tak pernah nampak pengetuanya, penolong-penolong kanannya atau guru-guru kanan favour siapa-siapa.


5) Ada mesin OMR
SMK Kuala Pegang orang kata sekolah kampung. PK HEM Integrasi kata sekolah pedalaman banyak budak samseng dan apa pun tak ada. Cikai-cikai sekolah aku, ada mesin semak kertas OMR wokeh. Kau ada? Aku dah tak ada nak tebuk-tebuk lubang buat master. Sekarang ni semua masuk mesin siap dengan analisis item boleh print out. Sila cemburu. Kahkahkah.



Mula-mula masuk dulu memang rasa tak berapa best sebab hati teringat kawan-kawan yang super awesome di sekolah lama. Tapi bila dah lama-lama di sini, colleagues di sini pun best-best juga. Kalau dulu memang dalam hati nak pindah sekolah yang dekat sikit dengan rumah, tapi sekarang tak pindah pun tak apa. Walaupun sekolah kampung, walaupun sekolah pedalaman, walaupun orang kata cikai, aku sayang SMK Kuala Pegang. Kawan-kawan yang best memang payah dicari. Tapi kalau jenis iri hati penuh hasad dengki, mana-mana pun ada!









Monday, April 16, 2012

Perkara-perkara yang aku tak faham tentang perempuan: Edisi Budak Sekolah



Tahukah anda perempuan merupakan makhluk yang sukar difahami. Aku yang dilahirkan sebagai perempuan sejati kadang-kala tak faham dengan diri sendiri. Kalau bahasa omputeh akan menggunakan adjektif complicated untuk menyatakan betapa rumitnya orang perempuan ini.



Untuk kali ini, julung-julung (julung-julung konon bajet gempaklah sangat) kalinya aku akan paparkan edisi budak sekolah. Budak sekolah di sini mencakupi sekolah rendah dan sekolah menengah. Aku pernah menjadi budak sekolah. Dan sekarang profession aku juga perlu untuk aku hadam fiil budak-budak sekolah. Walaupun telah berada di dalam dunia persekolahan selama 11 tahun dicampur empat tahun sebagai guru sudah jadi 15, aku masih belum faham beberapa perkara tentang budak perempuan di sekolah. Ayuh kita kaji adakah anda mengalami situasi yang sama.



1) Pujian bermaksud suka
Aku antara perempuan yang telus apabila memberi komen atau pujian. Kalau aku rasa benda tu comel, cute maka tak bertangguh walau sesaat aku sebut saja. Kalau tiba-tiba sedang jalan ada budak melintas bau masam satu masam aku pun akan terus sebut Pergh, gila masam kepam bau budak tu dan kalau dia dengar lagi aku suka supaya lepas ni dia sedar dia ada masalah bau badan yang telah membuatkan aku putus nyawa selama dua saat tanpa sempat mengucap

Makanya ketika di zaman sekolah kalau aku rasa budak tu hensem aku memang akan terus sebut secara tidak bertangguh. Tapi ada juga kawan yang jenis sangap bila aku puji budak tu hensem terus dia kata aku suka budak tu. What the whaaaaaat? Maka bila aku nafikan mereka menuduh aku tak mahu admit perasaan sendiri. Dan bermulalah episod gosip-menggosip di kalangan rakan-rakan padahal aku cuma puji cakap dia hensem. Zaman sekolah aku pernah cakap Syed hensem (Syed, if you read this, you were hensem. Hahaha) dan sekaligus menyebabkan ramai gadis rakan sebaya menganggap aku menaruh hati padanya. Oh, please-lahhhh, hati aku buat apa nak taruh tempat lain. Tak pernah pula aku daftar untuk donate-kan hati aku.



2) Lelaki, sila jangan tenung awek sekolah
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh blog aku yang setakat ini masih tak layak buat entry promote barang atau iklan bagai. Maka buat masa ini hanya pesanan khidmat masyarakat yang boleh tahanlah tahap ikhlasnya aku paparkan. Perempuan memang dilahirkan dengan perasaan sensitif. Tetapi tahap sensitif setiap perempuan adalah berbeza. Di kalangan budak sekolah, ada yang jenis sensitif tahap dewa. Sensitif di mana kalau ada pakwe sekolah tak kira muka hensem atau pecah rumah tenung dia, terus dia buat conclusion pakwe tu suka atau minat dengan dia. Kahkahkah. Sungguh perasan tak tercapai dek akal.

Aku dah jadi cikgu ni pun ada juga budak perempuan datang mengadu budak lelaki tenung dia ditambah dengan penjelasan macam nak kat dia. Aduhailahnyapun. Nak nasihat macam mana pun aku tak faham kerana pada aku memang sungguhlah jenis minah perasan kalau tengok saja terus kata nak dengan dia. Kalau macam tu, sila jangan jadi cikgu. Seandainya anda mengajar di hadapan sudah pasti majoriti matanya tertumpu pada anda kecuali kes mata tak berapa centre. Pasti awek sekolah begini akan anggap semua budak lelaki dalam kelas tu nak kat dia. Hahaha. Haruslah aku kata pathetic dirimu wahai awek sekolah. Maka untuk lelaki, sila jangan tenung sembarangan kerana mungkin anda akan disyak suka pada awek tersebut padahal mungkin anda tenung kerana baju budak perempuan tu ada tanda warna merah yang mencurigakan, atau boleh jadi anda mempunyai mata tak berapa centre.



3) Tuduh menuduh
Budak perempuan di sekolah ramai yang jenis mudah terasa dengan budak lelaki. Di sekolah jarang untuk jumpa lelaki bermulut lazer suka hati mengata kecuali yang jenis lembut-lembut atau memang ganas otai sekolah. Aku pengamatan aku, majoriti pakwe sekolah pernah dituduh oleh mana-mana awek sekolah kononnya anda yang curi buku dia, anda yang sorokkan beg dia, anda cakap sesuatu dengan niat nak perli dia, pendek kata semua benda dia tuduh budak lelaki dan pakwe sekolah.

Aku sebenarnya kurang arif untuk memberikan penjelasan panjang lebar tentang ini kerana seperti yang aku nyatakan perempuan ni complicated. Maka situasi yang aku cuba sampaikan di sini juga agak complicated. Hahaha. Padahal alasan malas nak berfikir dan bagi contoh.



4) Emosi luar kawalan
Secara puratanya, gadis-gadis cukup umur ketika berusia belasan tahun. Maka apabila dilawati oleh Aunty Flow, emosi gadis akan terganggu. Tetapi ketika melalui zaman persekolahan, ada juga antara rakan aku mempunyai gangguan emosi walaupun Aunty Flow belum pernah buat site visit. Tahukah anda *bajet rancangan ilmiah ala-ala tv pendidikan* di usia begini awek sekolah biasanya akan membentuk kumpulan atau 'klik'. Makanya segala aktiviti harian dirancang dan ditempuh bersama. Buat jahat bersama, kantoi juga bersama. Ada juga yang mengambil pendekatan lagu Indonesia dan Omputeh, berdua lebih baik dan two is better than one. Untuk menjelaskan contoh yang di sini aku ingin memberi nama kepada watak gadis sekolah yang digambarkan.


Tengku Farhana Natasya dan Puteri Intan Suhaila berkawan semenjak hari pertama pendaftaran tingkatan satu. Ya, nama harus panjang untuk mewujudkan elemen-elemen novel Alaf 21. Kahkahkah. Makanya semenjak hari pertama berkenalan mereka menjalinkan hubungan baik. Makan bersama, prep bersama, tidur di waktu yang sama (tidur tak boleh bersama kelak disyak pasangan luar tabi'ie), mandi juga di waktu yang sama. Hendak dijadikan cerita arakian suatu hari Tengku Farhana Natasya tidak berbual mesra seperti selalu apabila bersama Puteri Intan Suhaila. Dan perkara begini boleh menyebabkan tergurisnya hati Puteri Intan Suhaila dan mula terfikir-fikir dia ada melakukan kesilapan sehingga mengguris hati Tengku Farhana Natasya. Pergh gila letih taip nama makhluk dua orang ni. Boleh kejang kalau buat novel 421 muka surat dan meletakkan Tengku Farhana Natasya dan Puteri Intan Suhaila sebagai watak utama.

Jadinya nampak tak gangguan emosi yang dialami oleh Puteri Intan Suhaila. Gila sensitif baru tak bercakap tiba-tiba tersentap. Aku juga pernah mengalami perkara begini. Rasa macam nak sikukan sahaja sikuku di wajahnya kerana tiba-tiba tersentap ingat aku marah padanya padahal aku letih di siang hari nak bercakap pun tak lalu.





Pada firasat aku ada lagi perkara-perkara lain yang aku tidak faham. Tetapi kerana setelah sekian lama tidak menghapdet blog sehingga jatuh nusyuz maka mungkin akibatnya fikiran tidak dapat menjana idea-idea cemerlang. Lain kali aku sambung lagi.




































Ingat nak stop dah. Tapi terasa keji gila buat penutup seperti kencing tak lawas. Tapi malangnya masih tak ada idea. Sila jangan maki.






Tuesday, March 13, 2012

Kisah budak-budak kelas belakang



Sekali sekala hapdet tentang sekolah, kisah kelas belakang selalu ada terselit. Ada yang macam tak percaya, sungguhkah budak kelas belakang di sekolah harian tempat aku mengajar gitu sekali gayanya. Layan bukti sekejap.



Memandangkan aku sendiri otak tepu tak tau nak hapdet apa, maka boleh juga aku berkongsi-kisah-kisah yang aku alami sendiri tanpa ada unsur fitnah mahupun kejian atau cemuhan.



1) Tak aptudet
Mereka tak aptudet dengan branded stuff.  Tak perlulah aku nak ulang cerita. nanti nampak sangat aku ni otak tepu tak ada idea nak hapdet sampai ulang cerita-cerita lama dan sanggup pula taip dua kali.




2) Biodata
Ada satu ketika aku masuk kelas nak mintak biodata mereka. Belum habis explain dah tanya biodata tu apa. *___*. Lepas dah habis explain semua pakat kalut cari kertas. Ada sorang budak lelaki duduk tepi tingkap badan bulat-bulat tak buat apa. Dah la pesen mata kuyu memang mengundang kesian. Maka aku terus pi dekat dia, tanya,

'Ni pasaipa tak buat apa ni?'

Diam. Muka macam nak menangis.

'Awat ni? Kalau tak habaq macam mana saya nak tolong?'

'Saya tak tau nama mak saya...' teruih ayaq mata dia berlenang. Aku pun cuak jugak tapi tetap nak tanya.

'Pasaipa tak tau nama mak? Mak ada dak gi?'

'Mak ada.'

'Dah tu?'

'Chek tak dok ngan mak' teruuih dia bahasa diri dia Chek. Chek tu maksudnya saya.

'Mak pi mana?'

'Mak duk kat Nibong Tebal.' Dalam ayaq mata duk bercambah keluaq gagah dia jawab soalan aku.

'Mak tak balik ka mai tengok?'

'Dakkkkk' lagi laju ayaq mata dia turun sampai aku pun dah takmau tanya apa dah. Kawan-kawan yang kenal dia bagitau dia duduk dengan tokwan. Memang tak pernah jumpa mak dia. Tapi dia tau mak dia da lagi. Tiba-tiba aku rasa syahdu. Sungguh kesian. Wei mak, baliklah tengok anak ni. Dah reti beranak retilah jugak bagi kasih sayang. Anak dah besar godang umur 13 takkan tak mau mai tengok langsung.




3) Nombor oh nombor
Awal bulan tiga PK HEM mintak aku isi buku daftar enrolmen pelajar baru. Dah pegang kelas form 1, sumpahlah semua budak dalam kelas tu budak baru. Dalam aku semangat nak isi, ada pulak yang tak bagi nombor ic (rhyme). Terus aku angkut buku pi kelas niat nak tanya dengan harapan budak tu boleh bagi terus nombor ic secara live.

'Tecer, saya tak ingat nombor kad pengenalan'

Aduhailahnya. Nombor ic sendiri pun tak ingat. Terus aku suruh dia pi telefon rumah, minta nombor ic. Siap aku pesan, suruh bawa pen dan kertas. Tak suruh, tak dibawanya. Tapi, budak tu buat aku sedih dua kali;

'Tecer, nombor tepon mak saya pun saya tak ingat'

*Nak kata apa??????*



4) Nama
Kelas belakang yang aku pegang ni ada 30 orang. Dalam tiga puluh orang tu aku perasan ada sorang budak laki yang kalau aku tengok buku, kertas jawapan dia cuma tulis Sharul. Nama diberi Muhamad Sharul Niezam bin Zakaria. Sekali sekala kalau aku teringat aku pesan suruh tulis nama penuh tapi Sharul tetap dengan nama pendek dia saja. Sebab aku tak berapa puas hati aku panggil dia tanya kenapa tak tulis nama penuh,

'Saya tak reti eja cikgu. Sharul tu pun puaih saya hapai'


*Nak kata apa??????*






Setakat 8 bulan aku di sini, ini adalah antara perkara-perkara yang sungguh-aku-tak-boleh-lupa. Pernah jugak aku tanya apa tema kemerdekaan. Dia boleh jawab peperangan! Mungkin dia ingat dia duduk di Palestine. Sungguhpun budak-budak ni tak cerdik, aku tak pernah kata mereka bodoh. Habis marah pun aku kata 'tak cerdik'. Aku jaga mulut aku dari kata mereka bodoh sebab aku percaya pada karma. Ini aku dengar ada guru yang mengajar di SBP sambil turun tingkap marah budak-budak dan dipanggilnya lembu. Tak kisahlah bagaimana salahpun manusia, janganlah nak samakan dengan binatang. Janganlah dipanggil bodoh atau bahlul atau apa saja yang sewaktu dengannya. Kalau satu hari ini pelajar dah besar panjang, berselisih tepi jalan tapi tak tegur anda, mungkin silapnya datang dari anda sendiri.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...