Monday, May 2, 2011

Leaving on a jet plane (Part 1)

Tak lama lagi dah nak tinggalkan S****P!
YEAYYYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hati saya dah lama tak ada kat sekolah ni. Melihat diri dan kawan-kawan ditindas membuatkan saya semakin jelik dengan perangai 'mereka' ini. Sampai satu saat rasa jemu untuk berdoa supaya Allah bukakan pintu hati mereka. Saya tak pasti sama ada saya mampu untuk memaafkan perbuatan mereka. Sudah menjadi tabiat mereka untuk mencari kesalahan orang lain, mengutuk para pelajar dan mengadu domba.

Saya juga malu pada seorang guru praktikal yang bertanya pada saya,
 "Kak Widad, apesal cikgu-cikgu kat sini suka sangat mengutuk student, ha?" -__-

Tak tahu nak jawab apa. Gah mencanang pada dunia kononnya warga di sini mengamalkan penghayatan Islam. Sibuk ke hulu, ke hilir mentarbiyah pelajar supaya mengamalkan sahsiah yang terpuji, tapi si tukang cakapnya terlupa mencermin diri sendiri. Terlupa barang kali cakap-cakap seorang pendidik umpama doa untuk pelajar-pelajarnya! Saban hari saya mendengar mereka mengutuk pelajar.

Bukanlah saya nak kata saya memiliki keperibadian gred A, tapi sekurang-kurangnya saya tidak mengutuk para pelajar. Kalau saya marahkan pelajar, cukuplah pada waktu kejadian sahaja. Tak perlu untuk saya ungkit kejadian-kejadian yang lalu. Tak perlu saya jaja kesalahan pelajar saya di kelas-kelas lain. Tak usah saya sindir pelajar-pelajar ini atas kesalahan mereka.

Tapi inilah 'mereka'. Pelajar-pelajar ini disindir sehingga mereka mengaku hilang rasa hormat pada guru! Sehingga mereka rasa tak guna berbuat baik sekiranya mereka sering kali disindir dan kesalahan yang sama diungkit-ungkit. Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. Sedikit sebanyak, saya terkena tempias 'mereka' ini. Tapi mujurlah saya masih punya hubungan yang sangat baik dengan pelajar. Betapa mereka sangat sayangkan saya, saya baru sebut "mungkin saya akan berpindah", sudah ada yang mengalirkan air mata. Terharu, tahu!

Saya hanya mampu berdoa 'mereka' ini tidak akan menyebabkan pincangnya organisasi sekolah. Kepada rakan-rakan guru yang lain, banyakkan bersabar. Satu hari ini, Tuhan akan balas setiap perbuatan 'mereka'. "

What goes around comes around..What you give, you get back"

to be continued...

Sunday, May 1, 2011

Peti Ais HD

Cikgu Hafizz (memang nama sebenar) jalan-jalan satu bilik guru buat survey - dia tengah cari peti ais HD. Aku memang tak berapa up-to-date dengan mende-mende cenggini. Tapi yang biasa aku tengok kat iklan, TV HD je. End up, Cikgu Rizalman pun dah bengang agaknya dengan Cikgu Hafizz ni, so dia tanya kat Cikgu Wan. Cikgu Wan ni mentor ICT sekolah.

"Wei Wan, hang penah dengaq peti ais HD?"

"Dok tahu aku wehh. Sapo nak peti ais HD?"

"Hafizz ni. Dari tadi duk tanya ke aku mana nok caghi peti ais HD!"

Cikgu Hafizz memang muka yang macam takde perasaan terus jalan nak balik tempat dia. Aku pun terus toleh, pandang ke dia.

"Peti ais HD tu cane Hafizz?"

"Emmm peti ais HUTANG DULU..."

-______-

Sunday, March 20, 2011

Tak redha dunia akhirat!

I'm still at home today though 1st mid-year school holidays ended yesterday. Bateri kereta dah kong and masa tu dah nearly 6.00pm. So I rang Kak Ain, asking her to inform Kak Bibi. Somehow hari ni ada mentor-mentee, minta maaf la mentee-mentee sekalian mentor anda tak dapat datang.

So pagi tadi mekanik dari Jaya Auto datang. Lepas kereta diberi CPR, terus bawa ke bengkel Jaya Auto. Tetiba pakcik mekanik tu mintak saya bawa kereta ke Ramli Motor. Dia kata kat sana cepat sikit. Rupanya Jaya Auto specialising bab-bab air-cond dan aksesori kereta sahaja. Salah kedai! -__-

Then off to Ramli Motor. Memang terus dia tukar and kena charge RM160. Terkedu bila encik mekanik hulur bil. Setel bayar bil semua, balik rumah bagi tau mak dan Atif. Mak kata "Awat mahai sangat??? Mak pi kat Ah Keong kena seratus tak sampai!"

"Kedai tu memang cekik darah. Awat tak tanya dulu sebelum pi sana?" Atif pula tambah cerita. Rasa macam nak tempeleng diri sendiri bila mak dengan Atif cakap macam tu.

Mak pun cerita lagi. Rupanya masa ayah baru meninggal dulu, kereta selalu rosak dan dek kerana niat nak menolong Melayu, mak pun hantar kereta kat Ramli Motor. Bil memang tak pernah kurang dari RM300! Tak padan dengan perkhidmatan yang diberi. Seminggu pun kadang-kadang belum siap. Kadang-kadang bila dah siap, lepas dua tiga hari ada pulak mende yang tak kena. Bawaaaa balik kereta ke bengkel semula. Kena charge lagi!!!!!!!!!!!!

Mak saya kerjanya bukan cop duit. Kalau cop duit pun, boleh habis ink stamp pad kalau dah kena charge ratus-ratus ringgit cenggini. Mak saya pun mengadu dekat abang dia (arwah Pak Tam). Pak Tam cakap the same thing. Situ memang mahal!!!!!

Cisssss! Kalau betul la harga kat kedai lain jauh lebih murah, saya tak redha dunia akhirat.
Right from this moment,
"say NO to RAMLI MOTOR"

p/s Kenapa Cina boleh jual murah tapi Melayu jual mahal nak arwah? Bukan tak mau tolong Melayu, tapi Melayu sendiri cekik darah, ketuk bangsa sendiri. Lagipun Ramli dah kaya - siap ada hotel sendiri hah!!!!


Monday, March 14, 2011

Hols!

"Tahun ni kita raya haji kat Terengganu nak?" mouthed my eldest sister.

"NAK!!!" macam biasa saya memang eksaited lebih.

By the way, the phrase tahun ni referred to last year, 2010. Walaupun dah berbulan berlalu, tapi tetap nak cerita sebab seronok sangat spent raya haji kat sana.

So it was last day of school. Belum pukul 2.15 saya dah cabut balik kampung sebab dah janji dengan mak and Atif. Thanks Rizalman tolong punch-out untuk saya! Sampai kat rumah around 1.30pm terus tukar baju and had lunch. Pukul 3.00 lebih baru gerak (biasa la, kalau janji dengan mak jangan harap ah nak on time).

All the way to Terengganu hujan renyai-renyai. Saya co-driver yg bagus, tak tidur walau sekejap. Mak saya terpaksa duduk belakang sebab saya mabuk kalau duduk belakang. Hehehe. Ok, ini tak tipu ye. It's a fact indeed -__- Sambil-sambil tu mesej-mesej dengan adik bongsu cum a drama queen. At first she said she coudnt make it - the trip to Terengganu. So she smsed my eldest sister. And guess what, my sister bought her a flight ticket! Ceh, drama sungguh!

We reached Kerteh around 12 midnight. I couldnt remember the exact time because I was freaking drowsy. We decided to stay at Kak Chaq and Abg Haris' house. We received first class hospitality from both of them. Semua bilik macam hotel!

The next day was Hari Raya Haji. We had solat raya at Surau Rantau. As usual, mak cooked her mouth-watering nasi daging. We also had lemang and rendang daging. Kak Chaq and Abg Haris bought lemang from Kemaman. The taste was super duper delicious. My Abg Long and her wife, Kak Kin also came over to join the celebration. Kak Kin brought along Bihun Singapore and throughout the day, saya makannnnnn memanjang. While mak and Kak Chaq were cooking in the kitchen, Abg Haris snaped some photos of me and my little sister.
-sengeh tahap!-

-kak long dengan adni pun ada jugak-


-bajet ayu konon-

Then Kak Chik arrived from Tangkak. Muka memang lapar terus hadap lemang and nasi daging. Sorry, no pictures for the food. Semua tak dapat kawal nafsu macam Kemawas terlihatkan puteri dari China (walaupun time ni Hikayat merong Mahawangsa tak release pun lagi).

-walaupun tengah makan, senyum tetap senyum-

At night we went to Abg Long and Kak Kin's house. Kak Kin served home-made kek lapis Sarawak. Sedap nak arwah! Kak Long was very helpful and nice - yang sedap-sedap dia bagi Mak Teh, yang biasa-biasa dia bagi kat Mak Su and Mak Tok. Hehehe.

The next day we off to Mesra Mall. Lunch makan kat Secret Recipe. The foods were laziz jiddan! Sebenarnya lepas dah habis makan kat situ, saya teringin sangat nak makan kat Burger King. Tapi malu nak cakap sebab nanti mesti mak and kakak kata itu semua nafsu. Rasa dah meleleh air liur, tapi tahan je...huhu.

Then jalan-jalan kat Pantai Kemasik. The sisters is my family memang suka bergambar and credit to Abg Haris sebab rajin melayan.

-kami semua single lagi!-


Then at night we had bihun sup as our dinner. Saya memang ditakdirkan untuk masak bihun sup for my family. Mungkin sebab itu je yang saya reti kot (pura-pura merendah diri). Kakak saya kata bihun sup tu banyak sangat, tapi tetap habis (unsur-unsur riak)!

The next day after solat Jumaat, saya, emak and Atif off to Baling. Sebelum tu, lunch dekat...ala, dah tak ingat nama resort kat Dungun tu. Teh tarik kat situ, walaweyh!!!!!!!! After 9 hours of driving, we safely reached home. Throughout the journey, Atif and I were starving tapi tak jumpa kedai makan yang berkenan di hati. Hajat di hati nak makan seafood sebab hari-hari makan daging dah rasa macam lembu. Tunggu masa je nak mengebooh.

So thanks to my brothers and sisters for the hospitality. Tahun ni ke mana kita? Jadi tak nak ke Bandung?


Sunday, March 13, 2011

Top 5 Very Inspiring Human Engineer

This year is my third year of teaching. Sepanjang tiga tahun di integrasi, there are some teachers who are very inspiring. Selain dari kepandaian mengajar, ada benda-benda lain yang jadi contributing factors kenapa saya sangat suka dengan mereka.

Number 5: Monsieur Zulkefle
Ni la guru kanan saya! Kalau dia bersuara memang gamat bilik guru. All teachers and students address him as monsieur sebab dia mengajar Bahasa Perancis. Bila lama-lama tengok muka dia, dah memang macam ada iras French. Walaupun dah 48, tapi masih kacak bergaya. Yang mahal tu kat rambut dia yang terpacak macam duri landak kalau cicak jatuh pun tak sempat nak mengucap. Rahsia kekacakan dan kesegakan adalah kerana menjaga pemakanan. Sumpah sepanjang dua tahun lepas, kurang 10 kali nampak monsieur di kantin. Selagi belum balik rumah, memang dia tak makan. Tapi tahun ni lepas dah tukar tender, selalu jugak la nampak. Agaknya sebab puan isteri kerja jauh dan tak sempat nak masak macam selalu.

Number 4 : Encik Baharudin

Encik kesayangan Kak Munirah
Tak lain tak bukan ni la pengetua sekolah saya. Di sini tidak ada sebarang unsur membodek tapi memang saya senang dengan cara dia mentadbir sekolah. Sepanjang saya mengenali pengetua saya, dia antara guru yang bijak mengawal emosi. Saya tak pernah melihat dia mengajar, tapi dari apa yang saya dapat dari students pengetua pandai melawak. Lagi satu pengetua saya tak pilih kasih. Semua dilayan sama rata. Bila ada taklimat atau mesyuarat, saya suka cara dia menjawab atau at least memberikan pendapat (selalu dia sebut "ini sekadar lontaran"). Sumpah kalau semua pengetua macam ni, sejuk hati orang bawahan.

Number 3 and 2:

Yang ini kena share sebab dua-dua pun kawan baik dan memang pandai mengajar. Lagi satu, diorang berdua ni teman sejati saya ke Jusco Queensbay! First nak cerita pasal Kak Zai.

-dengarnya mee goreng basah Kak Zai masak sedap macam yang Kak Nab buat. Kahkahkah-
Puan Ruzianah atau lebih dikenali dengan nama Kak Zai. kadang-kadang ada yang tak tahu nama dia tapi boleh recognise dia punya gelak. Saya rasa kalau ada pertandingan ketawa paling kuat, sumpah Kak Zai boleh menang. Tak nombor satu, top 5 mesti sangkut nama dia. Hehehe. Pernah ada sekali saya berdiri sejauh 300 meter, pun saya masih boleh dengar ketawa dia dengan jelas. Eh, ni bukan nak cerita pasal dia punya ketawa!
Kak Zai mengajar Kemahiran Hidup dan Pendidikan Sivik. Tapi tahun ni up lagi satu subjek, dia mengajar Geografi. Sama macam gelak dia, kalau dia mengajar dalam kelas, saya yang kat dalam toilet pun boleh kencing tak lawas dengar dia mengajar. Lagi satu Kak Zai boleh dibawa bergurau. Cakap la apa saja, takde dia nak kisah. Kak Zai jugak pendengar yang setia. She is someone that I could lean on.
-makan tak ingat kawan-
Yang ni pulak Kak Ain. Nama penuh Nor Rull'Ain. Nama yang biasa tapi ejaan yang unik. Sebab ayah Kak Ain dari Tanah Seberang, terus namanya dieja sangat asing skali! Kak Ain mengajar bahasa ibunda. Pun dikurniakan suara yang maha kuat. Duduk dekat blok lagi satu pun boleh dengar her astounding voice! Ketabahan Kak Ain sepanjang berada di sekolah yang membuatkan saya sangat kagum dengan dia. Walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan, Kak Ain memang banyak bersabar. Agaknya sebab tu lah every time Kak Ain bersalin, mudahhhhh sangat. Tuhan memang MAHA ADIL. Paling saya impress, Kak Ain buat kerja memang cepat. Dia jenis orang yang tak suka bertangguh bukan macam saya.

...and number one goes to....

Diri sendirilah. I inspire myself! Heheheh. Sekarangkan zaman naik lif tekan sendiri.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...