Sunday, June 5, 2011

Pengalaman bekerja sebelum menjadi guru

Sebelum menceburkan diri dalam bidang perguruan, aku pernah bekerja di beberapa tempat untuk melihat kesesuaian diri dengan persekitaran pekerjaan. Aku mula bekerja seawal usia 18 tahun. Ini bermakna sudah 10 tahun aku bekerja (tapi duit simpanan tak seperti 10 tahun bekerja). Kebanyakkan pekerjaan aku berkaitan dengan pengurusan kewangan (padahal kewangan sendiri macam haprak) dan customer service. Mari kita imbas pengalaman bekerja aku sebelum menceburi arena (fevret word aku masa sekolah menengah especially bila nak buat karangan) pendidikan.

1. Kedai SINGER.
Lepas tamat SPM aku tergedik-gedik nak kerja sebab bosan duduk kat rumah. Tanpa membuang masa aku keluar ke pekan dan jalan dari sebuah kedai ke sebuah kedai bertanyakan jawatan kosong. Nasib aku memang baik apabila aku di-hired menjadi kerani di sebuah kedai barangan elektrik, SINGER. Aku memang eksaited kerana dalam fikiran aku - yeay, lepas ni dah tak payah duk rumah! Keesokkan harinya aku memulakan pekerjaan sebagai kerani yang scope kerjanya sangatlah luas termasuk membuka dan menutup kedai. To my surprise, I met my long lost friend (long lost konon, padahal tak pernah cari pun), Vadibu (berketurunan India dan aku tak pasti the correct spelling). So instead of buat kerja-kerja pengkeranian aku rancak bersembang flashback cerita-cerita zaman sekolah rendah. Hari kedua, Vadibu ajar aku buat urusan pejabat pos dan bila tak ada kerja, bos aku selalu suruh aku mengajar anak dia. Selalunya Vadibu yang buat hal-hal buka tutup kedai, tapi pada hari kedua dia suruh aku buat. Pintu kedai berat nak arwah. Aku tak tahan daulat terus mintak berhenti. Aku tipu apek tokeh tu aku nak sambung belajar. Hihihi. Nasib baik dapat jugak RM30! Balik rumah asyik kena perli sebab kerja 3 hari sahaja.

2. HARFA Sdn Bhd
Ni kedai kroni bapak aku. Tokeh kedai ni sepupu aku. Aku bekerja di sini sehingga seminggu sebelum mendaftar di UIA. Aku jadi promoter dan cashier. Gaji bulanan sekitar RM350. Empat bulan bekerja di HARFA aku belajar macam mana nak uruskan pameran, stok buku dan lain-lain. Cuti hari Jumaat sahaja dan aku pergi kerja berjalan kaki. Memang masa ni aku kurus, 35kg! Sebelum aku berhenti, Abg Zam dan Kak Shon beli kek untuk aku. Terharu, tahu!

3. Aisyah's Mart
Masa di UIA PJ (matrik) pun aku masih tergedik-gedik nak buat part-time. Aku jadi cashier, susun barang, kemas kedai. Sejam RM3.00, gaji boleh ambil harian atau bulanan. Kalau aku rasa macam banyak duit, aku ambil bulan-bulan.

4. ?*!%$&(*
Sila jangan salah faham. Nama company ini bukanlah lucah atau syarikat porno atau perjudian atau lain-lain. Masa tengah buat entry ni, tak ingat apa nama company ni. Sampai dah turun bawah, makan roti canai, minum susu pun tak ingat-ingat lagi (auta : roti canai membantu meningkatkan daya ingatan). Yang aku ingat aku clerk bahagian data entry. Sejam lima hengget. Kerja hari Isnin dan Rabu sahaja. Asyik mengadap komputer sampai naik juling. Lepas tu agak bosan sebab kerja dua hari sahaja. Macam biasa, resiiiiiign.

5. SONY Wing KLCC
Ini jadi cashier juga. Pun sejam lima hengget. Klik kat sini ramai chinese. Kerja kat sini kena cakap omputeh memanjang sebab customer ramai foreigner. Paling best jumpa Arjun Rampal dengan Shahrukh Khan (masa tu ada shooting Don). Lawak dengar Arjun Rampal cakap omputeh, macam Samy Velu. Hihihi. Tapi dia memang kacak membunuh. Shahrukh Khan macam mamat bangla sahaja, tak hensem.

6. Unit trust advisor
Masa ni aku kayaaaaa. Seronok buat duit. Mungkin akan buat entry lain pasal kerja ni (dasar pemalas!). Walaupun kaya hanya bersifat sementara tidak dapat menyimpan wang dengan banyak kerana habis membayar PTPTN.

7. Pensyarah Kolej Komuniti
Masa jadi lecturer kat sini la aku discover aku ni minat mengajar. Aku mengajar macam-macam. Pendidikan Islam pun aku ajar tapi no one panggil ustazah (padahal aku dah ugut siapa panggil ustazah aku tolak carry marks. kahkahkah). Okay, memang keji sikit perangai. The kids dekat sini buat hotel-catering. Perut aku yang comel selalu diisi dengan hidangan yang lazat dan percuma maka dari berat 37kg menjadi 41kg. Ef wai ia seumur hidup (masa ni 25 tahun) berat tak pernah cecah 40kg. Kecewa berat badan naik tanpa disedari.Tsk tsk

Fuhhh tak sangka macam-macam pekerjaan halal aku dah buat. Seronok buat part-time masa zaman belajar. Kalau orang kata buat part-time menjejaskan pelajaran, sila tampar laju-laju. Kalau tak pandai manage masa, kencing dengan berak pun kau buang dalam seluar saja.

Wednesday, June 1, 2011

Jenis-jenis pelajar yang terdapat di sekolah

Tahun 2011 merupakan tahun ketiga aku mengajar. Sepanjang tiga tahun ini aku boleh mengklasifikasi pelajar-pelajar aku kepada beberapa jenis berdasarkan empirical study (tipu) yang aku telah buat dan masih buat. Bai de wei, empirical study bermaksud kajian yang dilakukan berdasarkan experiment dan observation (terima kasih kelas psychology UIA walaupun aku memang tak minat langsung subjek ni). Thus let's take a look which group do you belong to?

1. Pelajar tak cukup kasih sayang
Pelajar yang tak cukup kasih sayang merupakan pelajar yang memerlukan perhatian lebih dari guru yang sedang mengajar. Mereka bukanlah golongan yang suka mencapap atau membuat publisiti murahan tetapi ketika di dalam kelas, mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri. Kalau dilihat pada mata mereka seolah-olah mereka khusyuk dengan pengajaran di dalam kelas sedangkan mereka sedang fikirkan perkara-perkara lain. Oleh yang demikian aku mesti menyebut nama mereka setiap kali masuk ke kelas. Kalau tahun 2010, nama Zulziman yang palinggggg aku selalu sebut. Tahun 2011 nama Izzat Rahman (kedua-duanya merupakan nama sebenar). Bila panggil nama tu, soalan aku "Are you with me?". Memang takde soalan lain dah. Lagi satu, every time mereka jawab soalan dengan betul, ataupun bagi opinion, wajib dipuji then lepas tu confirm dia memang khusyuk dan tawadduk dengan pengajaran kita.

2. Pelajar mencapap/publisiti murahan
Kategori ni mana-mana kelas yang aku mengajar pun ada. To name a few, her, him, him, him,him hehehe. Apahal pelajar lelaki yang lagi suka sangat mencapap ni??? Kalau nak kenal pelajar kategori ni, dia akan buat apa saja untuk nak tarik perhatian cikgu. Contohnya, apabila bercakap akan mengggunakan suara yang kuat, sekiranya tidak dapat menyiapkan homework guru tersebut akan dipuji supaya dapat mengelak dari didenda, apabila ketawa pun akan ketawa dengan kuat supaya guru akan memberi perhatian. Sewaktu mula-mula mengajar memang kadang-kadang aku terpengaruh dengan mereka, tapi lama kelamaan aku akan rasa kumpulan ni agak annoying. Hehehe. No offense!
3. Pelajar 'meghenyam'
Untuk mereka yang tidak faham northern dialect, meghenyam ditafsirkan sebagai gedik, suka mengendeng dan lain-lain adjektif/kata sifat yang sewaktu dengannya. Kumpulan ini biasanya didominasi oleh pelajar perempuan. Mereka selalu cuba untuk rapat dengan guru tetapi malangnya guru tidak berminat untuk berbaik-baik atau rapat dengan mereka. Kadang kala mereka boleh menjadi agresif sekiranya kehendak mereka tidak dilayan atau dituruti seperti memebenci guru tersebut atau yang lebih ekstrim menyebarkan fitnah tentang guru tersebut (agak-agak ada tak yang akan terasa di sini? hihihi)

4. Pelajar aktif sukan
Pelajar aktif sukan jarang berada di dalam kelas kerana mereka akan terbabit dengan pelbagai aktiviti sukan. Kebiasaannya pelajar ini juga sukar untuk diingat nama mereka berikutan ketiadaan mereka di dalam kelas melainkan pelajar tersebut dalam golongan mencapap atau tak cukup kasih sayang maka nama mereka akan kekal bersemadi dalam fikiran para guru. Golongan ini juga kebiasaannya tidak menghadapi masalah sekiranya tidak menyiapkan homework kerana apabila didenda, ia umpama warming-up untuk mereka teruskan aktiviti sukan pada hari tersebut.
macam takde kaitan pun
5. Pelajar mandom
Pelajar mandom pula merupakan pelajar yang berlawanan dengan pelajar aktif sukan. Mereka tidak berminat dengan sebarang aktiviti sukan walaupun hanya disuruh lompat bintang. Kebanyakkan pelajar-pelajar ini merupakan mereka yang bergiat aktif dalam bidang-bidang dakwah dan kerohanian. Mungkin apabila berada di padang bersama pelajar perempuan mereka rasa sangat berdosa lantas terpaksa ambil wuduk dan mengerjakan sunat taubat. Golongan ini juga walaupun tidak aktif dalam sukan belum tentu  mereka menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang.

6. Pelajar 'cekang'
Aku pun tak tahu kenapa pelajar-pelajar sekarang suka menggunakan perkataan cekang sebagai kata sifat untuk mereka yang pandai. Pelajar yang paling pandai akan dikatakan 'cekang tahappp'. Aku juga sudah terpengaruh dengan adjektif ini dan selalu menggunakannya di dalam kelas. Hehehe. Pelajar cekang merupakan pelajar yang selalu score dalam kelas atau selalu boleh menjawab soalan-soalan di dalam kelas.

7. Pelajar lambat lima minit
Pelajar yang lambat lima minit merupakan pelajar yang selalunya sedikit ketinggalan dalam kelas. Sebagai contoh apabila guru menerangkan sesuatu perkara dan semua pelajar telah faham dan guru telah pun memulakan topik yang baru secara tiba-tiba golongan ini akan angkat tangan dan mengajukan soalan. Golongan ini selalu menjadi bahan usikan di dalam kelas. Golongan lambat lima minit ini terbahagi kepada dua - ada yang nampak lucu dan ada yang menyakitkan hati. Kalau yang menyakitkan hati tu, rasa macam nak tampar biar bisu setahun!


Jadi anda rasa anda golongan yang mana? Zaman persekolahan aku dulu, aku cuma pelajar yang biasa-biasa sahaja. Walaupun semua guru kenal aku, ia bukanlah kerana aku suka mencapap atau membuat publisiti murahan, tetapi kerana nama aku yang unique and rare. Cewahhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, May 31, 2011

Perkara-perkara yang membuatkan susah nak tidur

Tidur ditafsirkan sebagai keadaan badan rehat secara semulajadi yang dialami oleh manusia dan haiwan (ihsan: pokcik wiki). Secara purata, manusia normal tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Memandangkan aku manusia normal paling cikai aku tidur 7 jam sehari. Tapi kadang-kadang, ada beberapa perkara yang membuatkan aku tak boleh nak tidur walaupun mata dah tak larat nak tongkat dan mulut macam dah nak cramp sebab menguap banyak kali sangat.

1. Tak gosok gigi
Memandangkan aku ni sangat cerewet, sebelum tidur aku mesti nak gosok gigi dulu. Mungkin aku takut kalau-kalau aku tidur mimpi jumpa dengan mamat hensem, tapi nanti dia tak mau cakap dengan aku sebab mulut aku berbau. Hihihi. Pernah beberapa kali aku tertidur tanpa menggosok gigi, tapi aku terjaga dan terus bangun ke bilik air. Lagipun, kebersihan tu kan sebahagian dari iman.

ihsan: pokcik google

2. Bunyi dengkuran
Bunyi orang berdengkur juga buat aku tak boleh nak tidur. Kadang-kadang dah tertidur tapi terjaga kerana dengkuran yang high-pitched. Dah la high-pitched, siap ada duet lagi. Paduan dengkuran yang maha dahsyat boleh menyebabkan aku tak tidur sampai pagi. -__- Jadi aku harap encik suami aku nanti bukanlah seorang pendengkur.
3. Bilik yang terang
Bilik yang terang bermaksud lampu tak dipadamkan. Bila lampu masih menyala, mata susah nak pejam. Aku bersyukur bila time kat hostel dulu, ada light off. Kalau tak sumpah aku tak boleh tidur. Sebab tu jugak zaman belajar dulu aku memang mengantuk dalam kelas, tapi tetap tak boleh tidur sebab persekitaran yang terang. Lagi satu, kalau lampu still on, panassss.

4. Kipas yang tak berfungsi
Aku kalau tidur, wajib on kipas. Diulang, wajib! Tak kira demam atau selsema, kipas tu mesti jugak pusing. Ef wai ai aku tak boleh tidur dalam air-cond. Ya, mungkin hanya semut yang boleh tidur dalam air-cond. Maksud di sini, aku dengan air-cond tak geng sebab air-cond menyebabkan aku sesak nafas dan sampai ke pagi tak boleh tidur. Kalau bermalam di hotel, aku akan off air-cond bila bilik dah sejuk, dan on semula kalau panas dan begitulah seterusnya sampai ke pagi. Berbalik hal kipas, kalau aku dah tidur dan tetiba terputus bekalan elektrik mata aku pun akan terus terbuka. Aku dan kipas ibarat isi dengan kuku, kalau takde elektrik ibarat ada sekam di antara kami. Sakittttt

So, setakat kehidupan 28 tahun, ini merupakan perkara-perkara yang menyebabkan aku susah nak tidur. Mungkin juga kalau aku dah kahwin, akan berlaku beberapa perubahan seperti anak yang tak sihat, suami tak balik dan lain-lain.

Monday, May 2, 2011

Leaving on a jet plane (Part 1)

Tak lama lagi dah nak tinggalkan S****P!
YEAYYYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hati saya dah lama tak ada kat sekolah ni. Melihat diri dan kawan-kawan ditindas membuatkan saya semakin jelik dengan perangai 'mereka' ini. Sampai satu saat rasa jemu untuk berdoa supaya Allah bukakan pintu hati mereka. Saya tak pasti sama ada saya mampu untuk memaafkan perbuatan mereka. Sudah menjadi tabiat mereka untuk mencari kesalahan orang lain, mengutuk para pelajar dan mengadu domba.

Saya juga malu pada seorang guru praktikal yang bertanya pada saya,
 "Kak Widad, apesal cikgu-cikgu kat sini suka sangat mengutuk student, ha?" -__-

Tak tahu nak jawab apa. Gah mencanang pada dunia kononnya warga di sini mengamalkan penghayatan Islam. Sibuk ke hulu, ke hilir mentarbiyah pelajar supaya mengamalkan sahsiah yang terpuji, tapi si tukang cakapnya terlupa mencermin diri sendiri. Terlupa barang kali cakap-cakap seorang pendidik umpama doa untuk pelajar-pelajarnya! Saban hari saya mendengar mereka mengutuk pelajar.

Bukanlah saya nak kata saya memiliki keperibadian gred A, tapi sekurang-kurangnya saya tidak mengutuk para pelajar. Kalau saya marahkan pelajar, cukuplah pada waktu kejadian sahaja. Tak perlu untuk saya ungkit kejadian-kejadian yang lalu. Tak perlu saya jaja kesalahan pelajar saya di kelas-kelas lain. Tak usah saya sindir pelajar-pelajar ini atas kesalahan mereka.

Tapi inilah 'mereka'. Pelajar-pelajar ini disindir sehingga mereka mengaku hilang rasa hormat pada guru! Sehingga mereka rasa tak guna berbuat baik sekiranya mereka sering kali disindir dan kesalahan yang sama diungkit-ungkit. Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. Sedikit sebanyak, saya terkena tempias 'mereka' ini. Tapi mujurlah saya masih punya hubungan yang sangat baik dengan pelajar. Betapa mereka sangat sayangkan saya, saya baru sebut "mungkin saya akan berpindah", sudah ada yang mengalirkan air mata. Terharu, tahu!

Saya hanya mampu berdoa 'mereka' ini tidak akan menyebabkan pincangnya organisasi sekolah. Kepada rakan-rakan guru yang lain, banyakkan bersabar. Satu hari ini, Tuhan akan balas setiap perbuatan 'mereka'. "

What goes around comes around..What you give, you get back"

to be continued...

Sunday, May 1, 2011

Peti Ais HD

Cikgu Hafizz (memang nama sebenar) jalan-jalan satu bilik guru buat survey - dia tengah cari peti ais HD. Aku memang tak berapa up-to-date dengan mende-mende cenggini. Tapi yang biasa aku tengok kat iklan, TV HD je. End up, Cikgu Rizalman pun dah bengang agaknya dengan Cikgu Hafizz ni, so dia tanya kat Cikgu Wan. Cikgu Wan ni mentor ICT sekolah.

"Wei Wan, hang penah dengaq peti ais HD?"

"Dok tahu aku wehh. Sapo nak peti ais HD?"

"Hafizz ni. Dari tadi duk tanya ke aku mana nok caghi peti ais HD!"

Cikgu Hafizz memang muka yang macam takde perasaan terus jalan nak balik tempat dia. Aku pun terus toleh, pandang ke dia.

"Peti ais HD tu cane Hafizz?"

"Emmm peti ais HUTANG DULU..."

-______-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...