Thursday, September 8, 2011

Iklan-iklan bangang di tv

Aku suka tengok tv. Bila suka tengok tv bermakna terpaksa menonton iklan-iklan di tv. Aku rasa hampir semua orang pernah mengutuk sekurang-kurangnya sekali tentang iklan-iklan di tv yang selalunya aku kategorikan sebagai bangang. Kadang-kadang rasa seperti mahu menghubungi pengeluar bagi produk yang diiklankan dan jerit bangang sepuluh kali. Kalau tak sempat sepuluh kali, sekali pun jadi la.

1) Colgate Plax
Tipulah kalau anda kata tak pernah menonton iklan Colgate Plax yang lelaki mata sepet gargle all day. Sumpah aku rasa annoying gila tengok iklan nih. Lebih menyakitkan hati dekat Star World pun dah kerap tayang iklan bangang nih.


Aku tak jumpa English version. Yang paling aku rasa bangang sekali scene last sekali masa karaoke. Dah kalau  mulut kau tu duk gargle all day tak payah la gedik nak nyanyi berkaraoke bagai. Sumpah bangang!

2) Chupa chups
Iklan lolipop Chupa Chups juga antara iklan bangang yang ada di tv. Aku dah cari di youtube tapi tak jumpa pula. Biasalah bila nak mengeji ada saja halangan. Iklannya tentang seorang jejaka yang bajet kacak naik apa ntah yang aku rasa nama dia ada jumping-jumping, dan di sebelahnya ada seekor kanak-kanak yang sedang suckle the Chupa Chups lolipop. Kerana Chupa Chups lolipop that kid cool aje and takde jerit-jerit macam jejaka yang bajet kacak terjerir-jerit dan  terus hilang macho. Aku telah meletakkan ekor sebagai penjodoh bilangan untuk kanak-kanak dalam iklan ini. Harap maklum kerana ia bukan typo. Kalau betul Chupa Chups buat anda cool tak jerit-jerit letaklah kanak-kanak yang real di situ. Bukan letak budak kecik muka horrible macam karakter dalam Sesame Street. Baru aku percaya makan Chupa Chups lolipop won't cause adrenaline rush.

3) Colgate 12-hour protection
Seorang awek sedang berjalan-jalan di shopping complex dan seorang dentist menahan awek tersebut dan mengatakan mulut awek tersebut telah diserang.

'Oleh apa?' (ayat paling menyampah).

Kenapa aku menyampah iklan ni? Sebab sangat ajaib dentist tu boleh tahu awek tu memang tak pakai ubat gigi colgate. Kalau aku jadi awek tu mesti aku cakap aku guna colgate.

Agaknya sebab tu sampai hari ni aku tak berlakon iklan.

4) Febreeze
Menyampah sebab semua last scene of the ads ketawa gembira. Apa yang mereka suka sangat pun aku tak tahu. Dan aku pun sebenarnya tak ingin nak ambil tahu. Sikit pun tak nak. Tak mahu.

Kadang-kadang kerana iklan-iklan bangang inilah yang membuatkan aku yang suka menonton tv rasa macam ah malas gila nak tengok. Kepada pembikin-pembikin iklan buatlah iklan yang boleh diterima dek akal atau at least aku tak cop iklan kau buat tu bangang.

Banyak gila sebut bangang. Ayuh sembahyang sunat taubat bersama.

Wednesday, September 7, 2011

Entri Paling Berguna

Objective : Students should be able to rewrite the entire passage and change it into past tense.

'Teacher, apa past tense untuk spend?'

'Tengoklah kamus. I'm not your walking dictionary'

'Aku rasa spoon la wei'

(Kepala hotak hang)

Hampir nak sebut.




Tuesday, September 6, 2011

Pasar malam je standard aku

Due to my back pain, I have to abstain myself from wearing heels. Well, perempuan mana tak suka pakai heels because heels make your legs look slimmer and your femininity is unstoppable. Thus I opted to wear flat shoes from Crocs.

Masa di sekolah lama the students adore my cutey shoes. Semua cakap comel dan wah mahal gila Crocs.

Tapi sekarang sekolah kampung. Kalau aku pakai Crocs budak-budak sini tak cakap pasal comel-comel.

Tapi dia tanya 'Teacher pakai kasut beli kat pasar malam ka?'

Tsk tsk.


Friday, September 2, 2011

Membaham di Rumah Terpelahang


Setiap kali hari raya, sudah menjadi tradisi keluarga aku akan mengadakan rumah terpelahang atau dalam bahasa omputehnya open house pada hari raya kedua. Kebiasaannya sanak-saudara dan rakan taulan akan muncul untuk membaham di rumah aku kerana seisi keluarga rumah Bini Ustaz semuanya handal memasak. Ini bukan cerita karut. Tidak ada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Selepas bermaaf-maafan, sesi membaham menanti kerana apabila ada open house perut diberi ruang istimewa kerana periuk digantung dan harus makan sepuas-puasnya. Hihihi

Tahun ini menu ditambah memandangkan selalu sahaja tidak cukup dan mereka yang datang di hujung-hujung tidak dapat menjamah hidangan lazat yang disediakan. Antara menu isimewa adalah nasi daging yang dihidangkan bersama air asam dan ayam masak merah, laksa Johor, baked macaroni cheese, trifle, puding roti, air roselle, dan kuih muih yang aku sendiri tak tahu nama mereka dan tak mahu ambil tahu pun kerana aku bukan peminat kuih raya.
Baked macaroni cheese. Credit to Tecer Widad.

Trifle. Credit to Khairul Bariyyah

Tetamu datang seawal jam 12.00 tengah hari. Aku belum mandi dan masih sibuk membakar macaroni. Sewaktu Bini Ustaz menghidangkan baked macaroni cheese, tidak sampai 10 minit telah habis dibaham para tetamu. Rahsianya haruslah diriku yang belum mandi ketika membakar macaroni tersebut. Hehehe.

Aku memang tak ramai kawan. Masing-masing mengexcusekan diri. Tapi tak apa, aku ini family type. Masa aku lebih banyak dihabiskan di rumah bersama Bini Ustaz dan anak-anaknya berbanding rakan-rakan. Kawan aku yang datang adalah Nurul Izani Zainol. Cantik gila dia sekarang!

Toothless smile vs kira-sendiri-gigi-aku smile

Pelajar-pelajar yang muncul adalah geng Baling sahaja. Yang lain-lain berjanji mahu datang tidak muncul tiba tanpa sebarang alasan yang munasarawak. Tsk tsk. Amar Yassir, you owed me.

Friends of Khairul Bariyyah
Cousins. Bini hang bunting kali kedua eh?
Family adik Bini Ustaz
With Athiyyah berlatar-belakang kuah laksa Johor Bini Ustaz.
: Lama gila tak jumpa hang!
Pak Ndak - adik ipar Bini Ustaz.
 Malu-malu padahal muda-muda dulu sakan bercinta tengok wayang segala.
Cousins. Kak Tun aku antara best chef in town.

Geng Baling. Jemput datang lagi tahun depan. Teacher up lagi duit raya tahun depan.
Saudara mara aku dari Penang tak datang tahun ini kerana abang Bini Ustaz yang aku panggil Pak Njang kurang sihat. Tahun depan sila datang dan meriahkan rumah Bini Ustaz kerana mereka semua pandai bergurau dan aku pasti harus menunaikan number one kerana ketawa tanpa henti kerana jenaka sambilan dari mereka.

Walaupun mengadakan rumah terpelahang, aku sempat bergedik-gedik di hadapan kamera. Pasangan aku tak lain tak bukan adik aku sendiri. Kami berdua memang pantang bertemu abang Haris abang ipar aku yang dulu pelajar aku ingat bapa saudara aku. Hahaha.
Kami gedik. Tapi bertempat.
Familyhood
Aku juga tak melepaskan peluang bergambar bersama keluarga. Seronok tahu bergambar bersama adik-beradik sendiri kerana mereka tidak akan ada kata mengata seperti gedik kerana masing-masing sudah mengenali. Kalau bersama rakan-rakan yang bajet lindungan kaabah sudah pasti anda akan dilabel gedik. Aku punya gambar, aku punya sukalah.

Pesta membaham tamat lewat petang. Aku tak ingat siapakah tetamu terakhir. Makanan masih berlebih tetapi tak perlu risau kerana anak-anak Bini Ustaz kebanyakkannya suka membaham.

Abang Haris and Kak Chaq
:Orang kata muka abang ipar aku macam Pak Ngah komposer tu. Ye ke?
Gambar-gambar yang ditangkap adalah ihsan abang ipar aku yang sangat baik hati. Bini dia, kakak aku baik hati juga. Dulu dia garang sekarang sudah boleh bergurau tanpa mengira waktu. Hehehe. Peace yaww!

Kepada semua tahun depan jemputlah meriahkan rumah terpelahang aku. Boleh kita membaham sambil bergurau senda bertepuk bertampar dan mengambil gambar tanpa dikenakan sebarang bayaran (aku harap begitu).  Pelajar-pelajar aku yang selalu mengaku rindu sila panjangkan langkah anda jika tidak aku tidak percaya dengan kata-kata rindu anda semua.

Selamat menyambut puasa enam!
Dapat duit raya jangan membazir

Perkara-perkara yang aku suka tentang raya


Hari Raya hari yang mulia. Tua muda miskin kaya, semua menyambutnya dengan gembira. Berhati-hati di jalan raya, semoga anda selamat tiba. Ok. Seperti biasa aku tidak tahu bagaimana memulakan entri-entri aku maka dengan kejinya aku telah menjadikan lagu raya iklan apa ntah sebagai intro entri ini. Entri terdahulu aku menceritakan tentang perkara-perkara yang aku suka tentang puasa. Di entri ini aku ingin menceritakan perkara-perkara yang aku suka tentang raya.

1) Makanan yang lazat-lazat
Rakyat Malaysia dan makanan berkolestrol tinggi mempunyai hubungan yang sangat rapat umpama carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Mungkin tak berapa lama. Selalunya perihal diet dilupakan apabila tibanya hari raya. Segala ketupat lemang dan rendang dihentam tanpa berfikir panjang.



Lemang tahun ini sedap sehingga aku lupa tentang berat badan

Lihatlah dunia. Syurga makanan!

Kek raya. Ini semua punca kepada kaki kena potong

Ini juga contributing factor kepada pemotongan kaki

Konon bulan puasa jaga badan bagi yang  muda remaja. Yang tua pula takut penyakit tiga serangkai. Tidakkah seperti carik-carik bulu ayam, tapi dalam konteks ini tak lama. Kejap je terus bercantum.

2) Merapatkan ukhwah
Pemilihan perkataan bajet ustazah pilihan seperti biasa. Tetapi memang benar. Hari raya membolehkan aku berjumpa sanak saudara dan sahabat handai. Handai tu apa maksudnya? Aku memang selalu confuse. Kalau tengok karangan masa aku sekolah dahulu pasti ada garisan merah kerana aku tulis sahabat handal. Di mana kita tadi? Ya, merapatkan ukhwah. Semenjak kecil Encik Ustaz dan bininya akan membawa kami 9 adik-beradik ke rumah saudara-mara terutama yang telah tua. Encik Ustaz kata yang dah tua perlu dilawat kerana meraka sudah tidak punya tenaga mahu bergerak sana sini. Yang muda-muda boleh KIV dulu. Maka tradisi diteruskan dengan mendahulukan mereka dalam sesi lawatan sambil bergosip. Eh.

Cu Yam bersama Bini Ustaz.
Cu Yam sangat handal bercerita dan pasti membuat aku ketawa terkekeh-kekeh.
Ini pulak Cu Minah. Second best cook in town.
Long Jah. Zaman remajanya antara anak dara yang paling meletup di kampung aku
Sesi bersama warga berumur mencapai objektif merapatkan ukhwah. Tetapi kalau dengan mereka yang umurnya hanya lebih kurang aku sahaja sudah pasti menjadi sesi bergosip.

Gosip! Gosip!
Minah kepoh
Aku antara anak Bini Ustaz yang popular. Pergh, cakap nak gah aje. Ok, aku tukar. Aku antara anak Bini Ustaz yang paling dikenali kerana mulut aku yang ramah. Aku boleh bergaul dengan setiap lapisan umur kerana konon dulu aku mahu jadi D.O tapi aku malas nak cerita kenapa cita-cita aku itu tidak menjadi kenyataan.

3) Gantung periuk
Menggantung periuk ini mempunyai hubung-kait dengan perkara pertama iaitu makanan yang lazat. Hidangan yang lazat di rumah sanak-saudara dan jiran tetangga membuatkan Bini Ustaz membuat keputusan untuk menggantung periuk. Kebiasaannya periuk diletakkan di atas dapur. Maka apabila digantung bererti tidak ada aktiviti masak-memasak.
Membaham di rumah Cu Minah
Masing-masing muka tembok buat macam rumah sendiri
Hentam sahaja makanan di rumah orang. Bedal sahaja semua menu dan lupakan agenda memasak. Bagus juga kerana secara tidak langsung tak perlu membasuh pinggan dan periuk. Seronok bukan?

4) Duit raya
Umur 28 bukan halangan untuk mendapat duit raya. Tahun ini aku berjaya memperoleh duit raya kurang dari RM150. Walaupun tidak balik modal tapi harus bersyukur dengan apa yang ada. Lagipun Kak Mah dan Abang Jib dah bagi duit raya. Harap-harap hujung tahun nanti Kak Mah akan pujuk lagi Abang Jib untuk buat perkara yang sama.

5) Mencuci mata
Hari Raya juga aku berpeluang mencuci mata dengan melihat jejaka-jejaka memakai baju Melayu. Tahukah jejaka-jejaka hangat sekalian, anda kelihatan lebih kacak dengan berbaju Melayu. Melihat jejaka berbaju melayu terus melompat rasa nak ajak nikah tapi nanti nampak desperate maka pendamkan sahaja perasaan.
Walaupun masih kecil tetapi boleh di-booking buat menantu.
Dah besar nanti harus wajahnya kacak membunuh.
6) Bergambar tak ingat dunia
Ketibaan Abang Ipar aku sangat dinanti-nanti kerana beliau suka mengambil gambar dan aku pula memang suka berposing sakan. Setiap tahun ratusan keping gambar diambil dan aku mengambil peluang ini melihat tranformasi diri aku sama ada semakin gemuk atau sudah hilang keremajaan.
Masih kecil dan comel. Terima kasih.
Bagaimana dengan sambutan raya anda? Setiap tahun aku memang menantikan hari raya kerana banyak perkara menarik yang hanya ada ketika raya. Tahukah anda apabila anda menjadi ibu bapa dan anak sudah besar anda bakal menerima duit raya. Sekarang perasaan tak-sabar-nak-nikah muncul semula kerana mahu anak yang ramai dah besar nanti boleh mngepau mereka.

Oh ya, the best cook in town is none other than me, myself and I.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...