Wednesday, May 30, 2012

Hari Guru dan bukti aku tidak syok sendiri





Kerjaya sebagai guru memang awesome apabila mendapat pengiktirafan seluruh Malaysia dengan sambutan Hari Guru pada 16 Mei. World's Teachers' Day pula pada 5 Oktober dan untunglah boleh sambut dua kali macam raya orang Islam. Hihihi. Tapi yang 5 Oktober tu mungkin aku syok sendiri tak ada siapa nak wish. Tak usah risau. Aku jenis berdikari. Boleh wish kat diri sendiri tanpa mengharap ihsan atau simpati dari yang tak sudi (rhyme).


Maka pada 16 Mei yang lalu sekolah kesayangan aku telah mengadakan sambutan Hari Guru separa liar. Memang seronok kerana tak perlu mengajar di samping dapat bersuka ria bersama rakan-rakan dan dapat hadiah yang banyak. Itu tanda aku disayangi oleh pelajar-pelajar aku walaupun aku garang kadang macam mak tiri. Biasalah. Marah-marah sayang.


Oleh kerana ini sekolah kampung, sekolah biasa-biasa saja maka persiapan memang harapkan cikgu-cikgu dan team pengawas. Di sini boleh aplikasikan konsep Wonderpets - Apa yang penting? KERJAAASAMA! Ya, huruf A ada lebih dari sekali sebab di situ sebutan mesti dua harakat.


Aku sebagai Timbalan Kelab Guru dan Staf bolehlah macam orang penting kena rancang dan buat itu ini. Tapi sumpah aku bukan buat apa sangat sebab Pengerusinya cikgu baru posting sudah pasti semangat buat kerja berkobar-kobar sambil berlatarbelakangkan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh. Aku buat sikit-sikit dan yang mana perlu sahaja. Nama pun timbalan maka tak elok overrule ketua.


Di hari kejadian, cikgu-cikgu yang super awesome berarak dari pintu pagar sekolah sambil bergelak ketawa dan berbual mesra. Sebagai yang berdarah muda dan wajah tak kurang hangat, aku sentiasa memberikan aksi bajet comel kerana kamera ada di mana-mana. Ternyata dengan mengamalkan prinsip sentiasa bersedia gambar-gambar yang diambil menjadi cantik belaka terutamanya kalau aku menjadi sebahagian dari subjek di dalam gambar. Kahkahkah.


Lepas dah ucapan dan nyanyi bagai, tukar baju dan bersedia untuk acara sukaneka di padang. Tahukah para pembaca majoriti guru hanya miming ketika menyanyikan lagu tema hari guru. Lagu tema hari guru tahun ini memang tak dekat di hati apa lagi di bibir maka aku hanya pura-pura sekadar bunyikan suku kata terakhir sahaja.



Acara di padang, cikgu-cikgu tak kurang suka main tipu. Hahaha. Kumpulan aku hebat-hebat belaka tapi bukan rezeki maka tak menang nombor satu. Main kukuq nyok (kukur kelapa), isi air dalam betol, kupas buah epal, belon isi air dan macam-macam lagi yang aku pun tak berapa nak ingat. Tapi masing-masing ada perangai budak-budak - main nak menang dan bertepuk bersorak dan terkinja-kinja bila menang. Ok, tipu. Yang muda-muda sahaja perangai macam tu terutamanya aku. Kahkahkah.


Sudah letih terkinja-kinja di padang maka acara mentekedarah tanpa melupakan bacaan doa. Menu memang sedap sehingga aku tambah berkali-kali. Mungkin kerana pakai tracksuit dan pinggangnya getah maka makan banyak mana pun tidak sedar kerana sifat getah yang cerdik yakni berkembang mengikut pembesaran diameter.


Setelah makan-makan bersambung pula acara di dewan. Tak ramai guru masuk ke dalam dewan kerana dewannya tak besar mana. Aku dalam paksa tak paksa memang kena masuk kerana aku akan menyampaikan anugerah guru paling kacak. Anugerah disampaikan berselang-seli dengan persembahan pelajar dan guru. Mereka yang menyanyi memang naik syeikh dan seperti gila mikrofon sebab ada iringan gitar bagai. Aku sekadar tukang sorak dan tepuk tangan kuat-kuat tanda sokongan moral. Sekali-sekala ada juga aku tergelak-gelak melihat kepulunan mereka yang buat persembahan. Hahahah.



Sebelum aku mengakhiri entri ini, ayuh kita lihat guru-guru yang memenangi anugerah-anugerah yang dipertandingkan. Cek cek cekidaaaauttt


1) Anugerah Guru Paling Sporting 2012 & Anugerah Guru Paling Penyayang 2012

Gila tamak kaunselor sekolah aku dua sekali dia sapu. Hahaha. Tapi ini adalah undian maka konsep jari menjadi juri kita terima sahaja. Kahkahkah. Aku berharap aku dapat yang paling sporting tapi jenis tak sedar diri perangai serupa mak tiri siapa nak undi.


Kaunselor memang kena jenis penyayang sebab nak tunjuk dia concern dan ambil berat. By the way, ini merupakan antara rakan untuk berjimba di masa senggang. Keluar makan-makan dan sembang merapu-rapu secara berjemaah.

Iklan penaja : Dua jejaka yakni yang paling kiri (Badri) dan di tengah (Zalman) masih bujang. Sila tinggalkan pesanan di ruangan komen sekiranya berminat. Tidak sesuai untuk aku kerana mereka ini adik-adik belaka.




2) Anugerah Guru Paling Tegas 2012

Tegas dan garang adalah adjektif yang sangat berkait rapat. Tapi konsep ini tidak applicable untuk pemenang Anugerah Guru Paling Tegas 2012 kerana di mata aku dia hanya tegas dan tidaklah garang. Sebab itu aku rasa dia antara Penolong Kanan HEM yang awesome pernah aku jumpa.



Kau tengok dari sisi saja sudah nampak aura tegasnya. Budak-budak kalau diugut dengan nama Cikgu Sahak memang naik bulu roma dan mungkin juga bulu-bulu yang lain. Maksud aku bulu ketiak. Jangan fikir yang lain. Nama sebenar Ishak tapi dah kalau orang utara terus jadi Sahak.



3) Anugerah Guru Paling Kacak 2012

Berbekalkan wajah anak mami, walaupun sudah berkahwin tetapi berjaya menewakan cikgu-cikgu bujang yang lain dengan menggondol Anugerah Guru Paling Kacak. Ini juga antara kawan-kawan berjimba di waktu malam dengan makan-makan secara berjemaah dan bayar asing-asing.


Isterinya juga satu sekolah dan selalu dikatakan bestfriend aku kerana kami sering kelihatan bersama. Hujung minggu aku kadang-kala diluangkan bersama mereka sekeluarga dengan membeli-belah tingkap di Penang.


Ada lagi anugerah-anugerah lain untuk guru-guru Pendidikan Khas dan juga staf sekolah. Che Ros yang suka mengusik dan cakap merapu telah mendapat Anugerah Staf Paling Popular. Memang aku tak nafikan dia memang popular kerana sikap selamba badaknya tak heran ke dunia dan melawak tanpa sempadan.


Sebelum aku tamatkan entri ini mungkin ada yang tertanya apa yang bukti aku tidak syok sendiri. Kalau tak tertanya pun tak apalah. Buat-buat saja kerana nak ambil hati aku. Hehehe. Aku manusia yang mempunyai daya keyakinan yang tinggi dan sangat berdikari maka aku selalu memuji diri sendiri tanpa mengenal erti perasan. Hahaha. Selama ini ada juga aku terfikir aku syok sendiri tapi hari guru telah mengubah segalanya. Cewahhhh. Terimalah dengan hati yang terbuka dan redha apabila aku dianugerahkan...



..tak berapa clear???





KAHKAHKAH




Sila jangan maki aku dengan penutup yang memuji diri sendiri.
KAHKAHKAH









Tuesday, May 29, 2012

Sebab-sebab aku seronok di SMK Kuala Pegang




Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat posting kedua. Kahkahkah. Posting pertama sekadar menambah pilu di hati dan sakit di jiwa. Yang best tu ada tapi tak banyak mana sebab ada yang disangka rakan rupanya hanya berpura-pura. Tengok, kan dah buka episod luka. Dalam hati tetap sayang Kak Ain dan Kak Zai *peluk peluk dan cium pipi*



Kalau ada yang kata silap besar aku ke Kuala Pegang, silap anda lebih besar. Besar mana? Besar cakerawala. Masa kecik-kecik kalau nak lawan yang paling gah memang nak sebut cakerawala akibat pengaruh Alam dan Manusia. Zaman la ni belajar Kajian Tempatan kot. Aku pun tak berapa pasti sebab aku cikgu sekolah menengah. Ya, di Kuala Pegang memang best. Best yang sampai ada cikgu-cikgu yang dapat posting pertama di sini sampai sekarang tak pernah tukar. Sebab apa? Sebab best. Best yang macam mana? Mai nak habaq



1) Tidak ada sesi mengumpat di belakang tadbir
Aktiviti bergosip sudah menjadi sebahagian besar dalam hidup ramai manusia termasuk aku. Memang aku mengaku aku selalu bergosip. Dan dalam bergosip kadang-kadang terselit mengumpat. Tapi di sini jarang-jarang. Sungguh jarang sekali mengumpat orang. Masing-masing cerita hal masing-masing tak ada nak mengumpat melainkan bila ada isu. Isu pun tak ada besar mana. Memang kat mana-mana ada tak puas hati. Contoh mudah, aku dengan Bini Ustaz pun selalu ada tak puas hati. Tapi tak adalah sampai berhari-hari nak marah merajuk bagai.

Makanya di sini memang tak pernah ada isu besar yang boleh buat cikgu-cikgu masam muka. Kalau kita ada buat silap pun dia tak ada 'mark' kita dan sampai bila-bila pun memang nak tuju ke kita. Tak ada. Memang tak ada. Kalau ada yang tak puas hati, cakap sekali, mengadu sikit, settle. Tak ada nak jaja cerita sana sini tak puas hati itu begini dan terus rasa benci. Benci is tak ada. Makanya mengumpat pun tak ada juga. Sebab biasanya mengumpat ni jadi bila kita start tak suka dan benci.



2) Masuk lambat dan balik awal
Pukul 7.40 pagi baru masuk dan seawal 1.20 dah boleh balik. Sila cemburu. Ada juga hari-hari tertentu aku balik pukul 2.00 lebih lebih tapi paling lewat pun pukul 3.30 petang. Sungguh syurga dunia dan sila teruskan kecemburuan anda. Kerja memang sentiasa ada sebab cikgu zaman sekarang memang lebih banyak buat pengkeranian dari mengajar sehingga berpeluh ketiak di dalam kelas. Tapi prinsip aku mudah. Kerja ni sampai kiamat pun tak habis. Yang mana boleh tangguh, buat-buat tak nampak. Kahkahkah. Yang penting, bukan kerjasama. Yang penting boleh balik awal dan tak ada siapa nak halang.



3) Kawan-kawan yang satu frequency
Kawan-kawan di sini semuanya satu kepala. Tak ada geng ustazah yang cuma kawan dengan ustazah, geng cikgu BI yang geng dengan cikgu BI sahaja. Panjang kata, tak ada kumpulan-kumpulan yang mengamalkan assobiyah atau berpuak-puak. Semua boleh masuk belaka tak kira warna kulit mahu pun bangsa dan agama. Makanya kerana itu aku sungguh bahagia.



Gambar di atas sebagai bukti. Kahkahkah. Macam proceedings mahkamah nak tunjuk bukti bagai. Kalau tanya aku yang mana satu, aku yang tak berapa nak tinggi pakai baju tema kek lapis. Yang kanan adalah best friend, cikgu Interim yang dah posting ke Pahang. Hubungan kami terhalang kerana KPM yang menjauhkan dia dari aku. Berhari-hari juga muka aku masam ketat kerana sudah tidak ada rival untuk menagih perhatian Bishrun. Kahkahkah. Siapa Bihsrun? Bishrun anak kakak baju oren sebelah kiri, yang baru darjah lima. Kak Nishah ni ustazah. Ya, ustazah pembaca sekalian. Sekolah anda ada ustazah posing begini? Oh, sumpah best. Melawak merapu tanpa terguris di hati and that makes me happy (rhyme).



4) Tak ada pilih kasih
Di sekolah yang lama, cikgu-cikgu pangkat tinggi dan yang otai memang pilih kasih. Aku dan beberapa orang rakan memang selalu jadi mangsa. Asal aku yang buat banyak sangat yang tak kena. Komen membina tak berapa nak ada, komen nak menjatuhkan sentiasa tersedia. Pengetuanya ok dan aku memang suka bekerja dengan pengetua. Yang bukan pengetua pula memang biasa ada perangai lebih sudu dari kuah.


Tapi di sini tak rasa dibeza-bezakan. Layanan diberi sama rata. Agihan kerja pun tak berat sebelah. Kadang-kadang ada dua tiga orang dapat bahagian susah tapi memang akan ada yang offer nak tolong. Aku pun tak pernah nampak pengetuanya, penolong-penolong kanannya atau guru-guru kanan favour siapa-siapa.


5) Ada mesin OMR
SMK Kuala Pegang orang kata sekolah kampung. PK HEM Integrasi kata sekolah pedalaman banyak budak samseng dan apa pun tak ada. Cikai-cikai sekolah aku, ada mesin semak kertas OMR wokeh. Kau ada? Aku dah tak ada nak tebuk-tebuk lubang buat master. Sekarang ni semua masuk mesin siap dengan analisis item boleh print out. Sila cemburu. Kahkahkah.



Mula-mula masuk dulu memang rasa tak berapa best sebab hati teringat kawan-kawan yang super awesome di sekolah lama. Tapi bila dah lama-lama di sini, colleagues di sini pun best-best juga. Kalau dulu memang dalam hati nak pindah sekolah yang dekat sikit dengan rumah, tapi sekarang tak pindah pun tak apa. Walaupun sekolah kampung, walaupun sekolah pedalaman, walaupun orang kata cikai, aku sayang SMK Kuala Pegang. Kawan-kawan yang best memang payah dicari. Tapi kalau jenis iri hati penuh hasad dengki, mana-mana pun ada!









Monday, May 28, 2012

Don't screw UP





This  two-letter word in English has more meanings than any other two-letter  word, and that word is UP  .'  It is listed in the dictionary as an [adv], [prep], [adj], [n] or [v].  




It's  easy to understand UP  ,  meaning toward the sky or at the top of the list, but when we awaken in  the morning, why do we wake UP  ?  




At  a meeting, why does a topic come UP  ?   Why do we speak UP  ,  and why are the officers UP  for  election and why is it UP  to  the secretary to write UP  a report?  We call  UP  our  friends, brighten UP  a  room, polish UP  the  silver, warm UP    the  leftovers and clean UP  the  kitchen.  We lock UP  the  house and fix UP  the  old car.  




At  other times, this little word has real special meaning.  People stir  UP  trouble,  line UP  for  tickets, work UP  an  appetite, and think UP  excuses.  




To  be dressed is one thing but to be dressed UP  is special. If you argue,  you can kiss and make UP.     




And  this UP  is  confusing:  A drain must be opened UP  because  it is blocked UP.  We  open UP a  store in the morning but we close it UP  at  night.  We seem to be pretty mixed UP  about UP  !  




To  be knowledgeable about the proper uses of  UP  ,  look UP  the  word UP  in  the dictionary.  In a desk-sized dictionary, it takes  UP  almost  1/4 of the page and can add UP to  about thirty definitions.  




If  you are UP  to  it, you might try building UP  a  list of the many ways UP  is  used.  It will take UP  a lot of your time, but if  you don't give UP  ,  you may wind UP with  a hundred or more.  




When  it threatens to rain, we say it is clouding UP  .   When the sun comes out, we say it is clearing UP  .  When it rains, it soaks  UP  the  earth.  When it does not rain for awhile, things dry  UP  One could go on and on, but I'll wrap it UP  ,  for now . . . my time is UP !  




Oh  . . . one more thing:  What is the first thing you do in the morning  and the last thing you do at night?
U P !  


Did that one crack you UP ?




Don't screw UP .  Share this with everyone. . or not . . . it's UP to you. 
Now I'll shut UP !





Thursday, May 17, 2012

Zalora Malaysia - Apa neraka yang telah anda lakukan



Ramai yang menulis blog kerana berkongsi pengalaman masing-masing. Aku juga bila ada yang aku rasa menarik untuk dikongsi, jari jemari tergedik-gedik nak menaip. Kalau datang semangat nak menaip masa tengah mandi, sambil berdiri bawah shower jari jemari di dinding scribble isi-isi penting. Ok. Cukuplah aku cerita sampai situ supaya adegan lain di bilik mandi tidak tercerita. Kahkahkah.


Sebenarnya terasa seperti mahu mencarut dari A mula menaip sehingga tamat entri ini. Tapi nanti para pembaca  yang punya blog sudah pasti akan menulis entri pengalaman membaca entri yang paling teruk dan didedikasikan kepada aku. Walaupun aku ada juga gaya-gaya macam gila glamer, tapi itu semua pura-pura sahaja. Dan kalau mahu glamer pun, tak payahlah glamer kerana mencarut. Cukuplah glamer sehingga dapat Anugerah Guru Paling Popular suatu ketika dulu. Ok, yang itu cerita lain kali.


Aku adalah antara gadis-gadis yang gemar memakai sneakers apabila keluar berjimba. Sebelum ini aku memakai jenama Mickey Mouse yang aku beli di Suria KLCC beberapa tahun lalu ketika aku belajar di UIA. Gila dah lama sebab aku grad pun tahun 2007. Maka sudah pasti sneakers kesayangan sudah reput tapi sumpah memang banyak jasanya untuk aku.


Bulan Mac yang lalu dengan berat hati mungkin akibat pertambahan berat badan sebenarnya, aku melemparkan sneakers tersebut ke dalam tong sampah yang tidak ada lambang recycle. Mula-mula macam nak berkabung kerana sedih meruntun jiwa tapi tak payahlah emo sangat maka aku memulakan aktiviti pencarian sneakers. Aku bukan jenis suka window shopping belek dari satu kedai ke satu kedai. Kalau aku masuk mana-mana kedai, cukup sekadar sekali lalu seperti melakukan ibadah sa'ie cuma aku hanya berjalan dan tidaklah berlari-lari anak. Kalau berkenan, terus tanya size. Dan beli. Tanpa fikir harga. Ok. Tipu saja. Kalau atas 200 ringgit aku tak beli sebab itu mahal kerana jenama, bukan kualiti. Cewah. Padahal takut hujung bulan poket kempis maka tak dapat berjimba tengok wayang secara marathon.


Tetapi sungguh hampa kerana tidak ada satu pun yang berkenan di hati. Oh, sungguh memilih aku rupanya. Mula-mula macam nak beli sahaja yang cikai-cikai tapi aku tahu sudahnya kasut tersebut hanya menjadi hiasan di dalam almari kasut dan secara tidak langsung mengundang bebelan Bini Ustaz. Bini Ustaz sudah pasti akan menyokong hujahnya dengan dalil "Kana mubazzirin ikhwanu shayatin" -___-


Sungguh mencabar rupanya mencari sneakers yang aku lihat terus jatuh cinta. Sehinggalah akhirnya di suatu pagi Jumaat 13 April ketika aku sedang online aku terperasan iklan Zalora Malaysia. Sungguh banyak promosi tentang Zalora sehingga di blog Hanis Zalikha ada voucher RM30 dan aku pun kerana punya banyak masa lapang mula menggodeh-godeh website tersebut...dan bermulalah episod neraka bersama Zalora.


Merata-rata ada iklan bajet macam bagus sangat padahal...
Kan dah pangkah tanda aku benci menyampah tak hengat


Sejam jugak aku melihat-lihat sneakers yang ada akhirnya aku memilih kasut brand Anna Field. Aku bukanlah reti sangat bab-bab jenama ni tapi sungguhlah aku telah jatuh cinta pandang pertama dan harganya aku rasa tak perlulah sehingga aku nak tunggu gaji bagai. Aku pun tanpa berlengah terus membuat bayaran kerana sungguh teruja.

Aku baru print screen jam 8.32 malam yang lalu


Lama juga aku tunggu 16 haribulan baru reply kata dah process aku punya item. Dan aku mula menanam harapan tanpa sedar mereka hanya menanam tebu di pinggir bibir. Syaiton sungguh!




Setiap kali balik sekolah Bini Ustaz akan aku cari dan tanya dah sampai ke belum kasut aku. Dalam mimpi pun aku dah terbayang kasut tersebut. Sungguh jatuh cinta. Bila keluar tengok wayang di Gurney Plaza, berusaha menahan nafsu dari masuk ke kedai kasut kerana bimbang gagal menahan iman yang tidak dapat diwarisi maka membeli sepasang sneakers yang lain. Sungguh tidak rela berpaling tadah.


Tapi punya aku tunggu dan tunggu haram tak sampai pun dan pada perkiraan aku macam dah lebih 14 hari. Dengan menggunakan handphone aku yang cikai tapi kredit banyak nak arwah (iklan mintak sponsor handphone) terus aku call dia punya customer service yang bajet macam sopan panggil aku ma'am. Dia suruh aku tunggu sampai 4 Mei. Ya, 4 Mei hadirin sekalian. Dan dari neraka paras satu, rupanya episod neraka ini akan terus ke paras ketiga.


Sehingga 5 Mei aku tunggu pun tak sampai-sampai juga. Durjanalah engkau Zalora mencabul kepercayaan aku. Dan masih menggunakan handphone cikai (murid-murid, sila kumpul duit secara berjemaah dan bagi hadiah sempena hari guru. Belated tak usah kira, yang penting tecer suka) aku call sekali lagi customer service dan kali ni katanya item aku all the way from Europe maka ambil masa.

DAH KALAU AMBIL MASA YANG PANJANG DUK JANJI 7-14 HARI BEKERJA TU BUAT APA HAH BANGANG???


Berbekalkan iman tak dapat diwarisi yang ada, aku sabar lagi. Kata-kata di atas hanya terbuku di dalam hati walaupun rasa macam dah nak bagi buku lima kat minah customer service tu. Dan akhirnya, terburailah tahap marah aku dan terus aku melampiaskan rasa marah aku di Facebooknya.


Pada 9 Mei, customer servicenya dengan muka tembok haram tak tau malu call aku di petang hari selepas aku balik sekolah. Guess what? Tak payah nak guess guess sangatlah, ayuh mencarut pada mereka kerana setelah simpan duit aku dekat sebulan dan dapat untung dua tiga sen dia kata item yang aku order OUT OF STOCK. Tapi hari ni aku print screen gambar kasut tu kenapa ada lagi size 4 padahal kata dan habis. Ni nak dajalkan siapa lagi Zalora???? Sungguh bangang dan durjana dirimu Zalora!



Sekarang ni isu nak refund pula. Sila baca email dari mereka yang sungguh terserlah bodoh dan bangangnya.



Dan bila aku klik dekat attachment tu, ini yang keluar.



Berdegar-degar konon siap dengan attchment bagai padahal tu transaction yang aku bayar masa aku beli kasut tu. Tengok tarikhlah BANGANG.


Sekarang ni sungguh aku rasa nak ke consumer tribunal. Aku dah consult dengan pegawai SKMM suruh pantau Zalora yang aku rasa banyak sungguh unsur-unsur penipuan.





Jadinya motif aku buat entri ni selain melampiaskan marah yang ada aku harap mereka yang baca JANGAN BELI APA PUN DARI ZALORA.

Aku tak adanya nak nasihat suruh berhati-hati kalau nak beli dengan Zalora. Dengan yang lain, ya, sila berhati-hati. Tapi kalau dengan Zalora, TAK PAYAH BELI LANGSUNG.


JANGAN BELI APA-APA DARI ZALORA.
JANGAN!








p.s. Sila share entri ini supaya tidak ada yang tertipu dengan dakyah mereka


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku ada mendapat komen-komen yang tidak menyeronokkan dengan mengatakan aku bodoh, tak cerdik, sengal kerana tidak menggunakan COD. Oleh kerana aku ini jenis mencarut dalam hati, makanya suka untuk aku memberitahu anda yang sesuka hati panggil aku dengan adjektif-adjektif yang sungguh tidak enak dan kalau Bini Ustaz sedah pasti mulut anda dicilinya, ketika membelian ini dilakukan, perkhidmatan COD hanya untuk sekitar Lembah Klang. Aku duduk lembah gunung Baling. Beratus kilometer dari KL sinun. Makanya adakah aku punya pilihan lain? Tak ada. Nada. Kepada yang menuduh aku bodoh dan adjektif-adjektif lain yang sewaktu dengannya, sila maki diri sekarang kerana anda sedang bercakap depan cermin. Mohon tengok tarikh entri dan buat kajian sebelum aku panggil anda bebal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thank you for dropping your comments and and i m extremely sorry m not able to attend your comment one by one. Indeed I never thought this entry would be read by thousands of people.


As a rational human being (though being a teacher sometime drives me crazy), my advice is, don't solely depend on what i have blogged. Some bloggers and online shoppers managed to get their items and as what has happened to me, perhaps it was not my day. 

Don't bother this entry if you feel to give it a try. Most probably PMS was the contributing factor why my entry seemed to be so emotional..hehe.
Somehow I was overwhelmed by dissatisfaction due to poor customer service provided by them. 

Toodles!







Monday, April 16, 2012

Perkara-perkara yang aku tak faham tentang perempuan: Edisi Budak Sekolah



Tahukah anda perempuan merupakan makhluk yang sukar difahami. Aku yang dilahirkan sebagai perempuan sejati kadang-kala tak faham dengan diri sendiri. Kalau bahasa omputeh akan menggunakan adjektif complicated untuk menyatakan betapa rumitnya orang perempuan ini.



Untuk kali ini, julung-julung (julung-julung konon bajet gempaklah sangat) kalinya aku akan paparkan edisi budak sekolah. Budak sekolah di sini mencakupi sekolah rendah dan sekolah menengah. Aku pernah menjadi budak sekolah. Dan sekarang profession aku juga perlu untuk aku hadam fiil budak-budak sekolah. Walaupun telah berada di dalam dunia persekolahan selama 11 tahun dicampur empat tahun sebagai guru sudah jadi 15, aku masih belum faham beberapa perkara tentang budak perempuan di sekolah. Ayuh kita kaji adakah anda mengalami situasi yang sama.



1) Pujian bermaksud suka
Aku antara perempuan yang telus apabila memberi komen atau pujian. Kalau aku rasa benda tu comel, cute maka tak bertangguh walau sesaat aku sebut saja. Kalau tiba-tiba sedang jalan ada budak melintas bau masam satu masam aku pun akan terus sebut Pergh, gila masam kepam bau budak tu dan kalau dia dengar lagi aku suka supaya lepas ni dia sedar dia ada masalah bau badan yang telah membuatkan aku putus nyawa selama dua saat tanpa sempat mengucap

Makanya ketika di zaman sekolah kalau aku rasa budak tu hensem aku memang akan terus sebut secara tidak bertangguh. Tapi ada juga kawan yang jenis sangap bila aku puji budak tu hensem terus dia kata aku suka budak tu. What the whaaaaaat? Maka bila aku nafikan mereka menuduh aku tak mahu admit perasaan sendiri. Dan bermulalah episod gosip-menggosip di kalangan rakan-rakan padahal aku cuma puji cakap dia hensem. Zaman sekolah aku pernah cakap Syed hensem (Syed, if you read this, you were hensem. Hahaha) dan sekaligus menyebabkan ramai gadis rakan sebaya menganggap aku menaruh hati padanya. Oh, please-lahhhh, hati aku buat apa nak taruh tempat lain. Tak pernah pula aku daftar untuk donate-kan hati aku.



2) Lelaki, sila jangan tenung awek sekolah
Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh blog aku yang setakat ini masih tak layak buat entry promote barang atau iklan bagai. Maka buat masa ini hanya pesanan khidmat masyarakat yang boleh tahanlah tahap ikhlasnya aku paparkan. Perempuan memang dilahirkan dengan perasaan sensitif. Tetapi tahap sensitif setiap perempuan adalah berbeza. Di kalangan budak sekolah, ada yang jenis sensitif tahap dewa. Sensitif di mana kalau ada pakwe sekolah tak kira muka hensem atau pecah rumah tenung dia, terus dia buat conclusion pakwe tu suka atau minat dengan dia. Kahkahkah. Sungguh perasan tak tercapai dek akal.

Aku dah jadi cikgu ni pun ada juga budak perempuan datang mengadu budak lelaki tenung dia ditambah dengan penjelasan macam nak kat dia. Aduhailahnyapun. Nak nasihat macam mana pun aku tak faham kerana pada aku memang sungguhlah jenis minah perasan kalau tengok saja terus kata nak dengan dia. Kalau macam tu, sila jangan jadi cikgu. Seandainya anda mengajar di hadapan sudah pasti majoriti matanya tertumpu pada anda kecuali kes mata tak berapa centre. Pasti awek sekolah begini akan anggap semua budak lelaki dalam kelas tu nak kat dia. Hahaha. Haruslah aku kata pathetic dirimu wahai awek sekolah. Maka untuk lelaki, sila jangan tenung sembarangan kerana mungkin anda akan disyak suka pada awek tersebut padahal mungkin anda tenung kerana baju budak perempuan tu ada tanda warna merah yang mencurigakan, atau boleh jadi anda mempunyai mata tak berapa centre.



3) Tuduh menuduh
Budak perempuan di sekolah ramai yang jenis mudah terasa dengan budak lelaki. Di sekolah jarang untuk jumpa lelaki bermulut lazer suka hati mengata kecuali yang jenis lembut-lembut atau memang ganas otai sekolah. Aku pengamatan aku, majoriti pakwe sekolah pernah dituduh oleh mana-mana awek sekolah kononnya anda yang curi buku dia, anda yang sorokkan beg dia, anda cakap sesuatu dengan niat nak perli dia, pendek kata semua benda dia tuduh budak lelaki dan pakwe sekolah.

Aku sebenarnya kurang arif untuk memberikan penjelasan panjang lebar tentang ini kerana seperti yang aku nyatakan perempuan ni complicated. Maka situasi yang aku cuba sampaikan di sini juga agak complicated. Hahaha. Padahal alasan malas nak berfikir dan bagi contoh.



4) Emosi luar kawalan
Secara puratanya, gadis-gadis cukup umur ketika berusia belasan tahun. Maka apabila dilawati oleh Aunty Flow, emosi gadis akan terganggu. Tetapi ketika melalui zaman persekolahan, ada juga antara rakan aku mempunyai gangguan emosi walaupun Aunty Flow belum pernah buat site visit. Tahukah anda *bajet rancangan ilmiah ala-ala tv pendidikan* di usia begini awek sekolah biasanya akan membentuk kumpulan atau 'klik'. Makanya segala aktiviti harian dirancang dan ditempuh bersama. Buat jahat bersama, kantoi juga bersama. Ada juga yang mengambil pendekatan lagu Indonesia dan Omputeh, berdua lebih baik dan two is better than one. Untuk menjelaskan contoh yang di sini aku ingin memberi nama kepada watak gadis sekolah yang digambarkan.


Tengku Farhana Natasya dan Puteri Intan Suhaila berkawan semenjak hari pertama pendaftaran tingkatan satu. Ya, nama harus panjang untuk mewujudkan elemen-elemen novel Alaf 21. Kahkahkah. Makanya semenjak hari pertama berkenalan mereka menjalinkan hubungan baik. Makan bersama, prep bersama, tidur di waktu yang sama (tidur tak boleh bersama kelak disyak pasangan luar tabi'ie), mandi juga di waktu yang sama. Hendak dijadikan cerita arakian suatu hari Tengku Farhana Natasya tidak berbual mesra seperti selalu apabila bersama Puteri Intan Suhaila. Dan perkara begini boleh menyebabkan tergurisnya hati Puteri Intan Suhaila dan mula terfikir-fikir dia ada melakukan kesilapan sehingga mengguris hati Tengku Farhana Natasya. Pergh gila letih taip nama makhluk dua orang ni. Boleh kejang kalau buat novel 421 muka surat dan meletakkan Tengku Farhana Natasya dan Puteri Intan Suhaila sebagai watak utama.

Jadinya nampak tak gangguan emosi yang dialami oleh Puteri Intan Suhaila. Gila sensitif baru tak bercakap tiba-tiba tersentap. Aku juga pernah mengalami perkara begini. Rasa macam nak sikukan sahaja sikuku di wajahnya kerana tiba-tiba tersentap ingat aku marah padanya padahal aku letih di siang hari nak bercakap pun tak lalu.





Pada firasat aku ada lagi perkara-perkara lain yang aku tidak faham. Tetapi kerana setelah sekian lama tidak menghapdet blog sehingga jatuh nusyuz maka mungkin akibatnya fikiran tidak dapat menjana idea-idea cemerlang. Lain kali aku sambung lagi.




































Ingat nak stop dah. Tapi terasa keji gila buat penutup seperti kencing tak lawas. Tapi malangnya masih tak ada idea. Sila jangan maki.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...