Monday, August 6, 2012

Busy mending myself





Sudah-sudahlah kita mencari salah orang lain. Sudah-sudahlah kita menuduh sana sini. Masa untuk muhasabah diri.


PS - Intro yang buat aku terpaut dan terus tengok sampai habis walaupun esok sekolah, dah lewat malam dan boleh jadi PPD nak datang observe esok. 


Sunday, August 5, 2012

Terima kasih atas komen anda




Ini adalah komen yang aku terima dari orang yang mengaku student aku. Terima kasih. Tapi aku nak tanyalah beberapa soalan,

1. Aku telah memfitnah. Mana anda tahu ini fitnah? Aku sendiri yang kena, aku sendiri yang tahu. Orang yang dekat dengan aku memang tahu.

2. Apa kaitan menegakkan Islam dengan kutuk? Apa kaitan benci dengan hati selemah-lemah iman dengan apa yang aku post?

3. Sembang elok-elok? Ni nak habaq, dah kalau orang tu pandang muka aku pun tak sudi buat apa nak bincang? Lagipun buat apa nak bincang sebab aku dah maafkan semua.

Sepanjang aku di sekolah lama, tak pernah sekali kakak tu balas senyuman aku padahal aku memang boleh kata sangat pemurah dengan senyuman. Tak pernah balas.  Dan masa tu Allah saja yang tahu apa betapa terkilannya dalam hati. Maka kalau nak tegakkan agama, maniskanlah wajah, senyum pada semua.




Sejujurnya aku tak faham komen yang ditulis. Takdak mana-mana point yang berkaitan antara satu sama lain. Kalau betul student aku, esok-esok buat karangan toksah tulis lagu ni.

Updated:
To insan kerdil whatsoever you are;
Apa masalah anda sebenarnya nak mai komen-komen dua tiga kali? Buat apa aku nak takut nak approve komen atau apa. Kalau aku approve, orang lain mai baca orang tak kata kat aku, orang kata kat hang especially Izuan Kunang Kunang. Hahaha. And in fact aku ni bukan bangsa yang suka nak gaduh, suka nak argue, sebab benda-benda macam ni yang selalu buat hati jadi sakit, muka cepat tua, tak segak la pendek kata.

Nampak sangat baru mai baca kat blog aku. Entri lebih lima hari kena dapat approval aku dulu dan suka hati akulah nak approve ke tidak. Macam orang mai rumah kita, suka hatilah kita nak bagi masuk ke tidak. Takkkan tu pun nak kena ajar? Kalau aku approve semua komen-komen tak matang dari anda, sumpahlah pembaca-pembaca lain yang baca blog aku akan kata anda ni tak reti nak hormat cikgu sendiri.

By the way, kot ya nak kata aku ni penakut, cermin diri dululah. Berdegar-degar kata kat aku, tapi diri sendiri tak guna nama sebenar? Sorok diri sendiri belakang nama insan kerdil? What the what? Eh come on...grow up please. Tak perlu nak jadi balaci nak backup orang. If you really respect your teachers, you wont interfere in your teachers' business. Balik rumah, tanya your parents. Even your parents ada conflict of interest with their friends or siblings perhaps. Get a life please, and save the drama for your mama, loser!











Saturday, July 28, 2012

Perkara-perkara yang aku benci mengenai perubahan sistem pendidikan



Memilih bidang perguruan bukanlah kerana pilihan terakhir tak ada kerja maka jadi cikgu mudah. Oh, sungguh bukan diriku. Kebanyakkannya memilih menjadi guru kerana sifat suka membantu dan suka mengajar dan aku pula mungkin kerana nak tunjuk pandai. Kahkahkah. Tipu saja. Tapi boleh jadi juga ada sekelumit kebenaran. Walaupun baru empat tahun menjadi guru, aku secara suka atau tidak suka telah melalui pelbagai perubahan di dalam sistem pendidikan yang sekarang ni turut menjadi mainan politik puak-puak yang dungu dan tak reti bahasa. Ada yang aku boleh bagi pujian melangit dan ada jugak yang aku rasa nak ludah di muka. Yang aku nak hambur di sini sudah pasti yang aku rasa nak ludah di muka.


1) Pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ke sekolah
Bangang! Bangang! Bangang! Adjektif ni saja yang sesuai untuk describe usul benarkan bawa handphone ke sekolah. Kebanyakkan mak bapak setuju bila kementerian kata anak boleh bawa handphone. Bila aku kaji latar belakang pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini, rupanya anak mereka sekolah hebat. Sekolah yang gah macam Victoria Institution, sekolah asrama penuh, sekolah kluster kiranya sekolah yang kalau sapa sebut pun memang diketahui umum. Cuba kalau aku sebut SMK Kuala Pegang? SMK Bakai? SMK Chepir? Masa tu dan dan berasa, oh lemahnya pengetahuan geografi diri sendiri.



Ya, aku ni mengajar sekolah kampung. Sekolah kampung yang parentsnya bukan dari golongan banyak duit. Yang makan nasi lauk ikan masin saja pun ada. Dah kalau semua pakat bawa handphone, budak-budak yang tak mampu ni mula-mula memang dia pandang saja. Pastu lama-lama akan wujud inferiority. Inferiority bahasa melayu apa wei? Rendah diri? Tak sama standard? Bila dah ada inferiority ni la yang boleh menyebabkan kes curi mencuri. Nanti ada pula yang kata aku ni pandang rendah kat pelajar sendiri. Eh eh, aku ni cikgu depa. Cikgu ni kan macam mak ayah. Mak ayah memang kenal perangai anak-anak dia. Cikgu pun sama juga. Satu-satu aku boleh sebut perangai budak-budak aku.


Bila dah jadi kes curi siapa yang susah? Cikgu jugak. Nak kena buat spot check, nak kena buat interrogation, semua ni curi masa PnP atau TnL - sesi pengajaran dan pembelajaran. Kementerian dari dulu kata nak hantar pembantu guru sampai hari ni tak nampak pun batang hidung. Dengar-dengar sekolah yang dapat dia letak pembantu guru tu kat pejabat. Apa kejadahnya letak kat pejabat? Setakat guru besar, pengetua dan penolong kanan depa memang dah ada pembantu. Staf-staf kat ofis tu memang sedia ada duk menolong. Ni kami yang cikgu di bilik guru terkangkang-kangkang nak buat itu ini.


Ok, so point aku adalah masalah curi mencuri. Point yang kedua dalam kelas time cikgu mengajar dia sibuk nak berhandphone. Cikgu pompang pompang kat depan yang dia tangan bawah meja, takpun letak dalam laci sambil picit-picit main sms. Zaman aku mengaji takdak handphone pun aku selalu main pas-pas kertas dengan kawan sekolah. Tu cara aku bersms dengan kawan-kawan masa cikgu mengajar. Tapi at least dengan orang sebelah saja. Kalau dah ada handphone di tangan? Dengan pakwe kat depan, pakwe kat sebelah, skandal kat kampung, semua dia boleh sms. Sekali dua memang larat nak tegur. Tapi lama-lama memang rasa macam nak kata lantak pi lah sebab bila kita tegur, nasihat dia, benda tu ambil masa PnP. Dah tu, bilanya nak habis syllabus?


Itu belum masuk cerita yang rakam cikgu denda kawan dia, cikgu marah-marah dalam kelas. Pastu upload kat Youtube, kat FB, biasa memang orang nak cari peluang hentam cikgu. Aku bukan nak kata semua cikgu elok. Semua cikgu bagus. Memang ada yang pesen malas, pesen tak masuk kelas. Aku pun ada hari rasa demotivated nak mengajar tapi habis-habis malas pun aku bawa pi library suruh buat NILAM tak pun bagi latihan grammar. Tapi bila cikgu marah, cikgu denda, ada sebablah. Bukan suka-suka hati nak denda sebab meluat atau benci. Denda nak bagi pengajaran. Yang mak ayah bising-bising anak kena denda tu macamlah masa dia sekolah dia tak pernah kena denda???


Pada aku budak-budak hostel mungkin kot sesuai nak bawa handphone. Yang sekolah harian ni, tak berapa nak sesuai. Bukan selalu balik lambat. Public phone duk ada sedia di sekolah. Kadang-kadang nak pinjam telefon sekolah pun, staf ofis tak berkira. Aku yang cikgu ni pun kadang-kadang hulur handphone kat budak dah kalau emergency sangat nak guna. Kalau semua budak sekolah pakat bawa handphone, tak mustahil ada pula nakbuat 1Murid 1Telefon. Bunyi pun tak sedap!



2) Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Aku suka bila peperiksaan kebangsaan dimansuhkan dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Maksudnya pelajar sekolah akan ditaksir mengikut level masing-masing, akan ditaksir mengikut sejauh mana pengetahuan dan kebolehan pelajar tersebut. Makanya pelajar akan dikelaskan mengikut band. Band 1 paling cokia, Band 6 paling awesome. Mungkin ada pelajar yang Band 1 pun tak complete dah kalau umur 13 tapi tulis nama sendiri saja yang dia boleh. Semua subjek termasuklah seni, sivik dan PJK akan ditaksir mengikut band. Maksudnya, mana-mana yang duduk bawah kurikulum memang akan ditaksir ikut band.

Tapi yang aku jadi nak marah, jadi meluat, jadi benci, jadi-jadian sebab kementerian ni bila nak buat apa-apa, nak tiru apa-apa dia nak buat sekali harung. Jangan tak tau format PBS ni negara-negara maju macam Jepun, Singapore dan lama buat. Jepun sendiri ambil masa lima tahun nak betul-betul mantap format baru ni. Yang kita baru duk terhegeh-hegeh, terkial-kial ni dia nak buat sekaligus kurikulum dan kokurikulum. Awat? Tak bolehkah buat satu-satu? Tak bolehkah mantapkan dulu kurikulum dan kokurikulum ikut saja yang merit-merit tu dulu? Bila dah terrer kurikulum, lepas tu nak buat kokurikulum dan segala kulum-kulum tu boleh belaka. Bila cikgu-cikgu merungut dia kata pasaipa negara lain boleh, kata kita ni Malaysia Boleh

Ni nak habaq mai!

Negara-negara lain yang buat PBS tu cikgu-cikgu dia memang kerjanya mengajar sahaja. Aku ulang, mengajar SAHAJA. SAHAJA. Benda-benda lain yang kutip yuran, segala clerical work tu orang lain yang bukan guru buat. La ni zaman orang cari maklumat kat internet. Bukan dengar orang cakap pastu percaya bulat-bulat. Orang dungu, orang bodoh memanglah percaya saja orang kata.


Lagi satu, PBS untuk tingkatan satu start 2012 yakni tahun ini. Tapi nak buat training, nak buat kursus bagai pun semua buat tahun ni. Kalau aku kata kementerian ni bersikap recessive, marah pulak. Tapi memang itu yang benarnya. Tak bolehkah jadi proaktif. Nak buat 2012, 2010 atau 2011 dah panggil buat training workshop bagai. Barulah cikgu-cikgu lebih bersedia. 




Baru dua benda yang ulas dah panjang berjela. Lain kali aku sambung lagi. Nak pi mengurut badan bagi hilang stress. Siapa yang tak setuju, mai kita lawan mengulas secara berhikmah. Kata-kata kot belakang apa barang?







Thursday, July 19, 2012

...kerana diriku masih remaja



Tahukah anda kajian menunjukkan hanya mereka yang masih remaja sahaja punya jerawat di wajah. Remaja di sini adalah remaja yang muda belia, wajah ceria dan mengundang kecemburuan rakan sebaya. Hahaha. Perasan cantik macam biasa dan silalah jangan buat page Kami Benci Blogger Picisan yang Perasan. Hahahaha


Kerana keremajaan masih lagi mendominasi diri maka tanpa dirancang jerawat telah muncul tanpa memberikan hint atau signal supaya aku lebih bersedia mengawal emosi tatkala bangun pagi dan melihat wajah dicermin. Ya, perkara pertama setelah celik mata adalah melihat wajah dicermin sambil sikat rambut. Hihihi.


Tetapi apabila jerawat muncul sungguh menyebabkan rasa tak best. Rasa tak best yang tak adalah macam nak maki. Sekadar kembang kempis hidung sebab geram. Geram yang boleh tahan banyaknya kerana jerawat tidak datang secara solo atau duo. Datang siap bawa geng dan berkonvoi seolah-olah kulit aku ini mereka yang punya. Mungkin mereka mengamalkan konsep tabligh, buat apa pun, buat secara berjemaah. Alang-alang nak datang, datang ramai-ramai.


Anda yang bergelar guru dan cikgu pasti sangat familiar dengan makhluk PPD dan Nazir. Ya, jerawat juga boleh diumpamakan seperti mereka. Datang terjah tak bagi salam dan kadang-kadang bagi kritikan yang boleh bernanah telinga tapi peduli apa aku. Kalau terrer sangat sila tunjuk ajarku sifu.


Bilangan jerawat semakin bertambah dan sungguh tidak dapat dikenalpasti apa puncanya. Nak amalkan konsep redha seperti tak sesuai kerana belum berjuang takkan sudah mahu menyerah. Maka berkat mengamalkan diet ikan secara tidak konsisten maka dapat mengingati satu produk yang pernah kupakai tujuh tahun yang lalu kali pertama jerawat datang menyerang dan cuba tawan pipi sebelah kiri.


Setelah berhempas pulas aku berusaha menentang mereka, akhirnya mereka menyerah diri. Aku ingatkan mereka sudah tidak akan datang tetapi mereka hanya bersetuju untuk genjatan senjata selama tujuh tahun dan kembali semejak lima hari yang lalu.


Tetapi krim ini telah menyelamatkan wajahku :')



Terima kasih temulawak.

Pesanan penaja: Aku pun tak ingat siapa yang ajar aku pakai krim ni. Tapi kalau tak salah aku kawan-kawan aku masa di UIA dulu. Krim ni lima ringgit saja dan aku cuma pakai waktu malam. Aku tak pakai satu muka sebab dia agak oily maka aku cuma sapu tang yang ada jerawat saja. Kalau ada yang try pakai tapi tak berkesan aku takdak kena mengena. Aku saja-saja nak habaq. Lagipun aku tak berapa nak ada modal nak update blog.


Ps - Sekiranya anda tak punya jerawat. Tahniah. Tapi tak usah nak bangga sangat. Tanpa jerawat di wajah, anda adalah remaja purba. Kahkahkah. Haram tak lawak langsung tapi pulun duk gelak. Takpa, tu tanda aku berdikari. Sendiri punya lawak, sendiri gelak.





Saturday, July 7, 2012

Senarai Kesyukuran: Edisi Zaman Belajar







Tahun depan aku bakal berusia 30 tahun. Kalau dihitung dari segi bulan hanya tinggal lebih kurang lapan bulan. Tak lama dah tu. Bimbang anda lupa atau mungkin tak tahu, aku lahir pada 20 Februari. Maka tahun depan jangan buat-buat lupa. Bagi pelajar-pelajar aku yang selalu claim rindu dan sayangkan aku, bolehlah menabung dari sekarang kumpul duit secara berjemaah dan beli hadiah untuk cikgu anda. Aku mengharapkan sebiji, atau sebuah atau sekeping Ipad. Jangan risau. Aku tak akan minta cincin harga juta-juta kerana kehendak itu hanya boleh dipenuhi sekiranya pelajar-pelajar aku menabung dari kecil.



Walaupun bakal berusia 30 tahun, aku sangat bersyukur kerana dilahirkan sebelum tahun 90-an. Memandangkan ini merupakan edisi zaman belajar, ayuh kita imbas bagaimana kehidupan zaman belajar aku yang sangat awesome.


1) Kelas tambahan
Zaman aku dulu memang dah ada kelas tambahan. Tapi aku berasa sangat cukup dengan kelas tambahan yang sekolah sediakan. Bayaran yang dikenakan ciput sahaja dan aku rasa Ustaz dan Bini Ustaz tidak terasa terbeban setakat nak keluar 30 ringgit. Kalau zaman sekarang jangan haraplah. Kelas tambahan sekolah, kelas tambahan luar, kem motivasi sana sini, teknik menjawab segala kurang-kurang dekat seribu mak bapak berhabis semata-mata nak bagi anak pandai. Masa tahun enam Bini Ustaz daftar aku tuition yang aku dah tak ingat namanya. Aku ambil subjek bahasa sahaja kerana aku memang manusia tak reti bahasa. Kalau tak salah aku cikgu yang mengajar Bahasa Melayu nama Cikgu Bazli. Orangnya tak tinggi sangat, dan agak berisi. Kalau aku tak silaplah.


Tapi zaman sekarang aku lihat budak tahun empat pun dah ada mak ayah hantar kelas tuition. Makanya bila dah masuk tahun enam seorang budak ada tuition du luar dan juga di sekolah. Gila kental. Kalau aku boleh diserang angin ahmar kerana otak aku sungguh tidak mampu bekerja secara serius dalam satu tempoh masa yang panjang. 






2) Lebih berdikari
Wah. Kemain statement aku. Tapi sungguhlah aku rasa zaman aku kanak-kanaknya lebih berdikari bila belajar. Seperti yang sedia maklum aku tinggal di asrama semenjak dari tingkatan satu walaupun pada awalnya menangis memanjang sibuk nak balik rumah padahal jarak sekolah dengan rumah cuma 10km. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula hati manusia. Dah naik tingkatan dua terus cinta duduk asrama sebab ada kawan-kawan yang best. Okay, tipu sahaja. Tak adalah cinta sangat. Tapi sayang tu ada. Hihihi. Aku gelak bukan sebab lucu. Tapi gelak nak cover tipu sunat. Nampaknya dah ke laut aku punya penerangan. Apa boleh buat. Kebanyakkan cikgu memang macam ni. Masuk kelas mengajar benda lain tapi tiba-tiba melalut cerita bab anak, suami dan kisah zaman belajar.



Aku merasakan budak-budak zaman aku lebih berdikari kerana kami banyak buat sendiri berbanding nak harapkan cikgu secara total. Zaman aku, kalau nak kertas soalan percubaan negeri lain, sibuk telefon kawan-kawan minta tolong pos. Kalau yang ada sepupu, dua pupu, tiga pupu, bau-bau bacang, masa tahun nak ambil periksalah hubungan menjadi rapat secara tiba-tiba ibarat isi dengan kuku tetapi mungkin ada sekam antara mereka kerana bila dah habis exam masing-masing diam. Bila dah dapat kertas soalan, share dengan kawan-kawan atau beri pada cikgu untuk dikongsi bersama. Nampak tak berdikarinya kami dahulu?

Budak zaman sekarang semua cikgu suap. Bila dah kena suap ada juga yang tak reti nak kunyah sendiri. Kadang nak hadam pun tak reti jugak dan akibatnya berak tahi keras. Itu maksud literal. Figuratifnya time exam tak boleh jawab dengan lancar. Cikgu-cikgu zaman sekarang memang syok sendiri dan pulun lebih berbanding budak yang belajar. Lepas musim peperiksaan percubaan semua cikgu tiba-tiba jadi terrer dengan internet. Sebelum ni nak check email pun berpeluh ketiak tapi demi nak bagi anak murid pandai dan boleh score terus jadi handal cari kertas soalan percubaan negeri lain siap download save semua. Kalau tak cukup handal pun, bolehlah kalau nak kata jaguh kampung.



3) Handphone
Aku ketika di sekolah menengah tak pernah pun menunjukkan minat pada handphone apatah lagi nak rasa kagum melihat seorang hamba Allah pakai handphone. Zaman aku semua pakai telefon awam. Aku pun tak tahu datang dari mana kekuatan ajaib boleh pula berdiri berlama-lamaan demi nak menggunakan public phone. Itu kalau bab nak bergayut. Belum cerita bab menunggu. Ya, kebanyakkan telefon awam memang berpenunggu. Kalau zaman aku di Agama Baling ada seorang senior yang aku masih ingat namanya tapi tak bolehlah telus sangat dengan mendedahkan nama beliau di sini. Kelak mungkin perlu buat press statement mohon maaf macam artis dua orang tu ataupun tak kena gaya kakak senior ini akan menuntut royalti Nuffnangku yang bukanlah banyak mana. Berbalik kepada cerita penunggu telefon awam bawah tangga asrama, sumpahlah aku tak mahu ambil turn kalau si kakak senior yang sedang menggunakan telefon tersebut. Kalau aku diserang cirit birit dan sudah ke tandas lapan kali pun belum tentu dia dah habis bercakap.



Tapi budak zaman sekarang yang tahap mumayyiz plus huruf hijaiyah pun gagap lagi dah pandai pakai handphone, tab segala. Asal nampak mak ayah mulalah tersengeh-sengeh minta duit nak beli topup. Aku dulu tersengeh-sengeh juga kalau nak minta duit tapi bukan nak beli topup. Aku beli makanan tak pun majalah Ujang. Ujang zaman dulu best. Zaman sekarang lawak tak berzat mengalahkan rakyat Afrika yang tak cukup makan. Ok. Yang ni kita cerita lain kali. Aku dulu memang tidak dinafikan antara pengguna tegar telefon awam. Pelbagai teknik diaplikasi untuk menjimatkan penggunaan duit syiling seperti menebuk duit lima kupang dan meleperkan duit syiling dua kupang supaya jadi macam lima kupang maka dapat bergayut lebih lama. Hahaha.

Ketika belajar di UIA aku masih lagi meneruskan penggunaan telefon awam secara istiqamah. Hendak dijadikan cerita di samping memanjangkan entri, orang Telekom datang pasang telefon baru dalam asrama Kolej Aisyah. Kehandalan aku dan rakan-rakan menjimatkan penggunaan duit syiling berjaya dengan memasukkan syiling lima kupang dan tekan 994 nombor yang sangat akrab dengan abang-abang BOMBA seketika dulu. Bila operator abang-abang BOMBA dah jawab (cewah, nak abang-abang saja padahal kakak bomba pun ada) dan tekan # dan masukkan desired nombor dan teruslah berbual sampai pengsan dengan nilai lima kupang tadi. Ada juga yang extreme sampai bawa bantal selimut tilam toto segala berkhemah tepi public phone baru semata-mata nak bergayut dengan pakwe -____-

Tiba-tiba aku rasa macam dah terbabas topik entri aku. Sebenarnya yang aku nak sampaikan budak zaman sekarang kalau belajar mesti nak ada handphone. Tak ada handphone tak boleh belajar dengan aman. Ada juga yang menggunakan teknik mengugut kepada emak dan ayah demi mendapatkan handphone padahal tak sedar boleh jadi anak derhaka masuk neraka (rhyme).


4) Duit makan yang murah
Ap itu duit makan? Hanya yang duduk asrama sahaja tahu istilah duit makan yakni merujuk kepada duit bayaran dewan makan. Tahukah para pelajar hari ini duit makan zaman aku dan kakak aku cuma satu ringgit sehari. Ya, satu ringgit sahaja dan makan masih lima kali yang mana kelima-limanya aku jarang sekali tak makan sebab semuanya sedap belaka walaupun sekadar minum milo dan dorayaki. Budak-budak sekarang kalau himpun gaji mak ayah bawah lima ribu maka sehari tiga ringgit. Kalau lebih sehari lima ringgit. Ya kah? Aku pun tak berapa ingat sangat. Jangan keliru dengan wajah aku yang nampak seperti remaja sekolah sedangkan hakikatnya tahun depan dah three series. Kahkahkah.

Memandangkan aku tinggal di asrama makanya aku antara pelajar yang jarang makan di kantin. Makan di kantin bila lapar tahap dewa atau hujung minggu Bini Ustaz tak datang makanya tak ada menu enak dari rumah untuk anak yang jauh (lah sangat) di asrama. Kalau seminggu mungkin purata aku belanja sekitar sepuluh ringgit sahaja. Kalau budak zaman sekarang jangan ceritalah bab duit. Budak Kuala Pegang pun ada yang satu hari bawa lima ringgit datang dan balik sekolah dijemput bapa yang kerjanya menoreh getah dan adik-beradik semuanya lapan orang.



5) Aktiviti Kokurikulum yang tak memenatkan
Untungnya zaman aku belajar dulu kokurikulum ni bukanlah antara perkara utama yang dibebelkan oleh cikgu-cikgu secara istiqamah. Aku dulu zaman sekolah sumpahlah tak ada masuk apa-apa aktiviti kokurikulum yang dapat menyerlahkan diri sehingga ke peringkat zon, daerah dan negeri bagai. Nak masuk sukan aku setakat tahu berlari sahaja. Perkara-perkara melibatkan bola memanglah aku penakut dan belum diajak bermain aku dah angkat bendera putih. Walaupun boleh berlari tak adalah sangat handal dan berada di dalam daerah Baling apabila bertemu dengan pelajar-pelajar yang warnanya memang bukan kategori cerah dan banyaknya berasal dari Kuala Ketil, sumpahlah aku tak boleh menang kerana mereka sangat handal bab-bab berlari ni.

Badan Uniform pun tak aktif juga. Yang paling aku rasa lucu sekali zaman aku belajar boleh suka-suka tukar badan uniform. Agak dah bosan dalam Puteri Islam tahun berikutnya masuk pula Kadet Bomba. Agak Kadet Bomba macam hampeh boleh turut serta tepuk-tepuk Pengakap tahun berikutnya. Hahaha. Ya, aku tahu tak lawak mana pun. Jadi tak payah nak pura-pura gelak atau senyum perli depan screen laptop atau PC anda. La ikra hafiddin (selingan).

Tapi kalau dapat join Kadet Remaja Sekolah memang andalah yang paling aktif. Cikgu Nik Amli yang juga mengajar Bahasa Melayu dan Geografi sangat aktif buat aktiviti itu ini masuk hutan camping bagai. Aku pun mula-mula semangat berkobar-kobar nak masuk tapi rupanya sebelum masuk nak measure ketinggian dulu. Sengaja la tu nak menyindir aku ke apa tak tau maka tanpa menghadiri sesi mengukur ketinggian aku mengundur dari dan simbah air ke atas semangat yang berkobar-kobar itu. Sobs. Budak zaman sekarang jangan ceritalah. Kalau tak aktif nak masuk maktab pun belum tentu walaupun ada 6A di tangan. Kadang-kadang berebut-rebut nak masuk aktiviti dan pertandingan. Tak cukup lagi sukan pun hendak dicekau dan sudah pasti terselit pelajar-pelajar yang mengamalkan prinsip lupa kawan demi meraih markah kokurikulum. 



Makanya apabila dibandingkan dengan aku memanglah sangat bersyukur kerana tak perlu berebut-rebut ataupun inter-frame demi kokurikulum. Cikgu pula yang kena pujuk-pujuk suruh masuk itu ini sebab biasanya budak yang sama juga masuk aktiviti-aktiviti yang ada. Tapi aku tak nafikanlah kalau yang aktif kokurikulum zaman aku memang ada advantage dibandingkan dengan aku yang hidup segan mati tak mau kalau suruh berkokurikulum. Kena juga sebut benda ni nanti ada pula yang bantai aku sampai buat page Kami Benci Tecer Widad. Kahkahkah. Bajet retis konon glamer padahal diri sendu macam blog sendiri.





Zaman aku belajar di sekolah menengah dan sekolah rendah memang awesome. Tak ada pressure (sangat) berbanding budak zaman sekarang yang kecil-kecil dah kena attend extra class belum campur dengan parents kaya raya panggil tutor datang ajar anak kat rumah. Aku dulu petang-petang sekadar pi kelas mengaji dan petang-petang boleh kayuh basikal keliling kampung atau main rounders dan masak-masak dengan kanak-kanak Taman Baiduri dan Taman Sepakat. Kadang-kadang kalau Ustaz tak ada dan Bini Ustaz di rumah pula mood baik maka boleh mandi sungai bersama sepupu-sepupu atau sesiapa sahaja yang tiba-tiba mandi di port yang sama. Walaupun aku dulu belajar tak pandai mana tapi aku rasa aku boleh dikatakan yang boleh berdikari walaupun umur baru sekolah menengah dan fizikal serta wajah macam sekolah rendah. Kehkehkeh. Aku dulu reti pos surat. Aku dulu reti beratur dan masukkan duit di bank. Aku dulu reti isi borang sendiri tak harap Ustaz atau Bini Ustaz. Habis-habis bebal sangat aku tak reti aku tanya kakak-kakak aku. Budak zaman sekarang walaupun pakai handphone canggih dari aku, tapi dah umur 17 tak reti nak kirim surat. Pigidah. Konon teknologi sangat la tu email dengan Facebook bagai. Eh eh, teremo pula. Hihihi.



Sebelum aku teremo lagi, senang cerita aku memang bersyukur aku lahir 1983 dan tamat sekolah tahun 2000. My school days are going to be legend, wait for it... dary. LEGENDARY!


















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...