Sunday, October 28, 2012

Kisah persahabatan zaman sekolah: Edisi sekolah rendah



Dilahir dan dibesarkan di Malaysia bermaksud aku masuk sekolah pada usia tujuh tahun. Ya, tujuh tahun. Macam biasa sengaja ulang supaya entri menjadi lebih panjang. tahun pertama aku di Pulau Pinang dan ingatan aku tidak cukup handal untuk mengingati rakan-rakan sekolah rendah. Yang ada dalam kepala aku cuma empat orang. Sumpah sadis gila kalau betul sepanjang bersekolah di Pulau Pinang cuma empat orang kawan. Mereka yang sungguh bertuah kerana nama mereka kekal di dalam ingatan adalah Faridah Mansor, Sharifah Hanan, Azri Fikri dan Sherina Halhana.


Faridah Mansor adalah pelajar paling pandai time tu. Sekarang dah jadi doktor rasanya. Aku pun dah memang lost contact. Awal-awal sahaja semangat tulis surat tidak rasmi sehingga terjadinya episod yang boleh tahanlah malunya. Bila dah masuk tingkatan satu sudah menjadi malas menghantar surat. Sherina Halhana pula orangnya kecil molek dan sesungguhnya aku hentam saja nama beliau. Ingatan yang hampir menuju 30an sungguh sadis kerana tidak dapat mengingat nama rakan dengan baik.


Sharifah Hanan dan Azri Fikri pula antara kanak-kanak sebaya aku ketika itu yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama. Sharifah Hanan mak dia bukan orang Malaysia makanya bila ada konsep kacuk begitu sudah pasti sangat cantik dan tinggi menawan. Azri Fikri pula anak tunggal secara fizikalnya sangat tinggi dan rupa macam omputeh. Kecil-kecil lagi sudah menunjukkan tanda akan membesar menjadi lelaki kacak. Kami yang tinggal di kuarters USM sangat cintakan alam sekitar maka mengamalkan konsep carpool (padahal masing-masing mak ayah sibuk maka kena buat jadual siapa ambil siapa hantar). Paling aku ingat setiap hari Selasa akan balik dengan emak Azri Fikri dan emaknya yang baik hati akan membawa kami ke pasar malam. Jangan sebut makanan yang anda teringin kerana emaknya akan terus membeli tanpa bertanyakan tuan badan. Ada juga sekali dua aku sebut makanan yang aku memang teringin dan sungguh bahagia kerana terus ada depan mata. Hihihi.




Setelah Ustaz berpencen, kami sekeluarga berpindah ke Kedah dan aku didaftarkan ke SRK Tunku Putra. Hari pertama di sana oleh kerana tak ada tempat kosong atau mungkin mereka tak sudi nak kawan dengan aku maka aku duduk bersama-sama budak siam - Prak Yun, Somphong, Vichit, Charis, Aphiwat dan lagi seorang budak perempuan yang aku tak ingat namanya tapi sekarang beliau bekerja di pasaraya Aneka. Buruk betul perangai sebab yang aku tak jumpa aku ingat nama mereka. Yang aku duk nampak haram tak ingat nama. Sehinggalah peristiwa Vichit membawa kucing goreng dan sup babi ke sekolah dan menyebabkan aku trauma, barulah aku dapat duduk bersama budak-budak Melayu. Kalau aku tahu awal-awal lagi aku buat-buat trauma. Hahahaha.



Antara nama-nama yang masih segar dalam ingatan aku adalah Nurul Izyani, Ahlam Nabihah, Zatul Ayuni, Mas Nasyida, Rabiatul Adawiyah, Azizurrahman, Dzulqarnain, Husni, Azzah Afzan, Muzaffairus, Asmidar, Zairul Azizi dan ramai lagi yang aku ingat nama mereka tapi bila difikir dua tiga kali tak perlulah aku nak senaraikan semua sebab kalau aku tipu dua tiga nama pun bukan anda tau. Kehkehkeh.







Nurul Izyani happened to be my anak saudara. Long story makes short, ayahnya dua pupu dengan aku dan rumahnya pula betul-betul depan rumah aku. Masa aku mula-mula pindah sungguh samseng kampung dusun dia kepadaku. Teruk juga aku kena buli sampai menangis-nangis aku mengadu dengan mak aku. Hahaha. Bila di sekolah sangat bersyukur dia tak sekelas dengan aku sebab aku takut aku bakal berterusan menjadi mangsa buli. Tapi time rehat ada juga sekali dua dia paksa-paksa aku suruh beratur beli air untuk dia. Sungguh aku tak sangka aku rupanya mangsa buli dahulu. Kahkahkah. Tapi bila dah lama-lama jadi baik pula dan sampai hari ini masih baik. Kalau aku nampak sahaja dia balik dan ada bersidai di buaian rumah tok dia cepat-cepat aku pakai tudung supaya dapat berjumpa dan bergosip sambil menghapdet cerita-cerita terkini.










Ahlam Nabihah adalah nama yang sangat aku ingat sebab pada aku namanya sangat unik. Zaman sekolah rendah semua pakat panggil Kak Lam tapi aku tetap panggil Ahlam. Orangnya kecil-kecil juga tapi lebih kurus dari aku. Zaman sekolah rendah aku selalu bertandang ke rumahnya main masak-masak, jual-jual dan anak patung. Bila dah besar sikit main rounders dengan kanak-kanak lain di Taman Baiduri. Ahlam juga kawan yang mengajar aku makan jeruk Ah Seng dan setiap kali sebelum pergi kelas mengaji mesti singgah dulu kedai Ah Seng beli jeruk kelubi. Tiap kali raya aku ketagih nak pergi rumah beliau kerana biskut sarang semut rumahnya laziz jiddan. Aku kalau teringat Ahlam mesti rasa, wahhh hidupnya sangat smooth sailing kerana sungguhlah sangat pandai dan cemerlang dari zaman sekolah rendah sampai universiti.










Dari kecil aku memanglah bukan kanak-kanak yang rajin. Aku masih ingat Sir Kumar yang mengajar Bahasa Inggeris. Selalu bagi homework suruh cari maksud perkataan. Awal-awal memang rajin tapi bila dah malas aku tiru sahaja. Kahkahkah. Keji perangai. Pelajar-pelajar sekalian, sila jangan tiru. Ambil baca dan buat pedoman jadikan sempadan. Makanya Rabiatul Adawiyah anak Pakcik Adnan sangat tidak lokek meminjamkan bukunya. Dan aku memang tak buang masa tiru sahaja. Kahkahkah. Terkenal dengan panggilan Wiyah dan orangnya sangat lurus. Wiyah juga antara kawan main rounders di Taman Baiduri. Lagi satu main zero point (lompat getah). Sekarang dah jadi cikgu dan hari-hari homesick sebab posting di Sarawak. Hehehe







Mas Nasyida juga antara budak baru yang masuk bersama-sama sepupunya. Aku selalu juga bertandang rumah Mas Nasyida sebab dia duduk dengan tok dan tokwannya. Toknya pula sangat rajin memasak dan kalau tak silap ada seorang budak perempuan yang tua tak banyak sangat dari kami nama Mahani. Aku pun ingat-ingat lupa. Sekarang dah kahwin anak dua. Zaman aku di universiti dulu pernah sekali aku bermalam di rumahnya kerana UIA tak ada air. UIA tak ada air terus bagi cuti. Bahagia sungguh.








Sepupu Mas Nasyida, Azizzurrahman yang aku hentam saja spellingnya tapi semua panggil Ijoe atau Joe. Masa darjah empat aku kena denda duduk di antara budak lelaki sebab mulut bising. Sebelah kiri, Husni dan sebelah kanan, Ijoe. Kenapa aku sangat ingat dengan Ijoe? Sebab dia pernah cium pipi aku secara tidak sengaja. Kahkahkah. Dan sampai sekarang aku dengan dia masih ingat peristiwa aku dicium dan dia tercium. Biasa la budak-budak. Tak reti duduk diam dalam kelas sampai ada aksi-aksi begitu. Kahkahkah. La ni dah glamer beliau. Kerja ambil gambaq pun boleh glamer wehhh.






Azzah Afzan anak Cikgu Aisyah juga antara kawan sekolah rendah yang aku ingat. Muka macam anak Jepun dan mata memang sepet. Time rehat aku selalu keluar makan dia sebab kami adalah penggemar bihun sup kantin kuah kaler merah yang harganya cuma tiga kupang. Cuma ada bihun, sup dan sambal semata tapi macam kena ganja sebab hari-hari nak. Kalau Bini Ustaz sediakan bekal Azzah akan turut serta dan favourite beliau adalah scrambled eggs Bini Ustaz yang ala-ala Timur Tengah.







Masa kenduri kahwin kakak aku dulu, aku kemas-kemas rumah dan jumpa gelang manik dan gelang tali tangsi yang sungguh glamer zaman aku sekolah dulu. Terus teringat Shafinaz Jusoh yang duduk Kampung Bawah Gunung sebab dialah tauke besar dan paling handal buat gelang rantai manik segala. Pernah sekali kami buat berniaga gelang yang dibuat dari tube plastic kemudian sumbat kain perca kat dalam. Masa tu rasa comel sangat kalau boleh pakai gelang macam tu. Kehkehkeh. Kawan aku yang ini pun jadi cikgu. Lepas grad kerja apa aku tak ingat tapi di amanah raya rasanya. Lepas tu berhenti jadi cikgu.








Tetiba aku rasa entri macam dah panjang sangat. Kalau cerita bab kawan memang sampai bila pun tak habis. Tambah pula masing-masing dah berjaya sekarang. Semua hebat-hebat termasuklah aku. Cewah. Mengaku diri sendiri hebat. Lain kali aku cerita lagi. Mungkin akan datang dengan edisi sekolah menengah. Masa tu otak dah ligat dan macam-macam benda aku buat. 















Segak-segak belaka kawan-kawan aku kan?





















Termasuklah aku...aku pun segak jugakkkk





Thursday, October 25, 2012

Jenis-jenis pemandu tatkala nak raya




Asal nampak simpang, dia brake. Tak dia brake, dia slow. Sebelum tu bukan main laju serupa tahi ada di hujung punggung.


Nampak lagi simpang dia brake gaya macam nak masuk simpang tapi sekadar memainkan perasaan driver di belakang.



Geram aih!



Nampak lagi simpang lain, confident bagi signal. Tekan brake memang tunggu nak pulas steering saja. Tup tup tak jadi jugak masuk.




Nampak sangat lama tak balik kampung. Simpang nak pi rumah sendiri pun tak ketahuan hala.

























Satu jenis tu ja pun. Takdan aih nak kaji semua.

Sunday, October 21, 2012

Pengalaman di Klinik Gigi


PERHATIAN:
Entri ini sangat beremosi dan penuh dengan rasa nak marah macam nak mencarut pun ada. Tapi iman yang nipis ni masih boleh cover marah tu maka tak jadi mencarut. Sebab entri ni entri beremosi, maka terus nak guna loghat Kedah. Tak faham kalu, ada aku kisah? *nampak dah bunga-bunga nak marah tu*



Ni cerita hari Sabtu. Pagi-pagi lagi bangun dah berazam nak pi Klinik Gigi. Sebab rasa duit banyak dan suka nak berlagak macam orang kaya maka buat keputusan nak pi yang private walaupun Bini Ustaz duk promote doktor gigi di klinik gomen tu sangat lemah lembut. Tang lemah lembut tu memang aku teruja tapi tang yang nak kena pi hari Rabu lepas tu tunggu buat appointment dan bercinta la nak tunggu turn terus rasa malas. Rasa turn off.


Di Baling ni yang aku tau klinik gigi ada dua saja. Dr Muhamad dengan Mahkota. Mahkota tu umur baru budak tadika. Dr Muhamad umur budak masuk U dah. Memang dari start pindah ke Baling kalau gigi aku duk buat perangai memang tala ke Dr Muhamad. Orangnya memang baik dan oleh kerana dia kawan Ustaz dan aku pulak comel dan menawan sudah pasti dapat diskaun. Scaling gigi lima puluh saja tak kira la gigi hang karat tebai 40 inci pun. Tapi tu price untuk aku la. Untuk hampa yang dia tak kenai mau 70 ringgit jugak paling koman.


Jadi hari Sabtu tu aku pi jenguk di Dr Muhamad dulu tapi orang ramai Ya Rabbi. Aku memang la tak suka nak tunggu lama-lama jadinya aku pikiaq apa kata pi try di Mahkota. Bila aku pi, ada tiga ketoi hamba Allah saja. Tak ramai pun. Tapi sebab dah dekat pukul 12, 12.30 pula nak rehat dia kata mai pukul 2.30 satni. Aku pun balik rumah makan siap-siap sebab lepas dah scaling gigi selalu rasa sayang nak makan. Hehehe


Pukul 2.25 aku dah sampai tunggu kat tangga depan klinik. Sementara nak bunuh masa aku pun online sambil mata sat-sat tengok jam. Dalam pukul 2.27 macam tu ada sorang pompuan mai. Mula-mula aku ingat dia pun patient macam aku sebab muka ketat haram tak senyum. Muka orang tak senyum ni orang yang sakit gigi saja! Tup-tup dia ada kunci dan pi buka klinik. Ok, makanya ni lah dentist yang on duty.


FYI, owner Mahkota ni kenai jugak dengan arwah Ustaz. Masa aku sekolah dia la doktor gigi. Nama Dr Rashid kalau tak silap dan sungguh la orangnya lemah lembut sampai rasa nak pi scaling hari-hari pun takpa. Macam biasa, aku kalau dah suka memang over sikit tang nak elaborate details bagi examples segala. paling best sebab nama aku yang rare dan ditambah dengan wajah cun sampai aku dah besaq ni pun dia ingat nama aku. Ni Bini Ustaz la cerita *cough*



Bila klinik dah buka segala, aku pun masuk. Seperti yang dijanjikan I was the first patient. Sebab anak Ustaz dan juga reti hormat orang aku pun bagi salam. Sumpah la aku haram tak dengaq dia jawab salam aku padahai aku ni cikgu. Vokal kalah juara AF! Takpa, aku husnu zon, dia jawab dalam hati. Bila aku dah start baring aku pun habaq la aku dah 8 bulan tak buat scaling. Patutnya 6 bulan sekali kan? Sebab mulut pesen ramah siap cerita insiden aku jatuh tangga sebab konon lepas raya tu la aku nak scaling bagai. Aku ni pula gusi sensitif. Tak kena gaya darah merambu keluaq. Nak kata tak minum susu, susu HL sekotak besar tu seminggu lebih sikit habis aku minum. Punya pulun aku cerita dia balas 'Uh' saja. Nak terberak ka apa???? Marah aih!



Bila aku nganga ja terus dia complain pasal gigi aku yang berlapis ni. Ya, aku ada gigi berlapis sebelah kanan. Masa aku kena kayap gigi tu longgaq jadinya orang tua kata time kayap tak elok ataupun pantang cabut gigi. Dekat sebulan jugak kayap aku tu dan gigi yang longgaq tu pun dah jadi ketat kejap balik. Naik darjah 6 aku ada gigi berlapis. Aku penah mintak Dr Muhamad cabut buang gigi tu tapi dia kata susah sikit sebab dah terpusing lagu mana tak tau. Lagipun dia kata gigi tu dua-dua elok, tak rosak apa. Sebab dia nak amek hati aku gamaknya, dia kata orang gigi berlapis ni senyum dia manis lebih sikit. Pandai la nak mengayat! Tapi lepas tu memang aku tak amek pusing. Bukan gigi tu duk kacau aku pun!



Bila dia complain pasai gigi aku tu mula la aku nak sentap. Tapi aku cool dulu. Bila dia dah start perosoh gigi aku, perghhh siap kepit kepala aku dengan siku dia. Serupa orang nak pelekoh anak kecik suh makan ubat. Aku ni pesen redho biaq la dulu. Nak gigi suci bersih la kata....


Time dia masuk cermin antara pipi dengan gigi sebab nak buang segala karat, memang kasaq gila! Masa tu ayaq mata duk tunggu masa ja nak keluaq. Bukan sakit sebab scaling, tapi sakit sebab dia tekan kat laluan antara gigi dengan pipi tu dengan bersungguh-sungguh sampai aku dapat rasa muka aku senget. Kalau aku buleh nampak muka aku di cermin mesti nampak macam retarded.



Lepas tu buat kerja pesen kalut serupa kena ligan dengan anjing. Setan aih! Aku sampai nak tersedak tertelan darah baru dia bagi aku ludah. Ni geram tahap dewa yang dah keluaq setan segala ni.



Dah ludah-ludah tu aku habaq la kat dia jangan tekan kuat sangat...sakit. Aku siap panggil dia puan ok sebab punya aku hormat. Pun dia duk balas serupa orang nak berak! Eeeeee, memang nak ja aku bagi siku!


Dah habis scaling tu dia nak floss gigi aku. Time dia nak floss tu sekali lagi dia complain gigi aku yang berlapis. Masa tu memang aku mencarut dah dalam hati. Dia duk gaduh pasaipa gigi aku bertindan berlapih segala???


Masa dia floss gigi atas aku tu, punya la kasaq sampai terasah gusi aku dua kali. Orang floss celah gigi dia pi taram sekali gusi aku pasaipa? Saja nak cari pasai! Sebab sakit sangat aku tolak tangan dia dan terus aku jerit SAAKIITTT. Ayaq mata merambu keluaq sebab sumpah weiii sakit yang amat!


Aku kumur-kumur and time aku duk kumur tu dia kata bila floss memang la sakit. Hang ingat aku budak umur berapa yang hang nak kencing kat aku dengan statement lagu tu. Bila dia tengok aku menangis dahsyat sangat dia suruh aku baring dia nak tengok gusi yang terkena tu. Apa hang ingat aku bodoh nak pi tala nganga mulut aku lepas hang dah bagi gusi aku sakit serupa kena gergaji??? Kalau hang mak aku memang aku percaya la.



Sebab dah marah campuq sakit terus aku bangun. "Dah dah, saya tak mau dah puan perosoh gigi saya! Tak pernah saya mai buat rawatan kat private sakit lagu ni!"


"Scaling memang la sakit..." Cis! Menjawab pulak hang noooo.


"Eh, please la. This is the worst experience I've ever gone through! Seeing a lady dentist, I was expecting you to attend me gently! But I have to say, you're my nightmare!" Marah ja nak speaking pulak mulut aku ni.



Masa tu assistant dia dah buka pintu nak bagi aku keluaq. Tapi apa-apa pun aku nak hambur marah aku ni depan dia jugak. Nekad dah!


"La ni berapa ringgit saya nak kena bayaq???" Mulut duk tanya tangan duk gagau purse dalam handbag.


Budak tu nak amek mouthwash untuk aku terus aku tinggi suara. "Ni dik, saya tak mau apa pun dari klinik ni. Toksah duk gatai nak bagi benda lain nak charge dalam bil saya!" Teruih budak tu letak balik botol mouthwash dalam rak. "Errr seratus ringgit kak..." Muka memang cuak dah budak tu.


Terus aku amek not 50 dua keping. Aku genggam dalam tangan kanan. Aku pandang muka doktor tu. Bukan pandang. Aku tenung serupa aku nak makan.


"NI DOKTOR, LAIN KALI GIGI SAYA NI RONGAK KA, BERLAPIS KA, TOKSAH DUK UH UH NAK MERUNGUT. KALAU SAYA TAKDAK MASALAH APA, APA DOKTOR INGAT SAYA SAJA-SAJA NAK MAI BUKA MULUT DEPAN DOKTOR KA? SAYA NI ADA DUIT. SAYA BAYAQ SUPAYA DOKTOR PEROSOH GIGI SAYA ELOK-ELOK. BUKAN BUAT KASAQ-KASAQ!


"SAYA NI CIKGU! KALAU ANAK MURID SAYA TAK PANDAI, ADA SAYA NAK UH UH? SAYA DIBAYAR SUPAYA ANAK MURID SAYA PANDAI, BOLEH BACA. TAKDAK SAYA NAK COMPLAIN APA AIH!!! RETI?????"



Haaa kena sedas dengan aku! Sambil aku kata reti, aku baling duit seratus tu! Ok, memang agak kurang ajaq tang tu. Tapi sakit di hati dan sakit dalam mulut memang la aku seperti dirasuk syaiton.



Memang patient lain yang duk tunggu di luaq nampak la drama sebabak dalam bilik tu. Sapa duk suruh buka pintu kan? Hahahaha. Padan muka!



Aku pi sekolah hari ni, aku cerita kat kawan-kawan di sekolah. Rupanya memang doktor pompuan tu semua orang kata dia kasaq. Dah tau tak boleh sabaq duk pi jadi dentist buat apa? Tak boleh sabaq jangan duk kerja dengan orang. Pi kerja dengan mesin. Manusia ada hati perasaan. Mesin hang buat apa pun dia bukan ada hati apa. Habis-habis hang duk pelekoh dia, dia rosak pastu tak boleh guna.




Ni dalam hati ada niat nak tulis surat kat owner Mahkota tu. Sekali pompuan tu bini dia pulak. Kesian aih dapat bini buat kerja serupa nak bergusti!






Friday, October 19, 2012

Cikgu kurang ajar



Akulah tu cikgu yang kurang ajar. Bukan kurang ajar like kojaq atau kalau versi bukan utara lepas cakap kurang ajar mesti ada tanda seruan. Bukan yang tu.


Ini kurang ajar sebab dah jarang sungguh rasa mengajar. Sila jangan fitnah aku malas masuk kelas segala. Tapi kerana diriku yang bujang dan jugak hot cantik menawan maka selalu secara paksarela kena keluar sekolah buat itu buat ini.


Dan bila dah kena buat itu buat ini letih badan maka balik terus terbongkang atas katil.
























Dah tu cana nak hapdet blog secara istiqamah?


































Alasan!



Friday, September 28, 2012

Ros






Aku tak ingat bila kelas aku ada budak baru dari rumah anak yatim yang tak jauh sangat dari sekolah aku. Memandangkan usia yang sudah mahu masuk three series, maka mengingati setiap nama pelajar aku memang perkara terakhir aku akan buat. Yang penting aku cam muka dan tahu dari kelas mana.



Maka anak yatim itu duduklah dalam kelas aku dan kerjanya hanya tidur, tidur dan tidur. Mula-mula memang aku angin lama-lama aku letih dah nak marah sebab 10 kali aku kejut dia bangun, 9 kali dia bangun dan kemudiannya 10 kali dia tidur. Tidur yang kesepuluh tu dah tak kuasa aku nak kejut sampai dia bangun. Sakit hati dan buang masa saja yang aku dapat.



Satu hari ada diagnostic test untuk bahasa Inggeris. Aku pun masuk kelas dan edar kertas dan bagi penerangan macam mana nak jawab. Sebelum tu dah ingatkan supaya tulis nama, tulis nama, dan tulis nama. Budak kelas belakang memang kena sebut banyak kali sebab kalau kelas lain mungkin masuk telinga kiri keluar telinga kanan, tapi kalau kelas belakang, apa-apa yang kita cakap, lalu tepi telinga dia pun belum tentu. Bukanlah semuanya begitu, tapi banyaknya begitulah.



Tak sampai sejam dah habis jawab. Bukan sebab terer, bukan sebab handal tapi sebab tak reti. Ada la dua tiga budak yang buat tapi aci kerat jari yang boleh buat tu pun takkan boleh buat semua soalan. Sebabnya ini kelas belakang. Majoritinya tak jawab langsung walaupun aku ni kadang-kadang ada jugak bagi-bagi clue macam mana nak jawab. Tak reti tambah dengan malas memang pakej lengkap yang lepas lima minit waktu periksa terus angkat tangan hantar kertas.



Lepas satu jam aku pun mula tanda kertas. Waktu rehat dah siap segala aku mula nak tulis markah dalam buku rekod. Sambil kira markah, sambil tulis markah dalam buku rekod. Satu-satu aku buat takut silap key-in tiba-tiba budak kelas aku yang tercorot ni boleh dapat markah lagi hebat dari budak kelas depan. Kalau soalan objektif, mungkin. Tapi ini semua soalan sturuktur open-ended bagai.



Tiba-tiba sampai pada satu kertas yang tulis nama Ros. 
Ros? 
Ros mana? 
Sejak bila kelas aku ada budak nama Ros? 
Ros?


Puas aku fikir sampai berkerut-kerut dahi cuba imagine budak kelas aku yang nama Ros. Walaupun aku tak ingat nama, tapi bila senarai nama ada depan mata, secara tiba-tiba jadi terer boleh bayang muka-muka dalam senarai nama tu walaupun bila dalam kelas aku hentam saja panggil apa asalkan tak ada yang bawa maksud yang buruk.



Ros?
Siapa Ros?



Tulisan memang jujurnya huduh Ya Rabbi! Huruf kecil besar suka-suka hati dia nak tulis. Biasanya aku memang cam tulisan budak-budak dalam kelas aku. Tapi yang bernama Ros ni memang aku fail.




Sebab tak puas hati tak ingat atau mungkin aku tak kenal siapa si Ros ni, terus aku panjat tangga di blok belakang yang sumpahlah, kelas ini adalah kelas yang paling jauh. Sudahlah blok yang paling belakang, kelas pulak di tingkat tiga dan kelas yang paling hujung. Gigih aku berjalan semata-mata kerana Ros.



Sampai saja dalam kelas terus aku tanya siapa yang ambil diagnostic test tadi. Semua angkat tangan dan aku kira satu-satu. Bilangan yang angkat tangan sama dengan bilangan kertas yang aku tanda. Maknanya memang Ros wujud dalam kelas aku.



Oleh kerana aku tak mahu tunjuk yang aku tak tahu ada nama Ros dalam kelas aku, maka aku pun bagi kertas-kertas soalan tadi suruh semak markah. Bila sampai nama Ros, aku tiba-tiba jadi berdebar-debar. Hak tuih berdebar konon. Tak ada rasa apa pun padahalnya.



'ROS!!!!!


Kuat aku panggil nama dan sekali budak laki yang bangun datang ambil kertas sambil tersengeh-sengeh.
Satu kelas gelakkan budak laki tu. 
Ya, budak lelaki! 
Budak lelaki dari rumah anak yatim yang selalu aku letih dah nak marah sebab 10 kali aku kejut dia bangun, sembilan kali dia bangun dan kemudiannya 10 kali dia tidur balik itu.



"Ros??? Nama penuh apa?"



ROSfarizal


"Takkan kawan-kawan panggil hang Ros???? Pasaipa tak tulis nama penuh????"




"Tak reti"














Tsk














Ya, anak yatim yang masuk kelas aku tu lelaki dan namanya Rosfarizal. Mampu, tulis Ros saja? Gila kentang! Dekat 10 minit aku berletiaq. Tapi hari ni dah boleh tulis nama penuh. Maka satu pencapaian yang membanggakan untuk aku dan cikgu-cikgu yang lain.







:')


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...