Tuesday, January 3, 2017

English Song


I am always known as a very good and kind hearted teacher hahaaa. Hence last year I voluntarily replaced a friend who's on maternity leave for three months.

The first day I entered their class I had a casual conversation with them. To keep the conversation going I asked whether they like listening to English songs, what songs do they like and could memorize the lyrics. 

One of the boys left me dumbfounded with his answer.

"Lagu Happy Birthday, teacher."




Savage






Sunday, January 1, 2017

Seronok

Benda apa paling seronok bila hari pertama ke sekolah?

Jadual mengajar sikit?

Jumpa kawan-kawan?

Dapat makan sedap kat kantin?

Oh tidakkkk.

Yang paling best bila budak kita mengajar tahun lepas selisih dengan kita lepas tu dia kata kita kurussss kahkahkah.

Diet 14 hari dengan berjogging penuh tawaduk setiap pagi dan makan epal hijau 5 biji sehari. Lepas tu bersahabat-baiklah kau dengan jamban.

Well, anything for kurus.


Sunday, April 17, 2016

Naimah


Di kampung saya ada sorang budak perempuan nama Naimah. Naimah ni anak-anak remaja pangkat anak menakan. Naimah tak berapa sihat. Walaupun umur dah remaja tapi perangai masih macam budak-budak.

Naimah ada satu tabiat. Tiap kali nampak saya dia akan tanya, "Kak tu kawen dak lagi?"

Tapi dia tak pernah tanya kat saya. Dia akan tanya kat orang-orang yang duduk dekat-dekat dengan saya. Kat semua orang dia akan tanya.

"Kak tu kawen dak lagi?"

Satu hari saya makan kenduri dengan Bini Ustaz. Naimah duduk selang satu meja dan macam biasa akan pandang-pandang. Tu kira hint nak tanya soalan tu lah tuuuu.

Naimah panggil Tok kat Bini Ustaz. Naimah bangun duduk kat kerusi dekat dengan Bini Ustaz.

"Tok, kak tu kawen dak lagi?"

"Kawen dah"

Saya tergelak dengar jawapan Bini Ustaz.

"Kawen dengan orang mana?"

"Dengan orang sini jugak"

"Laki dia mana?"
Sambil Naimah pandang-pandang sekeliling.

"Laki dia takdak. Pi perang."

AHAHAHAHA

BESTTTT

Thursday, August 13, 2015

Bahasa Melayu Cacat Bahasa Inggeris mintak carut





Baby: Busuk. Bekas teman lelaki Baby ajak Baby tengok wayang. Baby boleh ikut tak? Huhu

Busuk: Pergi la. Nanti Busuk mintak putus Baby jangan marah so much okey? Fuc* you

Baby: So Busuk ugut baby?

Busuk: Ya!!

Baby: Okay kalau macam ni Baby menyesal couple dengan Busuk buat air mata keluar dari mata. Berterima kasih

Busuk: Maafkanlah Busuk. Busuk stress sangat sehingga Busuk boleh uruskannya


Sikit lagi nak maki. Sikitttt lagiiii

Monday, April 20, 2015

Tanam


"Cuba bagi cadangan untuk sejahterakan alam sekitar?"

"Tanam ayam!"

"Tanam ayam buleh apa? Baik tanam hang. Boleh jugak makan mak hang buat kenduri arwah malam tu."




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...